Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Kasih Seharum Lavender ~ Versi Cetak
Thursday, December 07, 2006



Kalau nak tengok lebih jelas, klik pada gambar...

Tajuk : Kasih Seharum Lavender
Penulis : Eita Ashyta [yours truly]
Harga : RM 19.00
Jumlah Helaian : 632 muka surat
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Di pasaran : Hujung Disember

Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu,
dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar…

Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. Dia punya Ummi yang penyayang, seorang abang yang prihatin dan Nurul Adlynn, teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. Dia bahagia walaupun disebalik itu, kesabarannya seringkali teruji dengan sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya. Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap kali mereka bertemu. Hinggakan dia adakalanya lelah dengan situasi sebegitu!

Pertemuan dengan Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak terduga dan tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi, mungkin itulah dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa. Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu. Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya?

Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah sikap. Tanpa angin, tanpa ribut yang membawa sebarang petanda. Tutur kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dahulu. Lebih lembut dan gemar bergurau. Dalam diam, dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementara. Mungkinkah?

Belum sempat dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-tiba sahaja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biarpun pada mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya dengan rasa cinta tanpa mengenali lelaki itu terlebih dahulu?

Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih seorang sahabat setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan antara cintanya sendiri yang mula berputik.

Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang amat dekat di hatinya. Dia reda walaupun kecewa. Namun dia tetap berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam hidupnya.

Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang menanti. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling beerti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?


> > > -------------------------------------------------------- < < <

eita: counting the days... doakan semuanya berjalan lancar ye... Big Smile

Tatap sejenak :
- bicara Kak Long -


 

scribbled @ 20:50 |

gengs
December 7, 2006   09:35 PM PST
 
ye..ye..ye...saya dgn hormatnya ini memotong reben perasmian novel ini...hahahahaha..kak eita saya dah potong reben...upah kene kasi...penat saye pegang gunting dpn screen [eksen lebey]....tahniah...n gud luck ... (^0^)//
Em
December 7, 2006   09:57 PM PST
 
tahniah! tahniah! tahniah!
ain
December 7, 2006   11:05 PM PST
 
kak eita, tahniah KSL dah terbit. sungguh ain x sabar tunggu keluaran dia. entah kenapa ain rasa berdebar-debar sangat baca sinopsis dia kak eita. x sabar sungguh nak tahu kesudahan hidup hani. adakah dia akan bahagia.

walaubagaimanapun, tahniah kak eita! ain nantikan keluarannya.

*hug die kuat2*
pinkJambu
December 8, 2006   12:50 AM PST
 
kakchiK, im so pRoud!

mydear sis. luv u soooo much. *tears* ingat lagi masa mula2 dulu baca KLS.ingat lagi camne siksanya tunggu nx n3.huhuhu. now dah nak kuar pun KLS

cantik sangat cover tu.sesuwey sgt ngan citernyer :)

pstttt.tolong ode utk kaklonG ya pas tu sign trus tau. *pegang pen, nak salin no.akuan kakchik*

tahniah sayang
kak ee
December 8, 2006   09:02 AM PST
 
wah tgk cover pun dah boleh bayangkan harum baunya...
eh... buku ni ada bau tak? :)
itikQUACK
December 8, 2006   09:04 AM PST
 
a few words, a few words, a few words. ok dah.

*refer back to ur sms to get the joke*
itikQUACK
December 8, 2006   09:14 AM PST
 
bak kata pepatah, kejayaanmu adalah kejayaanku jua. manakala kejayaanku adalah kejayaanku seorang. jd skrg ni, kejayaan kak chik adalah kejayaan ucu gak, nanti kalau ucu ada berjaya dlm apa2, tu cuma kejayaan ucu sorang tau.

*cium pipi kak chik sampai kembang*
congrats my dear sis
*lompat2 sambil tepuk tangan*
and u know how happy i am for u ;-)
itikQUACK
December 8, 2006   09:17 AM PST
 
eh, lupa lak nak berdoa supaya semuanya berjalan lancar
*tadah tangan baca doa makan*
kakbiru
December 8, 2006   09:50 AM PST
 
eita asyta... *kena hafal nama pena nih*


tahniah... tahniah... tahniah...

bunyi sinopsisnya macam sad ending? pinkJambu, adakah cerita itu seperti terkaan kita atau dot dot dot *mula beli klenex di Kedai Kawan*

sekali lagi tahniah, sayang :)
dang ayang
December 8, 2006   12:16 PM PST
 
ye ye dpt gak masuk :D

mabruk, congratz, ganbate, tahniah *plok eita kuat2* sambil itung ari nak itung duit gak, singgit sehari ujung bulan ni cukup bli sbijik ksl muahaha
Lia
December 8, 2006   02:31 PM PST
 
tahniah eita!!! semoga terus berjaya dan juga semoga semuanya berjalan lancar...

aduh... m counting d day too tak sabar nak jumpa my mr E ;p
Nacha
December 8, 2006   02:45 PM PST
 
congrats Eita. emm.. buku ni ada bau Lavender tak? hehehe... tak leh tido mlm plak nanti.
pinkJambu
December 8, 2006   04:52 PM PST
 
esahhhhhh. windu leee *aminakn doa makan si esah* muahahahah

semua ada, tapi yg tercicir kakmOn ngan Infa. mana nihhhhhh

oiiiittt, mana nih, adik kita dah nak Femes nihhhh
Em
December 8, 2006   05:17 PM PST
 
ucuuu... baru la nampak adik kita ni. ujung bln 12 dah dekat ni... ingat tak ehem ehem tu?

eita, akak patuh pada arahan. tak berani nak curi *sob sob sob*
rnysa
December 8, 2006   09:02 PM PST
 
kak eita, tahniah utk ksl. covernya sgt cantik!! x sabar nak pegang!

tahniah =)
aHaDa
December 8, 2006   09:13 PM PST
 
salam sis...

firstly congrat ok ur KSL.. punya la lama menunggu akhirnya menjadi kenyataan...

nway nak order terus dr akak la... nk terus signature nyer...

boleh yer...
=) =) =)
nina
December 9, 2006   09:20 AM PST
 
ade kah aku yg terlambat..
atau kapal kah yg terawal..
tahniah sayang..
semoga KSL membakar semangat mu untuk terus menulis :)
adhan
December 9, 2006   10:20 PM PST
 
eita...tahniah...tak sabar nak dapatkannya...insya-allah akak hadir majlis tu..TAHNIAH
eita
December 11, 2006   12:20 AM PST
 
gengs~tahniah jd org pertama potong reben and TQ. Nak kasi upah apa ye? Belanja laksa penang orait tak?

kak em~Terima kasih... err akak, buat2 lupa ajelah pada arahan tu... hehe.. amik aje..

ain~Thanks. *hug balik dgn sepenuh hati* happines will prevail in the end. Cuma bagaimana dan dengan siapa hani dapat kebahagiaan tu, akan kita tahu nanti. ;)

kak long~ :-* luv u too.. Thanks 4 everything u had done.. Rasa mcm x sangka, kan? X adalah penat menanti n3 dah pasni.. hehe. Nanti achik poskan utk kak long..

kak ee~bau lavender xde rasanya... bau papernya adalah kot... :D

ucu@itikquack~kejayaanmu adalah kejayaanmu seorang?! Sungguh kedekutnya perasaanmu itu.
TQ, dear! *ucap dgn pipi yg mengembang* And I know how happy you're for me... It's all in your words and the way you 'show' it. Kak chik really appreciate it! Forever n always, insya-ALLAH, we'll be sisters...

kak biru~Terima kasih, terima kasih! Kalau terlupa nama tuh, tanya aje pada kak Em, dia gerenti ingat. :D Erk, apa ending yang kak biru dan kak long teka ni? Curious je nk tau... Kleenex tu kalau nk, boleh aje suruh kak ayang yg tajakan.

kak ayang~*peluk smpi akak semput* terima kasih.. nah *sua tabung* cukup bulan baru keluarkan duit tau..

Lia~TQ. Harap2nya mcm tu. kita counting sama2 nanti...

nacha~rasanya x de kot. hehe.. tp, boleh aje pasang sdr smbl membaca nanti... :D

rnysa~thanks. akak x sabar nk menatap cover tu secara 'live'.

ahada~X ada masalah ahada. Nanti bg alamatnya ye. Terima kasih.

kak nina~sesungguhnya akak x terlewat & kapal pn x terawal.. Akak tiba pada waktunya. Terima kasih akak! muahhh!

kak adhan~thanks... kita jumpa on that day, insya-ALLAH.
kak ros
May 5, 2008   01:33 PM PDT
 
tahniah atas terbitan novel ini.
rasa teruja menbaca-nya,tak sangka dari seorang pernulis baru.

when's your next novel coming up ? tak sabar nak tunggu.

anyhow all the best to you and success !

dalilah
June 23, 2009   06:19 PM PDT
 
nice story..
i wish i could have this book..
i love this story so much..
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< December 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive