Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Kau Yang Ku Sayang ~ 10
Tuesday, March 29, 2005

Aunty Zuraidah menelefon dan mengkhabarkan padaku, Zafir telah dibenarkan pulang ke rumah. Dia akan di bawa pulang pada waktu tengahari. Sayangnya, aku tiada di KL waktu itu, jadi aku tak berkesempatan untuk menjemputnya. Aku terpaksa mengikut ibu dan abah pulang ke kampung bagi menghadiri kenduri yang diadakan oleh salah seorang saudaraku. Aku khabarkan pada Aunty Zuraidah bahawa aku akan datang melawat Zafir di rumah di sebelah petang, setelah aku kembali semula ke KL.

Aku tiba di hadapan rumah Zafir tepat pukul 6.00 petang. Kelihatan Zafir sedang berbual-bual dengan Adrina di taman yang terletak di hadapan rumah.

“Assalamualaikum.” Aku memberi salam.

“Waalaikummussalam.” Kedua-duanya menjawab serentak. Perbualan mereka terhenti seketika. Bibir masing-masing terukir dengan senyuman.

“Kak Har, duduklah.” Pelawa Adrina. Zafir hanya mengarahkan aku duduk dengan anak matanya.

Aku mengambil tempat bersebelahan dengan Adrina.

“Akak duduk dulu. Rina buatkan minuman,” ujar Adrina lalu meninggalkan kami berdua di situ. Aku hanya mengangguk.

Kesempatan yang ada aku ambil dengan merenung Zafir sepenuhnya. Aku perhatikan keadaan dirinya yang tidak berubah walaupun sedikit. Tetap seperti kali terakhir aku melawatnya.

“Macam mana? Sempurna tak muka Fir? Satu mulut, satu hidung dan dua biji mata?” soalnya tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya. Rupa-rupanya dia perasan aku sedang meniliknya. Lantas kuhadiahkan sebuah senyuman yang paling mekar buat tatapannya.

“Macam pernah dengar ayat tu, tapi di mana ya?” soalku. Aku meletakkan jari-jemari di dahi sambil berfikir-fikir sebentar. “Ha… baru ingat. Winter Sonata kan?”

Dia tersenyum lebar. “Pandai.”

“Tengok oranglah,” selamba aku berkata.

“Hantu tv, mestilah tahu!” Zafir bertanya lagi. “Teka… ayat ni dari drama mana? Perempuan bagaikan bunga. Tumbuhnya di bumi, menyebarkan keceriaan dan memberi kedamaian pada suasana alam.”

“Pride! Har tengok drama tu…”

Senyuman tidak lekang di bibirnya. Ditariknya sweater yang membaluti tubuhnya lebih rapat ke dada. Kebetulan petang ini, angin bertiup agak dingin. Matahari yang memancarkan cahayanya yang terang tengahari tadi, sudah menghilang di sebalik awan. Membuatkan suasana agak mendung.

“Fir ingat sangat ayat yang disebut Halu, kenapa?” soalku. Mesti ada sesuatu yang membuatkan dia mengingati ayat itu. Jarang manusia nak mengingat ayat-ayat di dalam drama melainkan ada sebabnya.

“Pada Fir, perempuan yang dimaksudkan dalam ayat tu, sesuai untuk Har. Sejak kedatangan Har, Fir rasa amat gembira dan bahagia.”

Aku terkesima mendengar kata-katanya. Tulus dan suci. Terdiam kami seketika.

“Tak ada teka-teki lagi?” Aku bertanya. Memecahkan suasana yang hening ini. Sekurang-kurangnya, dengan bermain teka-teki begini, hatiku sedikit terhibur.

Direnungnya awan yang bergerak perlahan di dada langit. Mencari ayat-ayat drama barangkali… Untuk diperdengarkan padaku.

“If you jump, I’ll jump?” Ayat itu terluah di bibirnya.

Aku ketawa kecil. Ayat tu, semua orang tahu. Budak kecik pun tahu. “Kacang jer… Titanic.”

Tiba-tiba dia merenung ke dalam anak mataku dengan pandangan yang lunak. Terkedu aku seketika dengan renungannya. Tawaku mati.

“Will you jump, if I jump?” Nada suara Zafir berdesir perlahan. Menggetarkan jiwa dan naluriku. Kenapa tiba-tiba dia bersikap romantis? Adakah dia gembira kerana dibenarkan pulang? Aku tahu dia pasti inginkan aku mengatakan apa yang ingin didengarnya. Malangnya dia tersilap pilih hari dan tempat.

“Kalau setakat jump untuk exercise, okey gak. Tapi… kalau nak jump dari kapal macam dalam titanic tu, tak naklah. I’m too young to die.” Aku tersengih nakal.

Terkejut dia dengan jawapanku itu. Lain daripada apa yang dia harapkan.

“Kenakan Fir yer?” Dia turut tersengih merenungku.

Bahagianya aku rasa saat ini. Bergurau senda dan ketawa bersamanya. Keceriaan yang telah lama hilang, muncul kembali dalam diriku.

“Fir nak mintak maaf sekali lagi. Sebab marah dan tengking Har dulu. Rasanya rugi aje Fir buat begitu,” luahnya perlahan.

“Betul. Memang rugi. Rugi air mata Har, rugi diri Fir sendiri. Dua minggu Har tak ada di sisi.” Aku mengiakan.

“Har menangis sangat ke masa tu?”

“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Sedih tau Fir buat macam tu. Suka-suka hati je halau orang. Macam Har ni tak ada perasaan.”

“Fir minta maaf. Benar-benar minta maaf. Fir dah sakitkan hati Har.” Diulangi kemaafan dengan bersungguh-sungguh.

“Dahlah. Tak yah nak ingat lagi, benda dah lepas… lagipun Har takkan biarkan Fir sendirian menanggung penderitaan. Tu lah, berlagak sangat, konon-konon macho, kuat, boleh hidup tanpa Har. Alih-alih diri sendiri yang merana. Hah… lain kali buatlah lagi.” Sengaja aku mengusiknya.

Kami sama-sama ketawa.

Saat itu, Adrina tiba dengan dulang berisi minuman ditangan. Diletakkan di atas meja taman yang berwarna hijau tua itu.

“Seronok nampak,” katanya seraya duduk di kerusi yang ditinggalkan tadi. “Borak apa?”

“Borak pasal hero yang nak jadi superman… tapi belum terbang dah jatuh.” Perliku pada Zafir. Dia menjegilkan biji matanya memandangku. Adrina mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Aku ketawa melihat reaksi mereka berdua.

“Cerita kat tv minggu lepas. Mungkin Rina tak tengok agaknya,” segera aku berkata. Tidak mahu Adrina terus tertanya-tanya.

Dia hanya mengangguk. Dituang air sirap ke dalam gelas lalu disuakan padaku.

“Minumlah,” pelawanya.

Aku menghirup perlahan air sirap itu. Membasahkan tekak yang hampir kering akibat terlalu banyak bercakap sebentar tadi.

Suasana sunyi seketika apabila masing-masing mendiamkan diri. Sebenarnya, aku ingin bertanya pada Zafir kenapa dia dibenarkan pulang. Selagi dia tidak menjalani pemindahan tulang, dia sepatutnya berada di hospital. Menjalani rawatan sementara menanti penderma yang sesuai. Aku takut seandainya dia berada di rumah, penyakitnya akan bertambah teruk.

“Kenapa doktor benarkan Fir pulang?” Aku memberanikan diri bertanya.

“Doktor cakap…”

Sebelum sempat Adrina menghabiskan ayatnya, Zafir pantas memotong.

“Fir dah okey sikit. So, tak perlu tinggal di wad lagi. Tapi Fir masih perlu berulang-alik ke hospital untuk menjalani rawatan hingga ada donor yang sesuai.”

“Ya?” soalku seakan tidak percaya.

Zafir mengangguk. Senyuman indah terhias di bibirnya.

Riak wajah Zafir jelas menyakinkan aku tentang apa yang diucapkannya. Maknanya harapan Zafir untuk sembuh semakin cerah. Serta-merta hatiku berbunga indah. Gembira dengan berita yang disampaikan Zafir. Ya ALLAH… sesungguhnya aku bersyukur pada-MU.

scribbled @ 21:49 |

alzun
March 30, 2005   04:44 PM PST
 
"Perempuan bagaikan bunga. Tumbuhnya di bumi, menyebarkan keceriaan dan memberi kedamaian pada suasana alam.”

ada bunga2 kesedihan jerrrr......senyum Fir spt senyum duka..cuba beri penawar pd Har..tapi dlm diam makan diri..

alahan ..taktahanler dik..kalau sedihh2..tapi baca gak....


kaksu
March 30, 2005   05:18 PM PST
 
ada cerita lucu di sebalik dialog if "you jump i jump tu" (Titanic):

dalam kelas english kawan kaksu ada budak dari scandinavia (norway, kalau tak salah)
satu hari kawan kaksu suruh depa ingat satu babak menark dalam mana-mana filem yang depa pernah tonton dan lafazkan....

budak ni pun lafazlah dialog tu, tapi orang norway kan sebut 'j' (jay) secara fonetiknya sebagai 'yam'...
JADI dia kata dengan penuh 'confident'nya di depan kelas siap dengan aksi nak terjun kapal lah ni:

"if you yam i yam" (if you yam i-yam) ... so budak-budak yang faham bahasa melayu ketawakan kan dia, sebab dia kata dia 'ayam'.

ps: orang indonesia yang dipengaruhi belanda sebut 'yang' sebagai 'jang'... sebab tu cerita Siti Norbaja, kita di sebut Siti Norbaya kat sini.

oppps, eita... maaf buat ceramah ntah apa-apa kat sini... ampun!
eita
April 5, 2005   11:11 PM PDT
 
Kak Su ~ : ) budak tu mesti garu kepala bila org ketawakan dia, kan? Dia tahu x ‘ayam’ tu per? : )
Ceramah bg knowledge tak per… at least eita tahu org Indonesia sebut ‘yang’ sbg ‘jang’ & Norwegians sebut ‘j’ sbg ‘yam’. Thxs Kak Su!

Kak Alzun ~ sedih sgt ker? rasa cam biasa jer… hehehehe
Bukan apa kak (betul ke akak ni?) saja nak bg variety skt. Majority e-novel yg ada semua buat kita terawang2 + senyum hingga ke telinga. Bila dah puas tersenyum, kita berduka lah pulak. Baru meriah sikit dunia blog ni… : )

sorry... lambat post...
shakira
July 17, 2006   05:45 PM PDT
 
boleh tahan
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive