Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 1
Monday, April 18, 2005

Chapter I


With the flowers of our youth in bloom and out of bloom, we understand a sentimental experiences. However, I never regret having shared this youthful experience with you when I look back at it…

“Hani!” Dari jauh kedengaran satu suara menegur dengan lantang.

“Nur Irdina Farhani!” Panggil suara itu lagi. Aku berpura-pura tidak mendengar. Memekakkan telinga.

“Buat apa kat sini?” soalnya setelah dia menghampiri tempat yang aku duduk.

“Woi, tak dengar ker?” Keras nada suaranya. Marah agaknya setelah aku sedikit pun tidak menjawab atau menyahut panggilannya itu.

Pap! Serentak itu, satu tepukan singgah di belakang tubuhku. Aku mengaduh kesakitan. Tamparan itu tak adalah perit sangat, tapi sakitlah jugak.

“Sakitlah… kot yer pun nak tampar, pelan-pelanlah sikit!” balasku dengan nada berpura-pura marah. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah yang sengaja dikelatkan sedikit.

“Dah tu.. aku panggil, kau buat tak tahu jer.” Dia membela diri. Senyuman manis terlukis indah di bibirnya yang kemerahan.

“Macammana kau tahu aku ada dekat sini? Kau pasang spy yer?” Aku mengutarakan pertanyaan dengan senyuman kecil sebagai membalas senyumannya itu. Anak mataku mengecil merenungnya yang berdiri di sisiku.

“Banyak ler kau punya spy… kau tu kalau tak ada kat rumah, mesti merayap ke sini punya.” Ujar Lynn sambil tersengih macam kerang busuk. Dilabuhkan punggungnya disebelahku.

Aku mendiamkan diri. Merenung sekumpulan kanak-kanak yang bermain. Lynn turut memusatkan pandangannya kepada kanak-kanak yang sedang bermain itu.

Buat beberapa ketika, kami asyik melayan diri masing-masing. Aku mahupun dia, terdiam tanpa suara.

“Homesick?” tanya Lynn.

“Mmm.”

Bibir Lynn menguntum senyum mendengar jawapanku.

Melihat sebuah family dihadapanku membuatkan ingatanku melayang mengingati ummi. Betapa rindunya aku pada ummi. Setahun tak bersua. Macammana agaknya ummi sekarang. Makin chubbykah? Makin kuruskah?

Tiba-tiba ketawa Lynn meletus. Lantas aku berpaling memandangnya dengan riak wajah penuh kehairanan.

“Why?” soalku.

“Nothing…”

“Habis tu why are you laughing?”

“Aku teringat masa first year kat sini dulu. How much I hate you at that time. Tapi sapa sangka… now we’re best bud. Like sisters. Hard to be separated.”

Ya… siapa sangka. Orang yang aku benci semasa mula-mula menjejakkan kaki ke sini menjadi kawan karibku. Tempat aku berkongsi suka dan duka. Tempat aku meluahkan setiap apa yang aku rasa. Yang setia di sisiku.

Sekuntum senyum turut menghiasi bibirku mengenangkan peristiwa lalu.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Buk! Secara tak sengaja aku terlanggar seorang pelajar. Dia terdorong ke hadapan, hampir-hampir terjatuh. Namun, dia sempat mengawal imbangan badannya.

Aku pula sempat mendakap dengan erat buku-buku yang dikendong ke dada. Sebagai tindakan drastic menghalang buku-buku itu dari berterabur di atas lantai koridor. Kalau berterabur karang, jenuh nak mengutip dalam kelibat student yang ramai ini, detik hatiku.

Itulah padahnya kalau berjalan tak melihat ke hadapan. Dah bangun lewat, bas pulak lambat. Terkocoh-kocoh berjalan masuk ke universiti, nak cari kelas. Baru seminggu belajar kat sini, dah pandai nak buat hal, leterku di dalam hati.

“I’m sorry,” pantas ayat itu keluar dari bibir. Pandanganku dihalakan ke arah pelajar tersebut. Manis dan cantik orangnya. Tak kusangka pelajar itu dari Asia Tenggara jugak! Namun aku kurang pasti samada dia dari Malaysia, Indonesia ataupun Brunei.

“Buta ke?” tengkingnya tiba-tiba. Jeritan suaranya menggegarkan gegendang telingaku. Macam nak pecah rasanya. Dia memandang tepat ke wajahku. Tajam pandangannya. Marah sangat ke perempuan ni? Rasanya aku dah mintak maaf tadi. Ataupun aku telah tersilap menuturkan ayat?

Tiada langsung senyuman di wajahnya. Habis wajah yang cantik itu bertukar menjadi seperti muka samseng. Serius dan menakutkan. Sorotan matanya saja, macam nak telan aku hidup-hidup. Secara automatik, aku menjadi kecut perut. Gerun hendak menatap wajahnya.

“Lain kali, jalan pandang depan. Mata tu letak kat atas, bukannya kat lutut.” Sinis dia bersuara sambil terus berlalu.

Aku terkedu dengan reaksi dan tindakannya. Jelas sekali dia juga berasal dari negara yang sama denganku. Malaysia. Tapi kenapa sekasar itu bahasa pertuturannya? Sepatutnya bila berada di perantauan, jauh dari tanahair tercinta, kita akan lebih menghargai dan merasa gembira kerana boleh bertemu dengan orang yang sebangsa dan seagama dengan kita. Tetapi dia?

Perilaku dan lagaknya sungguh sombong! Terdetik di benakku, takkan semua orang Malaysia di sini sombong begitu? Benda sekecil ini pun tak boleh nak dimaafkan? Manusia… rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Tak semua pandangan kau tu sama dengan orang lain, Hani, getus hatiku.

Rasanya nak saja aku kejar perempuan tu dan menjelaskan padanya, aku tak sengaja. Tapi aku hanya ada sepuluh minit sahaja sebelum kelas bermula. Lagipun aku masih perlu mencari kedudukan kelas. Mahu tak mahu aku terpaksa berlalu dari situ dan melupakan seraut wajah ‘samseng’ itu.

Hampir lima minit aku terpaksa berlegar-legar di kawasan fakulti. Kenapalah semua universiti dibina di kawasan yang luas? Penat nak menapak masuk ke universiti satu hal, terpaksa ‘bersiar-siar’ mencari kelas, satu hal lagi. Tambah pulak bila time-time ‘darurat’ macam ni…

Tak usah nak membebel. Salah kau jugak Hani, bangun lambat! Marahku pada diri sendiri.

Akhirnya, aku berjumpa juga bilik kuliah yang aku cari. Tiga minit sebelum kuliah bermula. Sebaik aku melangkah ke dalam kelas, mataku tertancap pada seraut wajah yang amat aku kenali. Bukan kenal dah lama tapi baru dikenali 10-15 minit yang lepas. Perempuan tu! Miss Snooty! Pandai-pandai aje aku beri gelaran itu pada dia. Ah, bukan salahku. Dia yang memberikan impression dirinya begitu.

Dia hanya menjeling sekilas ke arahku. Sebuah jelingan yang menggambarkan dia cukup tidak senang dengan kehadiranku di dalam kelas itu. Seperti tadi, tiada senyuman yang terukir di wajahnya. Melihat riak wajahnya yang macam tu, membuatkan perasaan malas menapak di hatiku. Malas untuk ‘membebel’ padanya tentang ketidaksengajaan aku tadi. Sekaligus, memohon kemaafan buat kali kedua. Biarlah…

Aku mengatur langkah menuju ke ruang kosong di bahagian sebelah kiri kelas. Tak sedikitpun aku memandang ke arahnya.

Nasib baik aku sempat masuk sebelum kuliah bermula. Aku memerhati sekeliling. Nampaknya hanya aku dan Miss Snooty pelajar dari Malaysia. Yang lain semuanya berbangsa asing. Apalah nasibku hari ni…



ALERT!!! FULL ALERT!!!

Utk permulaan, cite ni takkan (I repeat- takkan) ada male-female love story. Scene itu hanya akan muncul setelah tamat bab (not episode, ok?) ni. harap maklum! And for those yg mengharapkan kisah cinta – I’m so-so sorry if I’ve disappointed u. U would just have to wait…

Penulis ‘celup’ berkata ---> actually saya nervous + takut + was2 + edgy nak publish e-novel ni sebab takut citenya x best. but, I’ll take my chances. My advice – don’t put ur hope too high for this e-novel. Tajuknyer jer gah, tp citenya… hmmm… tak tahulah *malu*. It’s for you to decide. hepi reading!!!

This week I have 4 novels – gemersik kalbu (anis ayuni) + asmara yg pertama (nass alina noah) + newly wed nancy krulik) + pelabuhan kasih (lily suriani) - line-up to be read. Nampaknya minggu ni jadik minggu membaca ler… *hepi reading 2 myself*

scribbled @ 22:21 |

LaiLy
April 19, 2005   02:30 AM PDT
 
hey kak, i'm backkkkkkkkkk. kasih seharum lavender ? hmm hmm ... hehhehe... seb baik ada warn bukan citer jiwang, kalu tak baru je nak ckp akak tgh layan angau. :P so whats up wit u the other day? kenapa mood down? mind sharing wit me ? :) take care..
kaksu
April 19, 2005   09:58 AM PDT
 
selamat, selamat memulakan cerita baru!
pinkJambu
April 19, 2005   02:54 PM PDT
 
eita, sedap nih citer nih..intro jer dah 'vouge' akak suka ..simple dan manis...

semoga eita diberi ketenangan untuk terus menulis..
eita
April 19, 2005   10:34 PM PDT
 
kak pink jambu ~ thxs 4 ur comment + wishes. sememangnya sejak 2/3 yg lalu, idea tgh kering… tp skrg dah ada skt kot… : )

kak su ~ thxs so much!!! : )

laily dearie ~ wah… bergema blog akak dgr suara u, hun. Glad ur back. Hols kat mana smpi MIA for almost a week ni? or bz with ur study?
ohhh, kata akak layan angau ek? hahaha. bab layan angau tu, memang ada *lapisan epidermis kat muka nie, menebal jer rasanya* but, lmbt lg la dear. : )

the other day, mood x baik sket. now dah ok. don’t worry, it’s nothing serious. Thxs for ur concern. maybe the next prob, I could share it with you. But… takkan nak post dlm ur comment box or tagboard? Hehehe…
Ija
April 20, 2005   01:19 AM PDT
 
eita: dlm. persahabatan ada waktunya begitulah... yg. kurang disukai akhirnya jd. bestfriend n yg. biasa2 x jd. rapat pula.... character yg. berbeza mnjdkan persahabatan itu lebih manis w/p ada masam, pahit & kelat...:)

my e-mail : ijaisme@yahoo.com.

selamat menulis...blog eita pun dah seharum lavender.. :D
LaiLy
April 20, 2005   01:43 AM PDT
 
hehhe... dish ur prob to me at ska_imp@yahoo.com. yep, i'm studying in ukraine. nak tanya apa ? kalu saya leh jawab saya tlg ... aight , u take care too . :)
eita
April 21, 2005   11:09 PM PDT
 
kak ija~betul. dan kawan yang benar2 akan 'bersama' dgn kita bukan senang utk dicari...
thxs utk email add.

laily~thxs utk e-mail add. persoalan itu ditangguhkan buat sementara waktu. hehehehe
appollo
March 8, 2006   04:10 PM PST
 
assalamualaikum storyteller (pinjam moto hlovate jap)-jgn mare hlovate ya.
eita, selamat menulis. walau dimana saja kita berada,kita tetap org melayu dan kita tetap org ISLAM yg penuh adab sopan dan budi bahasa. seronok dpt join blog ni. saya baru jumpa hari ni. salam utk kwn2 yg join blog ni. saya ni tukang sibuk, sila beri tunjuk ajar. macih macih.
rinhoneykurma
September 5, 2006   05:35 PM PDT
 
Assalamualaikum...
saje nak tanya, awak buat e-novel ni kang tak risau ke org ciplak dan org wat novel pulak? Saya kurang faham konsep e-novel ni.. awak saje2 suka tulis ke?
eita
September 5, 2006   10:10 PM PDT
 
apollo ~ waalaikummussalam... hakikatnya mmg kita org ISLAM dan org MELAYU yg penuh adab sopan tp, kat sekeliling kita ni brp ramai yg masih pelihara adab sopan tu? :D salam kenal apollo.. selamat dtg ke dunia blog!

rin ~ waalaikummussalam. masa mula2 menulis mmg x terfikir pun semua tu sbbnya saya menulis atas dasar suka2 je.. now, rin dah sebut, takut gak saya.. tp, tawakal ajelah... :D
rinhoneykurma
September 6, 2006   10:03 AM PDT
 
takyah panggil akak.. saya blom 29 pun.. kihkih.. eh camne eita tau panggilan saya rin yek? terella..
tapi cerita Lavender tu best la, baru sampai no.4.. nanti free leh baca lagi.
eita
September 6, 2006   10:24 PM PDT
 
eh, muda lagi... ok, saya panggil rin je. saya teka je nama rin tu sebab nama tu yg first sekali kt nick tu... :D

citer lavender tu oklah kot... cerita time bosan. hehe... baca seslow tau... ;)
mimi
May 15, 2007   09:32 PM PDT
 
NAK TANYA SIKIT...YANG ASMARA YANG PERTAMA TUH..NASS ALINA NOAH..ENDING DIA MCM MNA?SAPA YANG MATI?AKU BENGONG PLA..BETELAGAH AKU NGAN MAK AKU..AKU CKP C MAYANG YG MATI,MAMA AKU LAK KATA C RATNA..MANA SATU EK..PLZ...BAGITAU AKU...NTAR EMEL KAT AKU EH...pip_fifa@yahoo.com
abdul mutallib bin muhammed
January 30, 2008   02:34 AM PST
 
ape tajuk lagu korea ni?bleh share?susah r nk copy novl ni....nk bace secare on line penat r.....
dul mutallib bin muhammed
January 30, 2008   02:39 AM PST
 
WALAU XBACE LA NOVEL NI,tp novel ni memang best........best r lagu theme nih......klu nk bagi tajuk lagu ni sent kat emel alfatelipot@yahoo.com
syayang_lavender
August 2, 2008   01:19 AM PDT
 
citer nie best sgt........!!!!!
jln citer best.. ader unsur suspens.. ader unsur riang..
best.........!!!! SANGAT..
syayang_lavender
August 2, 2008   01:19 AM PDT
 
citer nie best sgt........!!!!!
jln citer best.. ader unsur suspens.. ader unsur riang..
best.........!!!! SANGAT..
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive