Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 3
Sunday, April 24, 2005

Selesai makan malam, aku berehat sebentar di ruang tamu. Kak Ayu, Kak Suzi dan Kak Syima yang merupakan senior di rumah sewaku turut sama merebahkan diri masing-masing. Ada yang terbaring di atas carpet dan ada yang duduk di atas sofa sambil membelek majalah. Fariza masih lagi berada di dapur. Entah apa yang dibuatnya berlama-lama di situ. Nak kata mencuci pinggan mangkuk, mustahil. Kami bukannya memasak pada hari ini. Semuanya makan fast-food aje. Habis makan, tong sampah sasarannya!

Fariza muncul sesaat kemudian bersama piring di tangan. Beberapa potong buah epal tersusun elok di dalamnya. Rajin jugak anak pak cik Baharom ni. Ringan aje tulangnya menyediakan pencuci mulut untuk kami. Dia meletakkan pinggan tersebut di atas carpet lalu mengambil tempat di sebelahku.

“Kita main teka-teki nak?” tanya Fariza sambil menepuk pahaku perlahan. Dia melabuhkan pandangan padaku sekilas sebelum anak matanya itu ‘meronda-ronda’ memerhati Kak Ayu, Kak Syima dan Kak Suzi.

Demi mendengarkan usulannya itu, aku berasa teruja. Ideanya itu menarik minatku. Dan tanpa sedar, aku bersilih-ganti menjatuhkan pandangan pada Kak Suzi, Kak Ayu dan Kak Syima. Ingin melihat reaksi mereka. Harapanku biarlah mereka turut bersetuju.

“Set,” Kak Suzi yang berada di atas sofa memberikan persetujuan. Majalah yang sejak tadi dibaca, diletakkan di sebelah. Thumbs-up terbentuk di tangannya.

“Goreng aje,” ujar Kak Syima, gadis berambut kerinting halus dan berasal dari Pahang itu. Dari kedudukan berbaring, dia bangun dan bersila di atas carpet.

“Great idea, Iza. Boleh merehatkan minda. Hani tu, tak tunggu dia jawab pun akak tahu dia setuju. Dari tadi lagi asyik tengok kakak-kakak dia ni dengan mimik muka macam merayu-rayu aje suruh setuju,” Kak Ayu mengusik. Panas rasanya kulit mukaku. Aku tak menyangka yang dia akan perasan dengan gelagat aku. Jelas sangatkah?

“Mana ada,” sanggahku dalam nada perlahan. Lembut dan berdesir halus.

Ketawa mereka pecah berderai. Aisey, macam mana boleh terbuat aksi perempuan melayu terakhir ni? Aku menyoal diri sendiri. Buat tebal kulit muka sendiri aje!
“Iza start, okey?” Fariza lantas menawarkan diri. Sebuah senyuman dilemparkannya.

Kami semua mengangguk. Telinga masing-masing bersedia menanti Fariza berkata-kata.

Dia membetulkan posisi dirinya agar lebih selesa sebelum bibirnya bergerak lancar,

“Dalam satu kapal terbang, ada pilot, lawyer, doktor, engineer dan accountant dalam perjalanan dari New York ke Riyadh. Mereka dikehendaki melaksanakan satu misi yang amat penting. Iaitu menghantar seekor gajah yang merupakan hadiah Presiden US untuk Sultan Arab Saudi. Setiap seorang dari mereka mempunyai tugas khas masing-masing.” Fariza menarik nafas sebentar sebelum menyambung ceritanya.

“Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan, kapal terbang yang mereka naiki itu tiba-tiba aje hilang imbangan dan sedang menjunam ke bawah. Puas mereka berfikir bagaimana caranya untuk selamatkan kapal terbang tu dari terhempas. Akhirnya, mereka mencapai kata sepakat. Muatan kapal terbang harus dikurangkan. Persoalannya ialah, siapa yang patut dibuang? Silalah cik-cik sekalian menjawabnya…” Fariza menamatkan teka-tekinya. Sebuah sengihan terlukis di wajahnya.

"Akak rasa, accountant.” Pantas Kak Ayu menjawab sesudah Fariza selesai menghabiskan ayatnya.

“Kenapa?” pantas pula Fariza menyoalnya kembali. Inginkan penjelasan dari jawapan yang diberikan oleh Kak Ayu.

“Mmm… sebab dalam banyak-banyak professionals dalam airplane tu, dia aje yang tak berapa penting pun. And kalau nak dibuang gajah tu, sure George Bush mengamuk.”

Aku ketawa mendengar penjelasan Kak Ayu itu. Tawaku disambut oleh Kak Suzi dan Kak Syima. Terkekeh-kekeh kami bertiga ketawa. Alasan Kak Ayu benar-benar mencuit hati kami. Fariza hanya mengulum senyum.

“Ada ke kira macam tu pulak? Baik buang aje laywer tu, bukannya ada court pun dalam airplane tu, kak. Sia-sia aje simpan dia. At least, accountant boleh tolong buat profit and lost untuk logistic account nanti. George Bush kan perlukan duit untuk perangnya di Iraq.” Aku menyanggah dengan tawa yang masih bersisa. Entah bagaimana dan kenapa, aku mengeluarkan alasan yang begitu, aku pun tidak pasti. Tetapi dari segi turutan kepentingan professionals tersebut, aku rasa lawyer yang paling kurang peranannya dalam airplane tu.

“Opss… everyone is entitled to their own opinion. No need to debate,” ujar Fariza meredakan keadaan. Kedua-dua belah tangannya diangkat separas bahu. Menandakan kami tidak perlu meringankan mulut berhujah panjang lebar tentang apa jua alasan yang kami pilih.

“Kak Ayu – accountant, Hani – lawyer. Kak Syima and Kak Suzi?” soal Fariza kemudian. Keningnya diangkatkan sedikit.

“Akak choose accountant jugak,” Kak Syima membuat pilihan.

“Eh, boleh ke jawapan sama ni?” Kak Ayu menyoal Fariza. Mungkin inginkan kepastian samaada ‘emcee’ a.k.a Fariza membenarkan atau tidak jawapan dikongsi di antara peserta.

Fariza mengangguk pantas. “Definitely allowed. Kak Suzi, please make it quick. We’re running out of time.”

Kak Suzi seperti tidak tentu arah. Sekejap memandang pintu utama dan sekejap selepas itu, di pandangnya muka Kak Syima dan Kak Ayu. Aku tersenyum melihat tingkahnya. Bersungguh-sungguh nampaknya Kak Suzi mencari jawapan. Padahal ini teka-teki aje, bukannya di potong markah pun kalau salah.

“Samalah dengan Kak Ayu dan Kak Syima.” Akhirnya Kak Suzi memilih jawapan yang serupa dengan mereka berdua.

“Ohh, pakat, ek?” soalku pada kakak-kakakku itu.

“Well… seniors do stick together. In bad times and sad times too…” ujar Kak Ayu. Sempat lagi dinyanyikan baris ayat yang terakhir itu.

Aku mencebikkan bibir. Dan mereka ketawa kecil.

“So, what’s the verdict?” Kak Syima bertanya tanpa sabar. Dipandang wajah Fariza lama. Kami semua turut menumpukan perhatian padanya. Tak sabar untuk mengetahui siapa yang betul dan siapa yang salah. Kalau aku betul, bolehlah aku gelakkan mereka. Nakal sungguh aku ni, desis hatiku.

“Jawapan tu semua salah. Tak sorang pun yang betul!” Jawapan Fariza menyebabkan kami semua membuntangkan mata. Takkan satu jawapan pun tak betul? Ini kes ngelat ke apa? Mentang-mentanglah kami tak tahu jawapan. Aku mula berasa tidak puas hati.

“Biar betul Iza.” Aku bersuara. Meminta kepastian.

"La.. betullah. Yang patut dibuang ialah gajah. Bila dah sampai Arab Saudi nanti, diaorang boleh pergi cari gajah baru kat Africa. Africa kan banyak wild life? Alah, Sultan Arab Saudi bukannya kenal pun rupa paras gajah tu. Yang nak gi buang orang tu, kenapa? Ingat nyawa manusia tak berharga ke? Senang-senang aje nak buang?” soalnya bertubi-tubi.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Setahu aku, kalau jawap soalan ‘realiti’, mungkin betul jawapan yang Fariza beri. Logik dan bernas. Tapi dalam teka-teki, selalunya jarang ada jawapan yang munasabah. Ligat otakku berfikir ‘kewarasan’ jawapannya. Aku semakin keliru. Ah, terima hakikat Hani, kau dah tertipu dengan Fariza.

“Soalan kedua.” Suara Fariza mematikan persoalan yang bersarang di benakku.

“Ada lagi?” soal Kak Syima seakan tidak percaya.

Fariza hanya mengangguk. Dan tanpa berlengah, terus diajukan soalan teka-tekinya, “Di tengah-tengah padang pasir, ada seorang lelaki sedang menunggang unta. Dengan tidak semena-mena dia meninggal di atas unta tu, kenapa?”

"Apa soalan macam tak logik je ni?” omelku dengan dahi berkerut. Pelik dengan soalan yang terlontar dari bibirnya.

“Dah nama pun teka-teki... Jawablah.” Fariza terus menuturkan kata tanpa menghiraukan omelanku tadi.

“Senang jer, dia kena heart attack.” Dengan penuh keyakinan Kak Syima bersuara. “Jangan sesiapa tiru, okey?” Sempat dia memberi amaran.

Kak Ayu mengangkat kening pada Kak Suzi setelah mendengar ‘permintaan’ yang berupa arahan dari Kak Syima itu. Kak Suzi mengangkat kedua belah bahunya tanda terpaksa menurut.

“Jawapan akak, lelaki tu kena asma dan dia terlupa nak bawak inhalernya,” jawab Kak Ayu.

“Dia mati sebab tak sempat sampai hospital agaknya. Kot-kotlah dia memang sakit masa tu.” Kak Suzi menyampaikan pendapat dan jawapannya. Dia tersengih kecil.

Wah, bijak kakak-kakakku ini meneka. Aku sendiri masih terkial-kial mencari jawapan. Jawapan yang aku ada sebentar tadi, telahpun diambil oleh Kak Syima. Aku memerah otak memikirkan jawapan. Walhal sebentar tadi, aku seakan-akan tidak berminat untuk menjawab. Yalah, soalan macam tak ‘waras’ aje…

“Lelaki tu mati kelaparan. Kat padang pasir, bukannya ada makanan. Tentu dah lama dia melilau di situ.” Aku meluahkan ‘firasat’ yang tercetus di fikiran. Benar atau tidak, entah. Hentam ajelah…

“Eekk. Wrong again. Semuanya salah,” kata Fariza. Sekali lagi dia menolak bulat-bulat kesemua jawapan kami.

Salah lagi? Ada ke orang mati kat dunia ni tanpa berpunca dari penyakit ataupun accident? Hairan aku dibuatnya. Dan tanpa sempat aku memanjangkan ‘omelan’ dan persoalanku di fikiran, Fariza menyampaikan jawapan yang sedia tersimpan di gedung otaknya.

“The answer is… dia mati sebab kotak berisi gajah yang dilemparkan dari airplane tadi tu, terhempap kat atas dia. Itu la jawapannya.” Fariza tersengih nakal. Seronok mungkin dapat mengenakan kami semua.

Demi mendengarkan jawapannya itu, pecah berderai tawa kami. Jawapan yang sungguh tak di sangka. Siap bersangkut-paut dengan teka-teki yang pertama tadi pulak! Aku menggeleng kepala perlahan bagaikan tidak percaya. Patutlah soalan yang kedua macam ada yang tak kena aje. Teka-teki… mahu atau tidak, kita pasti akan terkena.

Terlepas lagi tawa dariku. Bersatu dengan tawa mereka semua yang masih tidak berhenti. Gamat suara kami melatari ruang tamu.

Ketawa kembali reda setelah beberapa ketika. Fariza mencapai sepotong epal di dalam piring lalu disuapkan ke mulut. Mungkin untuk menghilangkan perit di tekaknya. Akibat terlalu banyak menyoal dan menjawab tadi.

“Lupa akak nak bagitau Hani. Hujung minggu ni ada student baru masuk.” Kak Ayu berkata dengan riang. Lari terus dari bab teka-teki.

"Ada lagi ke budak baru masuk universiti ni? Mana Kak Ayu tau?” soal Fariza dengan mulut yang penuh dengan buah epal. Sedikit pun tidak dia endahkan. Mujur tak ada ‘meteor’ yang terlepas bebas di udara.

“Buruklah Iza. Lain kali makan dulu, lepas tu baru cakap.” Kak Syima menegur dengan lembut. Ditepuknya bahu Fariza perlahan. Mungkin untuk menyedarkan dia tentang sikapnya yang kurang elok itu.

“Sorry. Terover excited tadi sebab tetiba aje Kak Ayu dilantik jadi pegawai HR kat uni,” usiknya pada Kak Ayu setelah habis ditelannya buah epal tadi. Sengihan nakal terbit dari bibirnya.

“Jap… kejap. Kenapa pulak Kak Ayu mesti bagitau Hani?” celahku. Aku hairan kerana Kak Ayu secara specific menyebut namaku tadi. Dan sudah semestinya perkhabaran itu ditujukan khas untukku.

“Ish… adik-adikku sayang. Bukan masuk uni, cik adik oii. Masuk rumah sewa kita lah.” Serentak dengan itu aku terdengar Kak Ayu ketawa kecil. Diikuti Kak Suzi dan Kak Syima. Nampaknya Kak Suzi dan Kak Syima dah tahu tentang perkara ini. Cuma aku dan Fariza yang terlewat mendapat beritanya.

“Apalah Kak Ayu, lain kali cakap biar terang!” rungut Fariza. Tak puas hati lah tu sebab diketawakan. Aku tersenyum.

“Sorry… jangan marah yer dik, nanti kena jual!” Giliran Kak Ayu pula mengusiknya.

Mendengar patah perkataan yang diambil dari filem hitam putih itu, Fariza mengulum senyum.

“Student baru tu nanti akan jadi roommate Hani,” tambah Kak Suzi. Dialihkan pandangannya padaku. Kegembiraan terpancar dari mukanya. Agaknya dia gembira untukku.

Aku memang sedar akan hal ni. Awal-awal lagi Kak Suzi dah maklumkan yang aku takkan berkelana seorang diri di bilik yang aku duduki sekarang. Fariza tinggal sebilik dengan Kak Syima. Bukan dia tak sudi sebilik denganku, cuma katanya dia lebih senang kalau Kak Syima merangkap kakak sepupunya yang menjadi roommatenya. Aku langsung tak kisah.

“Before, dia stay kat mana?” soalku pada Kak Suzi. Berniat ingin mengetahui serba-sedikit tentang latar-belakang bakal roomie ku itu.

“Dengan senior lain… Kak Rohana and the geng, kenal?” Kak Suzi menyoalku kembali.

"Rasanya kenal kot,” jawabku teragak-agak. Aku tidak berapa pasti sebenarnya. Gambaran wajah Kak Rohana seakan-akan tenggelam timbul dalam bayangan yang aku cuba lukiskan di minda. Ku lihat Fariza sekadar menganggukkan kepala.

“Tapi kenapa dia nak pindah ke sini?” Persoalan yang ingin ku hamburkan terlebih dahulu diluahkan oleh Fariza. Cepat dan pantas.

“Dekat rumah sewa Kak Rohana tak ada junior sebaya dia. Selalu dia kena tinggal sorang-sorang kat rumah tu. That’s why Kak Rohana yang cadangkan dia pindah ke sini. Lagipun Hani kan tak ada roommate lagi.”

Aku menganggukkan kepala sebagai tanda faham. Hatiku berlagu riang memikirkan yang aku bakal mendapat roommate. Mesti best.Ada teman berkongsi cerita waktu malam. Fikiranku sibuk membayangkan rupa roommate ku nanti. Macam mana agaknya? Tinggi? Rendah? Putih? Hitam manis? Gemuk? Kurus? Macam Miss Snooty ker? Ish… kenapa aku teringatkan dia pulak ni?

Walaupun kejadian ‘perlanggaran’ itu dah tiga minggu berlalu, tapi Miss Snooty masih lagi ‘meninggikan hidungnya’. Jumpa tiga empat kali kat kelas pun, muka masih macam tu. Tak senyum langsung. Kenapa? Dia pakai gigi emas ke? Takut orang kidnap gigi dia? Aku bersoal-jawab sendiri.

Kemarahan aku padanya pasal kes memalukan itu, masih lagi bersisa di hati. Aku pernah cuba melupakan hal itu, tapi agak susah. Lebih susah jadinya apabila dia sentiasa mempamerkan wajah ‘samseng’nya itu padaku.

Nasib baik dia tiada kena mengena dalam hidupku melainkan teman sekelas. Itupun seminggu sekali baru bertemu. Syukur!!!

scribbled @ 22:52 |

pinkJambu
April 25, 2005   11:21 AM PDT
 
heheh..dah tahu yeye..mesti DIAkan Eita :)
alzun
April 25, 2005   01:34 PM PDT
 
dik eita...nampak gayanya kena spray banyak2 'lavender' tu kt bilik Hani.....bila wangi sure cool skit kan..get ready seblom lava meluap2 keluarr dr perut hani...

pinkJambu
April 25, 2005   03:45 PM PDT
 
alzun, kita meneka org yg samakan..kehkehekh..sian HANI
eita
April 26, 2005   07:43 PM PDT
 
Kak pink jambu ~ ha’ah. memang dia. siapalah lg yang sesuai utk dijadikan teman bergaduh. *wink* predictable, huh?! : D

Kak alzun ~ Itula. eita dah try antar warning kat Hani. x tau dia dpt atau x… hehehe. kita doa ajelah… : D
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive