Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 4
Wednesday, April 27, 2005

Hari yang dinanti tiba jua. Tak sabar-sabar aku menanti orangnya. Dan untuk menyambut kedatangan orang baru, semalam, seharian aku mengemas bilik. Meletakkan barang-barangku di sebelah dan memberikan ruang untuk roommateku nanti. Excited habis!

Ring!!!! Ring!!!! Loceng rumah berbunyi dengan nyaring.

Sebelum sempat aku melangkah ke arah pintu, kelihatan Fariza sudah dihadapan. Roommate yang lain tiada dirumah. Hanya tinggal aku dan Fariza. Kata mereka, ada kerja yang perlu dilakukan. Aku tak berapa pasti jenis kerja yang dimaksudkan itu. Mungkin ke library buat research agaknya.

“Masuklah” Kedengaran Fariza menjemput bakal roommateku masuk. Pintu utama ditolak ke tepi. Seraut wajah menyapa.

Hampir tercabut jantungku tatkala melihat wajah si dia. Tergamam. Terkaku. Terkedu. Air liur di telan berkali-kali.

Biar benar! Takkanlah dia? Katakan ini hanya satu mimpi bukan realiti.

Aku mencubit lenganku. Sakit! Benarlah ini realiti. Tapi kenapa mesti dia? First time jumpa pun dah berangin satu badan. Kalau satu bilik, mau meletup agaknya bilik tu nanti.

Miss Snooty! Bakal roommateku! Berkali-kali ayat itu berlegar-legar di ruang kepala. Sukar otakku memproses input yang disampaikan.

“Jemput. Jemput,” suara Fariza mematikan segala ingatan yang berlegar di fikiran.

Saat mata Miss Snooty bertaut denganku, dapat kubaca riak wajahnya. Jelas dia juga terkejut seperti aku. Tentu dia pun tidak menyangka yang kami akan tinggal serumah.

Itu baru serumah, Miss Snooty. Kau belum tahu lagi yang kita bakal tinggal sebilik, desis hatiku sinis.

Perlahan-lahan Miss Snooty melangkah masuk sambil membimbit luggagenya. Lagaknya seperti wanita sopan. Penuh dengan kelembutan dan keayuan. Amat berbeza sekali dengan kelakuannya sewaktu pertama kali kami bertemu. Nak termuntah pulak aku menengoknya…

“Duduklah. Saya Fariza dan yang ini roommate awak, Hani.” Fariza memperkenalkan dirinya dan diriku. Aku memandang Miss Snooty sekilas sebelum melarikan pandangan ke arah lain. Tak kuasa nak menilik wajahnya lama-lama.

“Nurul Adlynn.” Jawabnya sepatah. Heh, jawab pun macam nak tak hendak jer! Rungutku dalam hati.

“Eh, Hani. Bawak ler dia ke bilik kau. Simpan barang dia. Takkan kau nak suruh dia parking kat sini.”

Aku mula terasa gundah dengan permintaan Fariza. Kenapalah tetiba aje dia ‘ter’ramah mesra ni? Apa kata, kalau dibiarkan aje Miss Snooty duduk kat sini, hinggalah salah seorang kakakku balik? Lepas itu, boleh suruh diaorang tunjukkan Miss Snooty di mana biliknya. Idea jahat tercetus di fikiran.

Suruh aje Fariza yang tunjukkan bilik pada dia. Idea bernas muncul tiba-tiba. Menghalang idea jahat dari terjadi. Aku bersyukur! Sekurang-kurangnya, aku masih lagi mempunyai sifat perikemanusiaan pada insan yang pernah dan masih mendapat tempat di dalam kawah berapi hatiku ini.

"Kaulah yang bawak,” ujarku pada Fariza dengan wajah kelat. Beriak mukanya mendengar jawapan balasku.

“Apa pulak… dia roommate kau. Kaulah yang bawak.” Fariza menyanggah.

Saat itu juga, aku menjeling Miss Snooty dengan ekor mata. Dengan tujuan, ingin melihat reaksinya.

Dia benar-benar tersentak. Matanya terpaku pada Fariza. Lama. Langsung tidak berkelip kelopak matanya itu. Dan dari air mukanya, jelas dia juga tak selesa dengan situasi kami.

She really didn’t believe her ears, gumamku. And she’s squirming in her seat! Kesian… Padanya dan padaku jua…

"Lagipun, kau dengan dia boleh berkenalan nanti,” tambah Fariza lagi. Dengan selambanya dia duduk di atas sofa. Membuktikan padaku keputusannya muktamad. Tidak boleh tidak, terpaksa dituruti.

“Habis, kau tak payah berkenalan?” soalku. Lama aku merenung wajah Fariza yang sedang enak bersemayam di atas singgahsananya bak raja-raja Melayu dahulukala.

“Aku bila-bila masa pun tak pe. Kau tu nak share bilik dengan dia. Patutnya kau yang kena kenal dia terlebih dahulu.”

Ini yang membuatkan aku lemah segala sendi. Rasa seperti hendak demam pun ada. Teringin ke aku nak berkenalan dengan dia? Aku seperti tidak yakin. Share bilik… mampuslah aku nak hidup sebilik dengan dia. Mampu ke? Bingung. Pening. I’m going to faint…

Dalam keterpaksaan yang teramat, aku bergegas jua ke bilikku. Pantas aku berjalan mendahuluinya. Sedikit pun aku tak mengajak Miss Snooty. Fariza pula yang terpaksa menyuruh dia menurut jejak langkahku. Lantaklah…

Sepanjang perjalanan ke bilik, sepatah perkataan langsung tidak terluah antara kami. Masing-masing membisu.

Daun pintu bilik kutolak perlahan. Lynn a.k.a Miss Snooty mengikut masuk dari belakang.

“Katil awak yang tu…,” ujarku sambil mengunjukkan arah pada katil yang terletak di sebelah kanan bilik. Awak? Formalnya bahasa. Macam bercakap dalam kelas Bahasa Melayu. Habis, nak sebut kau aku macam tak sesuai dengan keadaan. Aku bukannya ‘baik’ dengan dia.

Miss Snooty melangkah ke arah katilnya. Dengan susah payah diangkat luggagenya dan diletakkan di atas katil. Huh, beg berat macam isi batu! Tapi takkan satu tu aje beg dia? Nak tanya pada dia? Aku rasa kalau aku yang bertanya, baru nak buka mulut terus terbakar bilik ni. Akibat aura kepanasan dari dalam badanku. Tak sanggup aku!

“Saya keluar dulu,” pantas aku bersuara dan meninggalkan dia di situ keseorangan. Rimas! Tak sanggup nak berlama-lama di situ.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~


Suasana malam riuh dengan suara kakak-kakakku, Fariza dan Miss Snooty. Kebanyakan isi perbincangan tertumpu pada perihal Si Miss Snooty. Sementara aku pula, berpura-pura khusyuk membaca buku sedangkan dalam diam aku memerhati dan mendengar setiap perbualan mereka. Nampaknya Miss Snooty seronok benar menjadi center of attention. Senyuman dan tawa tidak pernah lekang dari bibirnya.

"Hani, sudah-sudahlah baca buku tu. Tak nak join kitaorang ke?” tanya Kak Syima tiba-tiba. Yang lain berpaling memandangku. Mengakibatkan secara tiba-tiba juga, aku menjadi perhatian mereka. Terasa diri bagaikan berdiri di atas pentas lakonan dan cahaya lampu spotlight dihalakan kepadaku seorang. Sememangnya kan aku berlakon dari tadi, detik hatiku.

“Gigih apa la Hani. Exam lambat lagi. Sem baru jer start.” Tambah Kak Ayu sambil menggelengkan kepalanya.

“Membaca tak semestinya untuk exam jer Kak Ayu. Hani baca sebagai preparation untuk lecture esok.” Balasku sambil mata masih tertumpu pada buku ditangan. Pura-pura membaca. Padahal apa yang aku baca pun aku tak tahu. Asyik mengulang baris yang sama lima enam kali.

“Dia nak jadi top student Kak Ayu.” Tiba-tiba Miss Snooty menyampuk. Aik, budak ni… sibuk aje. Nak cari pasal ke? Nada macam nak perli aku aje, hatiku berdesis.

Pap! Aku menutup buku ditangan. Pandangan dihalakan kepada mereka.

Sejak meninggalkan Miss Snooty keseorangan di bilik siang tadi, aku langsung tak meringankan kaki untuk masuk ke bilik. Sehinggalah dia keluar dari situ. Ayat ‘saya keluar dulu’ menjadi ayat terakhir diantara kami.
“Memang pun… At least Hani ada impian dan matlamat, kan Kak Ayu?” soalku pada Kak Ayu. Senyuman yang paling manis kuukirkan buat kakakku itu. Dalam masa yang sama, aku cuba mengawal hatiku ini yang sudah sedikit ber‘angin’ ketika mendengar kata-kata Miss Snooty tadi. Sekilas aku menjelingnya.

“Impian. Entah-entah angan-angan Mat Jenin. Saja nak tunjuk rajin kat sini.” Miss Snooty berkata perlahan. Malangnya telinga lintahku ini sempat menangkap bait-bait katanya itu. Aku merenungnya tajam.

Ada orang jealous… Hani nak jadi top student,” balasku. Sedikit keras nada suara yang keluar.

“Tak kuasa nak jealous-jealous… buang masa. Macam awak tu pandai sangat,” balasnya tajam. Matanya tidak dihalakan padaku.

“Memang pun saya pandai. Kalau dah bodoh macam Pak Pandir tu, takkan saya ada kat sini? Sia-sia awak datang belajar di sini kalau itu pun awak tak tahu,” balasku selamba. Bibirku mengukir senyuman sinis.

Mencerlang matanya merenungku setelah kata-kataku singgah ke telinganya. Aku buat-buat tidak nampak. Membuka kembali buku yang ditutup tadi.

Suasana sunyi-sepi seketika. Tiada sesiapa yang berkata-kata.

“Lah awak ni… kalau awak bodoh macam Pak Pandir dah tentulah awak tak de di UK ni…” ujarnya seperti berjenaka. Senyuman palsu melekat di wajahnya.

“Bodoh macam Pak Pandir. Kuat berangan macam Mat Jenin…” dialunkan dua baris ayat itu. Sinis sekali bunyinya. Seperti ditujukan padaku!

Serta-merta, hatiku yang sedikit berangin tadi, menjadi bertambah-tambah berangin.

Geramnya!!! Berani sungguh minah ni mencari pasal. Ringan aje tangan aku ni nak ‘membelai’ kulitnya yang mulus tu…

Rasa marah mengasak-asak menyuruh aku mengatakan sesuatu yang mungkin akan memanaskan lagi keadaan kami. Namun, tahap kesabaran yang masih meninggi mendesak aku agar terus bertahan. Nyata, tahap kewarasan aku masih ada. Oleh itu, aku takkan mencemarkan tapak tanganku ini dengan menyentuh dia.

Sabar Hani, sabar! Sabar itu sebahagian daripada iman!! Berkali-kali perkataan itu aku nyanyikan di ruang mindaku.

Aku sempat menangkap sorotan mata Kak Ayu padaku sebelum matanya dialihkan ke wajah Miss Snooty. Kak Syima, Kak Suzi serta Fariza juga memandang kami berdua silih berganti. Seolah-olah mereka dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena di antara kami. Air muka masing-masing serius. Menunjukkan mereka tidak suka dengan situasi ini. Aku mula terasa tidak selesa.

Sebelum ruang tamu ni berbahang, lebih baik aku angkat kaki. Tak guna menghabiskan air liur bertekak atas benda-benda begini. Buang masa aku saja. Buat sakit telinga. Buat sakit mata. Buat sakit tekak. Buat sakit hati. Buat sakit jiwa.

“Hani nak read dalam biliklah. Kat sini tak boleh concentrate. Telinga Hani ni asyik terdengar bunyi bluebottle. Bingit!” ujarku tiba-tiba. Malas nak berada lama-lama di situ.

“Bluebottle?” Penuh kehairanan Kak Suzi bertanya. “Tapi akak tak dengar apa-apa pun.”

“Mana nak dengar, akak dengan Fariza and ‘Lynn’ asyik bersembang dari tadi. Tak perasan agaknya. Hani dengarlah sebab mind Hani was trying to concentrate.” Balasku selamba. Sebuah senyuman sinis kuhadiahkan ikhlas buat Miss Snooty seorang. Roommateku yang paling aku ‘sayang’.

Dengan itu, aku meninggalkan mereka berempat di ruang tamu. Melangkah ke bilikku yang berdekatan dengan dapur.

Di dalam bilik, aku menyalakan lilin aromatherapy. Haruman lavender mengisi ruang yang sepi dan gelap. Sengaja aku tidak membuka lampu. Lavender sememangnya menjadi pilihanku. Kerana kelembutan harumannya dapat memberikan ketenangan.

Aku merenung siling sambil berbaring di atas katil.

Macam mana nak survive hidup dengan minah tu? Dan mengelakkan kejadian tadi dari berulang? Housemate lain jelas tidak berapa suka menonton ‘drama’ yang berlaku tadi. Apa-apa pun, mulai hari ini, aku akan cuba mengelakkan diri dari Miss Snooty. Mungkin itulah cara yang terbaik…

scribbled @ 22:20 |

pinkJambu
April 27, 2005   11:11 PM PDT
 
eita, best la n3 nih!!akak pun turut 'hangin'satu badan dgn budak Lyn tu..grrrrr .
Gud job dik,weldun!
dgn besar ati permintaan eita nak 'link'kan tu diapprove..hehe.

eita,
sebenarnya citer ni byk tul kebetulannya dengan hidup akak..jeng..jeng..jengggg
eita
April 27, 2005   11:43 PM PDT
 
jeng...jeng...jenggg. akak jadik yang mana satu nih? Lynn ker Hani? X pun Fariza? hehehe...
pinkJambu
April 28, 2005   12:12 AM PDT
 
ade laaa...hahaha (sambil ketawa besar! )
Filzah
April 28, 2005   11:16 AM PDT
 
Sabar itu SEBAHAGIAN daripada iman. fact tu kena betulkan balik. sebab iman itu ada tujuh puluh bahagian. sabar, kebersihan, malu pun sebahagian daripadanya.
eita
April 28, 2005   06:59 PM PDT
 
kak pinkjambu~ohhh. nak berahsia ek? x per. xper.... hehehe

filzah~thxs sebab menegur kesilapan saya. n saya dah betulkan pun. thxs again..
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive