“JANGAN lupa dateline assignment minggu depan. Lambat… no excuse. Saya dah ingatkan awak semua hari ni.” Jelas suara Puan Sofia memberi ingatan, mengisi ruang bilik kuliah tengahari itu. Subjek History of Art and Architecture telah sampai ke penghujungnya. Kedengaran suara-suara student mengeluh. Lumrah hidup sebagai student universiti, sentiasa terikat dengan assignment.
Aku menyusun buku-buku dan kertas-kertas yang berselerak di atas meja. Lega rasanya hati kelas dah berakhir. Otak ini seakan-akan sudah membeku untuk menerima sebarang ilmu lagi. Buku-buku dan kertas-kertas kumasukkan ke dalam beg galas yang tersangkut di kerusi.
Dua orang sahabatku, Rohana dan Norlida yang berada di sebelah sudah bangun dari kerusi masing-masing. Aku turut bangun. Menggeliat kecil buat beberapa ketika. Sekadar meregangkan otot-otot yang kaku sejak dua jam yang lalu. Ku toleh kiri dan kanan memerhati rakan-rakan yang lain. Ramai yang telah meninggalkan bilik kuliah.
“Makan?” soal Rohana. Buku Islamic’s Architecture dan History of World’s Architecture yang setebal satu inci dan dua inci dibimbit di tangannya. Pandangan matanya dihalakan ke arah aku dan Norlida. Menantikan jawapan.
“Good idea. Perut aku dah berdondang sayang.” Sahut Norlida. Dia kelihatan masih sibuk mengemas barang-barangnya. “Dina? Are you coming?" soalnya kemudian padaku.
“Ikut aje.” Ringkas jawapanku. Kebiasaannya kami akan makan bersama-sama setiap kali tamat kuliah. Sambil menjamu selera kami akan berbincang tentang assignment dan nota-nota yang kami catatkan semasa tutorial. Beg galas berwarna hitam itu kusandang ke bahu. Kafeteria yang terletak di bahagian kiri universiti menjadi hala tuju aku dan rakan-rakan.
“Ana, kau punya residential area dah siap?” tanya Norlida ketika kami dalam perjalanan ke kafeteria.
“Aku? Macam tak kenal. Akukan sluggard. Tak main siap awal-awal ni.” ujar Rohana. Siapa yang tak tahu perangainya. Buat assignment atau project selalu lambat. Lima atau enam hari lagi nak submit, baru terkocoh-kocoh nak buat. Yang peliknya, selambat-lambat dia buat pun, tak pernah pulak tak siap projek. Always on time. Bila ditanya siapa yang membantu, jawapnya… “Pak cik kat belakang rumah aku…” Ada ke patut?
“Kau Dina?” Soalan Norlida beralih arah. Kini aku yang menjadi sasarannya.
“Halfway through. Drawing and material dah siap. Cuma tinggal nak render and paste atas mounting board. Kau dah siap ke?” soalku kembali.
“Belum lagi.” Perlahan jawapan Norlida. Serentak Rohana berpaling ke belakang, memandang wajahku. Kami saling berpandangan. Ada senyuman ‘mengerti’ yang terlukis di bibir masing-masing. Patutlah…
“Banyak lagi ke tak siap?” Rohana bertanya. Seorang pelajar lelaki berjalan dari arah bertentangan. Rohana cepat-cepat bergerak kebelakang Norlida. Ruang corridor itu terlalu sempit untuk berjalan bergandingan berdua.
“Tak ada idea. Tak tahu nak design macam mana.” Nada suaranya kedengaran resah. Tak ada idea means tak ada design. Itu sudah pasti. Cuma tinggal seminggu sahaja lagi untuk presentation. Belum tentu sempat nak buat semuanya? Design, cari material, buat scetches, then drawing, rendering and then nak buat model lagi… Boleh berserabut kepala otak.
“Apa susah, kan bang Rafi kau ada, mintak tolong dia perahkan otak dia sikit. Bagi ideas kat kau. Kalau tak boleh gak, kau suruh dia compress sikit otak dia tu sampai keluar air, then kau minum. Aku gerenti… Puan Aida mesti bagi kau A+ untuk projek kali ni.” Usik Rohana sambil ketawa. Norlida sudah menarik muka empat belas. Tak suka dia di usik begitu. Aku turut sama ketawa dengan usikan Rohana.
“Ana, kau ingat pakwe dia tu macam pakwe kau si Azhar. Pakwe kau tu boleh la kau jack. Kalau pakwe Ieda ni, tak layan nyer dia. Sia-sia jer…” Sengaja aku membalas kata-kata Rohana. Bertambah-tambah panjang muncung Norlida. Daripada empat belas terus jadi dua puluh empat. Entah-entah lagi panjang daripada hidung Pinocchio. Boleh masuk Guinness World Of Record sekaligus Malaysia’s Book Of Record.
“Malas aku kawan ngan korang. Nak merajuk dah ni…” Norlida bersuara.
“Relaks la. Bawak-bawak bertenang. Orang kata kalau naik kereta, berhati-hati di jalan raya. Takut accident. Sama gak macam orang jalan kaki macam kita. Kalau hati dan minda asyik ingat Rafi, boleh accident gak. Boleh terbabas masuk longkang.” Semakin galak Rohana mengusik Norlida. Bertambah kuat pulak aku ketawa. Kesian member aku sorang ni, asyik kena ‘belasah’ aje.
“Kau tu Ana, bab mengusik orang nombor satu… kena batang hidung sendiri baru tau…” kataku pada Rohana. Selalunya jarang dia yang kena sebab aku dan Norlida tak berapa terror dalam bab usik-mengusik. Yang paling teruk kena, semestinya minah low ni, Norlida.
“Kena macam mana tu… bolehkah kiranya cik adik Hardina kita ni terangkan secara ringkas? Teringin juga hamba, cucu datuk Husin nak mengetahuinya,” balas Rohana. Dia cuba menahan senyum. Berpura-pura serius.
“Gatal… dah kemaruk sangat bercinta sampai ayat dah jiwang-jiwang. Geli hidung aku mendengar.” Aku cuba menampar belakangnya, tetapi dia terlebih dahulu berlari ke hadapan. Dia melepaskan tawa sambil membongkok. Bukunya diletakkan di atas lantai. Ditongkatkan tangannya di lutut. Seronok sangat ler tu, dapat lepas daripada aku. Ada ubi ada batas… tak ada ubi, tak adalah batasnyer…
Aku menghampiri Norlida yang sedang ketawa kecil melihat reaksi kami. “Kau jangan risau. Nanti aku dengan Rohana akan tolong apa-apa yang patut. Jomlah, kita penuhkan dulu tangki-tangki kita yang kosong ni.”
Dia mengangguk faham dengan ketawa yang masih bersisa.
