“Assalamualaikum,” laungku ke dalam rumah.
Kunci pintu utama kumasukkan kembali ke dalam beg galas. Aku melilaukan pandangan ke seluruh ruang tamu yang kosong tidak berpenghuni. Tiada kelibat sesiapa di situ. Sunyi-sepi aja rumah ni. Mana diaorang pergi? Desisku.
“Walaikummussalam.” Suara Fariza menjawab salamku. Terkejut aku dibuatnya. Masakan tidak, hanya suara dia sahaja yang kedengaran. Batang tubuhnya langsung tidak nampak. Mesti dia tersembunyi di balik sofa, dugaku.
Aku bergerak ke ruang tamu. Betul apa anggapanku. Sebaik sahaja anak mataku tersorot 30o ke bawah, kelihatan Fariza sedang duduk bersimpuh di atas carpet. Dia sibuk menulis sesuatu. Pastilah dia sedang menyiapkan assignment. Buku-buku rujukan dan notebooknya berselerak di sekitarnya. Sesekali anak matanya itu berlari-lari di antara buku di sebelah kanan dan di sebelah kiri.
Aku meletakkan beg galas di tepi sofa biru. Kemudian, merebahkan diri di atas sofa. Penatnya… seharian berkejar ke sana ke mari untuk ke kelas. Keletihan jelas menguasai diri. Aku mengunjurkan kaki lurus kehadapan, meregangkan urat-urat yang hampir kejang buat seketika.
Aku menutup mata perlahan-lahan. Merehatkan diri dan minda dengan ketenangan dan kesunyian yang mengisi ruang tamu ini.
“Tadi ada orang cari kau.” Fariza bersuara tiba-tiba. Spontan, aku kembali membuka kelopak mataku.
"Siapa?” soalku pelik. Dahiku berkerut seribu mendengar ‘pengumumannya’ itu. Siapa yang sanggup mencari aku sampai di rumah?
“Aku tak kenal.” Pendek sahaja jawapannya.
“Apa yang dia nak?” soalku lagi. Tidak berpuas hati.
“Dia kata nak kasi kau something. And… dia suruh kau jumpa dia kat park dalam neighbourhood kita. Jam 6.30 petang,” beritahu Fariza panjang lebar.
Huh? Pelik betul! Setahu aku, aku tak ada berjanji dengan sesiapa. Malahan, aku bukannya famous sangat. Orang-orang kat sini pun aku tak kenal. Yang lebih menghairankan, benda apa yang orang tu nak bagi? Penting sangatkah barang yang ingin di berinya itu? Tapi, kenapa dia tak tinggalkan aje barang tu pada Fariza? Entah-entah dia nak kidnap aku tak? Memikirkan kemungkinan yang satu itu, membawa debar di hati. Namun cepat-cepat aku memadamnya dari ingatan.
“Betul kau tak kenal orang tu, Iza?” tanyaku meminta kepastian darinya. Dalam masa yang sama hatiku masih berkira-kira samaada aku perlu berjumpa atau tidak dengan sesiapa jua yang ingin bertemu denganku. Dan seterusnya menerima apa jua pemberiannya.
Dia hanya menggeleng. Khusyuk benar dengan assignment yang sedang disiapkan.
“Orang Melayu ke?” terkeluar lagi soalan dari bibirku.
Mungkin susah hendak menumpukan perhatian dengan assignment apabila aku asyik bertanya, Fariza menghentikan kerjanya. Dia memandang wajahku yang penuh dengan riak tanda tanya.
“Perempuan mat saleh. Rasanya student,” ujarnya.
“Sorrylah Hani. Aku tak boleh nak jawab soalan kau banyak-banyak. Aku kena submit assignment ni esok. Banyak lagi yang tak siap. Aku tak boleh nak layan kau lama-lama.” Terang Fariza tanpa sempat aku menyambut kata-katanya. Barangkali dia meminta sedikit ruang untuk menyelesaikan assignment. Tanpa gangguan dariku.
“Pergilah ajalah,” ujarnya sebelum memusatkan kembali perhatiannya pada kertas-kertas di hadapan.
“Biar aku fikir dulu,” jawabku.
Fariza seperti tidak mempunyai sebarang prasangka buruk tentang orang itu. Jika ada, masakan dia mendesak aku untuk pergi. Mungkin orang itu langsung tidak mempunyai sebarang niat jahat, fikirku. Lagipun, menurut Fariza, yang mencariku itu adalah perempuan. Risiko untuk berlaku sesuatu yang tidak enak, adalah rendah.
Ah, pergi ajelah! Aku membuat keputusan muktamad.
Sepintas lalu, aku perhatikan Fariza yang asyik dengan kerjayanya. Pada waktu yang sama, aku kembali menyelesakan posisi kedudukanku di atas sofa. Dan tanpa sedar, aku mula terbang di bawa kesepian di alam ku sendiri.
Sudah lebih sebulan aku di UK. Tanpa keluarga dan teman-teman di sisi. Adakalanya aku rasa sunyi. Pernah juga air mata ini menitis setiapkali teringatkan bumi Malaysia. Benarlah kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri.
Selama ini aku tak pernah hidup jauh dari keluarga. Hidup di asrama pun tidak pernah ku rasa bagaimana kehidupannya. Bukannya tak layak tetapi aku tak mahu berpisah jauh dari keluarga. Anak mak? Mungkin. Yang pasti aku sentiasa memerlukan ummi. Untuk memberikan semangat dan dorongan. Untuk berkongsi perasaan. Ummi sebahagian dari hidupku.
Ingatanku melayang mengingati ummi yang jauh di mata. Sunyikah ummi tanpa kehadiranku di sisinya? Sepikah hidupnya tanpa gelak tawa dan usikanku? Betapa aku rindukan masakan ummi. Kelopak mataku terasa pedih tiba-tiba. Sebak mula terasa. Pantang ingat ummi, air mataku ini mudah sahaja menitis.
Pantas aku mencapai beg galas dan melangkah ke bilik tidur. Malu seandainya air mata ini mengalir di hadapan Fariza.
Aku membaringkan tubuh di atas katil. Air mata menitis perlahan. Rindunya aku pada ummi…
Hani, kau harus kuatkan semangat. Tabahkan diri mentally and physically. Dulu, kau jugak yang beria-ia nak menumpang belajar di negara orang. Itukan keinginan kau sejak dari kecil? Sekarang, peluang itu sudah kau dapat. Jangan hampakan harapan ummi dan Along. Aku cuba meniupkan kata-kata perangsang sebagai santapan jiwaku yang sarat dengan rindu terhadap ummi. Alhamdulillah… jiwaku sedikit terbeli. Aku kembali tenang.
Aku menyeka kelopak mata yang basah. Mujur Miss Snooty tiada. Tak perlulah dia menyaksikan keadaan aku yang sedikit lemah pada tika ini. Mesti dia seronok sekiranya dia tahu ‘kelemahan’ aku. Yalah, boleh dibuat bahan perliannya nanti. Dan kulit muka siapa yang akan menebal? Aku jugak!
Setelah agak lama melayan perasaan, baru aku tersedar. Aku mempunyai date petang ini dengan mysterious women. Jam dinding dijeling sekilas. 5.30 petang. Masih ada lagi sejam.
Aku bangun dari perbaringan. Bilik air menjadi sasaran langkah kakiku. Badan perlu dibersihkan. Dah melekat-lekat macam chewing gum saja rasanya.
