Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 6
Monday, May 02, 2005

Berbekalkan sekeping apple pie yang aku ‘curi’ dari dapur sebentar tadi, aku melangkah ke park. Marah Kak Syima ketika aku mengambil pie ni. Katanya untuk makan petang. Separuh merayu juga aku memohon padanya, hingga terpaksa berlakon. Kononnya sejak dari tadi lagi aku tak menjamah apa-apa. Disebabkan rasa simpati dan sayangnya pada adiknya yang seorang ini, dilepaskan juga pie ini padaku. Maaf Kak Syima! Adikmu ini tak nak ‘berkelah’ kosong di park.

Aku menyusuri jalan di kawasan kejiranan tempatku menumpang di bumi orang ini. Pokok-pokok besar merimbun memayungi di kiri dan kanan jalan. Terasa seperti berada di Beverly Hills, tempat tinggal actor terkenal Hollywood. Negara ini memang indah. Patutlah ramai producer Bollywood kerap membuat penggambaran filem mereka kat sini. Malaysia pun apa kurangnya. Sudah empat atau lima filem yang dirakam di sana. Ingat Malaysia lagi! Kenapalah hari ni aku asyik teringatkan bumi bertuah tu. Andai aku boleh terbang macam Superman… rasanya dah lama aku balik Malaysia. Tapi aku tak nak lah jadi macam dia. Pakai underwear kat luar. Tak senonoh langsung!

Kereta yang lalu-lalang tidak banyak. Ramai penduduk tempatan lebih suka berbasikal. Lebih mesra alam. Udara persekitaran tak tercemar dengan asap-asap ekzos kenderaan. Alangkah bagusnya kalau Malaysia juga begini sikap penduduknya. Malaysia, negara beriklim tropika, panas dan lembap sepanjang tahun. Suhunya boleh mencecah 34o bila hari panas. Jika hari-hari udaranya dijamu dengan asap kenderaan, bertambah-tambah panas jadinya.

Orang-orang Eropah atau secara spesifiknya orang putih suka sangat kalau negara beriklim panas. Sebab, boleh berjemur. Pelikkan, yang berkulit putih nak berkulit hitam. Yang berkulit hitam pulak nak berkulit putih. Padanlah orang selalu cakap, manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang dia ada. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ALLAH beri.

Sedar tak sedar, aku tiba di hadapan park. Keseluruhan kawasan park kuperhatikan. Ada path untuk orang berjoging dan kerusi untuk berehat. A typical park. Tapi yang membuatkan aku tertarik adalah suasananya. Redup dan mendamaikan. Rumput menghijau dipagari pulak dengan pokok-pokok besar. Hati mana yang tak terpaut. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini dan aku berani bertaruh selepas ini aku pasti kembali.

Bench yang terletak di bawah sepohon pohon rendang menjadi pilihanku. Apple pie yang tadinya kemas tersimpan di dalam plastic bag, aku keluarkan. Perlahan-lahan aku menikmati keenakan pie itu. Sedap! Mataku menerawang memerhatikan kawasan sekitar. Mencari-cari kelibat seseorang yang boleh aku tafsirkan sebagai mysterious women. Student. Caucasian. Perempuan. Nampaknya tak ada manusia yang tergolong dalam ciri-ciri itu kat park ni. Mungkin dia belum datang lagi, desis hatiku.

Apple pie di tangan telah habis. Plastic bag bekas pengisi pie tadi ku lontarkan ke dalam tong sampah yang terletak tidak jauh dariku. Aisey! Miss pulak. Terpaksalah aku bangun dan melangkah malas, mengutip plastic bag yang tersasar dan membuangnya terus ke dalam tong sampah. Macam terror jer, nak main baling-baling, gumamku perlahan.

Aku menyelak lengan baju T-shirt yang aku pakai. Seimbas aku melihat waktu yang tertera di jam tangan. 6.45 petang. 15 minit dah berlalu. Sekali lagi aku memusingkan kepala 360°, mencari-cari bayangan mysterious women.

Seorang gadis yang mempunyai ciri-ciri yang digambarkan Fariza melangkah ke arah park. Mungkinkah gadis ini? Aku tertanya-tanya. Langkahnya makin mendekati bench yang aku duduk. Segera aku berdiri. Kuhadiahkan sebuah senyuman. Dia membalas seadanya. 5 kaki… 4 kaki… 3 kaki… 2 kaki… 1 kaki…

“Hi!” Sepatah ayat itu diucapkannya tanpa berhenti di tempat aku berdiri. Aik… ke mana dia nak pergi? Ku perhatikan langkahnya. Dia menghampiri seorang jejaka yang berada selang 3 bench dariku. Alamak! Silap orang! Ternyata dia bukanlah orang yang aku tunggu. Dengan perasaan hampa, aku duduk semula. Meneruskan penantian.

Masa berlalu. 30 minit. 40 minit. 50 minit. Aku mula bosan. Aku dah tak sanggup nak menjadi minah statue. Petang semakin beransur pergi. Nasib baik di UK, mataharinya terbenam lambat. Kalau di Malaysia, dah hampir gelap rasanya.

Sampai bila aku nak menanti? Entahkan datang, entahkan tidak gadis tu. Makan petang pukul 7 pun aku dah terlepas. Semuanya gara-gara nak berjumpa mysterious women. Dahlah hari ini, Kak Syima offer diri untuk masak. Aku mengomel di dalam hati. Perasaan tidak puas hati mula menerjah sedikit demi sedikit.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang. Tak guna menanti lama-lama. Baru aku hendak berdiri, seorang gadis datang menghampiri. Dirinya ku amati. Di tangannya terjinjit sebuah beg kertas.

“Hi!” sapanya.

“Hi!”

“I’m sorry to keep you waiting. And thank goodness you’re still here. Out of the blue, my friend asked me to do some errand for her and I never thought it gonna take too long. That’s why I’m late,” terangnya tanpa dipinta. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

“I was about to head home,” kataku jujur. Memang itu pun niatku sebentar tadi.

“Do I know you?” tanyaku kemudian. Pelik bin ajaib. Aku tak pernah mengenali gadis ini. Dan serasa-rasaku dia bukanlah classmateku jauh sekali coursemate.

“Michelle. You didn’t know me. But I ‘do’ know you. You’re Hani, right?”

Aku mengangguk bagaikan burung belatuk. Fikiran masih lagi sarat dengan pelbagai persoalan.

“Why did you want to meet me? Anything I can do for you?” soalku.

“I just wanna give you this.” Beg kertas yang dipegang dihulurkan padaku. Tercengang-cengang aku buat seketika. Tertanya-tanya apakah isi beg itu.

“What…?!”

“A gift from someone.”

Teragak-agak aku nak mengambilnya. Perlukah aku berbuat begitu?

“Take it.” Dia mendesak. Tanganku dicapainya. Diletakkan beg kertas tersebut di dalam genggamanku. Perasaanku masih bercampur-baur. Kebaikan apakah yang telah aku lakukan sehingga ada insan yang sudi memberikan aku hadiah?

“I’ve got to go and thanks for waiting eventhough I’m late,” ujarnya dan terus berlalu. Meninggalkan aku keseorangan. Tu aje?! Soalku bagaikan tidak percaya.

Aku masih kaku di situ. Sedikit pun tidak berganjak. Gadis itu datang dan pergi dalam sekelip mata. Dan aku bagaikan terpukau olehnya.

Isi beg kertas ku jengah. Di dalamnya terdapat sekotak hadiah berbalut kertas bercorak. Hadiah itu kubelek-belek seketika. Tiada kad dan tiada nama pengirim yang tertera. Hatiku berkira-kira samada mahu membukanya di sini sahaja atau di rumah nanti.

Apakah isinya? Risau juga hatiku. Manalah tahu, kot-kot ada bom ke? Mahu mati katak aku kat sini. Ah… lebih baik bukak kat sini. Apa-apa hal senang… ramai orang kalau nak mintak tolong.

Akhirnya aku membuat keputusan. Pembalut kotak hadiah itu aku koyak sedikit rakus. Tidak sabar untuk mengetahui isi di dalamnya.

Hampir tersembul biji mataku apabila isi hadiah itu terdedah. Anak mataku terpaku lama padanya. Bagaikan tidak percaya. Sebotol lalat! Tak masuk dek akal langsung. Insan mana yang berani buat lawak Mr. Bean ni? soalku sendiri.

Aku memusingkan kepala, memerhati sekiranya terdapat van yang tertulis Candid Camera. Mana tahu jika ada orang yang sedang merakam reaksiku ketika ini. Tak pasal-pasal jadi bahan ketawa kat dalam tv. Di Malaysia dulu, selalu jugak aku tengok rancangan tv yang asyik pekenakan orang. Tiada! Nasib baik.

Cis! Hampeh sungguh! Orang mana lah yang rajin sangat. Bersusah-payah merentasi dan meredah kawasan-kawasan yang penuh dengan lalat. Tak cukup dengan tu, mendaki tong-tong sampah semata-mata nak hadiahkan aku sebotol lalat. Terharu sungguh aku dibuatnya. Sampai tak terkeluar air mata.

Aku meninggalkan park sambil membawa bersama beg kertas dan hadiah itu. Berjalan pantas menuju ke rumah. Tensionnya! Penantian yang tak berbaloi. Penat aje aku jadi statue kat situ. Sebotol lalat yang aku dapat. Berpusing-pusing otakku memikirkan siapakah gerangan si pemberi misteri. Setahu aku… tak pernah pulak aku berbuat jahat pada sesiapa. Melainkan… Miss Snooty! Berkelip cahaya lampu neon di sebelah otakku. Sah! Mesti dia punya angkara.

Lagipun kan dua hari lepas, aku mengatakan dia tu macam langau. Tak dapat langau, lalat yang digantikan. Dadaku kembali menggelegak. Rasa nak ku jeritkan suaraku yang lunak dan nyaring ini pada seisi alam. Biar bergegar bumi ini.

Hampir sejam aku membuat kerja yang sia-sia, membuang masa di park. Kalau aku siapkan assignment yang bertimbun pun, tentu dah siap gamaknya. Ditambah pulak aku terpaksa miss makan petang. Lagi membara lahar hatiku saat ini.

scribbled @ 23:16 |

| | Guestbook



Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive