Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 10
Sunday, May 08, 2005

Lembaran buku rujukan setebal 1 inci yang terbuka, menjadi tatapanku. Ligat tanganku menyalin nota-nota penting ke dalam notebook. Nota yang diberi Prof. Smith sewaktu kuliah siang tadi, tak lengkap. Terpaksalah aku menjejak kaki ke library mencari bahan rujukan tambahan. Dan seterusnya membuat nota sendiri di rumah.

Dalam kelekaan aku menyiapkan nota, kedengaran pintu bilik diketuk perlahan.

“Masuk,” laungku dari dalam.

Pintu bilik dibuka dari luar. Bunyi tapak kaki melangkah masuk. Aku meneruskan tugas menyalin nota tanpa melihat tuan empunya tubuh yang mengetuk pintu tadi.

“Busy sangat ke, Hani?” Suara Kak Ayu menerjah cuping telinga.

Jari-jemari yang lancar berlari, terhenti. Aku meletakkan pen di atas notebook. Kemudian, aku berpaling ke belakang. Memandang Kak Ayu yang telah pun selamat duduk di atas katilku. Sebuah senyuman aku hadiahkan padanya.

“Nampak macam Hani ni, busy sangat ke?” Soalannya aku jawab dengan soalan juga.

“Kelihatan macam tulah. Dari petang tadi tak keluar bilik.”

Aku tergelak kecil. Bukannya aku sengaja nak mengurungkan diri di dalam bilik. Kebetulan petang tadi, otakku berfungsi lebih aktif dari hari-hari biasa maka mood untuk mentelaah bersemarak tiba-tiba. Alang-alang dah tak ada assignment atau tugas yang perlu dibereskan, lebih baik study. Ada juga manfaat. Bila otak dah semakin tepu, baru aku berhenti study dan mula menyalin nota.

“So… akak datang ni nak melawat Hani lah?” tanyaku.

Dia tersenyum lalu mengangguk.

“Study?” Sepatah Kak Ayu menyoal.

“Tak… copy notes.”

“Akak tak busy ke malam ni?” Giliran aku pula menyoal. Serentak itu aku kembali membelakangkan Kak Ayu. Buku rujukan di atas meja, di tatap semula. Mencari-cari baris perkataan yang aku salin sebentar tadi.

“Tak.” Ringkas jawapannya.

“Hani…” Perlahan dia memanggil namaku.

“Ada apa, kak?” Aku bertanya seraya berpaling menghadapnya kembali.

Kak Ayu langsung tidak menjawab. Hairan aku dengan tingkahnya. Dari sudut pandangan mataku, Kak Ayu seperti dalam dilema. Dalam keadaan serba-salah. Dadaku berdebar. Sebelum ini dia pernah ke mari, tapi tidak dalam keadaan begini. Adakah dia mempunyai agenda tertentu yang mengheretnya ke bilikku malam ini? Aku menanti dia mengeluarkan butir-bicara seterusnya.

“Ingat tak janji Hani pada akak hari tu?” Kak Ayu mengutarakan pertanyaan setelah beberapa ketika mendiamkan diri.

Aku tersentak. Debaran di dada yang perlahan bertukar ke rentak yang lebih pantas. Fikiranku tidak dapat menangkap maksud janji yang dikatakannya. Cuba diperah otakku ini, tapi tiada jawapan yang ku temui.

“Janji apa?” soalku kembali.

Terlepas keluhan pendek dari mulutnya. Dan aku sendiri tertanya-tanya, janji apa yang penting sangat. Seperti hidup dan mati saja lagaknya. Setahu aku, belum pernah seumur hidup ini, aku berjanji benda-benda yang serius hingga melibatkan nyawaku sendiri.

“Hani pernah berjanji dengan akak, nak berbaik dengan Lynn kan?” tenang Kak Ayu bersuara.

Aku menarik nafas lega. Janji itu. Jantung kembali berdegup secara normal. Larian 200km/h telah sampai ke garisan penamat.

“Ingat, kenapa?”

Hingga kini kami masih belum bertegur sapa. Tetap macam dulu. Hari pertama dan kedua selepas dia demam, aku ada juga menegur dia. Tapi langsung tak di layannya. Dari hari itu, hatiku sudah tawar nak menegur dia lagi. Nanti dikatakannya aku ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Sekurang-kurangnya aku dah cuba berbaik dengan dia. Dia yang masih degil.

Agaknya amarah dia belum reda sepenuhnya. Aku membuat telahan sendiri.

“Akak berharap sangat, Hani jawab dengan jujur apa yang akak tanyakan nanti.” Mukadimah yang baik. Terlalu baik sehingga jantungku yang telah berhenti larian, kembali meneruskan aksinya. Apa yang sebenarnya Kak Ayu cuba sampaikan? Aku tak faham. Bingung aku berada dalam teka-teki begini. Aku bukannya ahli psikik yang boleh membaca fikiran orang. Bukan juga seorang sasterawan yang boleh memahami bahasa-bahasa indah pembuka kata sebegitu. Yang nyata, perasaan aku kuat mengatakan apa yang bakal disampaikan oleh Kak Ayu nanti, bukanlah sesuatu yang akan menggembirakan hatiku.

“Hani ada ambil diari Lynn>?” Satu-persatu perkataan yang diucapkan menusuk masuk ke telinga. Bersentuh dengan gegendang telingaku dan menghantar signal ke otak dan badanku. Seluruh tubuh menggeletar.

"Akak bukan nak tuduh Hani, akak cuma bertanya.” Cepat-cepat Kak Ayu bersuara. Dia perasan air mukaku yang telah berubah.

“Lynn beritahu akak, Hani ambil diari dia?” soalku dalam nada sedikit keras. Tiba-tiba aku rasakan bilik ini panas membahang. Sebahang hatiku ini.

Kak Ayu diam tidak berkutik. Sah! Memang Lynn yang menyebarkan khabar fitnah ini pada Kak Ayu. Tak habis-habis lagikah dendamnya padaku? Kan aku dah minta maaf padanya?

“Hani dengar sini. Akak tak tahu, siapa yang benar, siapa yang salah dalam hal ni. Tapi kalau Hani terambil diari Lynn, pulangkan. Diari tu penting pada dia. Hani orang yang berpegang pada janji kan?” Suaranya masih lagi tenang.

Tetapi hati aku tidak. Masakan aku boleh bertenang, setelah dituduh sesuka hati begitu? Dituduh atas kesalahan yang tidak pernah aku buat? Lantas aku bangun dan berjalan mundar-mandir di hadapan Kak Ayu. Mempamerkan apa yang aku rasa ketika ini. Geram. Sakit hati.

“Untuk pengetahuan akak, Hani tak pernah sentuh barang Lynn. Diarinya tu, sebelah mata pun Hani tak pernah tengok. Macam mana dia boleh tuduh Hani yang ambil diari dia? Apa gunanya diari Lynn tu pada Hani?” soalku tidak puas hati. Sedaya upaya aku cuba mengawal nada suara agar tidak menengking Kak Ayu. Dia tak bersalah.

“Janji Hani minggu lepas, sampai sekarang Hani masih pegang. Hani bukan orang munafik, kak. Dah berkali-kali Hani minta maaf pada dia. Tapi dia tak pernah nak maafkan. Sekarang, tiba-tiba saja dia tuduh Hani terambil diari dia. Terambil konon. Kenapa dia tak kata aje Hani yang curi? Memang itupun niat dia kan?” tanyaku sinis.

Sakitnya hati bila dituduh begitu. Difitnah sewenang-wenangnya. Walaupun Kak Ayu tidak mengatakan secara terang, aku tahu dia juga percaya dengan tuduhan Lynn. Adakah seisi rumah sudah tahu cerita terbaru ini? Tentang aku, Hani, yang mencuri diari Lynn? Di mana aku nak letakkan muka? Tiada siapa yang akan percaya padaku lagi. Lynn… kenapa kau sanggup menabur fitnah terhadapku?

Kesabaranku semakin menipis. Aku perlu bersemuka dengan Lynn.

“Lynn ada di luar?” tanyaku pantas. Aku perlu mendengar dari mulut Lynn sendiri, benarkah dia menganggap aku yang mengambil diarinya. Aku mahu dia mengatakannya sendiri di depanku.

“Hani nak buat apa dengan Lynn? Sabar Hani. Ingat ALLAH. Kalau betul Hani tak ambil, lupakan saja hal ni.” Cemas Kak Ayu menuturkan kata. Barangkali risau aku akan menyerang Lynn yang ketika ini mungkin sedang enak bergembira di ruang tamu. Sedangkan aku, bagaikan cacing kepanasan di sini. Tak semudah itu aku melupakan persoalan ini. Walaupun aku tidak bersalah.

“Ada perhitungan yang perlu diselesaikan.” Dengan itu aku bergegas ke ruang tamu. Kak Ayu yang terkedu di dalam bilik, tidak aku pedulikan.

“Hani, tunggu dulu.” Jerit Kak Ayu di belakang. Aku tetap melangkah.

Ketika aku tiba di ruang tamu, Lynn sedang bergurau-senda bersama Kak Suzi. Fariza pula sedang asyik bercerita dengan Kak Syima. Terkejut mereka apabila aku tiba-tiba berdiri di ruang tamu dengan wajah menyinga. Persis seorang pengganas. Seronoknya dia bercerita, bersuka-ria setelah sesedap hati dia mencipta fitnah untuk memburukkan namaku. Kemarahan yang kubendung semakin kuat cuba melepasi benteng kesabaran. Mengasak-gasak dari segenap ruang.

“Lynn! We need to talk,” kataku keras.

Yang lain memandang dengan mata terkebil-kebil di antara kami berdua. Kak Ayu terpaku di bahagian depan ruang tamu.

scribbled @ 22:21 |

pinkJambu
May 9, 2005   11:32 AM PDT
 
akak cuba bersabar dgn kerenah LYN tu tapi kali nih bila dia tuduh melulu camgitu akak jadi kesian sungguh pada HANI.eee..geram!

betul la apa yg org selalu ckp, kalau dah tak berkenan dan tak suka tu habis 1 muka di pangkahnya.

dik eita, best aarr, karektor yg dicipta nih, real.

luv n gd job.
nurfa
May 10, 2005   09:37 PM PDT
 
tensen tul ngan miss snooty tu..rasa nak campak je nila n clorox kat muke dia..hehehehhe.. bagus x idea?
eita
May 10, 2005   11:12 PM PDT
 
nurfa>brilliant!!! *dgn gelak jahat* bila kita boleh laksanakan operasi? hahaha...

kak pinkjambu>mmg kesian kat hani… x pasal2 disabitkan kesalahan yg dia langsung x tahu menahu… harap2 tu biarlah Lynn tu sedar suatu hari nanti… *wink*
klu kita x suka org tu… tengok muka dia pun x lalu. Kdg2 hanya dgn tgk muka dia aje, terbang habis semua mood baik.
mmmmuuuaaahhh to you kak….
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive