Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 12
Thursday, May 12, 2005

Masa terus berlalu. Entah berapa lama aku bersendirian di sini. Bermonolog di bench kegemaranku. Air mata telah lama kering. Aku sedar malam semakin larut. Tetapi hatiku ini masih berkeras tidak mahu berganjak. Biarpun berkali-kali otakku memberi amaran tentang malam yang semakin merangkak.

Selepas perbincangan merangkap perbalahan antara aku dan Lynn yang bersaksikan Kak Ayu, aku terus melarikan diri ke sini. Jeritan dan panggilan Kak Ayu, tidak aku endahkan. Aku kecil hati sebenarnya. Kecil hati kerana Kak Ayu sedikitpun tidak mempercayai kata-kataku. Bagaimana aku nak mengaku atas kesalahan yang langsung tak aku lakukan? Aku telah dianiaya, difitnah. Sedarkah Kak Ayu akan hal ini?

Sekarang, mesti heboh satu rumah perihal kisahku. Apa pandangan mereka padaku nanti? Sudikah mereka menerima aku sebagai housemate setelah fitnah itu sampai ke telinga mereka? Percayakah mereka pada tuduhan Lynn? Di mana aku nak berteduh jika mereka tidak sudi menerima aku nanti? Ya ALLAH… buntunya fikiran aku.

Lynn… takku sangka kau sekejam itu. Sanggup menabur fitnah sebegini besar hanya kerana perasaan dendam. Tahukah dia fitnah yang dilemparkan cukup berat untuk aku tanggung? Untukku galas di bahuku ini? Mencuri bukannya perkara kecil. Mencuri satu kesalahan di sisi undang-undang. Kerana perbuatan mencuri, tanggapan orang ramai boleh berubah. Bahkan mencuri itu sendiri satu perbuatan yang berdosa di sisi agama. Astaghfirullahalazim…

Sunyi dan sepinya malam ini. Aku menenangkan hatiku yang kacau-bilau dengan mendengar desiran angin meniup lembut daun-daun pokok. Kelihatan masih ada beberapa orang pengunjung di park. Mungkin mereka juga sepertiku, datang mencari ketenangan.

Tiba-tiba aku teringatkan ummi. Perlukah aku khabarkan berita sedih ini pada ummi? Aku berkira-kira di dalam hati. Tapi aku tak mahu ummi bimbangkan aku. Segera aku batalkan hasratku itu.

“Hani,” satu suara menyapa tiba-tiba. Hampir-hampir membuatkan aku pengsan di situ. Terkejut!

“Terkejut ke? Akak minta maaf,” ujar Kak Syima. Dia mengambil tempat di sisiku. Aku memandangnya sekilas sebelum memandang terus ke hadapan. Bagaimana dia tahu aku di sini?

“Tak takut ke, datang sini malam-malam? Seorang diri pulak tu… Bahaya, Hani.” Kak Syima bersuara lagi.

Tak takut? Aku bukannya seorang yang berani. Tetapi, kekusutan fikiran dan perasaan sebak yang semakin mencengkam berjaya mengatasi rasa takutku sewaktu melarikan diri ke sini. Biarpun begitu, tidak kuluahkan kata-kata itu pada Kak Syima. Aku menyimpannya di dalam hati.

“Kitaorang semua risaukan Hani. Tiba-tiba aje Hani lari keluar rumah. Takut juga kalau ada apa-apa terjadi,” tambahnya.

Kemusykilan melanda. Kak Syima sengaja berpura-pura tak tahu apa yang terjadi atau sebenarnya dia memang tak tahu? Mustahil dia tak bertanya pada Kak Ayu.

“Hani, say something,” pinta Kak Syima dengan lembut.

Aku mengeluh. Berfikir-fikir apa yang perlu aku katakan. Tiada. Otakku seolah-olah telah berhenti berfungsi.

“Apa yang akak nak Hani cakap?” tanyaku tanpa perasaan.

Aku mendengar Kak Syima menarik nafas panjang. Kemudian dia bersuara, “Kak Ayu dah ceritakan segala-galanya yang berlaku tadi. Antara Hani dan Lynn.”

“Akak percaya dengan tuduhan Lynn?” soalku pantas.

“Tak. Hani yang akak kenal bukan begitu orangnya. Walaupun usia perkenalan kita masih terlalu awal.”

Tuluskah kata-katanya? Atau ianya sekadar pelengkap rasa untuk menyedapkan hatiku yang sedang gundah di kala ini? Sekadar untuk mengambil hatiku?

Ketawa kecil terlepas dari bibirku. Mengisi ruang sepi antara kami. Aku mendongak memandang ke dada langit. Sebuah kapal terbang sedang melintasi ruang udara. Alangkah seronoknya jika aku dapat pulang ke Malaysia. Biarpun untuk seketika.

“Hani ingat akak sengaja berkata begitu?” Kak Syima menduga.

Aku sekadar menjungkitkan bahu. Tanda tidak dapat meramal.

“Kak Ayu percaya dengan tuduhan Lynn. Takkan akak tak percaya?” soalku sinis.

“Kak Ayu bukannya percaya. Dia sekadar bertanya. Tapi dia mengaku, dia tersilap langkah. Dia terlalu menekan Hani. Dan dia tahu, Hani tak bersalah,” belanya.

“Jadi, akak percaya Lynn sengaja nak kenakan Hani?” Aku membuat kesimpulan.

“Susah akak nak cakap. Hani bersungguh-sungguh pertahankan diri. Lynn pun sama. Mungkin semua ni hanya salah faham.”

Aku mengalihkan pandangan ke arah Kak Syima. Memerhatikan wajahnya di bawah simbahan lampu taman. Salah faham? Benarkah? Aku ragu-ragu dengan telahan Kak Syima. Bagaimana jika itu memang rancangan Lynn? Tanyaku di dalam hati.

“Hani tak percaya semua ni sekadar salah faham. Lynn memang sengaja memfitnah Hani.” Aku berkata tegas.

Jari-jemari Kak Syima singgah di bahuku.

“Jangan terlalu ikut perasaan. Hani sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran anggapan Hani, betul tak? Islam mencela orang yang suka menuduh tanpa menyelidik terlebih dahulu. Perkara begini, lambat laun akan terbongkar juga kebenarannya. Masa tu, baru kita tahu siapa yang benar, siapa yang salah. Lagipun, Hani tahu, Hani tak bersalah, kan?”

Aku mengangguk.

“Dan akak percayakan Hani. Kami semua percaya, Hani tak bersalah. Dahlah… sedih akak tengok adik akak macam ni.”

Lapang rasa dadaku mendengar pengakuan ikhlas Kak Syima. Lega rasanya hati. Segala kerisauan dan kebimbangan aku seakan terbang di bawa angin malam. Asalkan Kak Syima, Kak Ayu, Kak Suzi dan Fariza percaya aku tak bersalah, itu sudah memadai. Biarlah Lynn dengan anggapan dan tuduhannya. Aku tahu aku tak bersalah, apa yang nak dirisaukan?

“Thanks, Kak Syima,” ucapku ikhlas dari hati.

“Sama-sama. Jom, kita balik. Dah semakin larut ni. Risau pulak diaorang nanti,” ujar Kak Syima seraya berdiri. Dia menarik tanganku agar turut berdiri di sisinya. Kemudian, kami berjalan beriringan meninggalkan park.

“Hani memang dahsyat. Sanggup lari dari rumah bila merajuk. Selalu practice kat rumah yek?” sempat Kak Syima mengusik.

“Bukan merajuk laa… orang nak cari ketenangan,” jawabku. Senyuman manis terukir di bibir. Tidak pernah aku buat perangai seperti ini di Malaysia. Lari dari rumah di waktu malam.

“Yelah tu…,” ujarnya diiringi ketawa kecil. Dipeluknya bahuku erat.

scribbled @ 22:36 |

pinkJambu
May 12, 2005   11:23 PM PDT
 
yeyeyeh..ada n3, muuuuah sayang adik akak dikEita!

eita,akak tertinggal berus gigi aarrr, sempat tak kalau lari balik amik? suruh pilot tu tunggu akak k..hehehe
eita
May 12, 2005   11:27 PM PDT
 
akak tak per... eita book flight tu, khas untuk kita 2 org jer... take your time, kak

muuuaaahhhhh to u too. cayang akak!!! eita tuuunggguuuu!!!!!!
nurfa
May 13, 2005   06:27 PM PDT
 
eita..sib baik hani tu ade kat uk..kalo kat m'sia sure x selamat..kan kan? dah la g sorg tmn..mlm lak tu..
eita
May 13, 2005   07:29 PM PDT
 
betul arr nurfa. klu kat m'sia, dah lama si Hani tu kena lelong. kan kat m'sia mlm2 terlalu ramai 'bats2' yg berkeliaran... heee seram!!!
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive