Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 13
Saturday, May 14, 2005

Tiga hari telah berlalu semenjak kehilangan diari Lynn. Hubunganku dengan housemate yang lain tetap seperti dulu. Seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku. Pada malam aku melarikan diri ke park, Kak Syima berusaha menjejak langkah kakiku dan memujuk hatiku yang rawan. Dan sekembalinya aku ke rumah dengan ditemani Kak Syima, Kak Ayu berkali-kali memohon kemaafan. Memohon maaf atas keterlanjurannya ‘menyoal-siasat’ diriku. Aku bersyukur kepada ALLAH kerana mengembalikan kepercayaan mereka terhadapku. Dan juga kerana melindungi hati mereka dari terpengaruh dengan tuduhan Lynn yang tak berasas.

Sejak kejadian itu, aku lihat Lynn semakin menjauhkan diri. Bukan sekadar menjauhkan diri dariku, tetapi juga dengan mereka semua. Tiga malam berturut-turut dia mengurungkan diri di dalam bilik. Jika keluar pun hanya sekejap. Sekadar untuk mengambil makanan atau minuman di dapur. Malukah dia kerana rancangannya tidak berjaya?

Ada ketikanya aku kasihan melihat dia begitu. Bagaikan orang terasing di rumah ini. Silapnya juga. Dia yang rela hati memilih untuk menjauhkan diri. Padahal, mereka yang lain tidak pernah menunjukkan rasa tidak suka atau kurang senang dengan kehadirannya. Baru semalam, Kak Ayu menjengoknya di bilik. Risau dengan sikapnya dua tiga hari kebelakangan ini.

“Hani,” lembut suara seseorang menyapa di telinga. Membawa aku kembali ke dunia sebenar.

Aku mendongakkan kepala. Terhenti nafas seketika apabila seraut wajah menyapa pandangan mata. Tidak berkelip mataku merenung dia yang berdiri terpacak di hadapanku. Panjang umur sungguh! Baru diingat-ingat, dah muncul. Bahaya macam ni… Nampaknya selepas ni, aku kena lebih berwaspada bila memikirkan tentang dia.

Apa mahunya? Kehadirannya yang secara tiba-tiba ini, amat mengusarkan hatiku.

“Boleh saya duduk?” soalnya.

Aku tidak menjawab. Memikir-mikir sebentar. Menimbang buruk-baiknya membenarkan dia berada dekat di sisiku. Mungkin aku perlu mendengar apa yang mahu dikatakannya. Buku-buku yang berada di sebelah, ku alihkan ke atas riba. Juga sebagai isyarat, membenarkan dia duduk di situ.

Pada mulanya, dia kelihatan sedikit teragak-agak. Tak pasti samaada mahu duduk ataupun tidak. Namun, setelah aku memandangnya sekali lagi dengan reaksi yang mengatakan “kenapa tak duduk”, barulah dia berbuat begitu.

Aku menanti dia berkata-kata, tetapi dia mendiamkan diri. Entah apa yang sedang difikirnya. Timbul rasa takut dihatiku. Takut seandainya ini merupakan salah satu dari senarai ‘pembalasan dendam’nya. Beranikah dia melunaskan dendamnya di kawasan universiti ini? Di hadapan student yang lalu-lalang? Apa susah, aku jerit aje nanti kalau dia betul-betul nak menuntut bela. Pasti ramai ‘putera berbuku’ yang sudi menolong puteri yang cantik ini, ngomelku di dalam hati.

“Saya nak minta maaf sebab accuse awak ambil diari saya,” satu-persatu ayat itu terlontar dari mulutnya yang merah bak delima merekah itu. Tergamam aku seketika. Ku gosok-gosok telinga kiri yang dilitupi tudung hijau ini. Memastikan telinga yang menerima suaranya itu, menghantar isyarat gelombang yang betul. Juga untuk memastikan agar tiada isyarat yang tersekat di mana-mana di sepanjang laluannya ke gegendang. Risau jugak kalau-kalau silap dengar!

“Diari tu… diari saya…” Berterabur ayat-ayatnya. Tersekat-sekat. Macam budak-budak baru belajar bercakap.

Aku setia menadah telinga. Tak mahu menyampuk walau sepatah perkataan.

“Diari yang hilang tu, saya dah jumpa… terjatuh di bawah katil. Saya tak perasan. Ingatkan diari tu saya letak atas meja study. Terlupa yang sebelum tidur malam tu, saya letak di sebelah bantal. I’m really sorry,” terangnya lancar.

Aku tertanya-tanya sejauh mana keikhlasannya meminta maaf dariku dan tentang kebenaran ceritanya. Kemaafan yang dipintanya itu datang dari hati yang benar-benar rasa bersalah atau sekadar untuk menutup kesalahannya. Aku tidak mempunyai sebarang jawapan. Dari sudut sisi begini, agak sukar untuk aku melihat reaksi dan kejujuran yang terlukis di wajahnya yang cantik itu.

Cantik. Adakah benar aku memujinya tadi? Ku akui Lynn seorang yang cantik. Berkulit putih cerah dan berwajah manis. Tudung yang dipakai, melindungi mahkotanya yang separas bahu dari pandangan mata insan-insan lain.

“Mesti awak susah nak maafkan saya, kan?” soalnya tiba-tiba. Mematikan gambaran aku tentang dirinya.

Aku masih mendiamkan diri. Tiada apa yang ingin aku katakan. Biarlah dia sahaja yang berceloteh seorang diri. Aku lebih memikirkan perasaanku yang berperang sesama sendiri. Yang satu membisikkan kata-kata bahawa Lynn jujur dengan pengakuannya manakala yang lagi satu membangkang keras. Berkecamuk fikiran…

“Masa kita ‘accident’ dulu… bukan niat saya nak menengking awak. Tapi disebabkan fikiran saya yang keliru dan berserabut kerana masalah, tak pasal-pasal awak menjadi mangsa. Memang saya sakit hati kat awak time tu. Sepanjang hari, saya bad mood. Then, bila awak memalukan saya di café petangnya, lagi bertambah-tambah sakit hati saya. Saya bukannya sengaja nak langgar awak.” Dia memulakan cerita. Membuka kembali sejarah lama yang pernah tercatat dalam diariku. Hari penuh malang yang ingin aku hapuskan dari kotak memoriku ini. Sesekali dia menoleh ke arahku sekilas.

“Tiap kali tengok muka awak, saya mesti teringatkan semula kejadian di café. Ingatan yang sentiasa menyemarakkan rasa sakit hati. Tidak pernah ianya terpadam. Waktu pertama kali menjejakkan kaki ke rumah sewa kita, sukar nak percaya yang awak bakal roommate saya. Walaupun hati ini berat tapi saya terpaksa juga tinggal di situ. Dan pada malam awak memperli saya, saya bertekad nak mengenakan awak. Saya berpakat dengan coursemate saya untuk menghadiahkan awak lalat tu dan sengaja membuat awak menunggu lama di park. Semata-mata untuk membuat awak marah.” Dia berhenti seketika. Menarik nafas panjang.

Akhirnya, dia mengaku juga didepanku. Mengaku hadiah sebotol lalat itu dikirim olehnya. Setelah sekian lama aku menanti pengakuannya itu. Jadi, memang benarlah tekaanku selama ini. Langsung tak terbabas.

“Malam awak kenakan saya balik…” Ingatanku melayang mengingati malam aku membalas balik perbuatannya. Masih segar diingatan keadaan dia waktu itu. Terduduk di atas lantai dengan wajah penuh ketakutan. Terbit rasa bersalah di hati.

“…saya betul-betul takut. Mana taknya, masuk bilik aje nampak ‘hantu’. Rasa macam nak tercabut nyawa ni. Bertambah sakit hati saya bila awak pura-pura tak tahu apa yang terjadi. Esoknya… bila awak datang meminta maaf saya nekad takkan maafkan awak. Malangnya, kata-kata awak yang terakhir asyik terngiang-ngiang di telinga. Kemudian saya sedar, sedikit sebanyak saya juga bersalah dalam hal ni. Saya mula terfikir untuk cuba membaiki hubungan kita yang semakin tegang.

Then, secara tiba-tiba diari saya hilang… saya ingatkan awak yang ambil. Nak kenakan saya lagi. Saya dah tak terfikir nak siasat dahulu. Disebabkan rasa marah, saya beritahu Kak Ayu awak mengambil diari tu. Salah saya… Saya minta maaf. Saya benar-benar minta maaf.” Panjang lebar dia meluahkan isi hatinya.

Kerana itukah dia mengasingkan diri? Kerana dia tahu dia bersalah menuduh aku tanpa bukti? Bolehkah aku memaafkan dirinya setelah apa yang dia lakukan? Aku tak pasti. Yang pasti, buat masa sekarang, hati aku belum terbuka untuk memaafkannya walaupun kadangkala aku simpati dengannya. Aku tak dapat melupakan sakitnya hati yang aku rasai disaat dia menaburkan fitnah dulu.

“Kak Ayu dah tahu awak tak bersalah. Saya dah beritahu dia semalam,” ujarnya lagi.

“Baguslah,” ujarku sepatah sambil mataku leka memerhatikan student yang lalu-lalang. Seolah-olah apa yang dikatakannya itu, sedikit pun tidak memberi impak padaku. Patutlah lama benar Kak Ayu dibilikku semalam. Mesti dia kena ‘brainwash’.

“Saya tak pinta awak maafkan saya sekarang sebab saya tahu awak masih marahkan saya. Tapi saya akan meminta maaf dari awak setiap hari, sampai awak maafkan saya. Macam awak buat pada saya dulu.” Dia melemparkan senyuman.

Terbeliak mata aku mendengar butir-bicaranya. Minta maaf tiap-tiap hari? Biar benar dia ni. Bersungguh-sungguhkah dia? Benar, aku ada meminta maaf padanya dulu. Selama tiga hari berturut-turut, tapi sedikitpun dia tak peduli. Semenjak itu, aku dah berputus asa.

Bagus jugak dia berjanji begitu, boleh aku lihat sejauh mana dia sanggup berusaha untuk mendapatkan kemaafan dariku. Secara tak langsung aku dapat menduga seikhlas manakah hatinya ingin memulihkan hubungan kami.

“Dah habis? Saya perlu ke library.” Lantas aku berdiri sambil mengendong buku-buku di tangan. Tanpa melihat reaksinya, aku berlalu pergi. Lagakku umpama tiada perkara penting yang dikatakannya.

Bukan maksudku untuk bersikap kurang ajar seperti itu. Cuma aku mahu dia tahu apa yang aku rasa bila dia melayan aku begitu sedikit masa dulu. Bukan juga untuk membalas dendam padanya. Sekadar untuk peringatan agar dia tidak mengambil mudah akan perasaanku. Dan agar dia benar-benar menghargai persahabatan yang mungkin akan terjalin diantara kami nanti.



little chit-chat :
*smiling* nurfa, your hunch is right. chukhahada…

scribbled @ 22:27 |

pinkJambu
May 14, 2005   11:48 PM PDT
 
cerita tentang sebuah kemaafan.

tadi pagi akak accident, kes langgarlari, tapi last2 atas bantuan teman2 budak laki tu dtg mengadap akak, susah benar akak nak dengar dia says sorry padahal kesalahan tu terang2 dibuat olehnya

mahal sangat ke ucapan keramat tu? atau kerana ego seperti Lyn dan Hani atau sikap kita sendiri ? jgn la kata itu pun salah satu sikap buruk bangsa kita. malu sungguh kepada pencipta.

akak ni jenis cepat sejuk hati bila org ckp maaf, hani pun tentu baik cam akak..ahaks..hahahah juz joking!jgn marah *grin*
nurfa
May 14, 2005   11:51 PM PDT
 
hahahaha...sape yg malu?? lynn dan keluarga dia..hihihihi *gelak jahat* huhuhu
eita
May 14, 2005   11:53 PM PDT
 
akak... memang eita pun cam tu gak. bila marah berapi2 jer hati ni. then, bila org tu dah buat baik ngan kita, hilang terus rasa marah tu. betul la agaknya, kita jenis jenis hati sejuk. sama cam Hani...
eita
May 15, 2005   12:17 AM PDT
 
nurfa~*tumpang gelak jahat skali* biarkan dia rasa.. hahaha......
eh, ada ker writer kutuk watak ciptaan sdr? tak kisahlah! *sambung gelak jahat*
Luna
May 15, 2007   10:31 PM PDT
 
mcm ne sy bole mngalirkan air mata bila baca nasib si hani... dan kata2 hati hani semasa Lynn meminta maaf pada fia... seriusly... menusuk ke lubuh hati... sampai terusik hati saya... waaah... sedihnya... coz sy penah ada roomate mcm ni dulu... selfish!
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive