Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 15
Tuesday, May 17, 2005

“Nak sikit coklat,” pinta Lynn sambil menadahkan tangan.

Plastic coklat M&M itu aku terbalikkan ke bawah, di atas tangan Lynn. Tiada isi yang keluar. Aku meneropong ke dalam plastic. Kosong!

“Dah habis…” Aku mencapai tisu di dalam beg galas. Lalu mengelap warna coklat yang terlekat di tangan. Nama saja, melt in your mouth, not in your hands tapi kalau tangan berair, melt jugak, ngomelku dalam hati.

“Tak aci, aku baru makan sikit. Kau makan banyak,” protesnya. Mukanya masam mencuka.

Aku mempamerkan riak muka bersalah. Aku tak sedar langsung coklat tu dah habis. Semuanya gara-gara terlalu leka mendengar Lynn bercerita pasal coursematenya tanpa henti dari tadi. Aku selaku pendengar setia, mulut tak bersuara, mengunyah ajalah kerjanya. Satu demi satu disumbatkan ke mulut.

“Sorry… aku tak sedar dah habis. Kau tu bercerita panjang sangat. Rasa macam makan popcorn sambil tengok wayang. Asyik…” ujarku dengan diiringi ketawa kecil. Sengaja mengusiknya.

Lynn mencebik.

“Kalau cam tu, kau tak payah pergi tengok wayang lagi lah. Kau bagi aje duit tiket wayang tu kat aku. Tiap-tiap malam aku boleh cerita kat kau. Pilih aje nak dengar cerita apa. Casablanca? Titanic? Lord Of The Ring? Starwars?” balasnya. Dia tersengih seperti kerang busuk. Pandai dia mengenakan aku balik. Bijak, bijak. Agaknya masa kanak-kanak dulu, mamanya selalu beri dia minum susu Everyday kot.

Perubahan mendadak berlaku dalam perhubungan aku dan Lynn. Daripada dua orang insan yang sentiasa dingin di antara satu sama lain, kami menjadi sahabat baik. Semuanya berubah setelah kami berbaik-baik semula beberapa minggu yang lalu. Sungguh tak disangka!

Dan kini, bilik kami tidak lagi sunyi dan sepi. Sentiasa terisi dengan celoteh kami berdua. Acapkali juga, kami akan bertukar-tukar cerita tentang diri masing-masing sebelum tidur. Saling mengenali di antara satu sama lain. Alhamdulillah… tiada lagi perasaan marah dan ‘berangin’ yang membalut hatiku.

Kadang-kadang aku hairan, bagaimana dulu kami boleh tinggal sebilik tanpa bercakap walau sepatah. Jangankan nak bercakap, nak pandang muka dia pun tak ingin. Tapi sekarang, hilang aje muka dia di rumah mulalah sibuk bertanya dia ke mana. Benarlah kata orang, mula-mula benci, lama-lama jadi suka.

Orang yang paling gembira dengan perubahan ini, sudah tentulah Kak Ayu dan Kak Syima. Tak sudah-sudah mereka menasihati kami agar meneruskan hubungan baik yang telah terjalin ini. Menasihati kami agar tidak sekali-kali bersikap seperti dahulu – bergaduh hanya kerana hal remeh-temeh. Sewaktu mendengar nasihat itu, aku dan Lynn hanya saling berpandangan dengan senyuman kecil terhias di bibir masing-masing.

Setelah mengenalinya, barulah aku tahu, Lynn tidaklah seteruk yang aku sangka. Dalam sikap sombongnya dahulu, tersembunyi sikap lain yang membuatkan aku senang bersahabat dengannya.

"Dah lama tunggu?” sapa seseorang.

Serentak, kami berdua menoleh ke belakang. Wajah Fariza menyapa. Peluh kelihatan memercik di dahinya. Bagaikan baru lepas berlari. Barangkali kelasnya baru sahaja tamat lalu dia bergegas dengan cepat ke sini.

Semalam, Fariza mengajak kami berdua menemaninya ke bandar. Kami terus bersetuju. Memandangkan Fariza habis kelas sejam lebih lewat daripada kami berdua, kami berjanji untuk menunggu di cafeteria. Dan dari café, kami akan bertolak bersama-sama.

“Lama tak lama… habislah satu bungkus coklat M&M,” jawabku padanya. Beg galas ku sandangkan ke bahu. Aku bangun dari kerusi. Bersedia untuk bertolak.

Bertiga, kami mengorak langkah. Sepanjang perjalanan, bermacam-macam perkara kami bualkan. Dari sekecil-kecil berita panas di universiti hinggalah ke besar-besar berita tentang kejadian yang berlaku di seluruh dunia. Sebagai student, perkembangan hal-ehwal dunia perlu juga diambil kira.

“Kita masuk butik depan tu dulu,” ujar Fariza sebaik kaki kami melangkah ke dalam bandar. Sebuah kedai butik bersignboard ‘Welly’s Attire’ menjadi tumpuan langkahnya. Aku dan Lynn mengekori dari belakang. Tujuan utama kami ke sini, semata-mata nak temankan Fariza. Apa saja kedai yang dimasukinya, terpaksalah kami ikut. Hatta ke tandas sekalipun, kami akan turuti jua. Kiranya untuk hari ini, kami menjadi bodyguard dia lah. Seronok jugak, boleh berangan jadi Special Agent kejap.

Kedatangan kami disambut oleh seorang pelayan butik. Pendapatku, mungkin dia pemilik butik tersebut. Senyuman memekar indah di wajahnya. Fariza menjadi rambang mata melihat deretan baju-baju yang tergantung di rak. Pelbagai corak dan warna. Aku yang datang sebagai special agent pun, berpinar-pinar mata melihatnya. Dua helai baju berwarna biru dan merah dicapainya dan di bawa ke bilik persalinan.

Sebelum menarik langsir, dia berpesan,

“Korang tunggu kat situ. Jangan pergi mana-mana.”

“Kalau kau posing maut dalam tu lebih dari setengah jam, kitaorang blah.” Lynn memberikan amaran. Dia tersenyum penuh makna memandangku. Kemudian, dilabuhkan punggungnya di settee yang tersedia di dalam butik itu.

Aku ketawa kecil mendengar ancaman Lynn. Saja dia nak kenakan Fariza. Pelayan butik itu yang mendengar perbualan mereka, tercengang-cengang. Mana dia faham apa yang mereka katakan. Magic lah kiranya, seandainya pelayan tu tahu berbahasa melayu.

Sehelai sweater berjaya mecuri tumpuanku. Cantik! Hasil buatan tangan yang halus. Kagum aku dengan sesiapa yang mengaitnya. Mengait benang kapas untuk dijadikan sweater bukannya kerja mudah. Memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

“Cantiknya,” ujar Lynn. Entah bila agaknya dia berdiri di sebelahku. Tak sedar langsung.

“Memang cantik.” Aku mengiakan. Jari-jemariku membelai kesempurnaan teksturnya. Nampaknya, Lynn turut ‘tergoda’ dengan kecantikan sweater yang aku pegang. Kerana dia turut melarikan jari-jemarinya di permukaan sweater itu.

“Belilah,” usulnya.

Aku berfikir sebentar. Di kepala, terbayang sekeping kertas. Siap dengan debit dan kredit. Lancar otak kiri mengira-gira balance yang tinggal untuk bulan ini. Setelah selesai dicampur dan ditolak, rasanya aku masih lagi mempunyai lebihan wang. Satu petanda baik. Hajatku untuk memiliki sweater itu akan tercapai. Aku tersenyum gembira di dalam hati.

“Aku ambiklah,” Aku membuat keputusan. Lancar tanganku meleraikan hanger yang digunakan untuk menyangkutkan sweater itu.

Kemudian, aku menoleh kepada Lynn di sisi.

“Kau tak beli apa-apa ke?” soalku padanya.

Lynn lantas mengunjukkan sehelai sweater yang tersangkut di tangan kirinya, Tidak kurang cantik jugak. Sweater pilihannya itu bercorak abstrak. Gabungan tona warna biru. Lembut.

“Mana boleh kau dengan Iza aje yang beli. Putih matalah aku cam tu,” ujarnya dalam sengihan.

“Jealous lah tu…” usikku.

“Yes,” jawabnya pendek. Dia tersenyum kecil.

Kami berdua menyerahkan sweater dan wang kepada pelayan tersebut. Dan pelayan itu segera berlalu ke kaunter menjalankan urusannya. Membungkus kedua-dua sweater dan menyediakan baki bayaran untuk kami.

“Jom duduklah. Lenguh la berdiri lama-lama.” Aku bersuara lalu melangkah ke arah settee kosong. Dan Lynn mengekori dari belakang.

“Hani… Apa kata nanti kita tukar sweater tu?” Perlahan suara Lynn menampar cuping telingaku. Segera aku berpaling ke sisi. Mengadapnya. Permintaannya itu benar-benar membuat aku keliru.

“Lah, kenapa tak cakap kau suka sweater tu? Kalau kau cakap tadi, aku boleh bagi kat kau…”

“Bukan itu maksud aku,” tingkahnya.

“Habis?” Sepatah aku bertanya.

“Maksud aku, bila-bila masa kau nak pinjam sweater aku tu, minta aje. And I’ll do the same. Camne?” Soalnya sambil menjungkitkan kening. Meminta persetujuan dariku.

Aku terdiam sebentar. Menimbang-nimbang ideanya. Ah, apalah salahnya…

Akhirnya aku bersetuju “Good idea.”

Senyuman kami bertaut. Dalam pada itu, pelayan tadi kembali semula bersama 2 buah paperbag dan pulangan wang baki.

“Ada tak setengah jam aku kat dalam tu?” suara Fariza yang baru keluar dari fitting room, menyapa. Diserahkan baju berwarna merah yang telah dicuba kepada pelayan yang setia menanti.

“I’ll take this one.” Baju berwarna biru pula diserahkan kepada pelayan itu. Lantas pelayan butik itu bergegas ke kaunter pembayaran bersama baju ditangan.

“Cepatnya kau keluar. Kau buat aksi Charlie Chaplin ke?” soalku sambil tersengih.

“Aku nak beritahu korang, tapi promise… you won’t tell a soul.” Fariza berbisik tiba-tiba. Lagaknya seperti apa yang bakal disampaikannya merupakan top secret.

Aku dan Lynn yang kehairanan dengan bisikannya, pantas menganggukkan kepala. Didekatkan bibirnya ke telinga kami berdua. Telinga kami sedia menadah suaranya yang akan keluar pada bila-bila masa…

“Dulu aku bercita-cita nak jadi pengganti Charlie Chaplin,” katanya perlahan. Beberapa saat kemudian, dia menghamburkan tawa.

Ceh! Pekena sungguh budak ni, kataku dalam hati. Ingatkan benda serius apa lah yang nak dibisikkan. Bila difikir balik, betul jugak! Kalau dia cakap melayu pun, bukannya ada orang faham. Tak perlu berbisik-bisik.

“Macam sungguh-sungguh aje nak bagitau rahsia.” Lynn menampar lembut bahu Fariza. “Kami tunggu kat luar.”

Fariza melangkah ke kaunter membuat bayaran manakala aku dan Lynn menuju ke pintu utama butik. Sesuatu yang menyapa pandangan mataku membuatkan aku berhenti secara tiba-tiba di luar pintu butik. Dari ekor mataku, aku lihat Lynn turut mematikan langkahnya di sisiku. Bagaikan terpukau dengan apa yang kami saksikan ketika itu.

“Do you see what I see?” soalku perlahan tanpa memandang wajah Lynn.

“Yes,” jawabnya juga dalam nada perlahan.

“Aku rasa macam nak carve aje kat lamp post tu – Lynn was here,” katanya tanpa mengalihkan anak matanya dari lamp post yang terpacak di ruang pejalan kaki. Lamp post yang meninggalkan kenangan dalam diri kami berdua. Yang mengabdikan saat-saat bermulanya persahabatan kami.

“Bukan Lynn was here. Lynn’s forehead was here,” tukasku sambil ketawa. Dia turut ketawa bersamaku. Memori…

Lynn bernasib baik, tiada kesan kekal di dahinya. Jika tidak, sesiapa sahaja yang masuk meminangnya nanti, mesti nak minta discount pada Uncle Azman. Mana tidaknya, bukankah saham anak dara kat Malaysia sekarang tengah naik?



little chit-chat :
teringat zaman muda2 dulu (chewah!!)… terlalu gigih nak tinggalkan kenangan, sanggup toreh meja sebab nak tulis ‘I was here’. Tak cukup dengan tu, sanggup berginjat dalam toilet coz nak buat vandalisme dgn menconteng dinding toilet utk menulis perkataan yang sama… time tulis tu klu boleh nak setinggi yang mungkin. Supaya tak senang terpadam. Entah masih ada atau tak, kenangan tu… Rindunya…

scribbled @ 21:04 |

| | Guestbook



Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive