Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 16
Wednesday, May 18, 2005

Fikiranku berserabut dan bercelaru. Otak pula semput tiba-tiba. Idea sekejap datang dan sekejap tidak. Tak ubah seperti biskut chipsmore. Buntu dan pening aku dibuatnya. Haruman lavender yang memenuhi ruang bilik pun tidak mampu menguraikan kebuntuan dan kekusutan yang aku rasakan. Kes naya sungguh!

Aku mengeluh nafas berat. Technical pen diletakkan kembali di atas meja. Sudah tak terhitung berapa kali aku melakukan aksi yang sama. Anak mataku terus-terusan merenung sketches di tangan. Sketches yang belum siap sepenuhnya. Idea, datanglah kau idea, aku merayu-rayu di dalam hati. Tak ada idea, maknanya tak ada design… Mampus aku kalau design ni tak sempat siap! Mesti kena ‘bambu’ punya!

Aku mengurut pelipis yang sudah sedikit berdenyut. Tanda-tanda migraine bakal menyusul sebentar lagi. Pantas, aku mencapai kotak-kotak yang berisi peralatan menulis. Mencari-cari painkiller yang tersimpan di situ.

Kemudian, aku mencapai tumbler berisi air masak yang memang telah tersedia di atas meja. Ku buka penutupnya. Sebiji painkiller diletakkan di dalam mulut sebelum aku meneguk sedikit air masak.

“Hani…” suara Lynn yang sedikit mamai jelas kedengaran di ruang yang sunyi dan sepi.

Aku terkejut. Tidak tidur lagikah dia? Ataupun kecerahan lampu studyku menganggu tidurnya? Sedetik, perasaan salah menerpa. Aku memusingkan kepala. Mencari bayangannya melalui biasan lampu. Sekali lagi, aku terkejut apabila mataku berlabuh pada dirinya yang sedang bersandar di kepala katil.

“Kenapa tak sambung tidur? Lampu ni cerah sangat ke?” soalku padanya. Rasa bersalah terbias bersama nada suaraku.

“Pukul berapa sekarang ni?” soalnya pula. Pertanyaan aku dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Aku memandang jam di atas meja study sekali lalu sebelum kembali menatap wajahnya.

“3.15,” ujarku perlahan. Mata yang terasa memberat tiba-tiba, aku gosok perlahan. Alahai, mengantuklah pulak!

“Huh? 3.15?” ulangnya seakan tidak percaya. Dapat aku gambarkan betapa luasnya Lynn membuka anak matanya tatkala dia mengulangi waktu yang aku tuturkan padanya.

“Iye. Kenapa? Tak percaya?” Selorohku dengan meniru cara percakapan iklan di TV3. Tawa kecil meniti di bibir.

Lynn bangun dari katilnya. Sejurus kemudian, dia melabuhkan punggung di atas katilku pula. Berhampiran denganku. Aku pelik dengan tindakannya itu. Walaupun begitu, tidak pula bibirku ini ‘rajin’ nak bertanya.

“Kenapa kau tak tidur lagi ni?” Dia pula yang bertanya.

“Alah, kau ni macam tak tahu…” Aku memberikan jawapan kabur. Aku yakin, sebagai student Lynn faham maksudku. Memegang ‘jawatan’ sebagai student, bukannya ada masa nak tidur awal. Dan bab tidur lambat pula, bagaikan sudah sebati.

“Aku tahu. Tapi kan esok cuti. Buat apa nak bersengkang mata malam ni? Esok ajalah sambung,” nasihat Lynn perlahan. Dia mengirai-ngirai rambutnya yang sedikit kusut dengan tangan kanan.

“Tak boleh. Aku ada banyak assignment lain yang nak kena buat,” sahutku. Untuk beberapa saat, aku melabuhkan pandangan pada sketches. Seraya itu, aku memerah otak memikirkan idea yang seterusnya. Sia-sia. Tiada satu pun yang ingin muncul.

Terasa denyutan di pelipis semakin menyucuk-yucuk. Aku memejamkan mata seketika. Bagi menghilangkan denyutan yang masih tidak mahu hilang. Hatiku ikut berdoa, moga-moga denyutan ini tidak berpindah ke bahagian belakang kepala. Teruk akibatnya seandainya itu terjadi. Aku tak sanggup menanggung kesakitan itu di kala masih banyak lagi assignment dan tugas yang menanti.

“Hani, kau migraine ke?” soalan Lynn memaksa aku membuka semula kelopak mata. Aku menoleh ke sisi. Pandangan mata Lynn merenung jauh ke dalam anak mataku.

“Taklah.” Aku cuba berbohong. Aku yakin denyutan ini pasti akan hilang bila tiba masanya. Selalunya itulah yang terjadi setelah aku mengambil painkiller. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Lynn mencapai bungkusan painkiller. Bungkusan yang aku terlupa meletakkan kembali di tempatnya. Lalai, marahku dalam hati. Kan dah kantoi?

“Ni apa?” nada suaranya sedikit keras. Mencerun anak matanya memandangku.

Aku terdiam tanpa kata. Tak tahu apa yang perlu aku jawab. Terang-terangan aku telah berbohong pada Lynn. Aku bukan sengaja. Cuma aku tak nak menyusahkan dia. Membiarkan dia risau dengan keadaan aku yang tidak seteruk mana ini.

“Semalam pun kau tidur sekejap aje kan?” soalnya lagi.

Aku mengeluh kecil. Terus-terusan aku mendiamkan diri. Mulutku bagaikan terkunci. Tak tahu nak berkata apa.

Dalam masa 36 jam, baru 3 jam aku melelapkan mata. Semuanya gara-gara assignment dan kerja yang bertimbun. Sudahlah semuanya di beri pada minggu lepas. Datelinenya pulak, minggu depan. Tak terkejar aku dibuatnya. Aku benar-benar sudah kesuntukan waktu. Rela atau tidak, aku harus mengorbankan masa tidurku.

Sememangnya, rasa letih dan penat semakin mencengkam diri. Sejak dari pagi tadi lagi. Namun, apakan dayaku. Sudah tertulis hidup sebagai student, memang begini.

“Semalam pun kau telan painkiller ni kan?” Lynn menyoal lagi sekali.

Aku tergamam mendengar soalannya. Kehairanan melanda. Bagaimana Lynn tahu? Dia mengintip aku ke semalam? Benakku diserang pelbagai soalan yang aku tidak tahu jawapannya.

Aku hanya mengerutkan dahi sebagai menjawab soalannya itu.

“Aku nampak semalam. Waktu aku terjaga,” terangnya pendek. Tapi sudah cukup membuatkan aku memahami dari mana dia mengetahuinya.

“Dahlah Hani, pergi tidur.” Lynn mengarah.

“I can’t. There’s still more work to be done,” bantahku.

“Sambung la esok. Bila dah makan ubat, sepatutnya kau rest. Rehatkan otak tu. Bukannya menambahkan tekanan dengan terus membuat kerja. Lagi bertambah teruk nanti Hani. Dahlah dari semalam kau tak tidur.” Panjang sungguh syarahan Lynn. Benar-benar melekap di hatiku. Aku ingin sekali menurut ‘perintahnya’ itu. Sayang seribu kali sayang, niat itu terpaksa aku padamkan saat sketches menjelma di pandangan.

“Kau pergilah tidur dulu. Tak yah risaukan aku. Migrane ni, kejap lagi mesti hilang.” Aku masih lagi membantah. Aroma lavender ku sedut perlahan. Mengisikan rongga hidung dengan kelembutannya.

“Terlampau banyak ke kerja kau tu?” Sekali lagi Lynn mengutarakan soalan.

“Terover-over banyak.”

“Kalau gitu, biar aku tolong.” Lynn menawarkan diri. Aku merenung dia tak berkelip. Tidak percaya dengan pelawannya. Dengan cara apakah dia nak menolong aku? Dia bukannya tahu apa-apa. Memikirkan itu, tercetus tawa kecil dari bibirku.

Spontan, dia menampar lenganku. Marah barangkali kerana aku ketawa. “Orang nak tolong, dia ketawa pulak.”

“Sorry. Sorry. Kau nak offer buat apa sebenarnya?”

“Masya-ALLAH. Taipkan assignment kau la.”

“Tak pelah. Buat susah kau aje. Aku boleh buat sendiri. Thanks, anyway.”

“Tak der susahnya. Esok-esok bila aku sibuk, aku minta tolong kau pulak. That’s what friends are for, right?”

Aku cuba menyelam butir bicaranya. Kepentingan seorang sahabat. Seorang insan yang sanggup berkongsi susah dan senang. Betapa ikhlas kata-kata yang lahir dari dia. Dan di malam ini, aku dapat rasakan dia seorang sahabat yang sukar untuk di cari. Jauh di sudut hatiku, aku merasakan Lynn satu dalam sejuta.

Eh, bukan kau dulu benci sangat ke pada dia? Soal hatiku. Itu dulu. Di saat perasaan amarah mengambil alih diri. Sekarang, dah berbeza. Kami dah semakin akrab sekarang…

“Dah, jangan fikir banyak-banyak. Pergi tidur dulu. Esok pagi kita buat sama-sama.” Seraya itu, Lynn menarik tanganku. Memaksaku untuk berdiri. Dia mengambil sketches di tanganku, lalu diletakkan di atas meja study.

“Sempat ke siap ni?” gumamku perlahan. Aku masih takut. Takut sekiranya aku tidak sempat menyiapkan semua assignment dan kerja seandainya aku menghabiskan masa dengan tidur.

“Kalau tak siap, esok malam kita berjaga sama-sama. The most important thing at this moment is for you to have a good rest. Tengok bawah mata kau tu, dah hitam. Buruk tau tak! Aku tengok pun takut,” usiknya bersama sengihan kecil.

“Buruk-buruk pun ada orang nak buat member,” balasku dalam tawa kecil. Sambil itu, aku mengemaskan meja study.

Tawaku bersatu bersama ketawa Lynn. Dia bergerak ke katilnya. Dibaringkan tubuhnya semula. Selimutnya ditarik ke paras dada.

Benar kata Lynn, aku amat memerlukan rehat. Agaknya otakku sudah terlalu tepu untuk memproses apa sahaja. Dan disebabkan itulah, aku tidak mampu menyudahkan sketches. Biar esok saja aku sambung kerja yang tergendala itu. Semoga dengan berbuat begitu, idea akan muncul nanti.

Aku melangkah pantas ke katilku sendiri. Sudah tidak sabar rasanya nak merasa keenakan tidur di atas tilam empuk. Cepat sahaja aku merebahkan diri.

“Lynn, thanks for being my friend,” luahku di dalam suasana gelap dan sunyi. Walau perlahan nada suaraku, ia seakan bergema.

“Thanks to you too, Hani. For the same reason.”

“Assalamualaikum. Good night. Sweet dreams.”

“Waalaikummussalam. Good night to you too. Sleep tight.” Balasnya.

scribbled @ 21:06 |

nadya
May 19, 2005   01:01 PM PDT
 
a moment to remember...dah tgk gak tapi bukan dgn penuh konsentrasi...tapi tak paham sket ending die...lead actress hilang ingatan kan then ???
eita
May 19, 2005   10:18 PM PDT
 
i pun x sure. tp dari gaya dia hold hand hero tu, cam ingat jer... and i think, masa kat dlm kedai yg diorang act balik the first moment hero tu jumpa dgn heroin, dia da boleh remember sikit2.

heroin dia, lawa sesangat. rambut dia, cantik!!
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive