Terasa sepasang tangan mengoncang bahuku. Perlahan. Kemudian semakin rancak. Aku yang masih di dalam keadaan separa sedar, mengalihkan badan membelakangkan siapa jua yang berhasrat ingin menganggu lenaku di hari minggu begini. Malas nak membuka mata. Berat. Bisikan-bisikan halus di dalam minda mendendangkan lagu indah seakan mengheret aku kembali ke alam mimpi.
“Hani, wake up!” Sayup-sayup suara Lynn mencecah cuping telingaku. Tangannya tidak henti-henti mengoncangkan tubuhku. Memaksa aku supaya terjaga dari tidur. Kesejukan yang aku rasakan membuatkan aku menarik comforter hingga ke paras leher. Melingkar aku di dalamnya. Takku pedulikan Lynn di sisi katil. Syoknya tidur…
“It’s snowing lah,” katanya lagi bila aku masih enak memejamkan mata.
Demi mendengarkan perkataan snowing, spontan mataku terbuka luas. Macam mana aku boleh terlupa, desisku. Sejak semalam salji dah turun. Aku mengarahkan pandangan ke tingkap. Kelihatan salji turun mewarnai bumi dengan warnanya yang suci. Pantas aku bangun dan duduk di birai katil.
Aku dan Lynn bercadang untuk bersiar-siar dan melakukan pelbagai aktiviti hari ini. Yang utama sudah semestinya menyaksikan keindahan hamparan carpet salji yang memutih. Termasuklah aktiviti wajib, bermain salji. Memikirkannya sahaja membuatkan aku over excited. Tak sabar-sabar rasanya.
“Cepatlah bersiap. Kata nak tengok snow,” arah Lynn. Nampaknya dia terlebih dahulu bersiap dariku. Pakaian lengkap tersarung di tubuhnya. Cuma menanti aku sahaja.
Cepat-cepat aku bangun. Melangkah pantas ke bilik air. Membersihkan diri dan menukar pakaian. Sebelum melangkah ke ruang tamu, tempat Lynn menantiku, aku mencapai scarf di dalam almari. Scarf itu aku lilitkan di leher. Agar aku tak kesejukan nanti.
Mataku bagaikan terpukau sebaik sahaja kakiku melangkah keluar dari rumah. Salji berada di mana-mana. Warnanya terbias ke segenap alam. Pertama kali dalam hidup ini, aku berpeluang melihat sendiri dengan pancainderaku, salji yang memutih. Kembangnya hati bukan kepalang. Selama ini aku hanya berpeluang menyaksikannya di kaca tv atau di dalam majalah. Maha Suci ALLAH… Dia memberikan aku peluang sebegini.
Perlahan-lahan, aku menggengam dan mengepal salji yang berada di atas rumput. Lalu melekapkan kepalan salji itu ke pipi. Sejuknya… terasa hingga ke tulang pipi. Terbuai aku seketika.
“Sudahlah… ‘cair’ salji tu kau buat dia macam tu.” Suara Lynn menyedarkan aku semula. Dia ketawa kecil. Ketawakan akulah tu. Lantaklah... Janji aku seronok dapat merasa salji dengan tanganku sendiri.
Lynn memang tak kisah bila salji turun semalam. Aku aje yang excited terlebih. Mana taknya, dia pernah bermain salji sebelum ini. Anak orang beradalah katakan. Selalu bercuti di luar negara. Hanya aku yang baru pertama kali.
Kami meneruskan langkah. Berjalan di sepanjang sidewalk yang dilitupi salji. Entah ke mana arah tujuan kami. Tak kisahlah… asalkan aku dapat melihat salji dan menghidu bau musim sejuk. Lantas aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Dan kemudian menghembusnya perlahan-lahan. Kepulan-kepulan asap mencuri keluar dari mulut dan hidung.
Sesekali aku mencuri pandang ke arah Lynn. Memerhatikan dirinya. Secara fizikal Lynn seperti insan normal yang lain. Bergelak ketawa, berceloteh dan bersuka ria. Namun di hatinya, siapa yang tahu.
Dapat aku rasakan sisa-sisa kelukaan dan kekecewaan ditinggalkan Hairie masih bertapak di hatinya. Melupakan kekasih yang pernah bertakhta di hati dan membina hidup baru, bukannya kerja mudah. Tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya Lynn tidak terus hanyut dalam kedukaan dan kekecewaan itu. Dia semakin tabah menerima hakikat yang dia dan Hairie sudah berpisah.
Aku sendiri jarang membiarkan dia sendirian. Seboleh-bolehnya, aku cuba menghindarkan dia dari keadaan sunyi dan sepi yang mampu mengheret ingatannya mengingati Hairie. Ingatan yang hanya membawa duka dan lara di hatinya.
Tiba-tiba, aku teringatkan satu tempat yang sering menjadi sasaranku dalam mencari ketenangan. Hatiku bagai ditarik-tarik untuk ke sana. Menyaksikan keindahannya tika dibaluti salji putih. Tanpa berlengah, aku mengusulkan cadangan. Lynn bersetuju. Dan kami mengubah haluan perjalanan ke arah park.
Sekali lagi aku terkesima apabila disajikan dengan panorama di hadapanku. Indah. Sungguh indah! Hanya perkataan itu berlegar-legar di fikiranku berkali-kali. Sukar untukku gambarkan keindahan ini. Rumput yang selama ini menghijau, tenggelam dilitupi hamparan putih. Keindahannya tetap memukau mata walaupun tiada lakaran warna pelangi yang menyerikannya. Biarpun ada segelintir manusia yang mengatakan, musim salji tidak menarik tetapi bagiku ia tetap musim yang mempesonakan.
Seperti ingin aku merebahkan diri di atas hamparan putih ini. Menenggelamkan diri di dalam salji yang tebal. Meski pun kesejukan, aku rela.
“Jom main snowball,” ujar Lynn tiba-tiba. Dia melangkah ke hadapan. Membongkok, lalu mengumpul salji untuk dibentukkan seperti bola. Siap satu.
Puk! Dibalingnya snowball itu ke arahku yang masih lagi terpacak di tempat aku berdiri. Aku memandangnya. Dia tersengih nakal.
“Cepatlah… terpacak lagi kat situ,” gesanya sambil tangannya ligat menyiapkan satu lagi snowball.
Aik… tak boleh jadi ni. Terus aku menapak ke dalam park. Tanganku turut ligat mengumpul salji untuk dibuat snowball. Belum pun sempat aku menyiapkannya, sebuah lagi snowball hinggap di badanku. Bertungkus-lumus aku bekerja menyiapkan snowballku.
Pantas aku membalingkan snowball ke arah Lynn setelah ianya siap. Dia mengelak. Sasaran aku tidak mengena. Aku kembali menyiapkan snowball yang kedua. Sambil itu, mataku bagaikan radar mengawasi snowball Lynn yang pada bila-bila masa bakal melayang dan hinggap di badanku. Aku juga perlu pandai mengelak.
Seperti yang aku duga, snowball ketiga Lynn, terbang laju mencari sasaran. Dengan aksi ala-ala Padme Amidala dalam filem Star Wars The Attack of The Clone, aku mengelak. Tersasar! Lantas aku membuat mimik muka padanya bersama sebuah senyuman sinis. Dia mencebik.
Sesaat kemudian, aku melontar snowball kedua. Lynn tak sempat mengelak. Kali ini sasaranku mengena. Yes! Aku meloncat-loncat kegembiraan. Seronok! Tak ubah seperti kanak-kanak kecil. Alangkah bahagianya sekiranya boleh kembali ke zaman kanak-kanak. Walaupun hanya untuk sebentar. Cukuplah sekadar melepaskan kerinduan pada zaman itu.
Kami terus bermain buat beberapa ketika. Hinggalah masing-masing kepenatan. Dan akhirnya kami menyandarkan tubuh di antara satu sama lain. Menghilangkan kepenatan. Terduduk kami di atas salji itu dengan berlapikkan kertas tebal yang terdapat di park. Sudah agak lama aku tidak segembira ini. Baju kami dipenuhi dengan salji.
“Hani, thanks a lot.” Tiba-tiba Lynn bersuara. Aku dilanda kehairanan dengan ucapannya.
“For what?” soalku dengan dahi berkerut. Tidak kualihkan kedudukanku tika ini. Masih bersandar di belakangnya. Tanganku bermain-main dengan salji memutih yang berada di sekeliling kami.
“Your friendship.”
“Meaning?” soalku lagi. Aku masih tidak dapat menangkap maksud terima kasihnya itu.
“Entahlah… Kau sanggup berkongsi masalah dan apa jua yang aku alami. Paling nyata, time aku break-up dengan Hairie. Entah bagaimana agaknya kalau kau tak ada. Rasanya sampai sekarang belum tentu aku dapat get-on dengan life aku. Sometimes aku rasa kau seperti saudara aku. Like a sister I never had,” ujarnya dari hati yang jujur.
Aku terharu. Benarkah itu anggapannya padaku? Aku teringatkan kata-kata Kak Ayu. Hidup di sini, kita tak punya sesiapa. Hanya teman tempat bergantung harap. Jika di Malaysia kita ada family untuk mengadu, di sini hanya ada kawan-kawan. Mungkin itu sebabnya dia berperasaan begitu. Hidup di sini juga membuatkan aku sedar betapa perlunya seorang teman akrab sebagai tempat berkongsi segalanya.
“Aku pun sama…” kataku tulus. Adakalanya aku juga berperasaan begitu. Merasakan dirinya tak ubah seperti saudaraku sendiri. Mungkin kerana kami berdua tidak mempunyai saudara perempuan maka kami mempunyai perasaan itu.
Dia mengalihkan tubuhnya. Menoleh ke arahku secara tiba-tiba.
“Apa kata kalau kita jadi adik-beradik?” usulnya.
Terpinga-pinga aku seketika. Biar benar?
“Mana boleh, kitakan mak bapak tak sama,” kataku dalam ketawa kecil.
“Eh… itu adik-beradik betul.”
“Habis, kita jadi adik-beradik olok-olok?” Aku menyampuk cakapnya. Tersenyum. Dia menampar lenganku perlahan.
“Tunggu aku habis cakap dulu. Tak sabar-sabar.” Digelengkan kepalanya perlahan. “Anggap aje kita ni bersaudara. Kita declare. Orang bercinta pun declare jugak kan? So are we. Mulai hari ini aku akan anggap kau macam saudara aku. Forever.”
Ada ke ikatan macam tu? Setakat ikatan seperti sorority atau fraternity, pernah aku dengar. Itupun di US, bukannya di sini. Keraguan melanda. Ah… kan baik dia buat usul begitu. Boleh merapatkan lagi hubungan kami. Secara tak langsung, aku dapat saudara perempuan walaupun bukan seibu sebapa.
Pantas aku mengangguk. Kami berbalas senyuman.
“Takat declare aje?” sengaja aku bertanya. Ingin mengusiknya.
“Habis, takkan nak buat macam orang putih, swear by blood or spit. Gelilah…” balasnya sambil menjungkitkan bahu. Gelilah katakan…
“Bukan begitu. Mana tahu kot-kot nak buat surat declaration ke?”
“Perlu ke?” tanyanya seolah-olah aku benar-benar serius.
Aku ketawa. “Aku main-main ajelah. Sungguh-sungguh pulak kau ni.”
Dia kembali menyandar di belakangku.
“Nasib baik kita dah bermaafan. Dan melupakan segala sengketa antara kita. Kalau tak, tentu hubungan kita tak begini,” ujarnya.
Sebuah senyuman terukir di bibirku. Kemaafan… Serentak, ingatanku melayang mengingati sebuah poem yang pernah aku baca dulu. Yang masih terpahat kukuh di memoriku.
Forgiveness is like the violet
Sending forth its pure fragrance
On the heel of the boot
Of the one who crushed it…
little chit-chat :
ari ni gi tgk starwars – the revenge of the sith. Dlm 6 siri starwars saga, episode 3 nilah yg paling byk scene sedih. Berair mata sekejap… nway bg sy cite ni maintain best…
