Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 21
Sunday, May 29, 2005

“Kita singgah shopping complex kejap. I need to buy something.” Ezany bersuara tiba-tiba. Memecah suasana yang berlatarbelakangkan irama ragu yang berkumandang dari speaker kereta. Meeting dengan En. Salleh yang berlangsung di pejabatnya telah tamat 20 minit yang lalu. Dan kini, kami dalam perjalanan pulang ke office.

“You nak beli apa?” tanyaku. Sedikit risau. Bershopping di waktu kerja, dah dikira sebagai menyeleweng. Aktiviti yang tak sepatutnya termasuk dalam senarai ‘kerja di luar’. Sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman dibuang kerja. Bahaya!

“Do I have to tell you?” tanyanya kembali. Sedikitpun dia tidak menoleh ke arahku. Matanya difokuskan ke hadapan. Menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya.

Salahkah kiranya aku bertanya? Arahannya ini bakal mengheret aku ke lembah masalah. Oleh itu, aku berhak untuk mengetahuinya.

“Yes,” jawabku.

“Why?”

“Kita tak sepatutnya pergi bershopping di waktu kerja,” ujarku. Memaklumkan apa yang aku rasa tentang rancangannya itu.

Dia ketawa sinis. Ketawanya itu membuatkan aku keliru. Salahkah apa yang aku cakap? Aku berpaling merenungnya.

“I cakap yang betul, kenapa you ketawa pulak?” Aku bertanya dengan muka masam mencuka. Tidak senang dengan nada ketawanya.

“I ajak you pergi shopping ke?” soalnya kembali. Sinis sekali suara yang keluar dari bibirnya yang merah itu.

“Habis… dah you cakap nak singgah shopping complex.”

“But that doesn’t mean I want to go shopping,” balasnya dalam nada tetap seperti tadi.

“I cakap S.I.N.G.G.A.H. As in - go in there, grab the things that I need and just leave. Bukannya I nak merayau-rayau dalam shopping complex tu dua tiga jam,” tokoknya lagi sambil mengeja perkataan itu padaku. Sepertinya aku ini budak kecil yang tidak faham bahasa. “Lainlah kalau you yang terfikir nak buat begitu.”

Aku pulak yang terkena. Tak puas hati sungguh aku…

“Suka hati you lah. Apa-apa jadi kelak, you kena bertanggungjawab.” Aku memberi amaran.

“Fine. I tak kisah.”

Aku mengalihkan pandangan semula ke luar tingkap. Memerhatikan deretan bangunan dan pokok-pokok yang melintas di hadapan mata. Kemudian, ingatanku melayang mengingati bumi UK. Hampir setengah tahun aku meninggalkan negara yang banyak merakam memori indah kehidupanku sebagai seorang student dan duta kecil Malaysia ke sana. Betapa pantas masa berlalu. Sedar tak sedar, aku kembali semula ke tanahair tercinta.

Adakalanya aku rindukan negara empat musim itu. Rindukan segala-galanya. Suasana empat musimnya, kampus universiti, rumah sewaku dan park yang indah dan damai itu.

Aku melepaskan nafas panjang. Melepaskan rindu yang sarat di dada.

"Apa yang I kata pasal you memang betul. You memang suka berkhayal,” tutur kata Ezany menampar cuping telingaku.

Pantas aku memandangnya. Sorotan mataku ditumpukan pada wajahnya yang sedang dihalakan ke hadapan.

“Reminisce tergolong dalam kategori daydreaming ke?” soalku sinis. Tak habis-habis mulut lasernya itu nak menganggu ketenangan aku. Tak bolehkah dia membiarkan aku sendiri? Ada-ada saja perbuatanku yang tidak kena di matanya.

“Your opinion?” soalnya serius.

“Apa kena mengena dengan pendapat I? I yang tanya you, okey? It’s not the other way around,” balasku pantas.

“Penting ke jawapan I pada you?” soalnya lagi.

“Yes.” Penuh yakin aku menjawab.

“Why?”

“Sebab you asyik membuat andaian yang I ni suka daydreaming,” kataku sedikit keras. Sakit hati kerana terlalu banyak soalan yang keluar dari bibirnya. Dan aku pula dah tak larat nak melayan soalannya lagi. Dia seperti sengaja nak memanjangkan pokok persoalan yang aku utarakan.

“Then, kalau you sentiasa aje fly off to mars, unaware of everything that happens around you, bukan daydreaming ke namanya?”

“That’s why I tanya you reminisce tu dikira sebagai daydreaming ke?”

“You tell me.”

Argh!!! Tension kalau ada sepuluh orang macam ni, jeritku dalam hati. Pening. Sakit jiwa. Sakit hati. Sakit telinga.

Susah benar bercakap dengan orang yang bernama Ezany. Atau lebih tepat lagi Mohd Rifai Ezany yang bermata hazel dan berkulit putih kemerahan ini. Yang pada ketika dan saat ini berada di sebelahku. Satu soalan aku bertanya, sepuluh soalan dibalasnya! Menyampah sungguh!

Akhirnya, aku mendiamkan diri. Malas menyambung kata-katanya itu. Perkara kecil begini, tak berbaloi untuk di bahaskan. Kalau dia tidak mahu menjawab, terpulang. Aku tak nak memaksa.

Semasa dalam perjalanan ke RKL Land, tidak pula dia bersikap begini. Sepanjang perjalanan kami hanya melayan perasaan masing-masing. Sesekali dia akan menceritakan serba ringkas perihal projek baru ini. Memberitahu tentang apa yang tidak aku ketahui. Begitu juga sepanjang meeting berlangsung. Boleh pulak kami berbincang dan berbual seperti biasa. Dan kini…

Entah di mana silapnya. Aku sendiri tidak mengerti. Jika sewaktu perjalanan ke RKL Land tadi, aku rasa lega dan beruntung kerana tidak perlu membawa kereta sendiri, tetapi kini aku seakan menyesalinya. Menyesal yang teramat!

Imbasan pertemuan pertama aku dengannya terlayar di fikiran. Pertama kali bertentang mata, hatiku bagaikan tergoda dengan kurniaan ALLAH padanya. Dengan wajahnya yang begitu, mustahil mana-mana gadis tidak akan terpesona. Termasuklah aku sendiri. Malangnya, sikap dingin dan sindirannya yang mempertikaikan kebolehanku sebagai seorang arkitek terus melenyapkan perasaanku padanya. Segala keindahan yang dimilikinya seakan hilang dengan sikap dan kata-katanya itu. Macam dia tu bagus sangat!



little chit-chat :
along + nurfa + kak pink + nadya… thanks a lot! Setelah beberapa hari ‘bertapa’, akhirnya keputusan dah dibuat. I’d made up my mind and I’m willing to take the risk. and new n3 nie, specially dedicated for you guys… walaupun x sehebat mana, hope you’ll enjoy!

scribbled @ 18:15 |

pinkJambu
May 29, 2005   09:32 PM PDT
 
pweeeeit..kakpiNK tamau join lagi geng cekodok lenyek tu...setakat ni still boleh tahan lagi ngan karektor Mr.E. :)
nurfa
May 30, 2005   04:35 PM PDT
 
hi eita..saje singgah..tgk ade n3 baru. (^^)
nanti kalo ade masa kita kasi awk lyric tu erk...him saen'e
shira
May 31, 2005   04:35 PM PDT
 
akum..
nice story..leh sy tau lagu yg awk taruk tuh lagu ape n by who?thanks n keep it up seniorita !!
eita
May 31, 2005   08:59 PM PDT
 
Shira~w’salam. thanks and salam kenal. Tajuk lagu tu - Because I Love. Singernya - Shakin Steven. Hope that will help. : D

kak pink~boleh tahan lg? *senyum simpul* ada apa2 ker? hehehe

nurfa~ok, dear. I’ll wait. Klu bz sgt x yah arr anto lg. bila dah free nanti, baru hantar, k? take ur time… komawoyo
seriadriani
June 7, 2005   09:48 AM PDT
 
huh.. dah habis baca setelah marathon 3 hari. huh.. enjoy your writing. tahniah eita!
dul mutallib bin muhammed
February 5, 2008   05:00 AM PST
 
askum...best novel ni....bleh tau ape tajuk lagu korea nih?best r lagu die...macthing dgn novel nih.....smoga terus menghasilkan karya yang bagus.....
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive