Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Kau Yang Ku Sayang ~ 3
Saturday, March 05, 2005

~ Imbasan kenangan… (i) ~

“NAK pergi mana lagi?” soal Zafir padaku.

Lewat petang minggu itu aku dan Zafir keluar shopping bersama-sama. Menghabiskan sisa-sisa hari minggu. Sudah hampir 2 minggu kami tak bersua. Dia sibuk dengan kerjanya sebagai arkitek. Aku pula sibuk dengan assignment, project dan kuliah.

Mengingatkan dia bekerja sebagai arkitek membuatkan aku teringat kata-kata temanku dulu.

“Padanlah kau selalu dapat markah project tinggi… ada pakwe arkitek. Ada back-up.”


Waktu itu aku hanya ketawa mendengar kata-kata mereka. Benar aku mempunyai kekasih yang bekerja sebagai arkitek, tapi tak pernah aku meminta Zafir menolong aku membuat design atau drawing untukku. Apa gunanya dapat grade bagus, tapi bukan aku sendiri yang membuatnya. Nanti bila dah bekerja, tak tahu nak buat apa-apa.

“Kita round-round dululah. Awal lagi ni.” Balasku. Di tangan kanan terjinjing beg kertas. Selagi terdaya… satu pasaraya ni harus dijelajah.

“Dah berkali-kali datang sini, tak puas-puas lagi ker?” soal Zafir dengan muka monyok. Tension kot! Lelaki bukannya suka sangat ber'shopping' lama-lama. Kan ber'shopping' tu lebih sinonim dengan perempuan. Lantaklah. Aku tak kira. Selagi tak ditawaf satu pasaraya ni, aku takkan balik.

“Kejap lagi lah. Bookstore kat atas pun tak pergi lagi.”

“Haaa… patah lah kaki macam ni. Apa kata Har pergi ground floor, ambilkan troli?” pinta Zafir tiba-tiba. Nak buat apa dengan troli, fikirku. Nak beli barang rumah? Aku bukannya kahwin lagi dengan dia.

“Nak buat apa? Bukannya kita nak beli barang rumah.”

“Fir nak duduk dalam tu. Then Har tolak, ok? Sakitlah kaki ni.”

“Tak naklah… Nanti orang fikir kita ni warga tanjung rambutan. Biar betul Fir…” Aku menyanggah. Berkerut keningku mendengar permintaannya yang tak masuk akal itu.

“Letihlah…” katanya dengan mimik muka penuh kasihan. Mesti nak mengait simpatiku, desisku dalam hati. Aku takkan terperangkap.

“Alah, jomlah.” Aku berusaha merayu.

“Hampir setengah daripada pasaraya dan shop kat sini kita dah pergi. Har nak beli apa lagi?” soalnya pula.

“Tengok apa-apa yang patut. Mana tahu ada benda interesting yang boleh dibeli.”

“Tak yahlah. Membazir…”

“Kalau tak nak pergi, Fir duduk sini. Biar Har pergi sorang-sorang.” Ujarku pantas lalu melangkah pergi. Malas nak merayu lagi. Macam aku tak boleh pergi sorang-sorang. Tak mati ler Encik Zafir, kalau awak tak ikut sama. Nanti kalau ada orang ngorat aku, baru padan muka. Gigit jari jelah masa tu… bebelku dalam hati.

“Har… nantilah. Merajuk pulak!”

“Har…” panggil Zafir lagi.

Tetapi aku tetap melangkah. Malas melayan panggilannya. Ku biarkan dia termangu-mangu di situ.



little chit-chat :
Today cuti, member ajak makan claypot kat Carrefour. At first, malas nak pergi. Panas sangat. Tapi memandangkan keinginan nak makan claypot chicken rice with egg yang semakin melonjak-lonjak, ku gagahi jua diri ini mengharungi kepanasan dan kebahangan demi memuaskan kehendakku.

Alhamdulillah… kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nasibku baiklah kiranya. Pemergianku ke Carrefour diiringi hujan gerimis… Lega. Sekurang-kurangnya taklah sweating sangat.

Sempat juga bertandang ke kedai buku, mencari-cari kelibat novel terbaru Aisya Sofea. Tapi masih tak kelihatan. Maybe next week baru out kot…

Aik… dah hampir 8.30p.m. Got to ‘chow’. Nak tengok cite korea – Please Teach Me English on 8tv. Dari minggu lepas tunggu cite ni. A very funny and hilarious story…

scribbled @ 20:16 |

KakLong
March 7, 2005   04:24 AM PST
 
ish..kat m'sia panas ye..rindu pulak dgn weather m'sia..dah x thn arr sejuk2 nie..x sabar nak balik m'sia..dgn panas hujannyer.

kak eita, bess arr akak kat m'sia senang je nak beli novel..kat cnie nie kena bace e-novel jelah..tunggu balik kang baru borong puas2.

btw, along nie makin intrigued by KYKS...cepat sambung kalau akak x bz yer.

p/s: kak eita 25 erks dis year?
eita
March 8, 2005   10:22 PM PST
 
along...
Kat M'sia panas sesgt skrg nie. x thn. 21st mac ni maybe suhu akan mencecah 40 celcius. boleh menggelegak otak.. : )

Along x thn sejuk, akak x thn panas, apa kata kita fly ke any country di kwsn tropic of cancer or tropic of capricorn. kat sana weathernya stabil skt kot. (mcm senang jer yek nak fly?)

pandai along guess, umur akak 25. tgk kat soulenigma tu yek..
psstt... jgn kasi org lain tau umur akak 25. rahsia. ; ) Akak ni umur jer tua, perangai macam tu jugak... tak pernah nak sedar diri dah tua... hehehe

Akak bz gak, bz tgk tv (ahaks).
new n3 yg pjg kat atas 2 khas untuk along...
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive