Aku menanti Ezany di hadapan pintu utama shopping complex. Seimbas, aku melihat jam di tangan. Aku merungut-rungut di dalam hati. Janjinya tadi, lepas sejam kami akan bertemu di sini. Sekarang dah hampir 15 minit dia lewat. Ke mana perginya? Terlintas di ingatan saat-saat sebelum kami berpisah haluan tadi.
Go anywhere you want. But make sure, you’ll be here an hour from now,” perintah Ezany tegas. Tak ubah seperti seorang komander memberi arahan pada platunnya. Pandangannya dihalakan tepat padaku.
One minute late, I’ll leave you here,” ancam Ezany sebelum sempat aku membalas kata-katanya tadi.
Membuntang mataku mendengar ugutannya itu. Berani ke dia nak tinggalkan aku di sini? Ah… aku tak perlu takut. Bukannya aku tak biasa. Setakat kat sini, aku mampu lagi balik sendiri. Lainlah kalau dia tinggalkan aku di Montevideo ke, Kiev ke. Masa tu kalau dia teringin sangat nak tengok aku menangis sampai berguling-guling atas rumput ala-ala Hindustan, memang aku mampu mempersembahkan pada dia.
“I dare you,” cabarku berani. Sengaja ingin menaikkan egonya yang sedia tinggi menggunung itu. Ego melangit kalahkan Mount Everest. Kata-katanya sahaja yang harus dituruti. Yang harus diakur. Itu baru ‘bos kecik’. Bagaimanalah gamaknya sikap Ezany nanti apabila ditabalkan menjadi ‘big bos’. Agaknya pintu lobi office pun tak cukup tinggi nak menampung egonya.
Riak mukanya berubah. Terkejut. Aku hanya mempamerkan muka selamba.
“Really?” soalnya seperti tidak percaya.
“Yalah. You ingat I ni toddler ke? Nak kena tunggu orang datang sua jari untuk digenggam, dipimpin dulu then baru boleh balik? If you leave me here pun, I boleh balik sendiri lah.”
“Wah… riak,” sinis suaranya.
“Bukannya riak. Just stating the truth,” kataku mendongkol. Tension dengan sikapnya.
Ezany ketawa sinis.
“Whatever. Ingat. Sejam dari sekarang,” ujarnya lalu melangkah pergi dari situ. Seketika kemudian, dirinya hilang di bawa escalator ke tingkat atas.
Aku menarik nafas. Ezany memberi masa sejam padaku untuk melakukan apa saja di dalam pasaraya ini. Takkan aku nak menanti dia di depan pintu utama ini? Detik hatiku. Aku menebarkan pandangan ke segenap ruang pasaraya. Weekdays begini, tidak ramai pengunjung yang bertandang.
Otakku ligat memikirkan kedai yang hendak di tuju. Bookstore! Terdetik perkataan itu di fikiran. Idea yang bagus. Dah lama tak meninjau novel-novel terbaru di pasaran. Andai ada yang berkenan nanti, boleh dibeli. Dapat dua atau tiga buah pun, jadilah. Buat pengubat di kala kebosanan nanti, aku berkata-kata di dalam hati.
Tanpa menunggu lebih lama, aku bergegas meninggalkan ruang utama.
Aku kembali meliarkan pandangan ke segenap ceruk. Namun, bayangan Ezany masih tiada. Serius ke dia nak tinggalkan aku di sini? Last time aku check, CRVnya masih tersadai di parking lot. Takkan dia mengambil keputusan untuk pulang ke office dengan menaiki bas. Ah… tak mungkin! Ezany dan bas bukannya sinonim.
Aku mengalihkan plastic beg berisi novel ke tangan kiri. Lenguh menjinjit terlalu lama di tangan kanan. Kedinginan air-cond pula makin mengigit kulit tubuhku. Aku seakan membeku di tempat aku berdiri. Terasa sejuknya hingga ke tulang hitam. Pakaian yang aku sarungkan ke tubuh tidak mampu menghalang kesejukan dari menembusinya.
Dek tak tahan dengan kedinginan, aku membawa diri ke luar pintu utama. Cahaya matahari yang memancar di waktu petang sedikit sebanyak menghilangkan kesejukan yang aku alami sebentar tadi. Lega rasanya. Aku melemparkan pandangan ke arah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.
Tatkala aku sedang aku leka memerhatikan kenderaan yang tidak putus-putus di hadapan, bahuku dipeluk oleh seseorang secara tiba-tiba. Berderau darahku. Kenapa dengan Ezany ni? Sesuka hati dia aje nak peluk aku. Serta-merta hatiku terasa panas. Secepat kilat aku menoleh ke arahnya.
Jantungku hampir terhenti apabila anak mataku tertancap pada raut wajah insan di sebelahku. Bukan Ezany! Tekaan aku tadi meleset sama sekali. Aku tidak pernah mengenali lelaki muda ini. Seumur hidupku, ini pertama kali aku bersua dengannya. Jadi bagaimana dia sanggup memeluk aku begini? Di dalam public pulak tu.
Lelaki itu memandang terus ke hadapan. Samada dia tidak sedar aku merenungnya ataupun dia sengaja pura-pura tidak perasan.
Dia ada niat jahat ke? Dari segi penampilan, tiada langsung tanda-tanda yang menunjukkan dia jenis orang begitu. Yalah… takkan penjahat berpakaian macam manager? Berkemeja long-sleeves dan berseluar slack. Kemas dan bergaya. Ingat orang jahat tak pandai bergaya ke, Hani? Soalku pada diri sendiri. Ya tak ya jugak.
Badanku diserang gementar. Jantungku berlari laju. Aku takut memikirkan tindakan lelaki ini seterusnya. Di tika dan saat ini, aku amat berharap Ezany akan segera tiba. Menyelamatkan aku dari lelaki yang tidak pernah aku kenal. Aku rela Ezany menjadi ‘knight in shining amour’ku untuk hari ini. Sungguh-sungguh hati aku rela. Asalkan aku selamat.
Seandainya Ezany tidak kunjung tiba, bagaimana? Ya ALLAH… kau peliharalah aku dari insan yang berniat serong padaku ini, ya ALLAH.
“Kat sini rupanya. Dah lama abang tunggu kat dalam,” tiba-tiba dia bersuara. Abang? Seram bulu romaku mendengar bahasanya itu. Biar benar dia ni? Kahwin dengan aku pun belum, malah kenal pun tak, dah ada hati nak bahasa dirinya abang. Mimpi di siang hari ke?
Lelaki itu menoleh ke arahku. Perubahan di wajahnya jelas ketara di saat anak matanya bertemu pandang dengan anak mataku. Secepat kilat dia meleraikan pegangan tangannya di bahuku. Ketakutan dan gementar yang aku rasai seakan terlerai melihat tingkah dan reaksinya itu.
Nyata, dia bukan seorang penjahat seperti yang aku sangkakan. Keberanian datang secara mendadak. Aku merenungnya tajam. Dan dia kelihatan serba-salah. Meskipun begitu, aku tidak harus terpedaya dengan reaksinya. Mana tahu sekiranya dia saja ingin mengambil kesempatan. Manusia kan pandai berlakon?
Hatiku terasa membahang. Perlakuannya tadi dah dikira sebagai public humiliation. ‘Mencabul’ maruahku di khalayak ramai. Malaysia bukannya seperti US atau Europe di mana lelaki dan perempuan bebas berpelukan sesama sendiri. Adat timur masih dijaga dan dibela. Walaupun ada segelintir manusia yang seakan-akan sudah lupa akan adat budaya yang dipegang dan didukung itu.
“Awak ingat saya ni patung Ronald Mc Donald ke? Patung yang boleh awak boleh peluk sesuka hati?” soalku selamba. Sedikit rasa amarah terbias dalam nada suaraku. Aku bukannya patung Ronald Mc Donald yang berada di hadapan pintu restoran fast-food itu. Yang kerapkali menjadi mangsa pelukan dan ciuman kanak-kanak yang gemar berkunjung ke situ semata-mata hendakkan Mc Value Happy Meal.
Lelaki itu merenung tepat ke wajahku. Seakan susah hendak diprosesnya soalanku tadi.
“Awak tak nampak ke baju saya ni warna biru, bukannya kuning dan merah? Dan ni ha… tudung saya ni, warnanya biru jugak bukannya warna merah macam rambut patung Mc D tu,” sindirku tajam. Berbaloi dengan perlakuannya tadi.
Dia kehilangan kata-kata. Bibirnya terkumat-kamit seakan-akan ingin mengatakan sesuatu. Tetapi tiada ayat yang terkeluar.
“Awak dah cabul maruah saya, tahu tak?” tuturku lagi. Berdecit-decit bunyinya macam mulut burung murai. Ah… Pedulikan apa jua anggapannya padaku. Yang penting aku dapat menghamburkan segala perasaanku.
Membulat matanya mendengar aku berkata begitu. Mungkin tuduhanku itu terlalu berat untuk diterimanya.
“Bila masa saya cabul maruah awak?” Akhirnya terkeluar juga suaranya yang disimpan sejak tadi.
Aik… dah terang-terangan bersalah lagi nak dipertahankan ke? Soalku di dalam hati.
“Habis… awak dah peluk saya dalam public. Kan ke itu mencabul maruah namanya? Katakan tiba-tiba bakal mak mertua saya nampak saya berpeluk dengan awak, awak ingat dia masih nak terima saya sebagai menantunya?” soalku sedikit keras.
“Saya bukannya sengaja nak peluk awak.” Dia mempertahankan diri.
“Bukannya sengaja konon. Awak lelaki senanglah cakap. Yang nak menanggung malunya saya. Awak nak ke kahwin dengan saya, kalau bakal mak mertua saya tu reject saya nanti?” tanyaku lagi. Oi Hani, bila masa pulak kau ada mak mertua ni? Hatiku bertanya. Memang tak ada pun. Saja nak bagi lelaki ni sedar sikit. Agar dia tidak mengulangi perbuatannya lagi. Ingat semua perempuan murah ke? Senang-senang nak dipeluk macam tu.
“Your accusation was too much… Macamlah saya dah rape awak. Setakat pegang-pegang macam tu, awak takkan pregnant. Jangan risau.” Selamba dia membalas kata-kataku.
Aku pula terpaksa menahan malu mendengar bait-bait kata yang dilafazkannya. Darah merah menyerbu ke muka. Tebal rasanya kulit mukaku ini. Pantas aku menundukkan wajah. Segala keberanian yang terkumpul di dada terbang melayang.
“Saya minta maaf. Saya benar-benar ingatkan awak orang lain tadi.” Perlahan dan lembut jejaka itu bersuara memberikan penjelasan yang pertama dan terakhir. Lalu dia melangkah pergi meninggalkan aku sendirian.
Aku menarik nafas lega melihat dia pergi. Aku dah tak tahu sebenarnya di mana nak aku letakkan mukaku. Silapku kerana terlalu lantang mengeluarkan kata-kata. Hingga tak sedar kata-kataku itu bakal memakan tuannya sendiri.
Itulah Hani, tahu cakap aje. Langsung tak tapis. Kan dah kena, desisku. Ah, at least… he learned something. Harap-harap aku takkan bertembung lagi dengan dia selepas ini, doaku.
“Erm… patutlah daydreaming sepanjang hari. Ada maksud tersirat rupanya,” suara Ezany menyapa.
Aku memandangnya sejenak. Di mukanya terhias senyuman sinis. As always. Sebuah paper bag terjinjit di tangan kanannya. Entah apa yang dibelinya.
Mukaku yang merah menahan malu beransur-ansur surut warnanya. Berhadapan dengan Ezany hanya perasaan geram dan sakit hati yang akan mengiringi.
“Yang you ni tak habis-habis dengan word daydreaming, kenapa? Obsess?” Nada suaraku kembali meninggi. Belum pun menurun bahang kepanasan hati akibat dipeluk tadi, terpaksa pula mendengar kata-kata sinis Ezany. Bertambah maraklah jawabnya. Dia sengaja mencurahkan minyak ke dalam api.
“Eh, lepas jumpa pakwe pun, garang macam singa ke? Selalunya orang tersenyum dan tersengih aje,” perlinya.
“F.Y.I lelaki tadi tu bukan pakwe I, ok?” sanggahku tegas.
“Nak coverlah tu. I nampak he’s holding you tight tadi. Mesra aje.”
Ezany nampak? Alamak… habislah aku. Sia-sia aje kalau aku nafikan pun. Takkan semudah itu dia nak percaya yang aku tiada hubungan dengan lelaki tadi. Buatnya dia menjaja gossip panas ini di ‘pasaran’ office, jenuh aku nak menyangkal. Berbuih mulut aku menafikan pun, belum tentu semua staff percaya.
Tapi… holding me tight? Cipta fitnah betul! Lelaki itu hanya memeluk bahu aku saja. Bukannya memeluk aku dari segi apa yang dia maksudkan itu. Jauh panggang dari api.
“You jangan nak buat fitnah. He’s not holding me tight. He just put his arm on my shoulder, okey.” Aku memberi amaran sekaligus ‘membetulkan’ kembali tanggapannya itu.
“Whatever. The main point is… dia peluk you. The solid evidence that you and him have something going on.”
“So what?” sahutku. “Don’t tell me you’re jealous!”
Ketawa lantang terlepas dari mulutnya. Amboi… sukanya dia aku berkata begitu. Bukannya lucu sangat pun kata-kataku tadi. Entah apalah yang menggelikan hatinya tu.
Beberapa orang yang lalu-lalang di hadapan shopping complex memandang ke arah kami. Malu aku dengan perilakunya itu. Buat malu saja!
“Jealous?! Me?!” soalnya padaku seraya mengunjukkan jari telunjuknya pada dirinya sendiri. Kepalanya menggeleng perlahan. “Nope. Not in a million years.”
Berlagak sungguh. Mentang-mentanglah dia ada rupa. Tapi setakat tu aje, baik tak payah. Paras rupa bukanlah segalanya. Namun, ianya adalah satu kelebihan sekiranya seseorang itu mempunyai budi pekerti yang baik.
“Agaknya dia tak nak tumpangkan you balik kot, sebab tu you ‘typhoon’ semacam aje,” perlinya sinis sambil melangkah ke arah Honda CRVnya. Berdesing telingaku mendengar perliannya itu. Sakit hati! Aku mengikutnya dari belakang.
“Apa hal pulak I nak tumpang dia balik?” soalku sedikit keras setelah berdiri bertentangan dengannya.
Ezany menekan alarm. Dia membuka pintu lalu memboloskan diri ke dalamnya. Aku turut memboloskan diri di sebelah passenger seat.
“Coz you ingat I dah tinggalkan you kat sini,” ujarnya sinis bersama sebuah tawa kecil. Beg kertas yang mengandungi barang pembeliannya di letakkan di seat belakang.
Aku mendengus keras. Mujur aku yang tumpang dia. Kalau dia yang tumpang aku, dah lama aku tinggalkan dia kat sini!
little chit-chat :
dear readers… n3 yg entah apa2. masa tulis episod ni, idea cam x jalan sangat. Sorry la ek klu dilanda rasa bosan membacanya…
