Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 23
Monday, June 06, 2005

Usai bersolat Maghrib, aku melangkah keluar dari bilik. Bayangan tubuh Along yang sedang berehat di atas sofa sambil menonton tv, menyapa pandangan. Dia menoleh ke arahku sekilas pabila menyedari kehadiranku di ruang rehat tingkat atas rumah kami ini.

“Apasal muka macam tu?” soal Along. Matanya masih tertancap di kaca tv.

Aku berjalan menghampirinya.

“Muka macam mana?” soalku kembali. Seketika, aku meraba wajahku. Mencari-mencari sesuatu yang boleh memberikan pengertian tentang maksud pertanyaan Along.

“Cam ada benda yang tak puas hati jer?”

Ya ke? Soalku di dalam hati. Memang pun ada benda yang aku tak puas hati. Balik dari meeting dengan En. Salleh, En. Rozan terus menyampaikan berita ‘baik’. Aku dan Ezany telah digandingkan bersama untuk projek terbaru. Aku yang mendengarnya terkedu. Rasa nak pengsan pun ada. Namun, ku gagahkan jua diriku berpijak di lantai biliknya.

Pening kepala aku memikirkan caranya aku nak ‘survive’ sepanjang projek itu berjalan nanti. Untuk membantah arahannya, tak patutlah pulak. Nampak seperti tak professional. Hal-hal remeh begitu nak diambil kira. Lagi pulak, En. Rozan itu seorang bos. Aku ni employee dia saja. Dengan hati yang berat, bagaikan dihempap kapal titanic, terpaksalah aku bersetuju.

Selepas bersolat Maghrib tadi, sempat aku berdoa kepada ALLAH, agar memudahkan urusan aku dengan Ezany nanti. Moga-moga projek itu berjalan lancar. Amin.

“Oi… Along tanya tak jawab. Berangan pulak,” sergah Along tiba-tiba. Menyedarkan aku semula di mana aku berada di tika dan saat ini.

Pandangnya kini terhala ke arahku. Aku tersengih. Sedikit rasa bersalah menerpa kerana tidak menjawab pertanyaanya tadi.

“Sorry la Along,” pohonku ikhlas.

Aku masih berdiri di tepinya. Langsung tidak berhasrat untuk duduk di situ. Duduk di sisinya.

“So, betullah ada something yang unsatisfied ni?” Along kembali mengutarakan pertanyaan.

Aku berkira-kira samaada hendak memberitahunya atau tidak. Masalah ini bukannya besar sangat. Kecik aje. Penyelesaiannya hanya satu. Aku perlu bersabar dengan setiap kata-kata dan tingkahlaku Ezany. Tapi selama mana aku harus bersabar? Risau jugak sekiranya sampai ke satu tahap, aku meletup macam bom atom di Hiroshima dan Nagasaki tu. Alah… gamak tak tahan, resign ajelah. Apa susah! Desisku sendiri.

“Duduk. Along nak dengar dari A to Z.” Along mengarah. Tangannya menepuk sofa kosong di sebelah.

Along memang begini perangainya. Segala masalah yang aku hadapi, mesti dia nak ambil tahu. Kecil atau besar masalah itu tidak pernah menjadi persoalan. Sebab itu, apabila berhadapan dengan masalah yang terlalu peribadi, yang aku tidak mahu sesiapa pun masuk campur, aku terpaksa menyembunyikan wajah masalahku dari pandangannya.

“Tak ada apa-apa. Perasaan Along jer kot,” tingkahku.

“Duduk.”

“Along, don’t you hear what I just said?” soalku.

“Duduk!” Arahannya kali ini lebih tegas.

Aku melangkah lambat-lambat ke sebelahnya. Dengan muka masam mencuka aku melabuhkan diri di situ.

Along mencapai remote control yang berada di meja sisi. Lalu punat off ditekan. Hitam pekat kaca televisyen itu kini. Tiada lagi gambar-gambar yang berwarna-warni menghiasi mukanya. Kemudian, Along mengalihkan pandangannya padaku. Memberikan sepenuh tumpuan dan konsentrasi.

“Cakap!” Sepatah perkataan terkeluar dari mulutnya.

“Along ni… macam komanderlah. Tahulah Along tu Presiden Kadet Remaja Sekolah dulu. Takkan sampai sekarang nak buat cam tu lagi kot?” tanyaku. Cuba melengahkan waktu. Bukan besar sangat pun masalah aku tu. Along jer yang fikir begitu.

“Stop babbling. Cepat cerita.”

“Hani kena handle project baru dengan Ezany,” kataku menyatakan punca ketidak puasaaan hatiku.

“So?” Sepatah Along bertanya setelah aku mendiamkan diri seketika.

“Ezany tu lecehlah. Suka sangat cari pasal. Sentiasa aje nak sakitkan hati Hani,” terangku pada Along. Macam budak sekolah rendah pula rasanya. Mengadu pada abang. Tahu dek orang lain, sepuluh tahun pun belum tentu habis badinya… Aku tergelak kecil di dalam hati.

“Apa yang dia dah buat pada Hani?” Along menyoal. Sebijik macam agent KGB.

“Actually, he didn’t do anything. Cuma kata-kata dia tu. Pedas. Selagi telinga Hani ni tak berasap macam cerobong kapal Titanic tu, dia takkan puas hati. Hani pun tak faham kenapa sikap dia cam tu.”

“Ezany tu muda atau tua?” soal Along lagi.

Berkerut dahiku mendengar soalannya. Sekilas aku memandang wajah Along. Apa kaitan umur Ezany dalam konteks permasalahan aku ni? Ada jawapan berbeza ke di antara Ezany tua dan Ezany muda?

“Soalan jenis apa tu?” tanyaku mendatar. Malas nak menjawab soalan yang langsung tidak termasuk dalam skop permasalahanku.

“Just answer.”

“Muda la,” gumamku perlahan. Aku tak pasti Along dengar atau tidak.

“Berapa umur dia?”

Along ni pelik betul, hatiku berkata-kata. Soalan langsung tak releven. Macam jawap soalan Kimia dalam kertas peperiksaan Fizik. Langsung tiada kaitan. Tapi, bila dah dia buat gaya-gaya diktator macam ni, terpaksa aku kena jawab jugak.

“About 28.”

Along tersenyum lebar mendengar jawapanku. Seolah-olah dia berjaya merungkaikan pokok permasalahan yang aku hadapi.

“Yang Along tiba-tiba tersenyum macam baru lepas jumpa harta karun ni kenapa?”

“Along tahu, kenapa Ezany buat macam tu.” Along bersuara selepas beberapa saat bibirnya itu menguntum senyum.

Terkedu aku mendengarnya. Wah… ajaib! Aku yang kenal Ezany 3 bulan pun tak faham kenapa perangainya begitu, tapi Along yang pernah melihat muka Ezany tetapi langsung tak pernah berbicara dengannya, boleh pulak faham. Along ni ada kuasa psychic ke? Ataupun dia ada kuasa telepathic?

“Kenapa?” soalku tidak sabar ingin tahu. Mana tahu, aku boleh menjalinkan hubungan ‘normal’ dengan Ezany selepas aku tahu punca sikapnya itu.

“He likes you,” ujar Along sambil tersenyum simpul.

Demi mendengarkan ayat yang terkeluar dari mulut Along, ketawa besar terlepas dari bibirku. Hatiku bagaikan digeletek. Lucu. Lawak. Tahap imagination Along ni memang tinggi sungguh. Tak terjangkau daya fikiranku.

“Ya ALLAH. Ingatkan selama ni Hani sorang aje yang suka baca paperback dalam rumah ni. Rupa-rupanya Along pun sama,” ujarku dalam tawa yang masih bersisa.

Selama ini, dia saja yang rajin menyakat aku berkenaan hobiku yang satu itu. Pelbagai usikan dan sindiran sering dilemparkan. Buku untuk beranganlah. Buku jiwang karatlah. Buku air matalah. Buku orang tak betullah – sebab sengih sorang-sorang. Macam-macam. Sampai naik pedih telinga aku. Namun, demi cintaku pada hobiku ini, aku tebalkan telinga saja. Menahan segala serangan dari Along.

Tapi langsung tak terduga, dalam kutuk-kutuk, sempat lagi abang sorang ni melayan. Pandai cover pulak dari pengetahuan aku. Dahsyat. Dan sekarang, terbongkar rahsia.

“Pandai Along simpan rahsia yek,” giatku lagi. Yakin dengan firasatku.

“Eii, Along tak baca lah buku-buku begitu,” sanggah Along. Dahinya berkerut. Lagaknya seperti tidak suka dengan andaian yang aku buat.

“Habis… mana datangnya idea-idea romantic tu?” Anak mataku mencerun memandangnya. Mencabarnya menjawab soalanku.

“Idea romantic?” soalnya hairan. Entah pura-pura atau sememangnya bukan dibuat-buat, aku kurang pasti.

“Yalah. Hero beraksi ala-ala egoistic then falls in love with the heroin?”

“Mana Along tahu! Apa yang Along cakap tadi hanyalah apa yang Along rasa. Mungkin Ezany berperangai macam tu semata-mata nak pikat Hani,” terangnya.

Dan sekali lagi tawaku berderai. Masya-ALLAH… pikat? Apa, aku ni wild horse ke? Terpaksa dipikat dengan cara yang ganas. Andaian Along memang mengerikan. Dengarnya saja, membuatkan aku seram sejuk. Nak termuntah pun ada. Berbulu aje telinga aku ni.

“Itu bukan nak memikat namanya, itu nak berperang.” Aku membidas.

“Kata Hani, kata dia?”

“Alah Along… Mustahil semua tu. Cuba Along fikir dari segi logik. Takkan masa Along nak pikat Kak Sofea, Along nak buat perangai macam tu?”

Along mendiamkan diri. Memikirkan logiknya kata-kataku tadi.

“Kalau first impression dah buat orang sakit hati, tak ke masuk dalam senarai black list je nama dia tu. Takkan si Ezany, yang educated tak terfikir semua ni?” Aku menambah apabila Along tetap menyimpan suaranya. Tidak membalas walau sepatah.

“Hani, Along lelaki lah. Apa kata orang… Sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya.”

“Dan bagi Hani, sepuluh patah Along bercakap, satu pun tak boleh pakai…” Balasku tersengih.

“Oooh, mengata Along, ek?” Dia cuba menarik telingaku. Secepat kilat aku menepis tangannya. “Kalau betul macam mana?”

“Sudah. I won’t believe it. Not in a million years.” Not in a million years! Whoops! Kenapa tetiba aje aku tertiru ayat dia ni? Mungkinkah firasat Along benar belaka? Oh tidak! Bukan begitu caranya Ezany nak memikat hatiku. Aku harus buang ingatanku tentang firasat Along itu sejauh-jauhnya. Jauh ke lohong hitam di angkasa. Agar tidak mudah ia kembali.

“Hani nak turun bawah. Nak tolong ummi siapkan makan malam.” Aku memaklumkan pada Along. Aku tidak mahu terpedaya dengan kata-katanya itu. Bukannya dia nak tolong bagi advice, menambahkan ‘semak-samun’ kat kepala otak aku ni adalah…

Aku bangun dari sofa. Bersedia untuk bergerak ke tingkat bawah.

“Hani fikirkanlah.” Along berkata. Serius. Konon-konon apa yang dikatakannya itu benar belaka.

“Tak nak.” Aku melangkah ke arah tangga.

“Dia suka pada Hani.” Along mengulangi pendapatnya.

“Tak nak dengar. Tak nak dengar,” ujarku seraya menekupkan tapak tangan ke telinga. Cepat-cepat aku menuruni anak tangga. Namun, telingaku sempat menangkap Along menuturkan ayat yang sama di belakang. Yakin benar dia dengan firasatnya itu. Tiba di anak tangga terakhir, aku kembali melepaskan telapak tanganku. Terdengar ketawa lantang Along dari tingkat atas. Bergema.

“Dia sukakan Hani,” jerit Along lagi dari tingkat atas.

Macam tahu-tahu aje aku dah tak pekup telinga, getusku sendiri. Aku menggelengkan kepala perlahan. Along kalau dah boleh mengusik, payah nak berhenti.



little chit-chat :
dear readers... hope you all will enjoy...

scribbled @ 20:36 |

zaya
June 6, 2005   09:59 PM PDT
 
heheh...besh2....~=)
dhiya
June 7, 2005   01:27 AM PDT
 
hani pun suka ezany... cuma belum dapat rasa je lagi tu... heheheh...

pepandai je lah dhiya ni... :D
pinkJambu
June 7, 2005   08:33 AM PDT
 
sah! memang sah! kakPINK nampak..percikkan lavender di mana-mana..hehehe

gud job sis..mmuah cayang cekodok!
nurfa
June 7, 2005   12:04 PM PDT
 
cekodok pisang *wink*
KakLong
June 7, 2005   02:00 PM PDT
 
yeah!! akak dh upd8..tunggu dr last week lg..hehe. tp mmg en3 nie mebahagiakan hati yg lara..eceh..memandai je along kan...haha.

xdelah...last week cuti seminggu..pulak kat mesia pun cuti skali..call kwn yg biasernye duk asrama sampai hr2...mentang2 time cuti..rindu sgt kat derg..huhu. pastu ape lg arr yg x bess..erm..hah! makcik along yg last skali kawen last week..tu pun sedeyh jugak sbb xleh balik m'sia nk tgk die kahwin...nk nangis je rasa. pastu on top of it all kena study utk exm pulak...tepu kpale otak.

sori tetiba je along terasa nk luah kat cnie..hehe..blog sendiri maleh nk guna. pg nie along ade exm (sempat lg bukak ternet pg2) dgn hr khamis skali. doakan along yek...

salam utk kak eita cayang dr along
seriadriani
June 8, 2005   01:07 PM PDT
 
dah khatam.. go eita go!
eita
June 8, 2005   09:55 PM PDT
 
kak seri~*terkezut*dah khatam?! Kak seri naik Ferrari ke? hahaha. Thanks kak, 4 d support!!! Muuaahhh….

along~miss u much… : D good luck & all the best. akak doakan moga along berjaya. jgn tension2, k? kat m’sia minggu depan baru start sek balik. mesti seronok dpt borak2 ngan member2 kat cni, kan? Dr gaya along cite pun, akak dpt rasa. : D And kes x dpt pergi kenduri mak sedara tuh, akak pun pernah alami situasi yg sama. tp akak overseas di penang je la time tu. hehehe sedih yg amat sgt. org lain cbuk2 masak, hias pelamin, etc., kita boleh dgr + tgk gambar je. huhuhu.
along buat luahan hati kat cni pun, akak x kisah. Boleh kita kongsi2 cerita, kan? You’r always welcome, sis!
salam sayang beribu2 lemon utk along di UK dr akak di bumi bertuah…

nurfa~cekodok pisang belum dilenyek lagi?! (^_^)v

kak pink~rumah akak mesti dah terbau2 lavender. eita dah terlebih percik ke? hahaha. Thanks, kak… mmuaahh, cayang lepat liat!

dhiya~Hani masih dibuai amarah lg 2… entah bila nak habis pun x tau… ; ) (pst: bukan pepandai, just guessing, right? hehehe)

zaya~thanks… dah lama tak nampak u, rasanya even b4 Kau Yang Ku Sayang dipublishkan lg… thanks 4 dropping by! : )
misz aqua
March 1, 2008   08:02 PM PST
 
harap peristiwa ini sama mcm apa yg ku alami.. harap-harap jelah... best jugak tu story, membuatkan sya terharu...
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive