Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 24
Wednesday, June 08, 2005

Ketika aku tiba di dapur, Ummi sedang sibuk membasuh frying pan dan peralatan yang telah digunakan untuk memasak. Kak Sofea pula sedang sibuk membancuh air bandung sebagai pembasah tekak. Juadah untuk makan malam sudah siap disenduk ke dalam pinggan. Cuma perlu dihidang sahaja. Bau sambal tumis menyengat hidung.

“Apa yang kecoh sangat?” tegur Ummi. Frying pan yang siap dibilas, disangkutkan di tempatnya. Mesti Ummi terdengar suara Along yang menjerit tadi, tekaku di dalam hati. Jika tidak, masakan Ummi bertanya.

“Biasalah Along tu…” jawabku seraya menarik kerusi lalu melabuhkan diri. Mataku meliar memerhatikan hidangan yang tersedia. Erm… sambal tumis ikan bawal. Kangkung goreng belacan. Ikan cencaru belah belakang. Not my most favourites. Tapi masih menyelerakan.

“Tak habis-habis Along ni,” Ummi menggumam perlahan. Telingaku sempat menangkap ayatnya.

“Entah Along tu. Tak pernah nak berubah.” Aku menyahut. Along memang suka mengusik. Pantang ada kesempatan.

Otakku memutarkan kembali ayat-ayat Along tadi. He likes you. Ezany suka pada aku? Pandai-pandai saja along buat telahan sebegitu. Padahal, aku pasti, Ezany tidak mungkin menyimpan sekelumit pun perasaan padaku. Hari-hari, muka versi George W. Bush tu jugak yang dia tayang. Malah, layanan dan kata-katanya sedikitpun tidak ‘terarah’ kepada perasaan itu. Jadi, mana mungkin telahan ‘ngeri’ Along akan menjadi kenyataan?

Tatkala itu, Kak Sofea meletakkan sejag air bandung yang telah dibancuhnya di dalam dulang. Aku menongkat dagu di atas meja makan. Memerhatikan tingkah lakunya penuh asyik.

“Bertuah Ummi dapat menantu macam Kak Sofea,” usikku pada wanita yang baru dua bulan memegang jawatan sebagai kakak iparku. “Rajin! Ummi suka. Hani pun suka.” Aku senyum kecil.

Wajah Kak Sofea yang putih itu bertukar merah. Malu dikatakan begitu. Senyuman kecil masih tidak lekang dari wajahku. Bila lagi nak usik kakak ipar sendiri?

“Ha’ah. Hani sukalah sebab tak payah nak masuk ke dapur,” perli Ummi padaku. Ummi ni… potong stim betullah. Aku baru nak menguji tahap kemerahan wajah isteri kesayangan Along tu. Nak tengok semerah mana warnanya. Setakat merah darah ataupun boleh mencecah hingga ke tahap maroon. Untung-untung masuk Guiness World of Record, siapa glamour? Aku dan keluarga aku jugak!

“Selama ini Hani yang tolong Ummi. Sekarang ni, masa untuk Ummi berkongsi dapur dengan Kak Sofea. Boleh gak mengeratkan ikatan antara mentua dan menantu, tak gitu?” Aku menyoal Ummi. Ketawa kecil tercetus di bibir. Seronok dapat menyakat. Kena batang hidung sendiri, baru kau tahu, Hani!

“Ada aje alasan dia nak elak diri,” kata Ummi. “Anak dara kena rajin masuk ke dapur. Kena tahu selok-beloknya. Bila dah kahwin, senang. Suami sayang, mak mertua pun sayang.”

Aku mengangkat kening pada Kak Sofea. Dia tersenyum kecil melihat tingkahku.

“Kak Sofea pun tak pandai masak. Tapi kenapa Along dan Ummi sayang kat dia?” selamba aku bertanya. Dan sekali lagi, wajah Kak Sofea merona merah. Terbongkar rahsianya yang satu. Siapa lagi radio karatnya kalau bukan hubby dia sendiri? Itupun aku mengetahuinya sebulan sebelum Along berkahwin. Tujuannya supaya aku mengunci bibirku dari bertanya yang bukan-bukan tentang ‘kelemahan’ Kak Sofea. Along takut Kak Sofea terasa agaknya.

“Hani!” Ummi bersuara sedikit keras. Mengingatkan yang aku tak sepatutnya berkata begitu. Mungkin Ummi marah kerana aku menuduh yang bukan-bukan pada Kak Sofea. Ummi bukannya tahu tentang hal itu. Kerana Ummi tidak pernah memperkatakannya. Apatah lagi mengungkit.

Aduh, mulut aku ni kenapa terlebih cas sangat hari ni? Aku membebel sendiri. Tahulah aku dah ada insuran, tapi kalau ‘musnah’ nanti, bukannya boleh dapat balik. Ish!!!

“Sorry, kak. Hani tak tahu macam mana boleh terkeluar ayat tu… Mungkin sebab Hani desperate sangat nak bangkang kata-kata ummi kot. Hani benar-benar minta maaf.” Aku memohon ikhlas. Perasaan bersalah berkumpul di dada. Aku turut risau memikirkan penerimaan Kak Sofea tentang ‘kelancaran’ bibirku.

“Taklah. Memang itu pun hakikatnya,” Kak Sofea bersuara. Membuntang mataku mendengar tutur katanya. Aik, dia mengaku di hadapan aku dan Ummi yang dia tak pandai memasak! Berani sungguh Kak Sofea. Tak risaukah dia dengan penerimaan Ummi? Melainkan…

“Along dah beritahu pada Ummi, kan?” Aku menyuarakan apa yang bermain di benakku.

Ummi hanya tersenyum kecil. Sah! Betullah tu.

“Ooo… Ummi nak cover, ek?” tanyaku sambil tersenyum nakal. “Hah, tengok. Ummi pun tak kisah.”

Hampir 25 tahun, aku hidup bersama Ummi. Dan Ummi yang aku kenali, bukanlah seorang yang banyak karenah. Dengan Ummi, senang berkompromi. Aku tahu, ‘kekurangan’ Kak Sofea bukanlah satu penghalang untuk Ummi menyayanginya. Dari pertama kali Along mempertemukan Kak Sofea pada Ummi, dapat aku rasakan kasih Ummi telah tertumpah buat kakak iparku yang seorang itu. Ummi benar-benar sukakan menantunya.

“Tapi sekarang Kak Sofea dah pandai. Lagi pun, tengok jenis mak mertua tu jugak. Ditakdirkan Hani dapat mak mertua yang cerewet, macam mana?” tanya Ummi. Dia menggelap tangan dengan dry towel.

Aku berfikir-fikir seketika. Mencari jawapan yang paling munasabah dan sesuai.

“Apa susah. Hani lari tinggal dengan Ummi lah…” selorohku. Aku ketawa kecil. Diikuti dengan Kak Sofea dan Ummi.

“Ada ke pulak…” tutur ummi dengan tawa yang masih bersisa. Dia menggeleng kepala perlahan.

“Seronoknya ketawa,” suara Along tiba-tiba mencelah dari arch dapur.

“Hani ni… katanya nak lari dari rumah kalau mak mertua dia cerewet,” maklum Ummi.

Serta-merta, ketawa Along bergema memenuhi ruang dapur. Nada ketawanya bagaikan mengandungi maksud tersirat. Dia melangkah mendekati kami.

“Tak nak dengar konon. Rupa-rupanya orang dah siap berangan nak kahwin…” perli Along.

Ummi dan Kak Sofea yang tidak memahami apa yang dikatakan oleh Along, tercengang memandang kami berdua silih berganti. Terukir riak hairan di wajah masing-masing.

Along memang nak kena! Tu… nak buat kecoh kat sini pulaklah tu! Detik hatiku. Geram…

“Siapa berangan?” Aku berpura-pura tidak dapat menangkap maksud kata-kata Along. Untuk selamat, lebih baik aku buat-buat tak tahu. Kalau aku membalas kata-katanya, sudah pasti aku jugak yang akan terkena balik.

Tercetus lagi tawa di bibirnya.

“Siapa kena langgar lori, dialah yang terasa sakitnya!”

“Siapa?” soalku seperti orang yang tidak tahu apa-apa pada Ummi dan Kak Sofea. Di dahiku penuh kerutan. Kedua-dua mereka menjungkitkan bahu. Juga sebagai tanda tidak tahu. Dan tidak dapat menangkap kata-kata Along.

“Ummi nak dengar cerita hikayat tak? Hebat cerita ni Ummi. Kalahkan kisah cinta Laila Majnun. Romeo and Juliet, lagilah kalah!” Along bertanya pada Ummi. Penuh excited. Dia memandang Ummi sekilas sebelum kembali memandang wajahku. Wajah yang aku kira telah berubah air mukanya.

“Along jangan nak buat cerita dongeng, ek?” Aku memberi amaran.

“Ini bukan fairytales lah, sayang. Ini cerita betul. Happened in real life.”

“Along…,” Aku mengugut. “Don’t start, ok?”

“Start apa? Enjin kereta?” soal Along. Berpura-pura tidak memahami maksud amaranku itu.

Aku mendengus perlahan. Memang tak makan saman lah Along ni!

“Ummi…”

“Along!” Aku menjerit memanggil namanya sebelum sempat dia menuturkan ayat. Aku jegilkan mataku yang agak sepet ini seluas-luasnya pada dia.

“Ish, kenapa dengan korang berdua ni?” soal Ummi. Kepalanya digelengkan perlahan. Pening dengan karenah kami mungkin. “Dahlah… bawak makanan tu ke meja makan. Perut Ummi dah lapar. Sofea pun mesti dah lapar.”

Mujur Ummi menyelamatkan keadaan. Aku tidak suka Along menghebohkan cerita yang merapu-rapu itu pada Ummi. Kerana apa saja anggapan atau firasat Along itu, tak benar belaka. Itu hanya khayalannya. Tak perlu membebankan fikiran aku dan Ummi dan Kak Sofea sekali dengan benda-benda begitu.

Ummi mengangkat bekas nasi ke depan manakala Kak Sofea membawa talam berisi makanan. Aku segera bingkas dari kerusi. Ingin membawa dulang air.

“Andai kata betul apa yang Along cakapkan, Hani terima tak cinta Ezany tu?” soal Along sebelum aku melangkah pergi.

“Hani rasa, Along kena buat medical check-up. Something is definitely wrong with you. Agaknya ada skru yang tertanggal tak?” Aku membalas seraya meninggalkan dia sendirian di dapur. Langsung aku tidak menjawab soalannya itu. Soalan entah apa-apa. Tak berjenis langsung!



little chit-chat :
hasrat di hati nak post n3 nie, besok. Tp, memandangkan esok ada ‘roadblock’ yang akan menghalang eita dr mem‘post’ dicni, terpaksalah kerja-kerja mempost n3 di awalkan. besides, eita nak wish good luck utk along yg akan ambik exam 2morrow (Thursday).

along ~ Do the best you can & my pray will always be with you. Allah blessed you and may HE brings you succeed ~ salam cayang beribu2 lemon, kak eita.

scribbled @ 21:51 |

| | Guestbook



Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive