Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 25
Saturday, June 11, 2005

Kring! Kring!!

Panggilan telefon di ruang rehat tingkat atas, mengejutkan aku, Along dan Kak Sofea yang tengah khusyuk menonton tv. Selalunya inilah aktiviti yang sering kami lakukan setelah selesai makan malam. Menonton tv untuk merehatkan otak dan fikiran disamping bercerita sedikit-sebanyak tentang hari yang kami lalui.

Along menjawab panggilan itu kerana kedudukannya yang berdekatan dengan meja sisi. Aku menumpukan sepenuh perhatian pada rancangan Pearl Screen di kaca tv. Malam ini tayangan filem Para-para Sakura. Salah satu filem Hong Kong yang aku minati kerana jalan cerita, lagu dan tariannya yang menarik. Berkali-kali tengok pun, masih tak puas. Best!

“Hani, kakak-ipar-tak-jadi telefon,” panggilan Along menyebabkan aku mengalihkan anak mata dari skrin tv. Berat sebenarnya untuk berbuat begitu apabila aku seakan-akan turut berlari-lari bersama Aaron Kwok di dalamnya.

“Siapa?” tanyaku meminta kepastian. Aku kurang jelas dengan nama si pemanggil yang disebutnya tadi.

“Sister-in-law-tak-jadik.”

Serta-merta, terhias senyuman di bibir. Tergambar di ruang mata, wajah si pemanggil. Hampir dua minggu aku tidak bertemunya. Aku bingkas bangun dari sofa yang aku duduki. Bergerak ke sofa yang berdekatan dengan telefon.

“Assalamualaikum,” satu suara menyapa di hujung talian.

“Waalaikummussalam,” jawabku.

“Along kata aku kakak-ipar-tak-jadi, eh?” soal Lynn memulakan bicara kami.

Aku ketawa kecil. Teringat punca Along menggelar Lynn dengan title itu. Bulan pertama menjejakkan kaki semula di Malaysia, Lynn sering bertandang ke rumahku. Dan aku sering menjodohkan Lynn dengan Along. Walaupun aku tahu, Along sudah bertunang dengan Kak Sofea pada tika itu. Seringkali aku membayangkan betapa seronoknya andai kata Lynn menjadi kakak iparku. Aku bukannya serius. Aku sekadar bergurau.

Along yang sememangnya kaki mengusik, berpura-pura serius nak mengambil Lynn menjadi isteri keduanya. Dengan alasan demi kebahagiaan dan kegembiraan aku. Masakan Lynn hendak! Akibatnya tiga minggu dia tak berani datang ke rumah aku. Telefon pun tak. Hinggakan Ummi terpaksa menyuruh aku membawa Along ke rumah Lynn untuk meminta maaf dan menerangkan perkara sebenar. Tapi kini, syukur Alhamdulillah kerana hubungan mereka telah pulih.

“Dia dah cop title tu untuk kau,” maklumku. Tawaku masih bersisa.

“Eeii, dengar Kak Sofea karang, naya aku! Buta aje kena Serang.”

“Don’t worry lah. Kak Sofea tak kisah. Along tu kan kuat mengusik.” Mataku bertemu pandang dengan mata Kak Sofea yang mengalihkan pandangannya padaku apabila terdengar namanya disebut. “Kan kak?” soalku padanya.

Kak Sofea tersenyum lebar lalu mengangguk. Barangkali dia mendengar perbualan aku dengan Lynn. Apatah lagi, kedudukan kami bukannya jauh sangat.

“How are you?” Aku mengubah topik perbualan dengan bertanyakan khabarnya. Soalan wajib yang mesti diutarakan tiapkali kami berbual di telefon.

“Fine. I guess you’re too. Suara macam orang okey aje.”

“Kau ingat aku sakit ke?” sahutku pantas. Hairan. Dari mana dia mendengar khabar berita palsu ini?

“Habis… tiga empat hari menyepi. I thought you’re down with flu or something.” Dia menerangkan anggapannya.

“Sorrylah sis, bukan deliberately nak menyepi. Aku ingat nak call kau esok.”

“Cam tulah kau tu…” rendah nada suaranya. Seperti orang merajuk saja.

Aku tertawa kecil. “Kalau merajuk panjang-panjang karang, aku tak nak cerita gossip panas kat kau!” Aku memberi amaran.

“Gossip? Siapa?” Hanya dua soalan itu yang terlepas dari mulutnya. Nada suara yang perlahan bertukar menjadi sedikit kuat. Bagaikan tidak sabar.

“M.E.” jawabku pendek.

Terdengar Lynn ketawa halus di hujung talian. “Mr Bean betullah kau ni. Dalam dunia ni mana ada orang buat gossip diri sendiri. Kau ni dah desperate sangat ke, nak jadik glamour?”

“Habis… aku teringin gak nak merasa hidup dalam limelight…”

“Lupakanlah niat ‘murni’ kau tu. Buang masa aje. Ceritalah pasal gossip tu..” Lynn mendesak.

“Betul kau nak dengar?” Aku bertanya lagi. Sengaja melengahkan masa.

“Ya. Cepatlah.” Desaknya lagi.

Aku menoleh ke arah Along seketika. Untuk memastikan yang dia tidak mencuri dengar butir-bicaraku dengan Lynn. Dan setelah aku yakin, Along sedang khusyuk menghayati filem Para-Para Sakura, aku kembali menumpukan perhatian pada Lynn di sebelah sana talian.

“Today… F.O.C aku kena peluk,” bisikku perlahan sambil menekupkan sedikit mulutku dengan tangan. Tidak mahu kata-kataku singgah di telinga Along ataupun Kak Sofea.

“What?” Lynn menjerit lantang. Bergegar seketika gegendang telingaku mendengar jeritannya. Segera aku menjauhkan sedikit gagang dari telinga. “Who’s the lucky guy?”

“Entah. Aku tak kenal. And you wouldn’t say he’s lucky if you were him…” Aku berkata tanpa membalas pertanyaan Lynn. Terbayang di ingatanku, saat-saat bibirku gah menuturkan perlian pada jejaka itu. Hinggakan dia kehilangan suara buat seketika.

Lynn ketawa lantang. Suaranya itu memenuhi talian telefon. “Wah, wah… kenal pun tak. Boleh pulak kau bagi dia peluk. Then, of course, he’s lucky. Kau pulak diserang penyakit apa ni? Selama ni, kau bukan pantang ke, bab-bab tu?”

“Itulah… tiba-tiba aje dia datang peluk aku dari belakang. Aku pun tak tahu kenapa. Datang miang agaknya lelaki tu,” bisikku. Sedaya-upaya aku cuba mengawal nada suaraku dari mencecah telinga pasangan yang baru berkahwin di depanku. Sesekali aku melarikan anak mataku sekilas ke arah mereka.

“Mmm… dia peluk pinggang kau ke?”

“Dia peluk bahu je. Tapi tu pun dah cukup buat aku angin.”

“Kau kata apa kat mamat tu?”

“Aku tuduh dia cabul maruah aku.”

“Haaa… berani kau cakap macam tu kat dia?” Lynn bersuara seakan tidak percaya.

“Nasibla. Tangan dia tu gedik sangat nak merayap kat bahu aku, kena la habuannya. Time tu pulak, aku memang dah hangin. Aku keluarkan ajelah apa yang ada kat kepala otak aku ni. Dah lah aku terpaksa tunggu si mamat stone tu kat depan shopping complex sampai nak tercabut kepala lutut aku.”

“Wait… sejak bila kau berdating dengan mamat stone tu? Am I missing something?” soal Lynn penuh kehairanan.

“Kau tak missing apa pun. Entah apa jodoh kami, tetiba jer kena handle projek berdua. Eeii, ini yang buat mulut aku mula gatal nak mengumpat ni. Kau tau tak, first time aku keluar meeting dengan dia, dia ajak aku pergi shopping. Ada ke patut? Itu yang terkandas kat shopping complex sampaikan ada insan yang terlampau gedik, peluk aku kat public tu,” kataku panjang lebar. Perasaan tidak puas hati jelas kedengaran.

Ketawa Lynn terburai. Sungguh-sungguh hati dia ketawa.

“Time-time kerja, dia ajak kau pergi shopping?” Lynn menyoal setelah ketawanya reda.

“Ala.. apa yang dia nak heran. Syarikat daddy dia. Dia boleh buat sesuka hati dia.”

“Kesian kat kau. Aku nak tolong pun tak boleh…” ujarnya penuh simpati.

“Dah nasib aku agaknya. Terpaksa ‘berjodoh’ dengan Ezany tu,” kataku seraya membelek yellow pages yang berada di atas meja. Berhampiran dengan telefon yang sedang aku gunakan.

“Ooh, cerita pasal Ezany… patutlah bersok-sek sok-sek dari tadi,” tiba-tiba suara Along menyapa dari belakang. Pantas aku memalingkan tubuh. Along berdiri terpacak sambil membongkokkan badan. Barangkali dia mencuri dengar perbualanku dari tadi.

Sudah berapa lama, dia berdiri di situ, aku tidak pasti. Dan sudah berapa banyak perbualan di antara aku dan Lynn yang dia telah dengar, pun aku tidak pasti. Sibuk betullah Along ni! rungutku dalam hati.

“Along… eavesdropping. Teruklah Along ni,” kataku dengan wajah masam mencuka. Aku cukup tidak gemar setiap kali dia buat begini. Kalau nak take care sister kecik dia pun, janganlah sampai semuanya nak diambil tahu, bebelku lagi.

“I’m just curious. Dari tadi bersembang macam duduk dalam kelambu, nak jugak Along tahu topik apa yang hangat sangat tu,” jelasnya bersama sengihan nipis.

“Daripada Along eavesdropping, lebih baik Along layan Kak Sofea bersembang. Ada jugak faedahnya.” Aku membuat usul. Tiada gunanya dia berdiri di sini dan meninggalkan Kak Sofea seorang diri di situ.

“Tapi dengar kisah love story Hani dengan Ezany, lagi best!” balasnya dengan sengihan yang sudah bertukar menjadi senyuman lebar.

“Along… please la. Kitaorang tak der apa-apa. And ramalan Along tu salah belaka. Now, go back to your seat. I’m having a conversation here.” Arahku seraya mengunjukkan seat yang di dudukinya tadi. Meminta dia agar segera beredar dari sini. Wajahku yang mencuka bertukar kelat. Perlahan Along mengorak langkah meninggalkan aku.

“Sayang, tak lama lagi, abang akan dapat adik ipar. Sibuklah abang nanti, nak buat preparation for wedding of the year,” ujar Along sebelum dia mengambil tempat di sisi isterinya. Sempat dia memaling padaku sekilas. Kak Sofea pula kelihatan serba-salah. Tidak tahu samaada mahu tersenyum atau tidak.

Aku menjeling tajam pada Along. Namun, dia berpura-pura tidak nampak. Saja jer nak cari pasal…

“Hani, kau bercinta dengan mamat stone tu ke?” Lynn bersuara di talian. Segera mengingatkan aku pada dirinya.

“Taklah. Along tu… kau tahu jelah. Suka sangat buat andaian ‘ngeri’.”

“Alah, kalau ada apa-apa pun apa salahnya…” usik Lynn dengan tawa kecil.

“Kau jangan nak bukak club dengan Along. Nanti dua bulan aku tak pijak rumah kau, baru tahu.” Aku memberi amaran. Pura-pura serius.

“Kejamnya. Don’t worry, I’ll always backing you la, dear sister. Currently speaking, minggu ni jadik tak datang rumah aku?”

“Minggu ni rasanya tak leh kot. Minggu depan mungkin boleh,” maklumku.

“Yelah… architect kan sibuk 24/7,” perlinya seakan-akan berjauh hati.

“Architect semestinya lagi sibuk dari usahawan berjaya.” Aku mengusiknya.

“Perli akulah tu.”

“Lah. Bukan selama ni kau tanam anggur ke?” tanyaku.

Semenjak pulang ke tanah air hinggalah sekarang, Lynn belum diterima bekerja. Bermacam-macam temuduga yang dihadirinya tetapi satu pun tidak membuahkan hasil. Zaman sekarang bukannya mudah mencari kerja. Diluar sana, ramai graduan yang menganggur. Dan aku sebagai insan yang agak bernasib baik, tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dipermurahkan rezeki oleh-NYA.

“Bukan setakat anggur, menternak badan sekali. Kau tak teringin nak tengok hasilnya ke?” Sudah dua minggu aku tidak bertemu dengan Lynn. Rindu memang rindu pada saudaraku yang seorang itu. Tapi, masa seringkali tidak mengizinkan.

“Baru dua minggu tak jumpa, takkan badan kau dah naik sampai lima kilo kot?” ujarku dalam tawa kecil. Tak dapat aku bayangkan Lynn berbadan besar macam beruang panda. Mesti comel dan gebu aje!

"Nak tahu, datang rumah aku.”

“Insya-ALLAH. Kalau tak ada apa-apa hal, next week aku sampai.” Aku memberi harapan.

“Good. Kau tak tahu betapa bosannya aku tinggal kat rumah ni,” leternya pendek. Tawaku meletus mendengar bebelannya. Selalunya itu aje yang terluah di bibirnya setiap aku berjumpa atau berhubung dengannya.

“Tak ada panggilan interview lagi ke?” soalku kemudian.

“Belum. Rezeki tak ada lagi kot!” Lynn bersuara. Nada kecewa jelas kedengaran dari nada suaranya itu.

“Sabar ajelah. Ada la tak lama lagi tu,” pujukku padanya. Memberikan dia sedikit harapan. Moga-moga semangatnya tidak luntur.

“Erm… Hani, okeylah. Nanti kita sambung lagi.”

“Okey. Kirim salam kat mama and papa,” pesanku padanya.

“Aku pun sama. Sampaikan salam aku kat Ummi, Along and Kak Sofea sekali. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Aku kembali meletakkan gagang di tempatnya setelah kedengaran talian terputus di sebelah sana.



little chit-chat :
nurfa ~ Slamat menghadapi minggu exam… good luck + smoga lulus dgn cemerlang. eita doakan nurfa berjaya… mmuuaahhh…. Take care, sis!

scribbled @ 15:59 |

ct
June 11, 2005   04:42 PM PDT
 
askum. ape khabar? Hmm.. awk minat mereka ye? Cerpen2 awak ini bagus tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Awk menggunakan bahasa english yang keterlaluan dan ada bahasa melayu awak tidak lengkap. Namun begitu, cerpen awak ada jalan cerita yang menarik. Wassalam
eita
June 11, 2005   05:52 PM PDT
 
wsalam... sy kbr baik...
tahniah! awk or pertama yg critic cara penulisan saya. thanks!
sy akui, sy memang kureng sikit bab2 bahasa ni. malah, sy bukannya pandai mengarang pun. tulis ikut suka hati je. apa yg saya tulis, hanyalah dr gaya bahasa sy. n sy minta maaflah sekiranya gaya bahasa sy tu x memenuhi kehendak awak. thanks 4 ur comment. ikhlas dr hati, sy mmg menghargainya...

to other readers... ada sesiapa yg nak comment lg x? eita mmg terbuka hati dan minda nak dgr nie... good or bad, just post it. i'm open.. : D
nurfa
June 11, 2005   09:24 PM PDT
 
x reti nak komen la eita..sbb bm ngan bi kita berterabo..huhuhuhu...suka baca je.. (^ ^)
tp ade sikit nak cakap ni..ni kite nye pandangan je..erm.. macam ade bab yg tak perlu di taruk kat sini.sbb nampak cam meleret..pastu ceritakan benda yg same.cth pasal hani kene peluk tu. nurfa nye pandagan la..patutnye pas kene peluk tu..hani terus je bg penumbuk je kat mamat tu.bior lebam mata sebelah dia..huhuhuhu...
* sy ni..bz bz study pon leh sempat jegah eitanye blog..hehehe..dah jd tabiat aa eita..tiap ari ngadap blog awak..=)

-story line best..sambung aa lagi..nak tau pasal dia ngan ezany..hehehehe..
pinkJambu
June 11, 2005   10:51 PM PDT
 
jumpa eita di email !
typical_gurl
June 13, 2005   04:47 PM PDT
 
rasanya mcm takde problem pun dgn bahasa kak eita nih. ok je. biasalah tu kalau bercampur aduk dgn bahasa inggeris. alah, tulis je macam biasa kak eita, setiap orang ada gaya penulisannya yang tersendiri, dan setiap gaya itu adalah unik. so teruskan, go for it kak eita. *sekadar pandangan sendiri sahaja*.
Err...lama lagi ke nak habis ni kak eita? tak sabarlah nak tunggu. setiap hari tulislah 5-6 episod sekaligus, wah, senangnya saya bercakap, hahaha...
dhiya
June 15, 2005   12:08 AM PDT
 
eita...

kita pun sama lah... tulis campur-aduk-ikut-suka-hati-sendiri je...

orang skrang ni dah tak guna bhs melayu sepenuhnya. paling tidak ada 2-3 perkataan Inggeris / Cina [mandarin, hokkien, kantonis, dll.] / Tamil dalam perbualan seharian mereka.

anyway, I really like Hani & Ezany. Really hope there will be a good news... ;)
eita
June 15, 2005   10:21 PM PDT
 
nurfa~thanks sebab komen + thanks coz melawat blog eita everyday… : D ttg panggilan ‘akak’ tu, x der prob. eita x kisah. And miss u too la!!! dah lama x chat. take care, girl…

kak pink~thanks a lot. eita saja nak buat poll sebenarnya… hehehe… nway, suara hati + pesanan akak amatlah dihargai… cayang lepat basi… mmuuaahh!!!

Typical gurl~first time jejak comment, eh?! *terkezut* thanks jugak utk adik kecik ni… thanks for the spirit. And utk pengetahuan adik, cite ni masih la pppaaaannnjjjaaannngggg lg. sebab akak pun belum tulis sampai ke endingnya… *wink*
*tersedak* tulis 5-6 episod lg?! alamatnya, kering-kontang otak akak nak kerah idea… hahaha muuaahhh budak nakal!!!

dhiya~true… dalam kehidupan sehari2 pun, org dah x nak guna bahasa melayu sepenuhnya… Good news for Ezany and Hani?! *senyum lebar* just hav to wait n see, I guess…

typical_gurl
June 16, 2005   05:21 PM PDT
 
sapa cakap saya tak penah tinggal komen? penahlah. tu kat atas tu, kat episod 26 tu *muncungkan mulut ke atas* hahaha... kalau scr seriusnya, *buat muka serius* saya penah tinggal komen, kat ending cerpen pertama kak eita sbb saya cuma suka ending je. Tu lah, bnyk sgt peminat, sampaikan peminat yg satu ni telah dilupakan *hingus meleleh*
eita
June 16, 2005   09:00 PM PDT
 
*lap hidung TP* jgn arr merajuk. akak minta maaf. betul2 akak lupa adik pernah tggl jejak dulu. akak dah x ingat. dik, byk2 peminat pun, akak x pernah lupa dik, tau. ari2 ingat. kdg2 sampai tertanya, sihat x dik ni, dah mkn ke lom? hehehe *ayat memujuk* ; D
cayang budak nakal!!!
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive