“Jom, lunch!” ajak Nur Suhana di muka pintu bilikku. Dia kelihatan ayu hari ini. Berbaju kurung merah darah berbunga putih. Manis! Berbeza dengan aku yang berseluar slack warna beige. Berbaju blouse light blue dan bertudung sedondon.
“Dah time ke?” soalku ringkas. Aku menyelak lengan blouse yang ku pakai. 12.35pm. Dah lima minit masa rehat berlalu. Sedikit pun aku tak sedar. Aku terlalu asyik menyediakan report untuk di bawa ke meeting petang nanti. Sepenuh konsentrasi aku berikan pada kerjaku itu.
“Pukul berapa? 11?” perli Nur Suhana tajam. Aku tersengih nipis. “Aku tunggu kau dari pukul 12.30 kat depan tu.”
“Alah… lima minit pun berkira. Bukannya lima jam…” balasku dengan sengihan yang masih berbaki. Aku mengemas drawing dan kertas A4 yang berselerak. Menyusunnya satu-persatu. Sudah tabiatku, memastikan meja berkemas sebelum aku keluar dari bilik.
“Masa itu emas.” Dia mengeluarkan peribahasa.
Lucu aku mendengarnya. “Time makan, masa itu emas. Time kerja, tak der pulak kau apply peribahasa tu,” balasku. Aku meregangkan urat-urat yang hampir kejang. Dari pagi hingga ke tengahari, aku bertapa dalam bilik ni. Punggung pun dah naik kematu.
Aku mencapai handbag di dalam laci. Purse dikeluarkan. Dan handbag disimpan semula di tempatnya. Berat hati rasanya nak menyandang handbag di waktu lunch begini. Pasti merumitkan. Pasti menyusahkan.
Nur Suhana ketawa kecil. Sedar kata-kataku terkena batang hidungnya. “Waktu kerja pun ada jugak la. Kau tu je yang tak nampak. And kalau terlambat keluar lunch, melayang lauk-pauk kat restoran kampong tu.”
“Kuat makan jugak kau ni ye..” Aku mengusik seraya bangun dari kerusi empuk. Purse dipastikan berada di dalam genggaman sebelum aku mengorak langkah menghampiri Nur Suhana yang tidak berganjak dari muka pintu.
“Tak makan, tak hidup la Cik Irdina ooii…”
Aku ketawa pendek. “Jomlah…”
“Tahu pun lapar…”
Krook!! Kami berpandangan. Kening masing-masing terjungkit. Mengerti sebab-musabab bunyi itu ‘terbebas’ ke udara, ketawa kami berdua pecah.
“Perut sampai dah menyanyi tahap maksimum pun, ada hati nak bertapa kat bilik tu lama-lama. Masalah la kau ni…” luah Nur Suhana dengan tawa yang masih panjang. Aku mengusap perut yang mula terasa lapar.
“Tadi okey je. Uk tak, ek pun tak. ‘Dia’ ngada la tu. Nak ngadu kat kau yang aku dera ‘dia’,” sahutku dengan tawa. Aku mengimbas kembali breakfast aku pagi tadi. Nasi goreng dan neslo. Rasanya, ‘bekalan’ tu cukup hingga ke pukul 12 tengahari saja. Ah, dah lebih time, patut perut berbunyi bagai nak rak. Punctual jugak perut aku ni, desisku sendiri.
“Ya ke ‘dik’? Kak Dina buli ‘adik’ ek? Ala, kesiannya. Mai sini akak nak pujuk,” ujar Nur Suhana. Dia cuba melekapkan tangannya di perutku.
Lantas aku mengelak. Aku menapak sedikit ke belakang. “Geli la…” maklumku ringkas. Aku tak biasa disentuh begitu. Malah, semenjak dah besar panjang begini, belum pernah ada orang yang buat aku sebegitu.
“Aku tak pegang lagi kau dah geli. Kalau abang kau pegang nanti, macam mana?” soalnya seraya menarik lenganku. Memaksa aku memulakan langkah keluar dari bilik. Aku hanya menurut.
“Tak de kerja Along aku nak buat cam tu! Bukan ada faedah apa-apa..” jawabku. Along masih waras. Takkan dia nak buat benda begitu. Lagipun, untuk apa? Aku tak nampak sebarang logic untuk kejadian itu terjadi.
Dia mengeluh. “Naïve betul kau ni! Along kau nak buat apa. I’m referring to abang in inverted commas…” jelasnya dalam suara yang seakan tidak percaya yang aku boleh senaif itu.
“Gatal!! Abang inverted commas ke, abang dot dot dot ke, abang in hyphen ke, buat masa sekarang, benda-benda tu irrelevant. Dan yang pasti abang aku hanya seorang. The one and only Mohd Fakhrul Haris.” Aku membalas kata-kata Nur Suhana. Sempat aku mencubit lengannya. Dia tak sempat mengelak. Diusapnya perlahan lengan yang menjadi mangsaku tadi.
“Tu… bakal abang in inverted commas…” Nur Suhana menjuihkan bibirnya pada tiga orang lelaki yang sedang menghala ke arah kami. Rancak mereka bersembang sambil menghayun langkah. Tak lain tak bukan, pasti hal kerja, telahku.
“Itu laki orang la… Aku tak rela jadik ‘honey’ bini diaorang…”
“Yang kau tengok Shahrul dengan Farhan, siapa suruh? Tengok Ezany tu dah la…” arah Nur Suhana. Serentak itu, di sikunya pula lenganku. Aku tidak ambil endah dengan arahan berselit usikan itu. Dah puas aku menatap wajah Ezany semalam. Dah puas aku makan hati dengan perangai dan sikapnya. Perlu apa lagi aku buat begitu?
“Kau jangan nak sebut nama dia kuat-kuat. Dia dengar karang, bukan telinga kau yang nak berasap. Ni… telinga aku ni jugak tau.” Aku memberi amaran. Ezany jarang nak melayan Nur Suhana sepertimana dia melayanku. Aku pun hairan. Apa masalah dia sebenarnya? Pun begitu, aku malas nak membangkitkan hal itu. Bukannya boleh selesai masalah. Menambahkan kepedihan hatiku, adalah…
“Korang nak keluar lunch ke?” tanya Shahrul apabila kami berhadapan.
“Ya. Korang pun sama?” Nur Suhana bertanya. Aku berdiri bisu di sisinya. Ezany dan Farhan masih berbual. Bait-bait perbualan mereka, tenggelam-timbul mencecah gegendang telinga.
“Coincident. Boleh la kita pergi sekali…” Aku benar-benar terkejut. Makan sekali? Dengan Ezany?
“Boleh gak.” Nur Suhana memberi persetujuan. Sedikit pun dia tidak bertanya pendapatku terlebih dahulu.
Belum sempat aku membantah, Nur Suhana berjalan ke pintu utama. Diikuti dengan mereka bertiga. Lambat-lambat, aku mengekor dari belakang. Aku tak sampai hati membiarkan Nur Suhana pergi berempat dengan mereka. Biarpun perutku terasa kenyang tiba-tiba. Seleraku dah mati. Semuanya gara-gara Ezany. Kalau lah hari-hari terpaksa makan dengan dia, kurus kering aku gamaknya.
Tiba di hadapan lif, tinggal aku seorang sahaja yang masih ketinggalan. Yang lain telah memboloskan diri masing-masing. Secepat kilat, aku bergerak sedikit pantas. Menyaingi mereka berempat dan beberapa orang staff yang turut menunggu ketibaan lif.
“Jalan pun lambat. Kalau nak practice catwalk sekalipun, bukan kat sini tempatnya…” bisikan suara Ezany menampar cuping telingaku saat aku menjejakkan kaki ke dalam lif. Ya ALLAH… bertiup dah angin sirocco dia tu. Dia suffer penyakit apa sebenarnya? Karang, aku hantar proposal pada En. Rozan suruh pos dia ke Tanjung Rambutan, baru padan muka! Getus hatiku geram.
Disebabkan lif agak sesak, aku terpaksa berdiri bersebelahan Ezany. Nur Suhana terlepas ke tepi sebelah kanan. Agak jauh ke belakang. Manakala Shahrul dan Farhan bersandar di tepi kotak lif. Dan untuk kesekian kalinya, aku terpaksa menghadapi dia lagi…
Relax… aku cuba mengawal diri. Nafas di sedut perlahan. Mengisi oksigen secukupnya. Buat bekalan pernafasan yang mungkin akan terhenti pada bila-bila masa.
“Tahu la you tu cantik and menarik. Tapi, tak payahlah you nak seduce semua male staff dengan gaya perempuan melayu terakhir you tu. Tak ada orang yang nak tengok,” tuturnya sinis dalam nada suara yang rendah. Seakan tidak mahu passenger lain terdengar.
That’s it!! He has reached the limit! Cukup setakat itu aku menadah cuping telingaku menyambut sindirannya. Lagi aku berdiam diri, lagi dia naik lemak. Melampau betul! Aku memerah otak mencari kata-kata balas yang berpadanan untuknya.
“Orang lain memang tak, cuma you tu je yang teringin!” Nada suaraku sedikit berbisik tika mengeluarkan kata sinis itu.
Dari hujung mata, aku dapat melihat dia menoleh ke arahku. Aku tetap bersikap seperti biasa. Seolah aku tidak perasan dengan renungan mata hazel Ezany terhadapku.
“What do you mean by that?” soalnya perlahan tanpa mengalihkan anak matanya.
Aku ketawa kecil. Sinis. “Other people don’t seem to realize with the way I’d walked. Only you did. Bukan ke itu maknanya you ‘menghayati’ dan ‘menumpukan sepenuh perhatian’ you pada I? Which mean, you memang tengok I tadi, kan? So, you can’t really say yang tak ada orang nak tengok I…”
Dia berdiri tegak di tempat dia berdiri. Agaknya terpukul dengan kata balasku. Terus-terusan direnungnya aku dari sisi.
“Yes, I admit. I memang tengok you. Just a glimpse. In nano-second. Kalau you fikir, I ‘menghayati’ or ‘membelek’ you, it appears to me that you dah masuk bakul angkat sendiri,” sanggahnya dengan mengalihkan semula pandangannya ke hadapan.
Aku merenung pintu silver lif yang masih tertutup. “Weird. Kalau setakat lihat in nano-second, macam mana you tahu I buat catwalk?”
“Becoz, Cik Nur Irdina Farhani… dalam nano-second tu, I boleh nampak you melenggang-lenggok macam model atas stage!” katanya sedikit keras. Namun, masih dalam bisikan. Jelas dia tidak suka dengan tuduhan yang aku lemparkan padanya. Biarkan… Ingat senang-senang dia tuduh aku macam tu, aku tak boleh balas balik. Silap banyak…
“Oh, rupanya corridor tadi, bukan stage? Tersilap ‘walking’ rupanya I. Thanks for reminding me, though. And… I’m honoured becoz you’d noticed. At least, my effort didn’t went for nothing,” kataku selamba. Lengkap dengan perlian tajam.
Aku dah tak sabar menanti pintu lif terbuka. Dan aku juga dah tak tahan berdiri sebelah Ezany. Apatah lagi, bila dia buat tuduhan yang tak berasas tu. Bila masanya aku buat catwalk? Setakat jalan lambat-lambat, sebab asyik mengenangkan aku terpaksa spend lunch time dengan dia tu, adalah. Layak ke berjalan dengan perasaan kucar-kacir begitu, digelar catwalk. Rabun agaknya Ezany ni…
Ezany mendengus keras. Kasar.
“And En. Mohd Rifai Ezany… kalau I nak catwalk sekalipun, ada kena-mengena dengan you ke?” soalku sinis. Sengaja nak menambah bara di hatinya.
“Kerana you, orang lain terpaksa menanti lama dalam lif ni!” Eleh, lama konon. Macamlah bertahun diaorang berdiri dalam ni. Padahal, seminit pun tak sampai. Ezany memang kecoh. Suka bikin havoc…
“Tapi kenapa diaorang tak cakap apa pun. You pulak yang lebih-lebih,” sahutku.
Ting!! Lif telah tiba ke ground floor.
“You…” Ezany cuba mengatakan sesuatu, tapi aku pantas memotong percakapannya.
“Entah-entah you takut ada orang tergoda dengan I tak. Yelah, takut diri you melepas. That’s why you kecoh lebih…” Aku melontarkan kata-kata perlian itu seraya melangkah keluar dari perut lif. Berbungkal-bungkal amarahku di dalam hati. Lama-lama, boleh gila aku macam nie!!!
little chit-chat :
might be (just might be!) ini satu2nya n3 utk minggu ni. coz minggu ni eita bz sket. n weekend ni, bapa saudara nak kahwin. Terpaksa gi melepak kat rumah kenduri. Tp, insya-ALLAH, klu larat + rajin, eita publish n3 baru lg. take care…
