Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 27
Sunday, June 19, 2005

Aku diserang kerisauan. Perasaan gelisah sukar untuk dihapuskan. Dari semalam, aku menanti kelibat Ezany. Namun, hingga ke hari dan saat ini, bayangnya masih tiada. Terlalu sibukkah dia dengan meeting di luar? Aku perlu berbincang dengannya berkenaan final design bagi preliminary drawing projek baru di Gombak yang telah aku siapkan.

Memandangkan projek tersebut di bawah kelolaan kami berdua, seboleh-bolehnya aku mahukan persetujuan Ezany sebelum aku menyerahkan final design itu kepada En. Rozan. Dan seandainya Ezany tidak berpuas hati dengan hasil kerjaku, aku masih mempunyai masa yang mencukupi untuk mengubah rekabentuknya.

Aku berjalan pantas menuju ke bilik Ezany.

“Ezany dah masuk atau belum?” Aku bertanya pada Kak Julia, setiausaha Ezany. Dia kelihatan sibuk menaip sesuatu di computer. Sesekali anak matanya dilarikan di antara skrin computer dan kertas draf yang berada di tepi keyboard.

“Belum lagi, Irdina,” jawabnya seraya mengalihkan pandangan ke arahku. Tangannya berhenti menaip.

Aku mengeluh perlahan mendengar jawapannya itu. Macam mana ni?

“Kak Julia ada beritahu dia tak, saya nak discuss pasal projek baru En. Salleh?” soalku lagi pada wanita yang lima tahun lebih tua daripadaku itu. Semalam, aku telah meminta Kak Julia menyampaikan pesananku pada Ezany ketika aku datang mencarinya.

“Ada. Tapi katanya dia ada kerja lain yang lebih penting.”

“Banyak sangat ke meeting dia, kak?” bibirku terus mengutarakan pertanyaan. Kerja penting itu selalunya tak lain dan tak bukan meeting ataupun melawat tapak projek.

“Dia bukan pergi meeting. Dia ke airport, nak jemput kawannya yang baru balik dari Italy,” terang Kak Julia padaku.

Terkejut aku mendengar ayat Kak Julia. Jemput member dia di airport? Itu kerja yang dikatakan penting sangat? Dia terlupa ke projek di Gombak tu lagi penting? Bertubi-tubi soalan berlegar di fikiran.

“Agaknya dia masuk office tak, petang ni?” Aku menyoal lagi dengan harapan aku mempunyai peluang berbincang dengannya pada waktu petang.

“Tak. Rasanya hari Isnin baru dia masuk.”

Sudah! Habis, design ni? Aku menjatuhkan pandangan sekilas pada drawing di tangan. Sejak dari semalam, aku mengusung drawing ini ke sana ke mari. Dengan harapan, ia dapat ditunjukkan pada Ezany. Malangnya, hampa!

Aku dan Ezany dikehendaki membentangkan preliminary drawing itu dalam meeting yang telah dijadualkan pada hari Selasa minggu hadapan. Jadi, final designnya perlu disah dan disiapkan pada minggu ini jugak.

Hari ini dah Jumaat. Kalau hendak menunggu juga kedatangannya pada hari Isnin, alamat tak sempatlah En. Rozan nak menyemak final design ni. Disebabkan itu, aku harus mengambil keputusan drastic. Aku tak perlu menunggu approval dari Ezany. Sudah tiada banyak masa untuk itu!

“Oklah kak. Thanks. Dina nak jumpa En. Rozan sekejap,” tuturku pada Kak Julia. Serentak itu, aku menghayun langkah ke bilik En. Rozan.

Keputusan aku muktamad. Aku akan terus menyerahkan final design ini kepada En. Rozan. Ezany bersetuju atau tidak dengan designku itu, aku tidak mahu ambil peduli. Yang paling penting, design itu perlu di luluskan oleh En. Rozan sebelum hari Isnin.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

“Good job, Irdina!” Pujian En. Rozan menerjah cuping telingaku pada keesokan harinya.

“I like your design,” tokoknya lagi.

“Thanks En. Rozan,” ujarku tersipu malu. Rasa bangga dan gembira berlumba-lumba mengisi hati dan perasaan.

“Submissionnya next week, kan?” tanya En. Rozan. Drawing yang aku serahkan padanya semalam, diletakkan di atas meja kayu yang besar itu.

“Ya.” Sepatah aku menjawab. Rasa bangga dan malu yang masih bersisa menghalang aku menuturkan lebih dari itu.

“Rasanya dah tak ada apa yang perlu di ubah. Awak boleh terus prepare final preliminary-drawing untuk meeting.”

“Confirm ke En. Rozan?” Aku bertanya meminta kepastian. Walaupun aku telah mendengar dengan jelas dan terang setiap patah perkataan yang disebutnya.

“Hundred percent! You’re doing great, Irdina. I knew I can count on you,” pujinya lagi. Rasa hangat kembali menyimbah ke muka. Alahai En. Rozan… puji sikit-sikit sudah ler. Tak tahan aku mendengarnya. Kembang semangkuk karang, stranded pulak aku kat sini sebab tak muat nak keluar dari bilik dia.

"I’m trying my best,” kataku padanya bersama senyuman di bibir. Perasaan lega bercambah di hati. Hilang satu beban. Aku tidak perlu lagi memerah otak memikirkan design untuk projek itu. Tumpuanku kini hanyalah pada penyediaan final preliminary-drawing untuk sesi pembentangan pada hari Selasa yang akan datang.

“Setakat ni, ada apa-apa problem tak?” Dia bertanya lembut. Pandangannya ditumpahkan padaku.

“So far, tak ada. Still to come tu, tak tahulah…”

“Don’t worry about that. Kalau ada masalah aje, cari saya. I’ll be glad to help. Bukan itu aje, kalau nak minta tips dalam bidang property ni pun, saya boleh bagi.” En. Rozan menawarkan diri. Begitu ikhlas. Tersentuh hatiku seketika.

Sememangnya, berkecimpung di dalam bidang hartanah, merupakan satu risiko yang tinggi terutamanya kepada pemilik dan pengarah syarikat. Tersilap langkah, syarikat muflis, harta melayang. Pentadbir syarikat harus bijak dan pandai merebut peluang dan tawaran yang ada. Bukannya mudah nak bersaing dengan syarikat lain dalam merebut tender untuk sesuatu projek.

Aku kira En. Rozan yang telah dua puluh lima tahun bergelumang dalam bidang ini, sudah cukup masak dan arif dalam setiap perkara. Layaklah dia dijadikan tempat rujukan. Sekurang-kurangnya ilmu yang dimilikinya itu dapat dijadikan panduan dan bekalan pada orang lain. Terutamanya pada orang baru seperti aku.

“Insya-ALLAH,” jawabku seperti berjanji.

“Kalau encik dah buat offer macam tu, rugilah kalau saya menolak,” tambahku sambil cuba berseloroh. Senyuman lebar mengiringi kata-kataku.

En. Rozan turut tersenyum.

“Saya lagi rugi kalau awak menolak,” tuturnya sambil menyilangkan tangannya di dada. Kemudian, dia menyandarkan badan di kerusi.

“Kenapa?” soalku dengan dahi berkerut. Hairan. Kenapa En. Rozan berkata begitu?

“Tak maju syarikat saya nanti,” selorohnya pula. Tawa kecil kedengaran darinya.

Bibirku turut memuntahkan tawa. Dan tawa kecil kami bergabung dan bergema di dalam bilik En. Rozan yang besar dan luas ini.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Mama menyambut kedatanganku dengan senyuman manis terhias di wajahnya. Aku memeluk dirinya yang berdiri di hadapan pintu. Dia membalas erat pelukanku dan seperti biasa, satu kucupan kecil singgah di pipiku. Satu tabiat yang tidak pernah dia lupakan tiap kali kami bertemu.

Kehadiranku di rumah dua tingkat milik mama dan papa pada hari minggu ini, demi untuk melunaskan janjiku pada Lynn. Apatah lagi sudah tiga minggu aku tidak menjejakkan kaki ke sini. Sedikit sebanyak, jarak masa yang ada itu mencambahkan tunas kerinduan aku pada mama, papa dan Lynn.

“Mama sihat?” sapaku mesra.

“Alhamdulillah.”

“Ummi kirim salam.” Aku menyampaikan salam yang diamanahkan oleh Ummi sebelum aku bertolak tadi.

“Waalaikummussalam,” perlahan suara Mama menjawab salam. Antara dengar dengan tidak.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah.

“Lama tak datang, banyak kerja ke?” soal Mama lalu menutup pintu utama. Kemudian, dia berjalan menghampiriku.

“Adalah sikit, ma. Ahad lepas dan Ahad sebelum tu, Hani teman Ummi ke Perak. Itu yang tak sempat datang sini.”

Mama mengangguk faham.

“Sunyi aje rumah ni?” soalku kemudian. Aku meliarkan pandangan ke ruang tamu. Tiada sesiapa di situ. Hanya perabot mewah yang menghuni suasana. Megah berdiri di ruang yang bersalut warna peach.

“Lynn ada kat bilik. Hani pergilah tengok dia kat atas tu. Entah apa yang dibuatnya. Tak turun-turun dari tadi,” Mama menjawab pertanyaanku. Sempat lagi dia mengomel tentang anak daranya yang seorang itu.

“Tak bangun tidur lagi ke?” Aku bertanya seakan tidak percaya. Dah hampir pukul 12.00 tengahari, takkan Lynn masih enak diulit mimpi. Matahari di luar dah setinggi galah.

“Agaknya lah,” tutur Mama seakan tidak pasti.

Aku berlalu meninggalkan Mama di ruang tamu. Mendaki anak tangga satu-persatu ke tingkat atas. Tiba di hadapan bilik Lynn, aku terdengar sayup-sayup alunan lagu Tangled Up In Me yang dinyanyikan Skye Sweetnam. Tombol pintu dipulas penuh hati-hati. Aku ingin memberi kejutan pada Lynn.

Aku menguak sedikit bukaan pintu. Lalu menjengok ke dalam. Terpampang di hadapan mata, kelibat Lynn sedang enak beradu. Senaskhah majalah menutupi wajahnya. Aku tersenyum kecil. Sedapnya dia tidur…

Tiba-tiba terlintas rancangan nakal di fikiran. Perlahan-lahan aku menapak mendekati set hi-fi yang berdekatan meja study Lynn. Sepantas kilat, aku memulas volume ke tahap yang lebih tinggi. Bergema lagu yang dimainkan di dalam ruang bilik. Gamat! Selepas itu, aku menyandar di meja study sambil memeluk tubuh. Sorotan mata dihalakan tepat 90o ke arah katil.

Demi terdengarkan suara speaker yang menjerit kuat, Lynn terkocoh-kocoh bangun dari perbaringan. Ditekup kedua belah tangan ke telinga. Menghalang volume yang kuat itu dari menembusi gegendangnya. Dia memalingkan wajah mengadap hi-fi yang kini mendendangkan lagu Encore. Membuntang matanya sebaik anak matanya menjamah wajahku yang berdiri mematung di situ dengan sengihan kecil.

Sengihanku bertukar menjadi tawa besar tatkala melihat reaksinya. Dan dengan tawa yang masih belum habis sepenuhnya, aku kembali menurunkan volume. Sikit–sikit sudahlah… Karang tak pasal-pasal mama terjengul di muka pintu.

“Lepat liat! Dah tengahari macam ni, membuta lagi. Patutla rezeki tak masuk…” perliku sedikit keras. Di Bibir berbunga senyuman perlian.

“Kureng!! Aku ingatkan hantu mana yang kacau…” ujarnya dengan muka kelat. Diurut dadanya beberapa kali. Seakan menenangkan hatinya yang sedang berlari laju. Dia mengubah posisi kedudukannya. Kali ini dia duduk di birai katil.

“Hantu konon. Hantu mana keluar daytime cam ni. Lainlah kau, habits bertentangan dengan orang lain. Orang tidur malam, kau tidur siang. Sejak bila jadi pak guard kerja malam ni?” Aku memperlinya lagi. Langkah kaki di atur menghala ke katil. Lalu aku melabuhkan diri di birai, bersebelahan dengan Lynn.

“Bila masa aku tidur?” soalnya padaku.

Terlepas tawaku. Lucu mendengar soalannya. “Tanya aku pulak. Tanyalah diri sendiri.”

“Aku tengah berfikir tadi, bukannya tidur,” Lynn menyanggah. Dia mengurut rambutnya yang sedikit tidak terurus.

“Nak defend la tu. Dah kantoi tu, kantoi jugak. Mana ada orang berfikir dengan mata terpejam. Siap cover dengan magazine plak tu. Sampai aku masuk pun tak sedar.”

“Aku terlelap kot.”

“Yalah tu…” Aku menolak bahunya lembut. “Pergilah bersiap lawa-lawa sikit. Tetamu datang nie…”

Dia bingkas berdiri. Tuala yang tersangkut di penyidai, di capai. “Perasan. Dah berpuluh kali tidur sini pun masih nak ngaku diri tu tetamu. Aku jual kau kat mamak roti, baru tau…” Lynn cuba melibas lenganku dengan tuala di tangannya. Cekap aku menangkap tuala yang melayang mencari sasaran. Namun, cepat pula dia menarik tuala itu. Menyebabkan peganganku terlepas. Secepat kilat, dia berlari masuk ke bathroom. Tak sempat aku nak mengejarnya. Dia ketawa senang hati.

“Nak buat apa hari ni?” Dia bertanya sebelum menutup daun pintu.

“Ntah. Tengok jelah kejap lagi,” jawapku sedikit kuat. Aku mencapai majalah yang ditinggalkan Lynn di atas katil. Untuk mengisi masa sebelum kami merancang aktiviti hari ini.



little chit-chat :
kenduri dah habis… penat gak tp best. semuanya buat secara gotong-royong. Even 3 days b4 kenduri pun, gotong-royong dah start. And kebetulan skrg ni musim durian, ari Jumaat tu, rumah kenduri buat bubur durian utk org yg dtg menolong. Hehehe. dah lama x merasa bubur durian… pas2, dpt mkn buah durian free. Isinya kuning dan gebu gitu. Baru tgk jer, dah nak meleleh air liur. Belum rasa lg. Bila dah rasa… fuh! Memang best! SODAP! Terangkat trus!!!!! (Pstt: tp eita had limit utk mkn buah durian, 5 ulas jer. more than that – migraine will attack… huhuhu)
and in 2 months time, sorang lg pak sedara nak kahwin… Mmm… banyak pulak pak sedara yg kawin + engaged tahun nie…

scribbled @ 21:18 |

pinkJambu
June 20, 2005   08:53 AM PDT
 
makan durian balik pulau ya,udang merah ke?

muuuah cekodok penyek.
Harum Jasmin
June 20, 2005   10:28 PM PDT
 
hah eita makan durian.. patutpun dia tak dtg umah akak.. mesti takut kena cekop ni.. bagi lh ckit akak nak buat cokodk duyan lh.. terliugh akak..
dhiya
June 21, 2005   03:54 AM PDT
 
asyik pak sedara je eita... awak bila lagi? hehehe... ;)
typical_gurl
June 21, 2005   08:03 AM PDT
 
and in 2 months time, sorang lg pak sedara nak kahwin… Mmm… banyak pulak pak sedara yg kawin + engaged tahun nie… --> lepas kenduri pak sedara, kenduri kawin anak sedara nama EITA pulak, muahaha... jgn tak hantar kad jemputan pulak nanti, kalau tak..............
jiwang
June 22, 2005   12:15 AM PDT
 
huh~ cepat2 la sambung ek? nak tahu ape jadik ngan ezany sombong tuh? heheheh....
KakLong
June 22, 2005   01:47 AM PDT
 
salam kak eita, btol kate akak2 yg lain..lpas nie kak eita pulak larr ye. jgn lupe kad jemputan tu...hehe..sronok arr nyakat kak eita camni. njoy urself arr akak pegi kenduri2 tu..along pun dh pesan kat mak sedara/sepupu kat mesia..nk kahwin tunggu along balik dulu thn dpn. ngeh3x

akak~..nk durian jugak. dh lame x mkn durian. cekodok durian pun bess jugak kan.

papepun truskan sambung tau...minggu dpn along dh officially free dr exm dah. bley sambut b'day *l**g..yeahhh!
KakLong
June 22, 2005   01:52 AM PDT
 
ade satu idea bess utk kak eita..lupe nk ckp tadi. akak klu nk kahwin dtg cnie jelah kak. mcm hr nie parents along pegi kenduri kahwin sorg abg nie..die balik mesia amek bakal isteri pastu nikah kat cnie n then straight ikut kelana convoy pegi europe utk honeymoon..sweet (",)
eita
June 22, 2005   09:44 PM PDT
 
kak pink~eita pun x sure durian tu diimport dari mana. betul la kot dr balik pulau… coz isi dia memang best! hingga menjilat siku… *erkkk* : D balik pulau memang famous ngan buah duriannya… muaahh lepat basi!!!

kak nina~Bukan takut kena cekup, tp takut rumah akak berbau durian… hehehe. ala ciannyer… akak nak ek? nah! *sua durian* tp jgn lupa pos cekodok durian kat eita sket… : D

dhiya~eita tunggu dhiya kahwin dulu… *wink* : D

Typical gurl~kalau tak, tak dapat lah adik nak merasa nasi minyak akak? Betul tak? hehehe. akak memang bijak. Adik x ckp pun, akak dah tahu… : P

jiwang~welcome… insya-ALLAH, klu ada masa, akan disambung cepat2. tp x leh nak janji. Salam kenal… : ) rajin2 la bersuara…

along~miss u. muuaahhh. seronok nyer dia leh nyakat. hahaha. nak durian? Nanti akak pos (cam boleh jer!). sian kat dier kena tunggu next year baru boleh makan durian.. sabar2 la menanti, ek?
Aura-aura freedom along tu, akak dah boleh terasa. Hehehe. sambut birthday along ke? Berapa hb?
along, idea yang bernas! Klu ada luck, leh arr apply… hehehe

Utk adinda2 tercyg = along + TP and dhiya
ttg soalan ber‘reaktor’ nuclear tu, hehehe, x leh dijawab arr. Lom ada rezeki lg. Insya-ALLAH, klu ada tu… ada la… hehehe. wat masa la.. maintain single-mingle…. kekekeke
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive