Bang! Pintu bilikku terbuka luas. Seluas-luasnya. Tanpa ketukan dan tanpa salam.
Aku yang sibuk menyudahkan kerja, terkejut amat. Pantas aku mendongakkan wajah. Sesusuk tubuh Ezany berdiri terpacak di situ. Kenapa dengan dia? Rempuh masuk bilik aku macam ahli pasukan SWAT! Wajahnya pulak, macam air teh pekat tanpa gula, kelat.
Aku sedar, dia anak bos di syarikat ini. Tapi takkan sampai tidak tahu menghormati orang lain. Masuk bilik orang ikut suka hati dia saja. Mujur tak ada client yang datang. Kalau tak, mesti dah terjejas imej dia. Buat kerja tak pernah nak fikir, rungutku dalam hati.
“You tak tahu ketuk pintu ke?” soalku datar tanpa perasaan. Aku kembali meneruskan kerja yang terbengkalai.
“I don’t have time for that,” balasnya seraya melangkah masuk. Dia mengatur langkah menghampiri mejaku.
Aku mendengus perlahan. Cukup untuk aku seorang pendengarnya. Pagi-pagi lagi dia datang mencari pasal. Apa pulak yang tak kena kali ini agaknya.
“You nak apa?” soalku lagi. Ketidaksenangan akan kehadirannya teralun dalam nada suaraku. Pandangan tetap tidak berganjak dari kertas-kertas yang berselerakan di atas meja.
“Ni…” sepatah jawapan Ezany. Drawing yang dipegang, diletakkan di atas mejaku.
Aku memandang sekali lalu drawing yang bergulung itu sebelum kembali meneruskan kerja. “What’s wrong with the drawing?” tanyaku endah tak endah. Aku membiarkan ia di situ. Langsung tidak terasa nak membuka dan membeleknya.
Kerja di tanganku ini lebih memerlukan perhatian. Jadi, drawing yang Ezany bawa terpaksalah menunggu gilirannya.
“Could you please… stop whatever unimportant thing you’re doing!” arahnya tegas.
Terkesima aku sesaat mendengar perintahnya. Unimportant thing… perkataan itu melekat di fikiran. Cara Ezany menuturkannya, seolah-olah aku sedang melakukan kerja yang tidak berfaedah. Kerja yang tiada kena-mengena dengan syarikat.
Aku lantas meletakkan pen di atas meja. Dengan perasaan mendongkol dan tidak puas hati, aku mendongak memandangnya semula. Dia masih lagi berdiri. Tangannya diletakkan di tempat penyandar kerusi. Tiada tanda-tanda yang dia ‘teringin’ melabuhkan dirinya di atas kerusi. Ah, bukan masalah aku kalau dia rela hati nak berdiri…
“So… apa benda yang ‘important’ sangat ni?” tuturku dingin dengan menekankan perkataan important. Rasa tidak puas hati bergabung dengan nada suara yang keluar. Senang-senang saja dia merempuh masuk bilik aku. Lepas itu, siap bagi ‘titah-perintah’ pulak, suruh aku berhenti melakukan tugasku. Mudah sungguh!
“I nak you ubah design you ni,” ujarnya sedikit keras. Terus saja dia menuturkan tujuannya ke mari. Tanpa mukadimah. Tanpa pembuka bicara.
“Itu aje?” soalku sinis. Nak ketawa pun ada. Tujuan dia meniru aksi Collin Farrell dalam SWAT tu, semata-mata ingin menyuruh aku mengubah design? Apalah salahnya kalau dia mengetuk pintu dahulu, kemudian bagi salam. Terserlah sedikit kesopanan dan kesusilaan dia.
Setakat nak mengubah design, perkara normallah. Perkara begitu, memang selalu terjadi. Di mana-mana syarikat arkitek dan pada setiap masa jua. Tentang design aku, bila-bila masa sahaja aku boleh mengubah dan merekabentuk semula. No sweat. Entah apalah yang dia gaduhkan. Aku pun tak faham!
Aku mencapai drawing. Lalu membentangkannya di atas meja. Dan saat anak mataku menatap design yang terlukis di dalamnya, aku terkedu. Main-main ke Ezany ni?
“I nak you ubah…” Tanpa sempat dia menghabiskan saki-baki ayatnya, pantas aku mencelah,
“I takkan buat.”
Ezany merenung ke dalam anak mataku. Tajam. Air mukanya berubah. Barangkali dia tidak menyangka bahawa aku akan membantah arahannya. Kami berlawan pandang seketika.
“You jangan…” Dan sekali lagi aku menyampuk kata-katanya sebelum sempat dia menghabiskannya.
“En. Rozan dah setuju dengan design I. And there’s nothing to change anymore.” Aku bersuara tegas. Sesekali aku menumpahkan pandangan di antara Ezany dan drawing di hadapan mata. Drawing yang terlukis di dadanya design untuk project di Gombak. Design yang telah diluluskan oleh En. Rozan pada Sabtu lepas. Dan final preliminary-drawingnya telah pun aku siapkan. Cuma tinggal untuk dibawa ke meeting pada keesokan hari.
Aku pasti, En. Rozan yang menyerahkan drawing itu pada Ezany untuk dibentangkan dalam meeting esok. Seharusnya aku perlu menunggu kelulusan dari dia sebelum menyerahkan design pada En. Rozan. Tapi, aku terpaksa memandangkan keadaan yang sudah terdesak. Agaknya kerana itulah dia mengamuk.
“Tapi, I tak approve. And for your information, in case it slip off your mind…,” ujarnya sinis. Terlalu sinis. “…project ni kita berdua yang handle. So, apa-apa keputusan, harus ada persetujuan dari I.”
Terbakar rasa hatiku mendengar kata sinisnya. Tak ada lain, mesti dia nak mengungkit pasal ‘hobby’ day-dreaming aku. Hobby yang aku tak pernah iktiraf kewujudannya. Hanya dia yang memandai buat telahan sebegitu.
“Oh, baru sekarang you tahu, project ni under both of us. Kenapa you tak cakap dari minggu lepas? I ingat I sorang aje yang kena buat semuanya,” perliku tajam. Aku bertambah sakit hati dengan perangainya. Sorotan mataku tajam merenung wajahnya.
Minggu lepas, dua hari berturut-turut aku mencarinya di pejabat. Macam kucing nak beranak aku dibuatnya. Semata-mata nak minta approval dari dia. Namun, apa yang aku dapat dari setiausahanya – Ezany ada urusan penting. Nak ambil kawannya di airport. Kerja penting ke namanya tu…
“Hey, I’m your boss! Sepatutnya you kena tunggu I approved dulu, sebelum you tunjukkan design you tu pada daddy I,” katanya sedikit keras.
“Yeah, right!” kataku mendongkol sebelum membidas laju kata-katanya. “Dah puas I cari you last week. Pesanan pun I dah tinggalkan pada Kak Julia. Tapi, ada you datang cari I? Tak ada kan? And whose fault is that? Surely not mine!” Mentang-mentang dia boss, mudah sahaja dia meletakkan kesalahan di bahuku.
Dia termangu seketika. Riak wajahnya membayangkan yang dia seperti sedang berfikir. Ataupun mencari perkataan yang sesuai untuk membalas bait-bait kataku. Aku turut mendiamkan diri. Membiarkan sepi mengisi ruang di antara kami.
“I busy last week. Takkan you tak boleh tunggu sampai hari ni?” tanya Ezany setelah beberapa saat berlalu. Suaranya sudah tidak sekeras tadi.
“Meeting tu esok. You lupa ke?” soalku mendatar.
“I tahu…” perlahan jawapannya. Dalam masa yang sama, aku dapat rasakan, Ezany seperti berfikir sesuatu. Apalah agaknya yang dia fikirkan. Yang pasti, semestinya berkaitan dengan design aku itu.
“Habis, kalau dah tahu, buat apa tanya lagi. You ingat sempat ke nak buat semuanya hari ni?” Aku cuba merasionalkan dirinya. Membawa dia berfikir sebentar situasi yang bakal kami lalui seandainya aku menanti kelulusan darinya.
“Kalau tak sempat, you buatlah OT. Susah sangat ke?” tiba-tiba soalan itu tercetus dari bibirnya. Benar-benar membuatkan aku tersentak.
Aku menggetap bibir. Kuat. Perasaan marah mula membahang di dalam hatiku. Geram. Sakit hati. Perasaanku makin bergabung.
“Buat OT pun, belum tentu sempat siap…” dengusku menahan amarah. Aku cuba bersabar.
“Sekarang macam mana?”
“Macam mana apa?” soalku kembali. Aku benar-benar tidak memahami soalan yang diutarakan Ezany.
“I still want you to change the design.” Satu demi satu perkataan yang diluahkannya menusuk masuk ke telinga. Ya ALLAh, biar betul? Masa yang tinggal tak mencukupi. Kurang dari 24 jam sahaja. Sempatkah aku menyiapkannya? Hatiku diserang kegusaran.
“But we don’t have much time. The meeting will start 9am sharp, tomorrow morning. Kalau ada masa, I akan ikut cakap you. Tapi sekarang…” ujarku. Meminta sedikit pengertian dari insan yang bernama Ezany. Sambil berharap, moga-moga dia memahami.
“I don’t care.” Pantas dia menjawab. Tegas. Dan rasa sakit hatiku membuak-buak.
“You jangan nak cabar I, Ezany. Either you accept my design or you’ll just have to change it yourself. Take your pick,” Aku memberikan ultimantum. Perasaanku sudah tidak terkawal lagi. Mendidih rasanya kawah hatiku waktu ini.
“I bos ke, you bos ni?” lantang dia bersuara. Mempertikaikan kata-kataku. Memerah wajahnya menahan marah. Dadanya berombak ganas. Kecut-perut aku melihat dia begitu.
Pun begitu, aku tetap memberanikan diri…
“En. Rozan,” selamba aku menjawab dalam nada penuh kedinginan.
Ezany membuntangkan mata. Tak berkelip-kelip anak matanya itu merenung wajahku. Terdengar dengusan kuat terbit dari mulutnya.
Kami terdiam lagi. Kehilangan kata-kata. Masing-masing membisu. Dan sepi sekali lagi bermaharajalela.
Aku menarik nafas panjang bagi mengawal tahap kemarahanku. Mengembalikan composure diri. Ligat otakku berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
“Dahlah Ezany. I ada banyak kerja lagi nak buat. Apa kata, kita proposed design ni dulu untuk meeting esok. After that, kalau you nak ubah apa-apa, I ikut aje.” Akhirnya aku membuat keputusan. Satu keputusan yang aku kira wajar dalam situasi kami.
Dia mendengus lagi. “Irdina, read my lips. I want you to change your design. A.S.A.P. Before tomorrow’s meeting. If you have to stay back, do it. Lagipun, bukannya kitaorang tak bayar gaji you.”
Aku tersentak. Terpana dek kata-katanya. Nampaknya, segala usulan aku langsung tak berbekas di hatinya. Apa yang aku tuturkan padanya bagaikan angin lalu menyapa lembut di telinganya. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Apa lagi yang harus aku katakan? Ezany sedikit pun tidak mahu berkompromi.
Akhirnya, akibat malas nak memanjangkan perbalahan, aku mengangguk lemah. Menyatakan persetujuan. Aku terpaksa dalam rela. Tiada gunanya aku berkeras, jika itu keputusan muktamadnya. Biar berbuih mulutku menyatakan bantahan, aku pasti, dia tetap dengan keputusannya.
Setelah Ezany menerangkan serba-ringkas tentang perubahan yang perlu aku lakukan, dia bergegas keluar dari bilikku. Meninggalkan aku termangu-mangu di situ merenung drawing yang ditinggalkan. Aku mengemas kerja-kerja yang aku lakukan ketika Ezany menerjah masuk ke bilikku tadi. Meletakkannya di tepi. Buat masa sekarang, aku perlu menumpukan sepenuh perhatian pada drawing di depanku. Entah bilalah aku mampu menyiapkannya, gumamku perlahan.
Dan tanpa berlengah, aku terus mengeluarkan technical pen dari drawer. Lancar sahaja tanganku memulakan kerja. Dalam hati, aku berdoa, moga-moga aku tidak perlu stay back sehingga lewat malam.
Ezany memang menyakitkan hati!!!
little chit-chat :
congrats utk auntie fasha yg guess correctly, ezany akan mengamuk! :D
