Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 29
Friday, June 24, 2005

“Akak tolong sampaikan pada Ezany,” pintaku pada insan yang berada di talian. Fail dan drawing yang dikepit, diletakkan perlahan di atas meja makan. Sesudah itu, aku menarik kerusi lalu duduk.

“Baiklah. Nanti akak bagitau dia,” janji Kak Julia di corong handset.

“Thanks. Assalamualaikum.”

Aku menutup flip Samsung setelah suara Kak Julia menjawab salamku kedengaran di sebelah sana. Handset disimpan di dalam handbag. Aku merenung kosong dinding berwarna beige di hadapan.

Sarapan pagi yang terhidang, sedikit pun tidak terusik. Entah kenapa, aku kehilangan selera makan. Sandwich berinti tuna dan bersalut mayonnaise juga air neslo kegemaranku, tidak mampu membangkitkan selera.

Aduh, letihnya! Rintihku. Letih teramat. Tidak bermaya aku rasakan diriku ini. Nak saja aku baringkan tubuhku di atas tilam empuk. Merehatkan diri. Dan mengambil cuti hari ini. Tapi, sesaat drawing yang perlu aku bentangkan dalam meeting menyapa anak mata, segera aku batalkan hasratku.

Pangkal leher yang terasa sengal, ku urut perlahan. Malah seluruh badanku turut terasa sengal. Semalam, demi untuk menunaikan ‘titah-perintah’ Ezany, pukul 11.30 malam, baru aku pulang ke rumah. Itupun bukan pulang dengan berlenggang-kangkong. Aku terpaksa membawa pulang drawing bersama. Dan akibatnya, aku langsung tidak berpeluang melelapkan mata biarpun sedetik cuma. Sepanjang malam aku terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan design mengikut kehendak Ezany. Mujur aku sempat menyiapkan pagi ini. Kalau tidak, tak tahulah apa yang bakal terjadi…

Ezany memang sengaja menempah maut! Dia yang mencari nahas, aku pula yang kena tempiasnya. Saja dia nak tunjukkan egonya yang seluas bima sakti tu. Tak patut betul! Mengingati dia sahaja, perasaan benci kembali bertandang. Kenapalah harus dia yang digandingkan denganku? Soalku di dalam hati. Nasib! Nasib!

“Hani, kenapa pandang aje makanan tu…” suara Ummi menyapa lembut di telinga. Meleraikan ingatanku pada Ezany.

Aku menoleh ke arah Ummi yang sedang berdiri di sebelah. “Hani bawak bekal ajelah sandwich ni. Hani tak ada selera nak makan...”

Seleraku benar-benar mati. Biarlah aku buat bekal sahaja sandwich tu. Mungkin boleh dijamah andai perutku bernyanyi nanti.

Aku berkira-kira untuk bangun menuju ke dapur. Mengambil Tupperware bagi mengisi sandwich. Namun, belum sempat aku berbuat begitu, Ummi meletakkan tangannya di dahiku. Aku terkejut dengan tindakan Ummi.

“Muka Hani pucat. Demam ke?” soalnya lembut. Tangannya masih lagi melekap di dahiku.

Aku tidak menjawab. Seketika kemudian, aku merasa leherku dengan telapak tangan. Tak panas! Maknanya, telahan Ummi tidak tepat. Tapi aku akui, badanku memang terasa lemah…

“Hani tak sihat ni… Lebih baik tak payah pergi kerja. Rehat aje kat rumah. Pukul 10 nanti, Ummi balik ambil Hani. Kita pergi klinik,” ujar Ummi sedikit resah. Nyata, dia risaukan keadaanku.

“Ala… sikit je Ummi. Hani mampu nak pergi kerja lagi. Lagipun, Hani kena attend meeting pagi ni. Tak boleh tidak. Tapi, Hani promise… habis aje meeting, Hani terus pergi klinik. Ummi jangan risau, ok?” sahutku. Cuba meredakan kerisauan yang bersarang di hati Ummi.

“Promise?” ulang Ummi meminta kepastian.

Aku mengangguk laju. Sebuah senyuman aku hadiahkan padanya.

“Kalau begitu, Ummi pergi kerja dulu. Drive baik-baik…” nasihat Ummi seperti biasa. Aku mencapai tangan Ummi lalu mencium lembut tangannya. Dan sebagai balasan, Ummi mencium ubun-ubunku.

Aku menghantar pemergian Ummi dengan anak mataku. Aku tidak perlu tergesa-gesa untuk ke office pagi ini. Kerana telah aku maklumkan pada Kak Julia agar memberitahu Ezany yang aku akan menunggunya di pejabat En. Salleh. Sesungguhnya, aku tak mahu berkongsi kereta dengan dia. Dan aku tak 'berkeinginan’ nak ‘berdebat’ dengan dia sepanjang perjalanan ke Menara Wawasan.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Sebaik sahaja aku tiba di Menara Wawasan, Ezany sudah sedia menanti di ruang lobby. Dia sedang berbual dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali di ruang menunggu yang disediakan. Rancak mereka bersembang. Dan dengan langkah lambat-lambat, aku menghampiri mereka.

“Design you dah siap?” soal Ezany perlahan setelah aku duduk berdekatan dengannya. Lembut sungguh tutur katanya. Selembut Softlan. Biasalah. Lakonan untuk meraih tender dan juga projek baru. Bila di depan client, cakap kena lembut dan bahasa kena elok. Kalau tidak, projek melayang, gigit jari ajelah…

Dan aku pula, terpaksalah ikut sama berlakon. Walaupun hatiku ketika ini memberontak untuk menjalankan misi silent treatment terhadapnya.

“Dah… You nak tengok sekarang ke?” soalku kembali. Nada suaraku berdesir halus menyapa anak telinganya. Erk, macam mana suaraku boleh seayu itu? Dan tak semena-mena, lelaki di sebelah Ezany, tersenyum lebar melihat kami berdua. Aku menjadi hairan dan pelik. Tapi aku diamkan saja.

“Kejap lagi,” sahutnya. Aku hanya mengangguk perlahan. Tanda menurut kemahuannya. File dan design, aku letakkan di atas meja.

“Uncle, please meet our new Architect, Cik Irdina Farhani.” Ezany memperkenalkan aku pada lelaki yang agak berusia itu. “Irdina, ini En. Ikram dari AOS Consultant. Juga merangkap kawan baik daddy I.”

“Hai,” ujarnya sepatah seraya tersenyum.

“Nice knowing you En. Ikram,” tuturku dengan senyuman memekar di bibir. Sebagai membalas senyumannya.

“Cik Irdina, apa perasaan you dapat bekerja di Menhir Architect?” Tanpa aku duga, En. Ikram mengemukakan soalan padaku. Soalan cepu emas pulak tu. Terpinga aku seketika. Terkejut dengan soalan yang tidak disangka-sangka. Fikirku, mereka berdua akan terus menyambung perbualan yang terhenti.

“Very lucky. Seronok dapat bekerja di sana. And En. Rozan is definitely a good boss. Saya amat berpuas hati bekerja dengan dia,” jawabku jujur. Sememangnya aku seronok dan gembira dapat bekerja di bawah En. Rozan.

“Mmm… I totally agree. Memang mudah bekerjasama dengan dia. How about this young man?” tanyanya lagi sambil menepuk bahu Ezany. Serta-merta aku kaget. Hilang senyuman di wajahku. Aku tidak tahu jawapan apa yang patut aku berikan.

Sesaat, aku melabuhkan pandangan pada Ezany. Dan di kala itu juga, Ezany mengalihkan perhatiannya padaku. Anak mata kami bertembung. Cepat-cepat aku melarikan anak mataku dengan memandang ke arah lain. Tidak sanggup menentang anak matanya yang berwarna hazel. Apatah lagi, perasaan benciku terhadap sikapnya semalam masih belum surut sepenuhnya.

Aku berfikir mencari kata-kata atau jawapan yang sesuai. Buntu! Tiada satu perkara pun tentang Ezany yang memuaskan hatiku. Apa yang aku nak cakap? Berkali-kali soalan itu berlegar di benak. Takkan aku nak cakap yang aku excited bagai nak rak bekerja dengan dia. Sedangkan kenyataannya, sejak dari hari pertama kami ditugaskan bersama, aku sudah berasa tidak selesa.

Dan peristiwa semalam. Peristiwa yang mencabar kesabaranku. Mengingatinya sahaja, menyemarakkan semula rasa sakit hati dan geram.

“He’s ok. Easy to work with…” akhirnya aku berkata diiringi senyuman manis. Seratus peratus bertentangan dengan apa yang aku rasa. Tapi, itulah jawapan yang terbaik kukira.

Bertambah dosaku hari ini kerana tidak berterus-terang dengan En. Ikram. Aku terpaksa. Tak sampai hati pulak rasanya aku nak memburukkan bos sendiri. Nanti reputasi syarikat aku jugak yang terjejas. Kalaupun aku tak kesiankan Ezany, aku masih kesiankan En. Rozan. Bos yang cukup baik padaku. Hai… kenapalah Ezany tak seperti daddynya, keluhku di dalam hati.

“Emm… interesting answer. And dari cara you bercakap, I could sense something is going on here. Could that be love? Or should I asked directly… are you guys in love?” soalnya bersama senyuman nipis.

In love? Astaghfirullahalazim… Bagaikan hendak pengsan aku mendengar En. Ikram membuat kesimpulan sebegitu. Dugaannya itu jauhnya macam kutub utara dengan kutub selatan. Tak mungkin akan bertemu. Dari manalah, dia mendapat andaian begitu. Adakah dari reaksiku ketika membalas pertanyaannya. Reaksiku yang penuh dengan kegembiraan dan kemesraan yang dibuat-buat khas untuk tontonannya. Pelbagai persoalan yang berlegar. Menyesakkan fikiran…

Melihat kami berdua yang kaku tanpa sebarang respon, En. Ikram semakin meleretkan senyuman. Ezany pula hanya terduduk kaku di tempatnya. Bagaikan patung bernyawa. Dan sebelum En. Ikram, benar-benar beranggapan begitu, aku pantas berkata,

“Erm.. En. Ikram, sorry to say. Kami berdua tak ada sebarang hubungan selain dari bos dan pekerja.” Aku memandang Ezany dengan riak wajah yang memintanya agar mengatakan sesuatu. Apa sahaja, asalkan En. Ikram menarik balik andaiannya sebentar tadi.

“Yeap uncle. What she says is true…” Aku merasa lega mendengar Ezany mengiakan kata-kataku. Aku melepaskan nafas panjang. Lega…

“Oh… sorry. You dah engaged ke Cik Irdina?” soal En. Ikram. Aduh, kenapa soalan peribadi pulak yang ditanya ni…

Lambat-lambat aku menjawab “Belum.”

“Dah berpunya?” soalnya lagi. Aku semakin pelik dengan soalan yang diutarakan. Ke mana hala tuju perbincangan berkaitan kisah peribadiku ini.

Namun, aku menjawab juga, “Belum.” Demi untuk menjaga hati teman baik En. Rozan.

Ezany hanya menjadi pendengar dan pemerhati sepenuh masa.

“Then, kenapa tak ‘cipta’ something antara you all berdua? From what I could see, you guys will be perfect for each other. Could be a lovely couple too,” En. Ikram meluahkan pendapatnya secara terang-terangan. Tanpa proses penapisan atau penyulingan.

Ya ALLAH… kenapa agaknya orang lain tidak boleh melihat yang aku dan Ezany tidak ubah seperti Saddam Hussein dan George W. Bush. Kami memang tak sepadan. Satu pasangan yang tidak mungkin dan tidak akan wujud sampai bila-bila. Lantas, aku mengeluh perlahan.

“Ezany?” panggil En. Ikram. Ezany yang seperti hanyut dalam dunianya sendiri, seakan terkejut dengan panggilan itu. Apalah agaknya yang bermain di benak dia tika ini.

Kemudian dia menyambung “Kawan baik uncle tu dah tak sabar-sabar nak bermenantu. Pilihan kan dah ada di depan mata. Buat apa nak tunggu lagi? Lagipun, daddy Ezany pernah cerita pasal Irdina kat uncle. And uncle rasa, dia benar-benar sukakan Irdina. Why don’t you make your father happy, son?”

Habis! Kes naya ni! Carilah ajelah menantu lain. Aku tidak layak. Janganlah babitkan aku dalam hal menunaikan hajat orang tua-tua ni. Aku tak rela… ingin saja aku luahkan kata-kataku. Pada masa yang sama, dapat aku rasakan, darah merah menyerbu ke muka. Malu dengan ‘proposal yang dibentangkannya’ itu.

Aku mula tidak tentu arah. Tidak keruan. Tangan ku genggam erat. Perbincangan kini sudah menempah ke zon bahaya. Zon merah yang tidak sepatutnya dilangkaui. Aku merenung jari-jemari di atas riba sambil berharap En. Ikram akan serta-merta menghentikan perbualan yang sudah jauh terpesong.

“Insya-ALLAH, uncle. Kalau ada ‘spark’ tu, adalah jodoh kami nanti,” tutur Ezany tanpa sedikitpun memandang ke arahku.

What?! Nyaris aku tersandar di sofa apabila bait-bait kata Ezany menerjah cuping telingaku. Apa ni? Dia nak raih anugerah di Cannes pulak ke? Tak berkelip anak mataku merenungnya. Tak percaya. Aku yang bermimpi atau Ezany yang bermimpi. Atau keadaanku yang tidak bertenaga dan lemah sedang memperdayakan diriku di kala ini.

Aku perlu menjauhkan diri dari situasi ini. Sekilas aku melihat jam tangan. 8.50 pagi. 10 minit lagi sebelum meeting bermula.

Aku berdehem kecil. Untuk menarik perhatian kedua-duanya.

“Maaf. Saya nak ke Lady’s sekejap,” ujarku memohon diri. Sekaligus melarikan diri buat seketika.

Setelah En. Ikram mengangguk kepala sebagai tanda kebenaran, aku pantas membawa diri ke bilik air. Aku tinggalkan design dan fail projek bersama Ezany.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Aku kembali semula setelah 5 minit menyembunyikan diri. Ketika aku tiba di ruang lobby, terdapat lima orang lelaki sedang rancak berbual sambil berdiri. Namun, bayangan En. Ikram tiada. Selamat!

Memikirkan yang mereka mungkin sedang menanti kedatanganku, aku pantas mengorak langkah. Dan kira-kira 7 kaki jarak yang tinggal untukku menyertai mereka, kakiku terhenti secara tiba-tiba. Seraut wajah yang berdiri bersebelahan Ezany, benar-benar memberikan kejutan. Kenapa lelaki itu muncul di sini? Aku berdiri kaku di situ dengan mata tidak lekang memerhati wajah yang berdiri betul-betul di hadapanku.

Satu kebetulan yang tidak pernah aku sangka…

Dan diriku yang sememangnya lemah dan tidak bertenaga akibat tidak tidur semalaman, menjadi semakin tidak bermaya. Badanku mula terasa seram sejuk. Seperti hendak demam saja rasanya…



little chit-chat :
tetiba jer rasa rajin nak post n3 petang nie… hepi reading + enjoy!!! : D
And let the games begin…

Q ~ Who could that guy be?

a) Along
b) x-bf Hani
c) Hani’s long time friend a.k.a her ‘long-lost’ crush
d) pak guard kat c2
e) En. Rozan
f) Hairie a.k.a x-bf Lynn
g) none of the above…

scribbled @ 19:03 |

nurfa
June 25, 2005   12:00 AM PDT
 
nak jwb2..*sambil angkat tangan* heheheh...x mungkin along...sbb hani cakap org dah lama x jumpa.. maybe C or F. eita, betul x?
pinkJambu
June 25, 2005   01:47 AM PDT
 
IKAN DI LAUT..ASAM DI DARAT..DALAM PERIUK ..BIKIN MUAFAKAT..lalala*lagu versi iklan Petronas*

dear,
kakpinK pun nank try jwb lah. jangan2 mamat yg silap peluk Hani tuuu..kekkekeh.

eita
kakPinK suka bila eita bersemangat camni..idea banyak dan berlambak.

Bravo sis..mmmuah cekodok penyek!
nadya
June 25, 2005   09:59 AM PDT
 
Raseku mamat yg pernah peluk Hani kot...rerajin lagi laa letak n3 eita...makin besh nih.....tak sabar nak tunggu the next one.
dhiya
June 25, 2005   08:08 PM PDT
 
Suka dgn kata2 En. Ikram. Org tua2 ni slalu 'nampak' apa yg org muda tak nampak... :D

*senyum sampai ke telinga ni Eita... sambil berdebar2 siapalah yg Hani nampak tu ye...* dup dap dup dap. mcm nak pecah je dada ni tunggu ur new n3... :D

B, C or org yg peluk Hani tu... :D sukanya dia main teka-teki ye... :p

anieaina
June 27, 2005   09:24 AM PDT
 
Assalamualaikum eita, salam perkenalan.
Nampaknya semua teka yg sama. Akak rasa begitu juga. Mesti mamat yg terpeluk Hani tu.
eita
June 27, 2005   06:39 PM PDT
 
nurfa~right!!! along is totally out of the list! Saje jer letak tu… nak tambah senarai ‘calon’. Hehehe. miss u much la sis! n gembira sgt sebab nurfa dah ada kat cni… muaahhh!!!

kak pink~hahaha. dah lama x dgr lagu tu… klu udang bertemu dgn cili dlm lesung batu lah, betul x kak? (belacan + cili = sambal) *wink* thanks kak 4 the words of encouragement. Muaahhh lepat basi utk akak! miss u!

nadya~miss u mate! Dah lama x nmpk… insya-ALLAH, klu rajin ada ler n3 nyer… : D

dhiya~org tua mmg pakar dlm serba-serbi. Maklumlah… lebih byk mkn garam. Hehehe. bahaya ni dhiya, sampai nak pecah dada tunggu n3 baru eita. the secret will be out soon… sabar sikit lg aje : D

anieaina~waalaikummussalam. Salam perkenalan utk akak jugak. rajin2 la bertandang. N thanks for being here…

n 2 all,
*senyum meleret* rahsia akan terbongkar x lama lg. lepas tu, baru kita tahu siapa yg kena… : D
seriadriani
June 28, 2005   02:38 PM PDT
 
hi eita.. mesti ezany mula menilai perasaan dia ni.. huwaa.. pecahlah ego budak tu nanti.. heheheh..
eita
June 28, 2005   08:22 PM PDT
 
kak seri, betul kata akak! dia da mula fikir skrg nie... ; ) x selamanya ezany mampu tahan ego dia tu... hehehe. lambat laun pasti ranap jugak!
typical_gurl
June 30, 2005   01:02 PM PDT
 
laaaa... dah terlambatlah pulak nak meneka.. tapi tak peduli, nak teka gak.. saya teka d)pak guard kat situ. mesti si Irdina terpegun dgn kekacakan dan kesegakan pak guard tu. kalau jawapan saya salah, kak eita mesti bg duit, nak buat bayar bil elektrik bulan depan...
eita
July 2, 2005   10:39 PM PDT
 
TG, jwpan adik tu betul la. so, akak x pyh la bg duit buat byr bil elektrik. ish... cam ner adik boleh seterror itu meneka, ha? kagum akak! : P
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive