Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 30
Tuesday, June 28, 2005

“Irdina, saya kenalkan En. Zakuan, En. Alias Ali dan Tengku Hadif Zafran,” ujar En. Salleh seraya memperkenalkan satu-persatu lelaki yang berdiri di depanku. Aku memandang wajah mereka satu demi satu sambil melemparkan senyuman. Tetapi, buat lelaki yang ketiga itu, pandanganku hanya singgah sebentar sahaja di wajahnya. Aku tak berani nak menatap terlalu lama. Takut. Tak suka. Risau. Terkejut. Pelbagai perasaan yang teralun dan berirama dalam jiwaku.

Walaupun hanya sebentar, aku sempat menangkap senyuman nipis yang terukir di wajahnya. Air muka terkejutnya tatkala melihat wajahku tadi, telah hilang sama sekali.

“En. Zakuan ni engineer dari M&E firm. En. Alias dan Hadif ni pulak, civil engineer di sini. Mereka bertiga sama-sama terlibat dalam projek kat Gombak. So… I guess we’ll be spending a lot of time together…” sambung En. Salleh dengan senyuman yang tidak lekang dari tadi.

Aku pulak semakin tidak keruan. Hatiku berdegup kencang. Aduh, satu lagi masalah! Semakin bingung dan keliru aku dibuatnya. Sesak dan semak fikiran aku. Tak cukup terpaksa berganding dengan Ezany, kini ditambah pulak dengan lelaki itu. Dan yang menghairankan, kenapa selama ini aku tidak pernah terserempak dengan dia. Padahal, ini bukan kali pertama aku ke sini. Aneh sungguh!

Aku ingatkan selepas insiden pencabulan maruahku di shopping complex beberapa hari yang lalu, kami tak akan terserempak lagi. Nampaknya, ramalanku meleset sama sekali. Parah! Kes parah ni! Terpaksa handle dua lelaki yang bakal mengheret aku ke lembah masalah dalam masa yang sama…

Dalam satu projek. Dalam setiap meeting. Dalam setiap lawatan tapak…

“Mari, kita ke bilik mesyuarat,” pelawa En. Salleh. Dia melangkah laju menuju ke lobby lif. Ezany ikut berlalu, berjalan bergandingan dengan En. Salleh di depan. En. Alias dan En. Zakuan pula mengikut dari belakang sambil berbual-bual.

Aku masih terpaku di tempat aku berdiri. Tak mampu rasanya kakiku nak bergerak. Mengorak langkah. Seperti dah digam pada lantai yang bersalut homogenous tiles. Entah kenapa, aku terasa seperti hendak demam. Badanku sedikit menggigil.

“Shall we?” suara lelaki yang berkemeja pale blue menyedarkan aku semula. Aku mengangkat wajah perlahan-lahan. Seraut wajah lengkap dengan senyuman manis menyapa. Aku terkedu.

Dia ni… buat aksi gentleman la pulak, gumamku sendiri. Lutut aku dah lah tak larat nak support badan. Dia nak bagi aku paralyse dengan gaya Don Juan dia tu ke? Nak bagi aku tersungkur kat sini? Tapi untuk apa? Supaya dia boleh ambil kesempatan dengan mendukung aku pulak. In your dream la mister. Walau tak larat macam mana sekalipun, aku takkan benarkan dia menyentuh aku lagi.

“Awak tak apa-apa ke?” soalnya dengan dahi berkerut. Barangkali keadaanku yang masih lagi terkaku macam statue membuatkan dia bertanya begitu.

Pertanyaannya segera menyedarkan aku akan keterlanjuranku berfikir. Andaianku yang tidak-tidak tentang dirinya. Galak sungguh fikiranku membayangkan babak-babak seperti dalam filem tu.

Get a grip, Hani. You’re facing a real world! Benda-benda seperti itu takkan terjadi… Aku mengingatkan diri sendiri.

Perlahan aku menarik nafas sebelum berkata, “Saya ok.”

Aku berjalan menuju ke arah mereka yang lain. Hadif menurut dari belakang. Tetapi, cepat sahaja dia dapat menyaingi langkahku. Lalu kami berjalan bergandingan.

“Rupanya awak terlibat dalam projek ni… Saya mati-mati ingatkan kedatangan awak tadi, nak menuntut hak awak.”

Aku terkejut mendengar kata-katanya. Hak aku? Bila masa pulak aku ada hak ke atas dia?

“Hak apa?” Lantas aku bertanya. Bersama seribu kerutan di dahi.

“Our first encounter… kan awak yang suruh saya kahwin dengan awak. In case, your wannabe mother-in-law, rejected you. That ‘hak’…” Tawa kecil meniti di bibirnya.

Aku mendiamkan diri. Ingatanku kembali melayang pada pertemuan yang lalu. Pertemuan yang pertama. Pertemuan yang berpunca dari satu kejadian yang akhirnya memalukan diriku sendiri. Dan sebaris ayatnya bergema semula di ruang benakku…

“Your accusation was too much… Macamlah saya dah rape awak. Setakat pegang-pegang macam tu, awak takkan pregnant. Jangan risau.”

Wajahku merona merah. Malu mengingati detik itu. Kenapalah dia perlu muncul lagi….

“Saya harap awak dah maafkan ‘keterlanjuran’ saya hari tu. Apatah lagi lepas ni, akan ada lagi pertemuan dan urusan di antara kita. Kalau boleh saya tak nak kita bekerja dalam suasana yang tak selesa…” perlahan dia menuturkan bait-bait kata. Jujur. Ikhlas. Meresap jauh ke dalam sanubariku.

Aku terdiam memikirkan kata-katanya. Benar juga kata dia. Tak guna aku bersikap dingin atau menyimpan amarah padanya. Pertemuan kami tidak akan berakhir di sini sahaja. Malah, kami akan terus bekerjasama di masa akan datang. Sudah tertutup semua peluang untuk aku menjauhkan diri darinya. Better get used to it…

Apalah salahnya aku memberi peluang kedua buatnya? Everybody deserves a second chance. Including Ezany? Now… where did that merciless name came from? Aku tak mahu memikirkan tentang dia di saat ini. Case’s closed!

Akhirnya aku berkata, “Maaf diterima.” Dengan itu, aku melangkah lebih laju sebelum memboloskan diri ke dalam lif yang sudah terbuka pintunya.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Aku menyandarkan diri pada column di luar lobby Menara Wawasan. Berdekatan dengan planter box. Aku mencari support untuk mengimbangi diri yang agak pening. Sejak dari dalam bilik mesyuarat lagi, aku sudah berkeadaan begini. Alam sekeliling kurasakan berputar-putar.

Aku memicit dahi perlahan-lahan. Mengurangkan rasa pening yang kian mengaburkan pandangan. Badanku pula sudah terasa lemah semacam. Sendi-sendi seperti tidak bertaut lagi. Kedinginan mencengkam jari-jari kaki. Apa yang sedang berlaku padaku?

“Awak tunggu Ezany ke?” suara seseorang menyapa dari belakang. Segera aku jatuhkan tangan. Tanpa melihat wajah tuan empunya badan, aku boleh agak siapakah pemiliknya. Biarpun kurang 24 jam suara itu ‘mendaftar’ di gegendang telinga.

“Tak.” Pendek sahaja jawapanku. Keadaanku yang bagaikan terawang-awang di langit biru, menghadkan percakapan.

“Eh, kenapa? Awak tak sihat?” cemas suara Hadif menuturkan soalan. Dia berdiri berhadapan denganku. Riak wajahnya penuh rasa ingin tahu.

“Entahlah. Tiba-tiba aje saya rasa pening,” maklumku dalam nada suara yang tenggelam timbul. Tangan kembali memicit dahi. Rasa sebu menyerang mendadak. Aku cuba menguatkan diri. Aku harus bertahan. Sekurang-kurangnya hingga sampai di office.

“Awak datang tadi, drive sendiri?” soalnya.

Aku mengangguk perlahan.

“Kalau macam tu, biar saya hantar awak balik ke office. Bahaya kalau awak drive dalam keadaan macam ni,” tuturnya lembut. Penuh keprihatinan.

Aku terdiam memikir. Menimbang pelawaannya. Ikutkan hati, ingin saja aku menerima offernya dalam keadaan begini. Sememangnya agak sukar untuk aku memfokuskan penglihatan. Tapi, untuk menyusahkan dia? Itu yang membuatkan aku berfikir dua tiga kali sebelum membuat sebarang keputusan. Aku takut menyusahkan dia. Dan juga takut termakan budi.

“Saya bawa awak pergi klinik dulu ya?” usulnya pula. “Wajah awak nampak tak bermaya. Better awak pergi check. Lepas tu, saya hantar awak balik.”

Seorang lelaki yang lalu di tempat berhampiran kami, menegur Hadif. Dan mereka berbicara sesaat sebelum lelaki yang tidak aku kenali itu meneruskan langkahnya ke arah lobi utama Menara Wawasan. Officemate dia agaknya, dugaku.

“Jomlah…” ajaknya. Dan aku masih teragak-agak membuat keputusan.

“Tak menyusahkan awak ke?” perlahan aku mengutarakan soalan. Bimbang seandainya dia mempunyai urusan lain yang lebih penting di ketika ini. Lalu menjadikan diriku sebagai beban padanya.

Sebelum sempat Hadif menyahut,

“Irdina, you tak balik lagi?” suara Ezany menyapa. Dia mengorak langkah terus kepadaku dan Hadif.

“I nak baliklah ni,” balasku pantas. Fobia sungguh aku dengan suara ‘lunak’nya tu. Ingatkan dua tiga jam lagi baru dia nak keluar. Aku merengus perlahan.

“Ezany. Glad you’re here. Irdina tak sihat. I baru aje bercadang nak bawak dia ke klinik and then terus hantar dia ke office you. Since you ada, I rasa lebih baik you yang bawak dia. She seems a bit reluctant to accept my offer. Maybe she’ll be more comfortable with you. Lagipun, you memang nak balik office, kan?” panjang lebar penjelasan Hadif.

Oh, no! Hendak sahaja aku menutup mulut Hadif dari terus menyampaikan maklumat keadaanku pada Ezany. Aku tidak perlukan pertolongan dia. Apatah lagi, pertolongan itu nanti bakal melibatkan situasi di mana aku dan dia berdua berkongsi kereta. Satu situasi yang ingin aku elakkan.

Kalau Hadif nak ‘serah’kan aku pada orang lain pun, janganlah boss ‘kesayangan’ aku tu jadi galang gantinya. Bertambah teruk penyakitku nanti…

“Ya ke? Why didn’t you tell me earlier? Kalau I tahu tadi, pasti I dah cut-short perbualan I dengan En. Salleh. Dah lama you duduk kat sini?” soalnya dengan nada sedikit risau.

Jengkel aku mendengarnya. Entahkan ikhlas, entahkan saja nak mengaburi mata Hadif. Benci. Meluat. Aku jadi begini pun kerana dia jugak. Memaksa aku mengikut kehendak hatinya itu. Hinggakan semalam aku tak tidur. Nak aje aku jeritkan apa yang berlegar di otakku ini padanya.

“Taklah lama sangat. Erm… I rasa I dah ok. Tak payahlah I tumpang you, Ezany,” luahku. Membantah usulan Hadif secara halus. Aku memang tak nak dan tak ingin nak balik dengan dia!

Ezany nyata terkejut mendengar penolakanku. Tajam anak matanya menikam wajahku. Aku tunduk merenung lantai. Apa tenung aku macam tu pulak. Sepatutnya dia bersyukur sebab aku tak menyusahkan dia.

“Seriously Irdina. Saya rasa awak kena pergi klinik. Muka awak tu dah merintik peluh. Pucat pulak tu,” sampuk Hadif.

Aku melekapkan telapak tangan di wajah. Dapat aku rasakan rintik peluh memenuhi wajahku. Padahal hari bukannya panas. Matahari langsung tidak menjengah. Dari pagi tadi, ia bersembunyi di balik awan.

“No more excuse. I akan hantar you pergi klinik,” Ezany bersuara tegas.

“Tapi…” Aku cuba membantah.

“Irdina, baik awak balik dengan Ezany. Dan biar dia yang drive awak ke klinik. At least, something bad wouldn’t happen to you.” Hadif menyampuk.

Lalu apa lagi yang perlu aku katakan. Dua lawan satu. Sudah pastilah aku yang akan kalah. Kedua-dua lelaki itu seakan risau benar dengan keadaanku. Yang satu dapat aku rasakan keikhlasan dalam butir-bicaranya. Tetapi yang lagi satu itu? Aku ragu-ragu dengan sikapnya yang sebenar...



little chit-chat :
the answer is out… Congrats utk sesiapa yg teka dengan tepat!

kak pink + nadya + dhiya + kak anieaina = congrats! :D

nurfa = been missin’ u much + bo go ship da!!!!

--> Tahan ke Hani bila berdua dengan Ezany? Perang US-Iraq akan meletus lagi ke? Ataupun…

scribbled @ 20:17 |

pinkJambu
June 29, 2005   08:24 AM PDT
 
kakpink dah start suka le kat mamat hadif tuuu..eee syoknya perasan sorang2 :kakpink la tu! *grin*
nurfa
June 29, 2005   08:27 AM PDT
 
nice la n3 kali ni....kita suka..sbb tgk ezany cam baik je..tgk je la..tak tau aa nnti dlm kete ade perang meletus lagi ...huhuhu
Lily
June 29, 2005   09:47 AM PDT
 
nice n3. rasanya ezany n hadif tu berpakat la....
KakLong
June 29, 2005   02:19 PM PDT
 
waah..dh byk en3 along miss. xpe lpas nie boleh catch-up balik...exm dh habis smalam. hr nie dh free..yesss!! best tgk kak eita rajin tulis mcm nie..cayunk akak.

p/s: akak tanye b'day along brape hr bulan ye? hr isnin hr tu..27/6. tp xdelah celebrate sgt sbb besoknye ade exm kan.cume lpas habis exm smlam kwn2 kat skolah buat surprise..terharu pulak dh along surprise2 nie.
seriadriani
June 29, 2005   03:06 PM PDT
 
adanya persaingan tentu buat ezany makin sedar perasaan dia. so, we wait for the 'siapa cepat dia dapat' .. :)
dhiya
June 29, 2005   06:47 PM PDT
 
perang dingin kut bakal berlaku... :D

sweet plak ezany kali ni ye... hhehhehe...
typical_gurl
June 30, 2005   01:05 PM PDT
 
alaaa.. dah susah2 sangat, biar saya je hantar si Irdina tu ke klinik..
sapa lebih hensem ni sbnrnya? si ezami tu ke si hadif? Kalau si hadif lagi hensem, suruh lah si irdina dgn dia. sapa hensem dia dapat.. hehehe.. betul kan.. kan.. kan..
anis insyirah
July 1, 2005   12:11 AM PDT
 
x sabar nye nk tau yg seterusnye... berape hari lagi kena tunggu?


eita
July 2, 2005   09:00 PM PDT
 
kak pink~kak pink suka kat hadif? Abis, x nak kat ezany la nie? Mmm… Irdina suka kat sapa, ek? nanti2 la eita fikir… *big grin*

nurfa~thanks… ezany cam baik, eh? hehehe. my lips are sealed. Kita tunggu next n3 klu nak tau perang iraq-us meletus atau x… : D

lily~thanks… ezany-hadif berpakat?! Mmm… ya ke?! : D

along~cayang along jugak! muahhh. Seronok nyer dia exam dah habis… tahniah coz dah ‘free’. HAPPY BIRTHDAY 2 U… e-card dah dpt, kan? Best la dpt surprise dr kwn2. rasa cam dihargai, tul x? banyak x dpt hadiah? Take care…

kak seri~wise say! We just wait n see la siapa yg bakal dapat Irdina tue…

dhiya~dia nak tunjuk gents kot, dhiya, kat hadif tue.. tp adakah sweet dia akan berkekalan. Erm…tunggu next n3 la nmpknya…

typical gurl~betul ke ni, nak hantar Irdina ke klinik?! Maknanya akak kena ambik TG jadik heroin la cam tu. Tp xkan nak buat cite Les*. Kena banned arr cite akak nie! Hahaha. X pun nanti akak buat cite lain, tukar si Ezamy tu sakit. Biar TG hantar dia ke klinik, nak x? : P
pstt. Klu nak tahu sapa paling hensem antara ezamy + hadif, kena la tanya mirror2 on the wall…

anis insyirah~sorry ye. Skrg ni n3 x dpt nak pos lg. maybe 2morrow (sun) or mon baru ada… sabar2 je la menanti, ek? so sorry… thanks 4 reading, though! + nice knowing you…
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive