Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 31
Sunday, July 03, 2005

Aku membuka kelopak mata perlahan-lahan. Cahaya matahari yang kembali menonjolkan diri di dada langit, memeritkan anak mata. Aku mengosok mata seketika. Bagi menghilangkan saki-baki kantuk yang masih ada.

Pandanganku tertancap pada pemandangan di luar. Sebaik sahaja aku menyedari di mana aku tika ini, pantas aku membetulkan posisi diri. Ya ALLAH… aku terlena di dalam CRV Ezany rupanya. Macam mana aku boleh terlelap? Darah merah terasa menyerbu ke muka. Malu. Pasti Ezany dah tengok muka ‘desperate-for-a-nap’ aku tu. Hinggakan dalam CRV dia pun boleh tertidur…

Saat itu juga, rasa pening kembali menyinggah. Cepat-cepat, aku menyandarkan kepala di headrest.

“Pening lagi?” suara Ezany menerpa. Perlukah aku menjawab?

“Opss… sorry. You bukannya makan ubat lagi. Stupid question….” Dia berkata perlahan. Tawa kecil mengiringi kata-katanya itu. Barangkali mentertawakan kesilapannya sendiri.

Aku hanya mendiamkan diri. Tidak menyambut tawanya. Sepi bermaharajela. Tiada sepatah perkataan pun yang terucap di bibir. Masing-masing berdiam diri. Melayan perasaan.

Di Amar’s Clinic yang disyorkan oleh Ezany tadi, aku telah di berikan MC selama dua hari. Hari ini dan esok. Cukup untuk aku merehatkan diri. Dan mendapatkan kembali tenagaku yang telah hilang. Berpeluanglah aku melingkar atas katil sehari suntuk esok. Melepaskan rindu dendam pada bantal dan katilku yang ditinggalkan semalam. Bestnya…

“I’ll send you home.” Ezany menawarkan diri tanpa dipinta. Membuatkan aku dilanda kejutan. Sesaat, anak mataku berlabuh di wajahnya yang tenang memandu di sebelah. Apa tiba-tiba buat offer macam tu? Dia pun tak sihat jugak ke? Aku merenung ke hadapan semula.

“Tak payahlah. Nanti I suruh abang I datang ambik kat office.” Aku menolak. Perhatianku dipusatkan pada pemandangan di hadapan. Memerhatikan kenderaan yang bersesak.

Aku bercadang untuk menelefon Along setelah tiba di office nanti. Meminta pertolongan dia dan Kak Sofea untuk membawa aku pulang ke rumah. Juga untuk mengambil keretaku di Menara Wawasan yang aku tinggalkan di sana. Harap-harap biarlah Along tidak sibuk petang ni, kataku di dalam hati. Kalau Along terpaksa stay-back, alamatnya waktu malamlah baru aku dapat merebahkan diri atas tilam empukku.

“Abang you ada di rumah?” soalnya kehairanan. Dia membelokkan CRV ke kiri apabila Waja di hadapan kami berhenti untuk membelok ke simpang kanan.

“Tak.” Sepatah aku menjawab. Sedikit pun aku tidak menoleh ke arahnya.

“Then, bila dia nak ambik you?”

“Lepas dia habis kerja…” kataku acuh tak acuh. Mulutku sedikit berat untuk mengadakan perbualan dengannya.

“You nak tunggu kat office sampai petang?” soal Ezany inginkan kepastian.

“If I had too…” balasku meleret.

Walaupun hati dan jiwaku berkobar-kobar untuk terus pulang ke rumah, aku harus akur dengan situasi. Along tak mungkin mempunyai masa untuk datang ke tempat aku bekerja pada waktu sekarang. Dan ummi? Aku tak mahu menyusahkan dia. Jadi, terpaksalah aku merebahkan diri dalam surau office buat sementara waktu.

“You sepatutnya balik berehat. Duduk di office, bukannya you boleh rest,” komennya. Penuh prihatin.

Huh?! Kenapa tetiba aje Ezany ambil berat dengan kesihatanku? Tak pernah dia bersikap begini selama ini. Aku diburu kehairanan. Dan kegusaran. Adakah benar dia telah berubah atau sikapnya itu sebentar cuma. Menyapa bak angin lalu.

“Since when, my health has been listed in your top priority list?” soalku ingin tahu. Pantas aku menoleh ke kanan. Memandang wajahnya dari sisi.

Ezany terdiam membisu. Hanya tangannya bergerak menekan punat remote CD Player. Mencuri masa atau kehilangan kata-kata, aku tak pasti. Alunan lagu Moi Lolita nyanyian Alizee melatari suasana. Salah satu dari lagu kegemaranku. Terbayang sesaat wajah gadis comel itu.

“Honestly… today,” rendah nada suaranya. Antara dengar dengan tidak.

Hari ini? Tapi atas sebab apa? Aku diburu tanda-tanya. Wajarkah aku meringankan bibirku ini untuk bertanya? Ah, lebih baik aku tidak tahu. Bukannya penting sangat pun jawapannya itu. Putusku.

Namun, jauh di sudut hati, aku dapat menduga jawapan kepada persoalanku. Sudah semestinya kerana aku ini salah seorang dari pekerja daddynya dan kerana perasaan bersalahnya menjadikan aku begini. Kebarangkaliannya ada.

Kami membisu lagi. Kehilangan kata-kata untuk bersuara. Sejujurnya, aku lebih aman dalam keadaan begini. Ia lebih baik dari kami berperang mulut di sepanjang perjalanan. Satu situasi yang aku tidak mahu jebakkan diri.

“I hantar you balik?” soalnya setelah beberapa ketika.

Perasaanku berbelah bahagi. Antara mahu menerima pelawannya atau menolak. Pilihan manakah yang terbaik? Aku sendiri tidak tahu.

“Tak payah tambahkan pening you tu. I hantar you balik terus,” katanya muktamad. Dalam diam, aku akur dengan keputusannya. Malas nak membantah. Malas nak bertegang urat dengannya. Kalau dia dah terlebih rajin, biarlah…

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Dengan mata terpejam, aku mengagau mencari jam di atas night table.

“9 malam,” suara Lynn menerjah ke telinga.

Secepat kilat aku membuka mata. Seraut wajah Lynn yang tersenyum manis menyapa. Aku mengurut pelipis perlahan. Dalam masa yang sama, aku cuba mengamati keadaan di dalam bilik. Bilik siapakah ini? Bilik aku atau Lynn? Setahu aku, sebelum aku merebahkan diri tadi, aku berada di bilikku sendiri. Barang dan perabot di dalam bilik ini pun memang kepunyaanku.

Sah lah bilik aku…

“Bila kau sampai?” Aku menyoal Lynn yang sedang duduk di birai katil sambil membaca novel. Aku cuba bangkit bersandar di kepala katil. Tetapi kepala yang memberat, menghalang pergerakanku. Lalu aku kembali meletakkan kepala di atas bantal.

“Dah tau sakit, tak yahlah bangun,” marah Lynn. “Aku sampai pukul 8 tadi. Saja tak nak kacau orang sakit.”

“Mana kau tahu aku tak sihat?”

“Berbelas kali aku call handset kau, tapi tak berangkat. Then, aku call rumah. Ummi yang cakap kau tak sihat. Terus aje aku ambik decision datang sini. To check on you la, dear. Risau gak aku.” Lynn bangun membuka lampu bilik. Terang-benderang. Lantas, aku mengecilkan anak mata. Silau.

Kemudian Lynn kembali mengambil tempatnya di birai katil. Lampu tidur yang terpasang, ditutup. Pakaian yang tersarung di tubuhnya membuatkan mataku terbuka lebih luas.

“Tak senonoh betul. Ada ke datang rumah aku pakai nightgown aje,” tuturku menegur pakaiannya.

“Eh, malam sikit. Nightgown ni, aku baru change tadi je tau,” balasnya dengan cebikan di wajah.

“Meaning…” Aku tidak menghabiskan kata-kata. Senyuman penuh terukir di bibirku kini.

“I’m sleeping over!” Lynn menyambung sambil tersenyum.

“Bolehlah sakit selalu kalau cam ni…”

Lynn menampar lenganku perlahan. “Mulut… Ada ke mintak cam tu.”

Aku tersengih.

“Kau call aku berkali-kali tu kenapa? News apa yang kau nak sampaikan?” Beria-ia dia menelefon mencariku, tentu ada perkara penting yang ingin disampaikan. Kalau tak, takkan sampai sanggup mencariku hingga ke ‘lubang cacing’.

“Aku dah dapat kerja.” Lynn bersuara gembira. Keceriaan jelas terpancar di wajahnya.

“Congrats. Kat mana? Bila?” Bertubi-tubi aku bertanya. Sesungguhnya aku turut merasa gembira dengan berita baik yang kudengar. Alhamdulillah… Bolehlah dia dilucutkan dari taraf penganggur terhormat lepas ni.

“Insya-ALLAH minggu depan. Di Quanticos Sdn. Bhd.”

“Esok boleh kita celebrate.” Aku memberi cadangan.

“Celebrate kat rumah kau, aku tak kisah. Kalau outside, lain kali aje. Kau tu tak sihat lagi… Kenapa sampai macam ni jadinya? Apa sebabnya?” soal Lynn.

Aku menduga, tentu dia mahukan penjelasan. Sebab musabab aku terlantar sakit begini.

“Biasalah... buat kerja semalaman hingga tak tidur.” Pendek sungguh peneranganku. Tidak pula hatiku tergerak untuk menyalahkan Ezany. Mungkin kerana pertolongannya menghantar aku pulang ke rumah menyebabkan aku mengambil keputusan untuk tidak membabitkan namanya lagi. Budi baik harus di kenang. Cepat sungguh hatiku ini sejuk, keluhku! Itulah payahnya, kalau termakan budi.

Tapi, bila difikir semula, keadaanku mungkin tidak seteruk ini sekiranya aku tidak bertemu dengan Hadif. Kemunculannya yang tidak disangka-sangka itulah yang mengurangkan daya tahan penyakitku. Hingga menyebabkan penyakit menyerang dengan mudah. Betapa hebatnya kejutan yang dia berikan pada diriku…

Dan ‘kicauan’ Lynn tentang sikapku yang terlalu mementingkan kerja hingga mengabaikan kesihatan langsung tidak singgah di gegendang telinga. Otakku dah terlebih aktif memaparkan kejadian siang tadi dengan dua jejaka itu sebagai pelakon utama di layar ingatan. Kenapa agaknya…



little chit-chat :
ada org dah berubah… : D
kpd readers yg menanti this n3, hepi reading!!!

scribbled @ 21:38 |

pinkJambu
July 4, 2005   07:56 AM PDT
 
adik ku yg shomelll..kekekeh kakpink tak baca lagi n3 ni..tapi nak tinggal msg jugakkkkk..pasal nak panggil cekodok shomel bangun pagi!
seriadriani
July 4, 2005   08:33 AM PDT
 
hmm.. ezany.. ezany..:)
pinkJambu
July 4, 2005   09:03 AM PDT
 
hmm..hadif..hadif..sib baik ko muncul..kalau tak si ezany tu KAYU lah lagi..kan kakseriii

nurfa
July 4, 2005   09:28 AM PDT
 
nice n3...suka2..kita rasa la kan sis eita, ezany ni rasa tercabar kot..sbb ade org baik ngan hani. sbb tu aa dia pon jd baik...tul tak. tul tak?
typical_gurl
July 4, 2005   12:12 PM PDT
 
saya pun nak ezany hantar saya balik ke rumah naik CRV dia tuh.. petang nanti saya tunggu dpn ofis, kul 5, kalau dia tak datang ambik, jaga...
dhiya
July 4, 2005   03:56 PM PDT
 
ayooo... 'org tu' dh berubah angin. terus jadi sweet cam candy...

takkan kena knock dgn uncle Ikram terus jadi sweet, atau di hati dah berbunga cemburu dgn kemesraan hadif? hahahaha...

just wait n see sbb apa ezany berubah ye... ;)
eita
July 4, 2005   08:01 PM PDT
 
kak pink~cekodok shomel?! aiseh! nickname baru ke tu? hehehe. awalnya dtg b’tandang. time kacih ler coz dtg gerak eita pepagi. kak pink, bak kata nurfa - ezany 2 rasa t’cabar kot dgn hadif(?)

kak seri~*sambung lg skt* ezany… ezany… : D (ade sesiapa yg nak smbg lg ker?hehehe)

nurfa~tul 2 nurfa. ezany rasa t’cabar! n maybe he’s starting 2 … (ye ke?)

tg~ezany kena OT ler ari nie. Kesian ‘budak 2’ kena tunggu sorang2. dia xkan dtg pkl 5 ler TG. Esok pg kot baru dia balik rumah. : P

dhiya~sweet cam candy?! Hehehe. rasanya ‘org 2’ berubah coz dia kena knock dgn en. Ikram kot - knocking some sense into his head!! : D
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive