Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 32
Tuesday, July 05, 2005

“Main ingredient – ayam,” ujar Lynn seraya mengangkat sepack ayam dalam bekas polyform. Pintu peti ais ditutup perlahan.

“Chicken Soup’s coming right up,” ujarnya lagi dalam nada ceria. Diletakkan ayam di dalam sinki.

“Mmm… sedapnya…” ujarku sambil menarik nafas. Konon-kononnya menikmati aroma sup ayam yang belum pun disediakan. Hanya bahan-bahan yang tersusun indah di atas counter-top.

Dengan pisau di tangan, Lynn menoleh ke arahku.

“Ooi, aksi perlian yang tak diundang tu perlu ke?” tanyanya. Tangannya yang memegang pisau di halakan padaku.

“Cik Nurul Adlynn, nak main dart pun, carilah tempat yang sesuai. Takkan nak praktis baling kat aku pulak? Aku belum kahwin lagi tau!” kataku sambil mencebik. Nak bagi mati aku ke? Kalau terlepas karang, bukannya boleh direwind balik kejadian tu. Buta aje masuk hospital.

“Uh-hu. Sorry… didn’t mean to,” pohonnya. Segera dia menjatuhkan tangan. Pisau diletakkan di atas cutting board.

Aku ketawa kecil. Rambut yang terkeluar, diselitkan di celah telinga. “Apology accepted. Sekarang, teruskan kerja kau tu…”

Aku memicit lembut pangkal leher yang sedikit sengal. Saki-baki dari sakit semalam. Walau pada hakikatnya, tahap kesihatanku semakin pulih, adakalanya lemah-lemah badan masih terasa sesekali. Cuma rasa pening yang telah hilang sepenuhnya. Tidak lagi datang menganggu. Dan insya-ALLAH, esok aku sudah boleh kembali bekerja seperti biasa.

Lynn mencapai periuk lalu diletakkan di atas stove.

“Mula-mula, kita tumis…” Ayatnya terhenti seketika. Matanya melilau memerhatikan bahan-bahan. “Bawang merah? Ginger? Kentang?” Dia berfikir-fikir sebentar.

“Itulah, orang nak tolong tak nak kasi…” Aku bangun menghampirinya. “Kita masak sama-sama lah.”

“No… orang sakit kena rest. Biar orang sihat yang buat.” Dia menolak aku ke arah kerusi yang aku duduki tadi. Lalu mendudukkan aku kembali.

“Ayam pun belum dipotong, takkan kau tumis terus?” Aku mengingatkan dia.

Demi mendengarkan kata-kataku, dia menepuk dahinya perlahan. Menyedari kesilapannya. “Patutlah aku rasa cam ada benda yang missing aje…”

Pecah tawaku mendengar ayatnya. “Macam mana nak ganti Nigella Bites ni?” Perlahan aku menggeleng kepala.

“Kaulah kacau daun. Duduk diam-diam dahlah. Pot-pet pot-pet jer, macam mana aku nak concentrate?” balasnya sambil membasuh ayam.

“Aku pulak yang kena? Karang kalau aku baring kat bilik, kau boring plak masak sorang-sorang.” Aku menuang air masak dalam gelas. Lalu meneguk sedikit air tersebut.

“Terdetik ke kat hati kau nak buat cam tu?” tanyanya tanpa berpaling ke arahku. Ligat tangannya mengaul tepung gandum bersama ayam.

“Kalau khidmat aku tak diperlukan…”

“Don’t you dare. Aku blah cam tu je nanti. Sup ayam ke mana, apa ke mana.” Dia mengugut seraya mengangkat ayam yang bersalut tepung.

“Tahu pun takut,” sahutku dengan senyum kecil. Jam dinding kulihat seimbas lalu. 11.00 pagi. Pukul berapalah aku boleh merasa masakan Lynn?

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Aku dan Lynn berbaring sambil menonton tv selesai menjamah makanan tengahari. Seronok rasanya dapat bersantai begini. Merehatkan otak dan badan. Tambahan pulak dengan kehadiran Lynn, hariku terasa berseri dan badanku terasa pulih kembali. Dah lama kami tidak menghabiskan masa seperti ini. Semenjak aku terlalu sibuk dengan kerja.

Kami memilih untuk menonton filem Korea, 100 Days With Mr. Arrogant. Sebuah filem komedi yang berunsurkan cinta. Memang lawak habis. Sesuai dengan mood kami yang ingin merehatkan otak. Tidak kering gusi aku dan Lynn dibuatnya.

“Waa… sakit perut aku cam ni,” kata Lynn dalam gelak tawa yang panjang. Tangannya ditekankan ke perut.

Aku turut memuntahkan tawa melihat aksi Ha Young menolak Lexus milik Hyung Joon yang kehabisan minyak. Dengan mimik mukanya. Lawak! Malah, kesian pun ada bila melihat dia berpeluh-peluh membuat kerja yang tak sepadan dengan fizikalnya itu. Teruk betul Hyung Joon tu. Penderaan yang melampau-lampau…

“Kat mana kau bedal cite ni Hani?” soal Lynn bersama tawa.

“Waktu shopping minggu lepas. Tengok cover cam best jer, terus aku beli,” jawabku juga dengan tawa.

Sejak akhir-akhir ini, filem dan drama Korean semakin mendapat tempat di hati penonton. Termasuk akulah tu! Entah apa daya tarikannya. Tapi, aku akui cerita keluaran negara asal-usul Samsung, Hyundai dan Kia itu, kebanyakannya menarik. Hinggakan aku ikut ‘gila’ membelanjakan wang untuk membeli drama yang memakan masa berhari-hari untuk dihabiskan itu. Masakan tidak, satu drama aje, sekurang-kurangnya 20 vcd. Dan setiap satu vcd memerlukan lebih kurang sejam untuk aku menghayatinya.

Tiba-tiba, Samsung yang terletak di atas low cabinet menyanyikan lagu Curtain Falls. Segera aku bangun dari perbaringan. Samsung di capai. Nombor yang tertera di dalamnya, tidak pernah registered dalam phonebook ku. Siapalah agaknya?

“Hello?” sapaku.

“Assalamualaikum, Cik Irdina ke?” suara lelaki kedengaran di hujung talian.

Cik Irdina? Guru Bahasa Melayu mana ni? Siap bercik-cik lagi.

“Ya. Siapa ni?” soalku pada pemilik suara. Berkerut sejuta dan seribu dahiku.

“Mmm… Hadif,” balasnya seakan teragak-agak.

Hadif? Tengku Hadif Zafran ke? Soalku di dalam hati. Hanya jejaka itu yang mendaftar sebagai salah seorang kenalanku dengan nama itu. Itupun baru semalam.

“Tengku Hadif Zafran?” tanyaku. Aku menyebut namanya satu-persatu. Takut tersilap orang.

“Ha’ah. Maaflah kalau menganggu. Saya telefon ni, cuma nak tahu keadaan awak aje.” Ikhlas dia menuturkan. Menghilangkan terus persoalan yang baru hendak menjejakkan ayatnya di ruang mindaku. Alasan yang boleh diterima pakai. Mengenangkan sikap dan reaksinya semalam, memang logik untuk dia menelefon dan bertanyakan keadaanku.

“Oh… I see. Saya dah okey sikit. Esok dah boleh pergi kerja,” tuturku bersama senyum kecil yang tidak mungkin menjadi tatapan matanya.

“Alhamdulillah. Saya assume, awak dah pergi klinik semalam?” Laju sahaja dia menyoal.

“Ya. Balik dari meeting, terus Ezany bawak saya ke klinik.” Aku memaklumkan padanya. Ezany bukan setakat bawa ke klinik-mencukupkan-syarat, tapi ke Amar’s Clinic. Klinik milik doktor peribadi keluarganya. Kenapa entah beria-ia benar dia nak bawak aku ke klinik tu…

Kebaikan dan kesungguhannya itu berjaya menyentuh hatiku. Membuatkan aku melihat sebahagian dari dirinya yang tidak pernah aku fikirkan ‘wujud’ dalam dirinya. Dan kalau ada pun sifat itu dalam dirinya sebelum ini, aku tidak pernah merasainya.

“Bertuah awak dapat boss sebaik dia.” Baik? Jika dihitung sikap Ezany dari semalam, sifat itu memang ada padanya. Malangnya, jika di ukur dari 3 bulan yang lalu, sifat itu tenggelam dek sifat ego dan sikapnya yang acapkali menyakitkan hatiku.

“Mmm…” Hanya itu jawapanku. Cukuplah. Reaksi yang di atas pagar. Senang cerita sikit. Apa jua tafsiran dia tentang jawapanku itu, aku relakan aje.

“Phone number awak, saya ambik dari En. Salleh. Awak tak kisah, kan? Mana tahu, ada urusan penting yang perlu saya bincangkan dengan awak nanti…”

“Saya ‘halalkan’.” Aku merelakan.

“Halal?” Dia mengulang semula perkataan ku tadi.

Aku ketawa kecil. “Saya relakan…”

Dan di hujung sana, tawanya pula bergema. “Oklah. Saya tak nak menganggu awak lama-lama. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam,” jawabku perlahan.

Aku menutup semula flip. Terbayang seraut wajahnya di minda. Tutur katanya yang penuh keprihatinan bagaikan terngiang-ngiang. Dan baru aku hendak meletakkan semula Samsung, ia menyanyikan lagu Curtain Falls sekali lagi.

Seperti tadi, nombor yang tidak pernah aku registered dalam phone book menyapa anak mata. Kali ini, number berlainan dari nombor tadi. Lantas aku menekan butang received call.

“Hello?” sapaku teragak-agak. Takkan Hadif lagi?

“Miss Irdina?” suara lelaki menyapa. Guru Bahasa Inggeris mana pulak kali ni? Seperti pernah aku dengar suara ini, tapi di mana ya?

“Ya..” perlahan aku menjawab. Aku cuba memproses otakku untuk mengingati tuan punya suara itu.

“Ezany here.” Membuntang mataku tatkala si pemanggil memperkenalkan dirinya. Baru disebut-sebut, dah call. Dia boleh membaca fikiran aku ke? Dan kenapa dia telefon aku? Ada masalah apa? Pelbagai soalan bermain di benak.

“You… ada apa?” tanyaku sedikit serius. Perasaanku kini bercampur aduk. Terharu dengan kebaikannya semalam. Benci dengan keegoannya yang ditonjolkannya pada hari Isnin. Tepu jiwaku dibuatnya.

“Just checking on you. Dah sihat ke?” soalnya.

“Dah okey. Insya-ALLAH, esok I masuk kerja balik,” balasku. Tanganku yang tidak reti duduk diam, mula meraba-raba permukaan cabinet. Merasa tekstur permukaannya.

“Kalau you belum betul-betul sihat, ambiklah cuti lagi sehari. Nanti I beritahu daddy I.” Dugaan dan usulannya benar-benar membuatkan aku terkejut. Tak sangka. Tapi, pantas sahaja aku mengawalnya.

“Rasanya I dah ok. Anyway, thanks for your offer.” Aku menolak dengan ikhlas. Aku tidak mahu terhutang budi lagi. Sedangkan aku tidak pasti apakah sikapnya semalam dan hari ini, tulus atau tidak.

“Really?”

“Yap.” Penuh yakin aku memberikan jawapan.

“Kalau cam tu, I rasa lega sikit. Tak ada apa yang perlu I risaukan lagi. See you tomorrow, then?” harap Ezany. Dan sekali lagi, aku terpana dengan sikap ambil beratnya. Buat apa dia membuang masa merisaukan kesihatan aku? Pelik sungguh dia ni, detik hatiku.

“Yeah, see you. Assalamualaikum.” Aku ingin segera menamatkan perbualan. Entah kenapa aku rasa tidak selesa.

“Waalaikummussalam.”

Aku meletakkan kembali Samsung di atas cabinet. Dengan perlahan, aku melangkah ke tempatku semula.

“Siapa?” Lynn menyoal.

“You wouldn’t wanna know…” balasku seraya membaringkan tubuh di atas carpet.

“Cakaplah. Berahsia macam boyfriend jer yang call,” Lynn menduga. Dia kini menongkat kepala. Pandangannya berlabuh tepat di wajahku.

“Ezany…” kataku sedikit rendah. Seperti tiada apa-apa lagaknya. Sorotan mataku di halakan pada kaca tv di hadapan.

“Apa yang dia nak?”

“Nak check aku dah sihat ke belum…” jawabku lambat-lambat.

“Wow… he’s too concern. Ada something happen ke? Anything that I should know about?” tanya Lynn seperti tidak percaya. Nada terkejutnya jelas kedengaran.

“Setahu aku, tak ada apa-apa yang-tak-sepatutnya-terjadi, terjadi. Agaknya dia concern sebab tak orang yang nak diajak ‘fight’ kot, esok?” tekaku sendiri. Aku tidak mahu terlalu cepat menanam angan-angan yang Ezany benar-benar sudah berubah.

Tambahan pulak, aku tidak memahami kenapa tiba-tiba sahaja Ezany berperangai begitu. Sejak dari semalam lagi. Aku akui seandainya dia berubah, ia baik untuk perhubungan kami. Tapi, dihatiku tetap terselit perasaan risau dan gundah. Entah kenapa…

Malas memikirkan hal yang pasti tiada kesudahan itu, aku kembali menumpukan perhatian pada filem korea. Belum pun beberapa saat, tawaku dan Lynn kembali menghuni ruang rehat rumahku.



little chit-chat :
Ada orang terlebih rajin la plak! sepatutnya n3 ni di post hari khamis ni. Tapi nape ntah tetiba jer rasa nak post mlm ni. enjoy je la ek?!

typical_gurl, akak dah rajin2kan diri post n3 baru nie… tp xlah sampai 3-4x sehari. x larat arr. Lgpun, idea dah kering sket skrg. so, deserves souvenir ke tak nie… : D muah budak wangi!

kak pink, klu akak nak buang eita + kak infa kat sungai pun, x kisah la! tp, kak pink kena ingat hilang eita, ‘hilang’ la cite ni : D mmuuaahh lepat basi!!

scribbled @ 22:25 |

dhiya
July 6, 2005   12:58 AM PDT
 
*gelak guling2* keh keh keh keh...

kenalah sangat, tengku hadif zafran dgn gelaran guru bhs melayu sbb nama dan gayanya ala-ala org dolu2...

dan si ezany dpt gelaran cekgu bhs inggeris sbb nama dan gayanya ala2 mat saleh celup...

eita... eita... mcm2 lah awak nih! anyway, I really enjoy... ;) update hari2 lah eita sayang... boleh hari2 senyum sampai ke telinga... :D
nurfa
July 6, 2005   01:57 AM PDT
 
'Tiba-tiba, Samsung yang terletak di atas low cabinet menyanyikan lagu Curtain Falls. Segera aku bangun dari perbaringan. Samsung di capai.'

kita terasa pelik la eita awk sebut samsung je...kalo kat sini org panggil hp samsung..kalo samsung je, og terkejut beruk. sbb samsung tu syarikat gergasi kat sini..actually sy pon agak terasa nak terkejut pon x leh nak rasa pelik pon...cam x leh..hehehe..*terasa pelik beruk*
nadya
July 6, 2005   08:25 AM PDT
 
Eita...kite suke hati betul baca n3 Eita nie...

Cinta Tiada Akhirnya tak baca lagi....tgh tunggu nak pinjam dari my friend...bulan ni budget beli buku dah habis sebab budgetnyer pegi kat cd korea.......ahaks...

Wokay mate....rerajin laa put n3 lagi yek....Take care

P.S....U look very sweet!!!!
pinkJambu
July 6, 2005   01:04 PM PDT
 
eita boleh apa tulis citer tu masa kat dalam sungai, akak boleh bekalkan eita notebook..nak? kekekeh..

cekodok,
jgn la majuk,nanti bertambah hangit laaa..:) mmmuah. halamak kena arang laks.

hadif ku..jatuh shenta kah aku? kuang kunag kuang.
typical_gurl
July 6, 2005   01:18 PM PDT
 
kalau kak eita tak dapat nak post n3 2-3 kali sehari, sebaliknya cuma mampu mengepost satu n3 dlm masa 2-3 hari, mana blh dpt souvenir. kesimpulannya kenalah tunggu saya jadi CEO dulu..
si ezami tu dah nak mati ke kak eita? kalau tak kenapa dia berubah tu..alaa.. jgnlah matikan dia, saya belum merasa naik CRV dia lagi... alaaa.... alaaa....
peminat
July 6, 2005   07:38 PM PDT
 
hello~ heheh.. bagus jgak wat en3 ni slalu... dapat tahu cepat perkembangan and kalau update slalu boleh arr cepat abes! :D
kakseri
July 7, 2005   11:05 AM PDT
 
hok oloh.. ezany dah mula cair.. :)
eita
July 7, 2005   07:48 PM PDT
 
dhiya~sukanya dia… : ) susah la nak update ari2 dhiya cayang. Klu idea byk, blh ler… n thanks 4 enjoying dis n3… ; )

nurfa~ya ke? eita mmg tau Samsung tu bkn setakat export handset jer. brg lektrik pun ada. tp gatal gak nak letak Samsung je. hehehe. nanti eita change utk n3 yang akn dtg. Thanks sis! still pelik beruk lg x nie?

nadya~miss u so much! thanks 4 liking dis n3… cite apa plak yg u beli kali ni? klu best, bgtau ek? n kat cni still x der la Cinta Tiada Akhirnya… huhuhu. U take care too, k? : D

kak pink~klu akak nak supply notebook, boleh aje. tp letrik nyer nak ambik kat mana? bateri sure x cukup. Okla. X nak majuk dah arr. Dah penat tarik muka ni… hahaha. akak jatuh shenta?! OMG… : D

typical gurl~lmbt lg la nampak gayanya nak dpt souvenir tu. mesti dah bertongkat baru dpt… ish!! Si ezamy tu berubah sebab… sebab… sebab apa hah?! *garu paler* tp jgn risau selagi dia x bwk adik naik CRV dia, dia xkan mati… *wink*

peminat~hahaha. betul kata awk. Insya-ALLAH, klu diizinkan-NYA, ber’end’ gak cite ni… thks 4 reading my story… : D

kak seri~cair cam ais ker? : D
kLavu QT
July 11, 2005   02:13 PM PDT
 
ala bagus nyer nadya buat budget, aku semua nak borong, akhirnya aku juga yg pokai
AJ
August 15, 2005   03:35 AM PDT
 
a'kum. memperkenalkan diri sebagai pembaca baru kat sinih...sambung le cepat!!! tak sabor nih....nak hani ngan ezany..takmo la ngan hadif.. boleh ye ??? ye? ye?? :)
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive