“Walaupun facility management adalah sebahagian daripada aktiviti construction, sesetengah fungsi utamanya seperti operasi dan penyelenggaraan selalunya tidak dihiraukan. Ini yang menyebabkan kos untuk maintain bangunan itu, menjadi tinggi,” maklumku pada En. Rozan ketika kami menjamah lunch di Restoran Seri Selera pada hari Sabtu. Kami sedang berbincang tentang pentingnya kecekapan pengurusan – facility management dalam bidang pembinaan. Satu topik yang tercetus tanpa sedar.
“Mmm… interesting. Care to elaborate?” soal En. Rozan yang duduk berhadapan denganku.
“Kurangnya kerjasama antara pihak-pihak terlibat, terutamanya antara contractor dan designers di peringkat design yang menjadi penyebab utama masalah penyelenggaraan.”
“And resulted in cost overrun and poor project performance.” En. Rozan mencelah.
Aku mengangguk mengiakan. “That’s why, facility management plays a critical role in whole life cycle cost of the project.”
“Betul. Sepatutnya ia dilihat dan diambil perhatian dari peringkat design hinggalah ke peringkat maintenance.” En. Rozan menambah kata-kataku.
Dan sekali lagi, aku mengangguk. Sebuah senyuman nipis aku ukirkan buatnya.
“Di UK, Latham dan Egan telah mengeluarkan dokumen Constructing The Team and Rethinking Construction sebagai rujukan untuk meningkatkan industri construction di sana. The essence daripada inisiatif mereka berdua ialah untuk membawa kemajuan dalam bidang construction melalui perkongsian. Dengan cara menyatukan pihak-pihak yang terlibat dalam rangkaian construction. This holistic approach will encourage seamless transfer of information and better communication among players throughout the life cycle from design to facility management,” terangku panjang lebar. Aku melepaskan nafas pendek.
“Awak buat research ke Irdina?” soal En. Rozan dalam nada berseloroh.
Aku melepaskan tawa kecil. “Apa yang saya cakap, hanyalah dari apa yang saya baca.”
“Awak suka membaca?” Dia bertanya.
“Salah satu dari hobi saya, En. Rozan,” akuiku.
“Good for you.” Dia tersenyum memandangku. Gelas berisi ice lemon tea, dihisapnya perlahan.
Aku meneruskan suapan yang terhenti sejak tadi. Buat beberapa ketika, kami berdua asyik menikmati hidangan yang terhidang di hadapan mata, hinggalah…
“Daddy, Irdina,” suara Ezany menyapa.
Berubah air mukaku saat itu. Dan jantungku bagaikan hendak gugur mendengarnya. Benakku mula tertanya-tanya, apa yang di buatnya di sini. Dan bagaimana dia tahu yang aku dan En. Rozan menjamu selera di restoran ini.
Aku menoleh ke sisi. Memandang Ezany yang berdiri di sebelah meja kami. Lengkap berpakaian pejabat. Lengkap dengan senyuman manis. Dia kemudian mengambil tempat duduk di sebelah En. Rozan.
“Kenapa lambat?” En. Rozan bertanya pada Ezany.
“Traffic jam. Dah lama ke daddy tunggu?” balas Ezany. Dia melambai, memanggil waiter untuk membuat pesanan.
Terjawab sudah segala persoalanku. Pastilah En. Rozan yang mengkhabarkan pada Ezany di mana kami berada. Aku menunduk merenung Fried Rice With Oyster Beef. Tidak tahu, samada aku perlu terus meneruskan suapan tanpa menghiraukan dia atau menyapanya dahulu.
Sejak aku kembali bekerja semula, dua hari yang lalu, hanya sekali kami terserempak. Itupun aku hanya memandangnya dari jauh. Kami belum berkesempatan untuk bertegur sapa. Memandangkan masing-masing terlalu sibuk dengan kerja sendiri. Dan hari ini, buat pertama kali semenjak kejadian di Menara Wawasan, kami bertemu secara dekat dan mungkin akan berbual. Masih adakah sikap yang dipamerkannya pada hari penuh sejarah itu? Aku sendiri tidak pasti.
Dan nyata, perasaan benciku padanya yang membuak-buak bagaikan lahar gunung berapi, telahpun meletup sepenuhnya. Tiada lagi saki-baki lahar yang tinggal. Semuanya hilang gara-gara kebaikannya itu. Aduh, kenapa aku terlalu mudah melupakan apa yang telah dia lakukan padaku…
Kedatangan waiter untuk mengambil pesanan, mengembalikan aku ke alam sebenar. Setelah Ezany selesai membuat pesanan, waiter itu berlalu pergi meninggalkan kami bertiga.
“Irdina, lambatnya awak makan. Saya dah nak habis ni ha,” tiba-tiba En. Rozan menegurku. Wajahku dipandangnya tepat.
Lalu aku bersilih ganti memandang pingganku dan pinggannya. Tanpa sepatah kata. Tanpa sebarang bicara.
“Alah, daddy. Kalau dah habis, tambah la lagi satu. Macam tak biasa pulak,” usik Ezany sambil tertawa kecil.
“Eh… daddy yang nak makan atau Ezany yang nak makan sebenarnya?” balas En. Rozan pula.
Aku tersenyum memandang telatah kedua beranak itu.
“Irdina. Awak tersenyum-senyum ni… entah-entah, awak pun nak tambah lagi sepinggan. Nak ke? Kalau nak cakap aje. Don’t be shy. Saya boleh tolong orderkan,” En. Rozan mengusik aku pula.
Tersentak aku mendengar usikan dia. Langsung tidak menduga bahawa aku akan turut sama terjebak dalam seloroh mereka berdua.
“Perut saya kecik aje, En. Rozan. Sepinggan pun dah cukup. Lainlah Ezany tu… perut dia memang besar…” Sebesar ego dia. Ayat yang terakhir itu tersimpan di dalam hati. Opss… mulutku terlalu lancar nampaknya…
Sesungguhnya, bukan niat aku untuk mengata dia. Bait-bait kata itu terlontar tanpa sedar. Cuma ayat yang terakhir itu dapat ku tahan.
Ish, sengaja mencari pasal aku ni! Marahku sungguh-sungguh di dalam hati.
Ezany merenungku tajam. Aku mula tidak senang duduk. Manakala En. Rozan telah memuntahkan tawa. Dan tanpa dapat ku ramal, ketajaman pandangan Ezany berubah menjadi redup dalam sekelip mata. Seraya itu juga, tawanya tercetus. Lalu, aku menarik nafas lega. Selamat!
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
Kebetulan hari ini waktu bekerja cuma setengah hari, maka kami mengambil masa yang agak lama bersembang di Restoran Seri Selera. Pelbagai topik kami bincangkan. Sesekali suasana diselangi dengan gurauan dari En. Rozan dan Ezany. Aku juga tidak lupa menokok dan menambah apa yang patut. Sekadar menceriakan suasana.
Lebih kurang pukul 3 petang, kami melangkah keluar dari restoran tersebut. Gelak tawa masih lagi mengiringi perjalanan kami. Apatah lagi, En. Rozan menceritakan kisah lucu yang dialaminya suatu waktu dahulu.
“Daddy ada kerja sikit. Ezany bawak Irdina balik ke office,” pinta En. Rozan pada Ezany sesudah tawa kami reda.
Aku sedikit tergamam. Langsung tidak terlintas di fikiran yang aku bakal ‘dibawa’ pulang oleh Ezany.
Sewaktu datang tadi, aku menumpang kereta En. Rozan. Kerana sebelum ke sini, aku dan dia menghadiri meeting bersama-sama. Jadi tiada salahnya kami berkongsi kereta. Dan kemudian, dia yang mencadangkan agar kami singgah menjamu selera di restoran yang berbumbung minangkabau ini. Buat mengisi perut yang kekosongan. Memandangkan jam sudah pun hampir ke pukul 1 tengahari, aku terus sahaja bersetuju.
“No hal, daddy,” sahut Ezany. Tanda dia menerima ‘amanah’ yang diberikan oleh daddynya itu.
“Balik office terus. Jangan nak melencong ke tempat lain pulak. Hilang anak dara sorang ni, daddy cari Ezany dulu,” ujar En. Rozan seakan memberi amaran. Dipandangnya tepat ke wajah anak lelakinya.
Ezany tersengih. “Kalau agak-agak sampai hari Isnin kami berdua missing tu… pandai-pandailah daddy cari kat border Siam.” Sengihan masih terukir di wajahnya.
Mendengarkan kata-kata Ezany, pecah tawa En. Rozan. Tetapi, aku memandangnya dengan pandangan kurang percaya. Serius atau main-main? Berani ke cik abang ni nak bawak aku lari. Dibuatnya betul-betul, merana aku…
“Kalau pergi sana untuk kahwin tak per. I don’t mind. Tapi jangan lelong Irdina, sudah…” seloroh En. Rozan. Ketawanya pacah lagi. Wah… seronok sungguh dua beranak ini berseloroh.
Aku lebih rela kena lelong daripada kahwin dengan Ezany… detikku dalam hati. Dan tanpa sedar, perlahan-lahan senyuman menguntum di bibirku. Ikut terhibur dengan telatah mereka. Biarpun yang menjadi ‘hot topic’nya adalah aku sendiri.
“Irdina, sorry kalau jokes tu membuatkan you terasa. I was just joking,” En. Rozan bersuara setelah ketawanya surut kembali.
“Saya tak kisah,” balasku dengan senyuman nipis. Pengucapan yang ikhlas dari hati. Aku langsung tidak ambil pusing dengan gurauannya. Bukankah dari tadi lagi kami bergurau-senda. And this one, definitely not gonna left any scratch mark on my heart…
“Saya pergi dulu.” Dengan itu, En. Rozan melangkah pergi menuju ke Mercedes Benznya yang terletak di hujung parking lot.
Tinggal kami berdua…
Kami mengorak langkah ke arah Honda CRV yang terletak tidak jauh dari tempat kami berdiri. Untuk beberapa saat, kami terdiam tanpa sebarang kata. First time, kami berdua berpeluang berbicara selepas perubahan sikapnya tempoh hari. Serba tak kena rasanya. Janggal.
Adakah perubahannya itu berkekalan? Aku tiada jawapan. Meskipun sewaktu di dalam restoran tadi, dia sikit pun tidak menunjukkan perangainya yang menjengkelkan hatiku, jiwaku tetap diserang curiga.
Akhirnya, deretan kereta yang di parkir menjadi sasaran anak mataku. Meliar aku memerhati ke kanan dan ke kiri. Tiba-tiba, aku teringatkan sesuatu…
“Baru I teringat, Ampere Consultant dah bagi cost estimate semalam. I’ll give it to you on Monday,” kataku pada Ezany. Memecah kebisuan yang semakin mencengkam. Dia tenang berjalan di sebelahku.
“I almost forgot about that. Berapa jumlah estimation?” soalnya kembali.
“Around RM65 thousand. Electrical installation for building and street lighting.”
“Lift and air-conditioning?”
“Kata En. Hadi, diaorang akan fakskan Monday ni. Hari ini tak sempat.” Aku memaklumkan. Perkhabaran itu yang aku terima tika menelefon En. Hadi pada pagi tadi.
“Kalau begitu, nanti you total-upkan semuanya including C&S work. After that, baru hand over pada I.” Dia memberi arahan.
“Ok.” Ringkas jawapanku. Ezany menekan alarm CRV pabila kami berada dalam jarak 4’.
“Kita nak pergi mana ni?” tanya Ezany seraya membuka pintu. Serius.
Aku pula yang terpinga-pinga. Tadi, aku tengok elok aje dia pasang telinga semasa En. Rozan menyampaikan amaran tak rasminya. Takkan dalam masa tak sampai beberapa minit, dia dah lupa. Dia menghidap amnesia ke? Mungkin aku perlu mengembalikan secebis memorinya yang hilang itu…
“Cepatnya you lupa. Setahu I, En. Rozan suruh balik office terus. ‘Tanpa lencongan’,” balasku. Akan bertiupkah angin sirocconya setelah suaraku singgah di telinganya. Kalau dia nak buat balik tindakbalas lamanya yang bakal menyakitkan hatiku itu, aku terima aje. Bukan aku tak biasa…
Aku membuka pintu di sebelah passenger. Lalu memboloskan diri ke dalamnya. Dan telingaku pula ‘bersiap-sedia’ untuk menerima sebarang kata-kata sinis dari mulutnya.
Dia ketawa kecil. “You takut I kidnap you ke Siam, eh?” tanyanya penuh gurauan. Nada-nada berbaur sinis sedikit tidak terbias dalam nada suaranya. Yakinlah aku kini, bahawa dia memang sudah berubah. Jauh di sudut kecil hatiku, aku gembira dengan apa yang aku saksikan. Sekurang-kurangnya, aku tidak perlu lagi makan hati dengan perangainya.
Aku memasang seat belt.
“Are you that brave?” Secara berseloroh, aku mencabarnya. Entah kenapa, aku terasa seperti ingin memanjangkan gurau-senda antara kami. Gurauan dan sendaan yang berakar umbi sejak En. Rozan ada bersama kami lagi.
Aku menjungkitkan kening. Wajahnya menjadi tatapanku kini.
“Erm…” Dia berjeda seketika. Diurut perlahan dagunya. “Brave enough to sell you there. Boleh buat ‘grand sale’.”
Aku melepaskan tawa nipis. “Buat rugi duit minyak dan duit tol you aje… kat sana tak der Parkson Grand.”
Dia mengulum senyum. Indah. Kan baik dari dulu dia begini? Detik hatiku.
“Mmm… at least ada shopping complex. Hot market pun ada rasanya. Memadailah tu. Lepas I lelong you, dapat duit, I blah balik Malaysia. Tinggallah you sorang-sorang. When the time comes, don’t cry, ok?” Dia bersuara. Air mukanya agak serius. Dihalakan pandangan ke arahku. Ada senyuman yang cuba disembunyikan.
Aku membalas pandangannya itu seraya mengecilkan anak mataku. Mencabarnya. Entah dari sudut perasaan mana, keberanian itu datang mendadak. Aku tahu dia hanya berpura-pura serius. Aku nak melihat sejauh mana dia mampu bertahan dengan riak wajah yang begitu.
Sesaat kemudian, ketawa kami berderai. Bersatu di dalam ruang keretanya. Hilang segala kedinginan yang menghantui hubungan kami. Semoga kemesraan ini berkekalan, doaku di dalam hati.
“Mustahil ada orang yang nak bid…” luahku bersama tawa yang masih bersisa.
“Siapa cakap? Dah tentu ada. Pretty lady as you are. Who could resist?” tanyanya bersama senyuman di wajah.
Serta-merta rasa hangat menyimbah ke wajah. Aku terkejut dan tergamam dengan bait-bait katanya. Apa maksud di sebalik pujiannya itu? Fikirku.
Ah, baik aku lupakan aje. Anggap sahaja dia tidak pernah berkata begitu. Dia hanya bergurau…
“Including you?” Aku sengaja ingin menduga.
Me? Not in a million years. Sudah pasti itu yang akan dijawabnya. Hundred percent…
“Might be…” tuturnya pelahan seraya menghidupkan enjin kereta. Suaranya yang terkeluar seakan berbisik. Namun, cepat ditangkap oleh telingaku.
Dan aku di sebelah memandangnya dengan pandangan tidak berkelip. Kelu lidah untuk melafazkan kata-kata…
little chit-chat :
n3 ni khas utk
dhiya +
ahada yg kebetulan ‘terserempak’ mlm ni. *smile* klu x der diaorg, rasanya x ber ‘n3’ baru lg blog ni... coz tuan punya blog asyik dok fikir nak decorate camne lg ‘rumah’ dia nie.. *smile again* erm... nak tambah apa lg ek? Think... think...