Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 34
Wednesday, July 13, 2005

Petang semakin menginjak pergi. Malam bakal berlabuh tak lama lagi. Matahari yang gagah menyuluhkan sinarnya pun semakin hilang kuasa sinarannya itu. Aku menyiram pokok-pokok bunga yang masih belum mendapat ‘habuan’nya kerana menyerikan rumahku. Kebanyakan bunga yang ditanam adalah hasil kerja tangan Ummi. Ummi yang menanamnya. Nak harapkan aku? Alamatnya, berdaun rumput dan berbunga lalang lah taman mini depan rumah aku ni.

Kalau ada pun pokok bunga yang aku ingin tanam, hanya satu menjadi pilihan hati. Lavender. Aku ni memang pelik. Bunga yang tak mungkin dapat ditanam di Malaysia itulah yang menjadi kesukaan. Tapi nak buat bagaimana? Hanya bunga itu yang paling mendapat tempat dihatiku. Dalam beribu-ribu spesies bunga yang ada di dunia.

Aku paling gemarkan harumannya. Dapat aku bayangkan, betapa tenangnya bilikku nanti diserikan dengan haruman semulajadi lavender. Fresh. Nature. Tak perlu lagi aku gunakan Aroma Gel, Glade ataupun Ambi Pur. Andainya ia boleh menjadi kenyataan…

“Hani…” tenggelam timbul suara Ummi memanggil namaku dari dalam rumah. Menyentakkan aku dari angan-angan Mat Jenin yang tak mungkin menjadi kenyataan.

“Ya…” Cepat-cepat aku menyudahkan kerjaku. Pili air ditutup.

“Along mana?” tanya Ummi di muka pintu. Aku menggulung kembali getah paip yang telah digunakan.

“Dia keluar beli barang dengan Kak Sofea. Ummi kan tak sihat, berehatlah kat bilik.” Aku mengatur langkah mendekatinya.

Sejak dari malam semalam, Ummi demam. Agaknya akulah pembawa penyakit. Selasa lepas, aku yang tak sihat dan kini Ummi pula. Entah-entah, lepas ini giliran Along.

“Ummi dah jemu berkurung. Hani dah siapkan makan malam?” tanya Ummi bersama batukan kecil. Lantas aku mengurut belakangnya. Meredakan batukan.

“Along suruh Hani masak nasi aje. Lauk, nanti dia beli. Jomlah kita masuk.” Aku memimpin Ummi memasuki rumah. Sejurus itu, aku menutup pintu utama lalu mengorak langkah mendekati Ummi yang sudah melabuhkan diri di atas sofa. Aku mengambil tempat bersebelahan dengannya.

“Dah lama Along keluar?” tanya Ummi perlahan. Suaranya sedikit serak.

“Dalam pukul 4. Kejap lagi diaorang baliklah agaknya.”

“Hani ingat tak… Auntie Sarah yang selalu Ummi ceritakan pada Hani dulu?” soal Ummi tiba-tiba.

Auntie Sarah? Aku cuba menyelongkar sebaris nama itu di celah-celah memori yang tersisip kemas dalam kotak ingatan. Yang masa satu agaknya? Menerawang ingatanku mengingati setiap baris nama berserta wajah sekali. Tiada! Jangankan wajah, namanya juga sedikitpun tidak berdaya dicungkil dari benakku. Siapakah dia?

“Kakak angkat Ummi sewaktu di USM…” Ummi cuba mengembalikan ingatanku. Dan serta-merta ingatanku melayang ke zaman aku sekolah menengah dahulu. Ummi acapkali menceritakan tentang Auntie Sarah pada waktu itu. Kakak angkat yang telah lama tidak ditemuinya. Waktu itu, Ummi memang bersungguh-sungguh ingin mencari Auntie Sarah. Tapi, hampa. Hajat Ummi tak kesampaian. Hinggalah sekarang.

“Ummi dah jumpa Auntie Sarah?” soalku penuh yakin. Jika tak, mustahil Ummi membangkitkan kembali hal yang telah lama ini.

Ummi mengangguk. Wajahnya bersinar dengan keceriaan yang bukan dibuat-buat. Bercahaya bak mentari pagi. Nampaknya, Auntie Sarah benar-benar penting dalam hidup Ummi. Sudah berpuluh-puluh tahun, masih diingat lagi kakak angkatnya itu. Aku tumpang gembira.

“Kat mana Ummi jumpa?” tanyaku. Ingin berkongsi saat-saat pertemuan. Biarpun, aku tiada di situ di ketika itu.

“Semalam. Di universiti. Dia temankan kawannya. Ummi gembira sangat dapat jumpa dia. Terubat rindu Ummi ni. Mukanya banyak yang dah berubah. Dah dimakan usia. Sama macam Ummi.” Tanpa henti Ummi bercerita perihal Auntie Sarah. Membuatkan aku turut teruja untuk bertemu dengannya.

“Erm, patutlah Ummi sampai demam-demam,” usikku. Mungkin ada kaitan antara demam yang menyerang Ummi dengan pertemuan bersejarah itu.

“Mungkin…” balas Ummi sambil tersenyum.

“Ummi tak ajak dia datang sini?” soalku lagi. Wajah Ummi kupandang tepat.

“Ummi dah ajak. Insya-ALLAH, kalau dia ada masa nanti dia datang. Lagipun semalam, Ummi dan Auntie Sarah tak sempat nak berbual lama. Masa Ummi terserempak dengan dia, Ummi dalam perjalanan ke kelas,” terang Ummi panjang lebar. Bibirnya masih menguntum senyum.

“Ummi ajak Auntie Sarah datang awal. Boleh Ummi berborak lama sikit. Sampai petang ke? Hani teringin jugak nak kenal dengan kakak angkat Ummi tu,” kataku seraya melentokkan kepala di bahu Ummi.

“Nanti Ummi cuba. Ummi pun nak jugak kenalkan dia pada Hani. Auntie Sarah tu baik orangnya. Masa Ummi study dulu, selalu Ummi ikut dia pulang ke kampung. Hmm, apa khabar agaknya Mak Long?” Ummi mengeluh perlahan. Kemudian, dia terbatuk-batuk.

Pantas aku mengalihkan kepala dari bahunya. Mengurut-gurut dadanya perlahan.

“Mak Long tu emak Auntie Sarah kan?” Aku mengutarakan pertanyaan. Sedikit-sebanyak, fikiranku mula mengimbas semula cerita-cerita Ummi. Kisah-kisah Ummi di zaman universiti dulu. Menurut Ummi mereka terputus hubungan setelah Auntie Sarah berkahwin dan mengikut suaminya ke luar negara. Dan apabila Ummi ke Kedah untuk melawat emak kepada Auntie Sarah, mereka telah berpindah. Semenjak itu mereka tidak lagi berhubungan.

Perlahan Ummi menganggukkan kepalanya. Mengiakan telahanku tadi.

“Agaknya dah besar-besar anak Auntie Sarah…” sebaris ayat itu terluah di bibir Ummi. Dipusatkan pandangannya pada frame lukisan di dinding.

“Kalau tak silap Hani, dia kahwin dulu dari Ummi…”

“Anak dia yang sulung, rasa-rasa Ummi, tua setahun dari Along,” Ummi berkira-kira.

“Lelaki ke perempuan?” Secepat kilat aku menyoal. Berniat ingin tahu. Kalau perempuan, mungkin aku boleh berbaik-baik dengan dia. Menyambung silaturrahim di antara kami berdua pula.

“Lelaki. Kenapa? Hani nak Ummi tolong recommendkan?” tanya Ummi seraya tersenyum mengusik.

“Recommend? Eii, tak naklah Ummi. Hani bukannya kenal anak Auntie Sarah tu. Lagipun, Hani belum fikir lagi semua tu…” kataku dengan wajah mencuka. Ke situ pula fikiran Ummi melayang.

“Hani dah umur 25, tau. Waktu belajar dulu, boleh la bagi excuse nak study. Sekarang? Benda-benda macam tu yang patut menjadi keutamaan Hani. Membina keluarga,” tutur Ummi sambil menarik hidungku. Aku memasamkan wajah. Semasam yang mungkin untuk tatapan Ummi.

“Buat la muka asam keping macam tu. Nanti Ummi eksport Hani dekat Auntie Sarah untuk dibuat menantu, baru tahu...” Ummi mengusik. Terlepas tawa kecil dari bibirnya.

“Ummi…”

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

“Ummi dah makan ubat?” soal Along sebelum sempat aku mengambil tempat duduk.

“Dah. Ummi dah tidur pun…” jawabku. Aku mencapai remote control tv. Punat ditekan, mencari-cari rancangan tv yang menarik untuk ditonton. Along yang sedang khusyuk membaca The Edge, tidak kuendahkan. Akhirnya aku memilih untuk menonton The Apprentice di TV3. Terpampang wajah lelaki kaya, Donald Trumph di kaca tv. Alangkah bagusnya kalau aku sekaya dia…

“Kerja ok?” Along bertanya. Terbantut khayalanku.

“Ok.” Aku menjawab pendek. Mataku tertancap pada skrin di hadapan.

“Ezany?” Pantas aku mengalihkan pandangan. Memandang Along. Aku kaget sebentar. Dapat ku rasakan perubahan air mukaku. Dari mana datangnya sebaris nama itu? Dan apa yang membuatkan Along menyebut namanya?

Mata Along masih menatap The Edge. Berlakon atau tidak, hanya dia ada jawapannya. Cuma dari pandangan mata kasarku, dia bagaikan asyik dengan apa jua rencana di dada The Edge itu.

Semenjak aku membongkar perihal diriku yang digandingkan dengan Ezany untuk projek baru beberapa minggu yang lalu, Along tidak pernah lagi membangkitkan namanya. Ezany bagaikan sudah hilang terus dari ingatan Along. Well… at least, that’s what I thought. Dan ini kali pertama Along bertanyakan tentang dia.

“Last Hani jumpa dia, ok jer. Tapi kot-kot suddenly dia demam kura-kura ker, Hani tak tahulah…” balasku bersahaja.

“Bukan itu maksud Along…” Secepat kilat Along bersuara. Menyanggah jawapan balasku.

“Then, what’s your point?” Aku pula bertanya. Kalau bukan kesihatan Ezany, apa yang dimaksudkannya?

“Maksud Along, hubungan Ezany dengan Hani.” Along melipat The Edge lalu diletakkan di sisi. Kemudian, dengan suara penuh kelembutan, dia menyambung kata “Ezany, Hani… sedap bunyinya. Seirama dan senada.”

Merapu apa Along ni, getus hatiku. Kalau teringin nak buat lirik lagu sangat pun, pilihlah nama orang lain. Takkan nak join venture nama aku dengan jejaka berdarah campuran tu kot? Silap haribulan, kecoh nama aku di ‘jual’ serata Malaysia. Ingat syok sangat ke?

Malas nak menyahut butir-bicara Along yang entah apa-apa tu, aku mendiamkan diri.

“Ezany still sakitkan hati Hani ke?”

Soalan Along membawa fikiranku mengimbau peristiwa semalam. Detik-detik aku dan Ezany berkongsi cerita dan bergelak ketawa sepanjang perjalanan pulang ke office. Hingga saat ini, aku masih tidak mempercayainya. Sukar untuk aku akui. Namun, itulah yang terjadi. Tiada lagi perang mulut antara kami. Pelik tetapi benar…

“Mmm… sejak akhir-akhir ni, dia dah tak amalkan dah perangai cam tu…” Lambat-lambat aku menjawab. Perlahan. Aku menukar siaran apabila iklan colgate disiarkan. Aku tak gemar sangat nak menonton iklan. Ocean 11 di HBO menjadi tatapan.

“Dia yang hantar Hani ke rumah masa Hani sakit hari tu, kan?” soal Along lagi.

“Kebetulan masa tu, kami baru habis meeting… Hani tak boleh nak drive, sebab tu dia yang bawak Hani balik…” Aku memaklumkan kenyataan yang sebenarnya. Aku tidak mahu Along salah sangka. Sebelum dia memikirkan sesuatu yang tak relevan, aku perlu membantutkan fikirannya itu.

“Ingatkan ramalan Along dah menjadi kenyataan,” ujarnya bersama sengihan di wajah.

Aku mengeluh perlahan. “Tak mungkin la, Along. Tak payahlah berangan nak jadikan Ezany tu adik ipar Along… Hani tak ada perasaan pun kat dia.” Buat kesekian kali, aku memohon pengertian dari Along. Koreklah di sudut mana pun hati aku ini. Takkan tercoret sebaris nama itu di dalamnya. Cubalah mengerti wahai abang tersayang…

Walaupun kami telah berbaik, bagiku dia hanyalah seorang rakan sekerja dan boss. Takat itu sahaja. Tak lebih dan tak kurang.

Kenapa terlalu susah bagi orang lain nak menerima hakikat ini…

Dan apa istimewanya jejaka yang bernama Mohd Rifai Ezany di mata orang lain?



little chit-chat :
*singing* Have I told you lately, that I have no feeling for him… *wink*

my dear akak lepat basi + my naughty little sister, TG + my ‘yummy’ honeyDew = this new n3 goes out to u guys with message ---> keep on asking when’s the next n3... *wink/smile*

scribbled @ 22:25 |

seriadriani
July 14, 2005   12:13 AM PDT
 
yeeehaaaa.. i'm the first.. semua org takleh terima hakikat ini krn dari sinar matamu kutahu apa di hatimu.. di hati ada cinta.. :)
hD
July 14, 2005   12:36 AM PDT
 
uwaaa... kak seri dah jadi org pertama!

hurrmm, hD tak leh komen pepanjang cam ari tu. kerja byk menanti nih...

uikkk... ummi, import-eksport anak salah di sisi undang2... hahahaha... ;)

rasanya kan, anak auntie sarah tu mesti si Ezany yg dah berubah jadi caring-loving-sweet-guy...

hehehe... teka je... betul ke?
pinkJambu
July 14, 2005   11:24 AM PDT
 
haku nak HADIF, nak mamat tu gak! cekodokkkk... :(
typical_gurl
July 14, 2005   12:46 PM PDT
 
kak eita, bila nak ada entry baru? pukul brp kak eita nak letak n3 baru? hari apa kak eita nak letak n3 baru? brp haribulan kak eita nak letak n3 baru? knp masih blm ada n3 baru ni?
hahaha... kalau si irdina tu takde perasaan kat si ezami tu, biar saya je yg berperasaan kat si ezami tu.hahaha...
eita
July 15, 2005   07:15 PM PDT
 
TG~*pening* cam jawab peksa la plak… byk sungguh soalan dia. akak ni, bab jawab soalan peksa, asyik fail jer. dan disebabkan itu, akak x leh nak jwb soalan adik tu. harap maklum.. : P
Adoi! Nampak gaya akak kena wat cite baru lak nanti ---> TG - Ezany = jatuh cinta ker jatuh orang? kekeke

kak pink~kasihan akakku seorang ini. Sabar la kak, eita masih x jumpa hadif lg ni. bila dah jumpa, eita bwk dia jumpa akak. sabar ek?

honeyDew~Ummi terpaksa wat cam tu coz anak dia tu susah sgt nak kawin *wink* ezany anak auntie sarah?! Kena tunggu la nmpk gayanya... : D

Kak seri~seronoknya boleh jdk org pertama, eh? : D pst. di hati siapa ada cinta tu?
insyirah
July 19, 2005   11:11 PM PDT
 
komen sket: klu boleh, jgnla anak auntie sarah tu Ezany,biarla jd sepupu dia ke.. kawan baik dia ke.. bagi dia jelouse sket tgk Irdina mcm baik2 dgn anak auntie sarah.. biar dia berusaha nk rebut hati irdina, mcm mane?
eita
July 24, 2005   12:12 AM PDT
 
thanks sebab komen... bab ezany anak auntie sarah tu... hmm.. hmm.. x tau nak cakap cam ner.. tunggu je la ek? *wink*
nway, eita hargai komen + idea insyirah. maybe boleh guna nanti...
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive