Panas betul akhir-akhir ni. Hujan pun dah lama tak turun menyimbah bumi. Kekadang rasa macam tinggal di tengah-tengah gurun Sahara. Apatah lagi bila terpaksa menjejakkan kaki ke site. Kawasan bertanah merah dengan bangunan-bangunan yang di dalam proses pembinaan. Tanpa pokok-pokok yang dapat dijadikan ‘payung’ untuk meneduhkan diri dari terik mentari. Yang ada, hanyalah jentera-jentera berat, crane yang jauh di puncak, scaffolding, cabin, bahan-bahan binaan dan tak lupa jugak bapak-bapak dari tanah seberang.
Aku menarik turun sedikit safety helmet. Melindungi wajah dari terik sinar matahari. Peluh mula meleleh. Di dahi. Di tengkuk. Panasnya!
Laju langkah dihayun ke arah cabin yang terletak di bahagian hadapan kawasan pembinaan. Cabin yang diubahsuai menjadi site office sehingga pembinaan tamat. Perjalanan yang memakan masa kurang dari lima minit serasakan bagai terlalu lama. Bagaikan meredah desert yang beribu-ribu kilometer luasnya.
Aku menolak pintu cabin. Meloloskan diri ke dalamnya.
“Hai!” suara yang begitu familiar menyapa dari sisi. Terkejut aku melihat Ezany. Dia duduk di hadapan Sufian yang merupakan site supervisor yang ditugaskan di sini. Ada hal apa dia ke mari?
“Buat apa kat sini?” tanyaku pada Ezany. Aku melemparkan senyuman pada Sufian. Safety helmet ditanggalkan lalu diletakkan pada rak kosong.
“I on the way nak balik office. Then, I terfikir nak singgah sekejap. Nak tengok progress,” ujarnya. Ditarik kerusi di sebelahnya ke hadapan sedikit.
“Have a sit.” Ezany mempelawa. Ditepuknya perlahan kerusi sebagai isyarat menyuruh aku duduk.
Aku mengambil tempat duduk di sisinya. Berhadapan dengan Sufian. Peluh yang merintik di dahi, aku lap dengan tisu yang sentiasa berada di dalam handbag.
“Mana yang lain?” soal Sufian. Merujuk kepada En. Hazman, Puan Sarina dan En. Zulkarnain yang turut bersama-samaku melawat kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor tadi.
“En. Hazman dan En. Zulkarnain pergi minum sekejap. Puan Sarina dah balik terus. Katanya dia ada meeting sekejap lagi.” Aku memaklumkan.
“Kesian I tengok you. Berpeluh-peluh. Muka tu, dah merah macam udang kena bakar…” usik Ezany tiba-tiba. Terus aku memalingkan wajah ke sisi. Memandangnya. “Nah…” Dihulurkan setin 100plus lengkap bersama straw. Terbuka luas biji mataku melihatnya.
“Bila masa you beli?” tanyaku. Ragu-ragu untuk menyambutnya.
“Kau beli untuk dia aje? Untuk aku mana? Pilih kasih…” Sufian bersuara sebelum Ezany sempat menjawab pertanyaanku.
“I beli kat Mini Market tadi. Ambiklah. Memang I beli untuk you. Coz I tahu, hot weather mesti buatkan you thirsty…” balas Ezany tanpa mengendahkan soalan Sufian. Diunjukkan 100plus itu lagi.
“Thanks.” Aku mengucapkan seraya menyambutnya.
“And kau…” Dia mengalihkan pandangan pada Sufian. “Dah habis setin kau sebat, lagi mau tanya…” katanya.
Sufian tersengih. “Tengok Irdina, betapa kasih dan sayangnya dia pada you. Sanggup bawak 100plus khas untuk you. Kalau you tak ada, jangan harap I dapat merasa. Dengan tangan kosong aje dia datang.”
“Well… nak buat macammana? I kan, his beloved employee… Kan Ezany?” balasku dengan menjungkitkan kening pada Ezany. Sebagai bahasa isyarat meminta dia mengiakan kata-kataku.
Aku tahu, Ezany takkan menghampakan aku. Kerana, butir-bicara dan pengucapan begitu bagaikan sudah sebati di antara kami. Kami jarang bertekak seperti dulu. Apatah lagi, Ezany dah meninggalkan sikapnya yang aku tak gemari itu. Malah, perhubungan kami semakin mesra. Dari rakan sekerja, perhubungan kami berkembang menjadi sahabat. Sudah mampu duduk berbual semeja tanpa melibatkan hal kerja keseluruhannya. Adakalanya topik perbualan kami merangkumi hal-hal yang terjadi di sekeliling termasuklah sedikit hal peribadi masing-masing.
Ezany mengukir senyuman. “Totally right. Lagipun Pian, kau tu bekerja dengan orang lain, sedar-sedar la sikit. And if you want me to treat you just like Irdina, apply la mintak kat syarikat aku… And pekerja yang berdedikasi macam Irdina ni, yang sanggup bermandi peluh, harus di hargai.”
“Puji-puji I ni macam ada katak di bawah tempurung jer…” Aku menduga.
Kedua-duanya melepaskan tawa.
“Peribahasa mana tu? Macam tak sesuai je.” Ezany lantas bertanya dalam tawa yang masih bersisa.
“You ni saja jer nak memusnahkan bahasa. I report kat DBP.” Sufian pula mengugut.
Aku mencebik pendek. “Alah, sekali-sekala mengubah perumpamaan. Bukannya selalu…”
“Sekali-sekala merubah perumpamaan atau you ni sebenarnya tak pernah pass BM time sekolah dulu?” pantas Sufian menyoal.
“Kalau I pass BM with flying colours, lebih baik I jadik ahli sasterawan negara daripada jadi architect. At least I tak perlu berjemur di tengah panas. Buat hitam kulit I aje…”
“You kalau berjemur takkan jadi segelap African tu. Setakat tan tu mungkin la kot.”
“Pian, you jangan nak puji I lebih-lebih. Nanti I tersangkut dekat you, merana wife you kat rumah.” Aku memberi amaran pada lelaki beranak dua itu. Kalau tak silap aku, Sufian hanya tua setahun dari Ezany. Maknanya umurnya sama dengan Along. Tapi, anak sudah dua. Sedangkan Ezany masih lagi bujang trang-tang-tang. Dan Along pula, masih lagi memegang status sebagai suami. Belum ada tanda-tanda dia bakal ‘dinaikkan’ pangkat dalam dua tiga bulan ini.
“Wife I confirm takkan merana. Dia lagi suka adalah. Maklumlah, dapat ‘maid’ baru..” seloroh Sufian. Terkekeh-kekeh dia ketawa.
“Eleh, berani ke kau nak kahwin dua?” Ezany bertanya.
Secara tiba-tiba, nada suara Sufian bertukar serius. “Sejujurnya… Aku tak sanggup. Bukannya kerana aku takut bini. Tapi sebab tanggungjawab yang ada sekarang pun aku tak tergalas. Macam mana nak tambah lagi satu? Dengan a wife and 2 kids, hidup aku dah cukup complex. Aku heran, bagaimana orang boleh kahwin banyak?” Penuh rasa dia menyatakan pendapatnya. Juga secara tak langsung, menceritakan pengalamannya berumahtangga kepada kami berdua.
“Majoriti orang yang berpoligami ni, bukannya dia jalankan tanggungjawab pun. Dah kahwin, lepas tangan macam tu aje. Kalau tak isteri tua tersisih, isteri muda. Boleh dikira berapa kerat yang benar-benar bertanggungjawab kat Malaysia ni…” Aku menyatakan buah fikiranku. Sudah kerapkali, berita-berita isteri hidup menderita akibat suami berkahwin lain, terpampang di dada majalah. Kesian aku melihatnya! Tambahan pulak, jika melibatkan isteri yang tidak bekerja. Yang hidupnya selama ini, menjaga kebajikan suami dan anak-anak setiap masa. Apabila hilang tempat bergantung selama ini, bagaimana dia hendak meneruskan hidup? Bukannya senang nak memulakan kehidupan baru. Ketabahan dan semangat yang kuat perlu ada.
Aku menarik penutup air tin. Straw dimasukkan. Perlahan-lahan aku menyedut 100plus yang diberi Ezany. Menikmati setiap titisan air yang mengalir di tekak. Nikmatnya! Hilang dahaga.
“I akui, memang ada lelaki yang begitu. And I harap, I bukan salah seorang darinya…” Ezany bersuara.
“Aku pun doa-doa macam tu. Kesian dekat wife and anak aku nanti…” sahut Sufian pula.
Aku ketawa kecil. “Lelaki, tak terjebak, cakap nyer sedap di dengar. Kalau dah kena, lupa janji. Lupa segalanya…”
“Cik Irdina, bukan semua lelaki, ok. Insya-ALLAH, I’ll try my best to be a good husband to my beloved wife. The one whom I’ll cherished all my life… Not to mention, a good father to my kids.” Bersungguh-sungguh Ezany melafazkan kata. Terpana aku dengan kesungguhan yang ditonjolkannya itu. Bertuah amat sesiapa yang menjadi isterinya nanti.
“Apalagi Irdina… you tak nak isi form ke?” soal Sufian tetiba.
“Form apa?” tanyaku tidak faham dengan dahi penuh kerutan.
“Apply jadik wife Ezany,” balas Sufian.
Mendengar kata-kata Sufian, pecah tawa di bibirku. Manakala Ezany menguntum senyum. Tidak lepas-lepas dia mengalihkan pandangannya dari wajahku yang sedang asyik ketawa kecil.
“Kalau I nak jadik wife dia, tak payah isi form… kahwin terus aje. Betul tak Ezany?” selorohku. Sekali lagi aku meminta Ezany mengiakan.
“Yes. Kalau dia yang apply, aku cross out terus semua candidate lain…” Senyuman masih tidak lekang di wajahnya.
Sekilas aku melihat jam yang tergantung di dinding cabin. 2 petang. Patutlah perut dah berdondang sayang. Dah time makan. “Ada-ada aje you ni, Pian. Oklah, I nak pergi lunch dulu. Dah lapar ni..” kataku pada mereka berdua.
“I pun lapar. Ingat tadi nak ajak you lunch sekali…” kata Ezany. Mukanya ceria tiba-tiba.
“You Pian?” Aku bertanya pada Sufian.
“You pergilah dengan Ezany. I dah makan tadi,” balasnya.
“Oklah kalau begitu.” Aku bangun dari kerusi. “Ezany, kita jumpa di Route 94 Café. Kalau you sampai dulu, you tunggu I kat situ. I nak sembahyang kejap.” Aku bersuara apabila mengingati, suruhan-NYA yang satu itu belum aku tunaikan.
Ezany mengangguk. Aku mengalas handbag sebelum melangkah ke arah pintu cabin.
little chit-chat :
n3 yg x menarik. But, that’s all I could do.. :(
ikut perancangan, tempoh pertapaan should be ended next week. reason: currently I’m devoting my free and ‘luxurious’ time, watching tv. Becoz, once again, I’m being infected with full-fever-house + Korean-influenza-drama. Which means, pc has to be ‘untouchable’… n rancangannya, next week (or this wk-end) baru nak curi2 masa post n3 baru.
but… memandangkan ada sorang tu x lupa nak tanya pasal new n3 + suka tanya brp lama lg nak bertapa + suka memujuk n merayu suruh eita ‘balik’ (<-- ayat tmbhan semata2) dlm email n sms dia, skaligus menganggu tempoh pertapaan (miso cyg = :P), eita tukar fikiran. Sian plak kat org tu n readers yg dok tunggu n3 baru. So, here’s the new n3…
