Aku mengacau perlahan jus tembikai di dalam gelas kaca sebelum menyedutnya sedikit. Ezany di hadapanku telah lama menghabiskan Black Pepper Beefnya. Ice lemon teanya juga tinggal suku sahaja. Sedangkan jus tembikai aku masih lebih dari separuh. Dan Chicken Chop, santapanku tadi, terbiar berbaki di atas meja. Aku dah kenyang. Dah tak larat nak menghabiskan saki baki yang tinggal.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Terlintas pantun dua kerat dahulukala itu di benakku. Tergambar di ruang mindaku, dua orang budak dalam lingkungan 7 dan 11 tahun. Aku dan Along. Waktu kecik-kecil dulu, kami selalu berebutkan sofa panjang selepas makan malam. Membaringkan diri di situ sambil mengusap perut masing-masing. Kadang-kadang siap ukur lagi, perut siapa yang paling besar. Dan Ummi kerapkali menegur tabiat buruk kami tu. Katanya tak baik tidur lepas makan, makanan tak sempat hadam. Lepas tu, mulalah kami menunding jari antara satu sama lain. Siapa pun tak mahu mengaku salah. Alangkah lucunya bila mengenangkan semula zaman itu. Bibirku membuah senyuman tanpa aku sedari.
“Apa yang lucu sangat tu? Tak nak kongsi dengan I?” suara Ezany menyapa tiba-tiba. Meleraikan ingatanku yang hendak melayarkan semula rancangan kartun yang pernah aku gemari suatu waktu dulu. Smurf.
Aku memandang wajahnya. Serentak itu, kulit pipiku terasa hangat apabila melihat dia tersenyum mengulum. Mungkin dia seronok melihat telatahku tadi. Malu! Kantoi! Mesti dia ingat aku tengah berangan. Makin kukuhlah ‘dakwaan’ dia nampaknya. Aku pun satu, time ni jugaklah nak ingat benda-benda lama. Buat tebal kulit muka sendiri aje…
Mujur Ezany sudah berubah. Tidak seperti dulu. Jika tidak, harus cuping telinga aku berasap bagai dilumur dengan cili.
Aku ligat berfikir. Mencari jawapan yang enak untuk disampaikan padanya. Nak kata apa? Cakap sajalah apa-apa pun. Belum sempat aku membuka mulut, handset Samsung di dalam handbag menyanyikan lagu dari kumpulan Blue. Saved by the Handset! Selamat! Aku mengucap syukur di dalam hati. Aku menyelongkar handbag, mencari seketul alat penghubung canggih itu.
Redneval. Tertera nama itu di atas skrin. Aku tahu sangat siapa pemanggilnya.
“Excuse me..” kataku pada Ezany. Sebagai tanda menghormati dirinya. Sejurus selepas dia mengangguk perlahan dengan senyuman yang tidak gugur di wajah, aku lantas menekan received call. Anak mataku merenung vase di atas meja. Segan nak memandang Ezany di depanku.
“Assalamualaikum,” sapaku.
“Waalaikummussalam. Kat office ke?” Lancar suara Lynn menerjah cuping telinga. Excited dan tanpa sabar.
“Sorry, hun. Aku bertugas kat luar hari ni,” maklumku pada Lynn.
“Aduh… Honey, aku ada kat area office kau ni. Ingat nak ajak lunch…” Nada Lynn bertukar rendah di hujung talian. Mungkin hampa. Mungkin terkilan. Kerana aku tidak berada di office tika ini.
“A thousand times of sorry, dear. I really can’t make it. Lagipun aku dah ada date for lunch. And currently, I’m in the middle of it. Kau sorang saja ke tu?” tanyaku perlahan. Simpati. Risau. Bergaul menjadi satu. Kesian pulak dekat member baik aku tu. Punah dan musnah harapan dia nak lunch dengan aku. Dan aku juga bimbangkan keselamatan dia yang mungkin berseorangan di situ.
“Tak. Ada colleagues aku dua tiga orang lagi.” Aku menarik nafas lega mendengar kata-katanya. “Kau ada appointment ke sekarang ni?” soal Lynn.
“Appointment tu, tak adalah. Aku kena lawat site. Kebetulan Ezany ada kat sini. So, kitaorang lunch sekali,” ujarku sambil mata dihalakan keluar. Sinaran mentari tetap terik. Tiada awan di langit yang menghalang sinarannya dari memanaskan bumi.
Waiter datang membawakan bil. Ezany yang melayannya. Dia meletakkan beberapa keping duit di dalam dulang kecil yang berisi bil. Aku menjungkitkan kening. Bahasa isyarat bertanyakan jumlah yang perlu aku bayar.
“My treat,” perlahan Ezany menuturkan kata. Seakan berbisik.
“Ezany… Makin bertambah-tambah mesra nampak,” Lynn bersuara di talian. Membawa diriku kembali menumpukan pada dia di sebelah sana. Bait-bait kata yang diluahkan bagai mengandungi maksud tersirat. Maksud yang dapat aku rumus maknanya.
“Kau kan tahu, aku dengan dia dah baik. Tak ada salahnya kan, aku keluar lunch dengan dia,” perlahan aku menuturkan kata. Tidak mahu Ezany terdengar. Sekilas, aku memberanikan diri melabuhkan anak mataku pada Ezany di depan. Mata kami bertaut seketika. Redup sorotan matanya menyapa. Lalu kami berbalas senyuman sebelum aku melarikan pandangan ke sisi. Melihat pemandangan di luar.
Memang sudah kebiasaan, perhubungan yang rapat di antara lelaki dan perempuan sering disalah ertikan. Walaupun sekadar sahabat, acapkali digambarkan lebih dari itu. Kenapa agaknya? Aku tidak pernah dengar ada undang-undang yang mengatakan hubungan di antara lelaki dan perempuan harus bersandarkan kepada perasaan ‘itu’ semata-mata. Entahlah…
“Memang tak salah…” suara Lynn terhenti sekejap. Kedengaran suara-suara asing dibelakang. Berbicara pendek. Barangkali dia mengatakan sesuatu pada kawannya. Aku sabar menanti. “Eh, oklah. Got to go. Enjoy your lunch, cik kak sayang. Talk to you again tonight.”
Fikirku dia ingin menyambung kata-katanya yang tergendala. Tetapi, dia meminta diri pula. Biarlah… Malam karang boleh sambung lagi, desis hatiku.
“Ok. Assalamualaikum. Take care…” pesanku padanya.
“Waalaikummussalam. You too. Kirim salam kat cik abang depan kau tu…” Lynn menyampaikan pesan dengan tawa nakal sebelum memutuskan talian. Sempat lagi tu… ngomelku dalam hati. Saja je dia ni.
Handset dimasukkan ke dalam handbag. Sepi menguasai apabila kami menguncikan bibir masing-masing. Tak tahu nak cakap apa.
“Member I kirim salam,” ujarku memecah keheningan suasana yang semakin mencengkam.
“Waalaikummussalam,” gumamnya perlahan. “Member? Bukan ‘your guy’?” Dia bertanya dengan anak mata yang tajam menikam. Menyebabkan aku sedikit tidak selesa. Jantungku mula mengepam darah lebih banyak dari yang sepatutnya. Seolah-olah ada gelombang berkod rahsia yang tercetus dari ketajaman pandangannya. Sukar untukku ‘pecahkan’ kod rahsia itu. Lalu aku bersikap seperti biasa. Bagaikan tiada apa-apa.
“Nope. The ‘guy’ you’re talking about is actually a lady. Best friend of mine.” Aku membetulkan tanggapannya. Dalam hatiku berdetik, takkan dia tak perasan kata ganti nama yang aku pakai. Aku dan kau. Tak sesuai langsung nak bercakap dengan buah hati. Kalau disebabkan penggunaan dear atau honey, apalah sangat. Panggilan itu bukannya khas untuk lelaki dan perempuan aje.
“Erm… I ingatkan ‘your guy’. Cakap endearing semacam jer,” tukasnya seraya tertawa nipis. Aku dah agak! Straight 90O telahanku tadi. Tepat.
Sorotan matanya yang tajam, telah hilang sama sekali. Aku melepas nafas pendek. Lega!
Aku mengukir senyum. “Kitaorang memang rapat. Dah macam adik-beradik…”
“Unique. Mesti dari zaman budak-budak dulu you berdua dah close…” Ezany menduga.
“Tak. Kitaorang kenal masa study kat UK.”
“Really?” soalnya seperti tidak mempercayai apa yang aku katakan.
Aku mengangguk mengiakan. Selepas itu, dia kelihatan seperti berfikir sesuatu. Apa agaknya? Adakah ia mempunyai kaitan denganku? Hani… perasanlah tu. Macamlah kau tu penting sangat, getus hatiku. Adalah something yang bermain di mindanya tu…
“I think we should go,” usulku setelah memikirkan sudah agak lama kami di sini. Masih banyak kerja lain yang perlu dibereskan. Baik aku mahupun dia.
Tanpa sepatah kata, kami berdua bangun dari kerusi. Melangkah ke arah pintu utama café. Ezany membukakan pintu. Namun, dia tidak melangkah keluar. Aku diserang kehairanan. Dengan isyarat mata, dia mengarahkan aku mendahuluinya.
Oh, patutlah… Sejak bila Ezany bertukar menjadi gentleman? Tanpa dapat ditahan, bibirku mengukir senyuman manis untuknya. Kami berjalan beriringan ke tempat Ezany memarkir CRV.
“You tahu tak, Hadif dah resign dari RKL Land?” soalnya kemudian.
Aku tersentak. Hadif dah resign? Patutlah meeting yang lalu, kelibatnya tiada. Nak bertanya pada En. Salleh waktu itu, segan pula rasanya. Lalu aku menyimpan persoalan itu sendiri. Atas sebab apa dia meletakkan jawatan?
“RKL Land dah hantar notis dekat you?” soalku. Kebiasaannya, pihak syarikat akan menghantar notis kepada syarikat-syarikat yang berkenaan untuk memaklumkan mana-mana staffnya yang berhenti. Demi untuk menjaga kepentingan syarikat. Dan dalam notis itu akan tercatit nama berserta makluman bahawa staff tersebut tidak berhak lagi untuk mewakili bekas syarikatnya.
“En. Salleh beritahu I semalam. Petang ni dia fakskan notis tu.”
Serta-merta terbayang di mindaku, seraut wajah jejaka itu. Dahulu, aku mengharapkan kami tidak bertemu lagi setelah pertemuan pertama. Namun, takdir mengatasi segalanya. Kami bertemu buat kali kedua. Dan ketika aku mengharapkan adanya pertemuan di antara kami, sekali lagi takdir berubah. Kami tak akan bertemu lagi. Sedikit-sebanyak, aku rasa terkilan kerana tak berkesempatan untuk mengucapkan terima kasihku di atas sikap prihatinnya beberapa minggu lalu.
Sesungguhnya sikap ambil berat Hadif di hari penuh sejarah itu masih tertanam kukuh di hatiku. Yang tak mungkin aku lupa dalam masa yang terdekat. Mungkinkah aku masih berkesempatan bertemu dengannya. Di suatu masa dan tempat yang tak mungkin terlintas di fikiranku? Kotak mindaku kembali menayangkan kejadian di hari itu.
little chit-chat :
nak tulis apa ek? *fikir* haa… ini ‘hadiah’ utk readers yg tggu lama n3 lepas… :D
