Pagi Sabtu, aku menelefon Lynn di pejabat. Hasrat di hati, ingin mengajak dia ke KLCC selepas waktu pejabat. Ingin keluar bershopping dengannya. Lynn bersetuju. Dan setelah tamat waktu bekerja, kami bertemu di tempat yang dijanjikan lalu menghabiskan waktu petang kami di bangunan paling megah di Malaysia itu.
“Try yang ni tengok.” Pap! High-heel setinggi 2” diletakkan di lantai. Lynn menyarungkan ke kaki kanannya. Digayakan high-heel itu ke kiri dan ke kanan.
Dibeleknya kasut itu dengan sorotan mata. “2 inch. Ok ke?”
“Ok la tu. Ke kau nak yang 3 inch?” Aku bertanya sambil memerhati kasut-kasut yang dipamer. Pelbagai design, warna dan jenis. Ada yang bertutup penuh. Ada yang bertutup di depan tetapi terbuka di bahagian belakang. Ada jugak yang berkilau-kilauan seperti diamond. Ish! Tak tergamak aku nak pakai kasut bergemerlapan macam tu. Buat silau pandangan orang jer…
“3 inch? Aku dah ada sepasang. Bukannya pakai sangat pun. kita cari yang lower than that lah. or sandals je ke..” Lynn memaklumkan seraya menanggalkan kasut itu dari kakinya. “Other choice?”
Pasti dia kurang bersetuju dengan pilihanku tadi. Entah dah berapa pasang kasut pilihan aku dan pilihannya yang dicuba. Namun, satu pun tak berjaya mencuri hatinya. Sepasang high-heel bertumit 2½” bertali halus berwarna putih dan biru mencuri pandanganku. Segera aku mencapainya dari rak lalu membawanya kepada Lynn.
“Try this one.”
Tanpa berlengah, Lynn terus mencuba. Diikatkan tali belakang high-heel itu di pergelangan kakinya. “Nice… Padan tak?”
Aku membuat isyarat thumbs-up. Sesuai sangat kasut tu dengan Lynn. Design pun ok. Simple and just nice. Tak terlalu ‘crowded’ dan berselirat macam kabel elektrik.
“Kalau jalan dengan pakwe yang tinggi, memang sesuai. Padan. Bak North Tower dengan South Tower, x-WTC tu. Tapi… kalau jalan dengan pakwe yang ‘kureng’ sikit ketinggian dia, erm… macam pokok renek dengan pokok kelapa..” Aku tergelak kecil.
Serentak dengan itu, Lynn membaling tisu di tangannya ke arahku. “Hampeh!” Dia turut tergelak. “Buat perumpamaan ntah apa-apa jer.”
Lynn membuka ikatan di pergelangan kakinya. Kemudian diletakkan high-heel yang telah dicubanya di sebelah. Disarung semula kasutnya.
“Aku choose yang ini la,” tuturnya merujuk kepada high-heel di tangan. “Jom, bayar…”
Lynn menyuakan tangannya ke arahku. Datang dah penyakit malas sendi-urat dia tu, getus hatiku. Aku berpura-pura tidak perasan. Pantas Lynn menampar lenganku apabila melihat reaksiku.
“Habis la bruise lengan aku ni,” ujarku seraya mengusap tempat yang menerima ‘belaian’ dari Lynn. “40 kali keluar dengan kau, 40 kali lengan aku kena smash. Aku bilang kat Ummi karang, baru kau tau.”
“Tak yah susah-susah nak bilang. Ummi kau ada satu jer...Cepatlah, kata nak pergi shop lain lagi,” gesa Lynn. Tangannya disuakan lagi ke arahku. Lambat-lambat, aku sambut jua huluran tangannya.
“Adoi… susah la dapat member yang tak der penyakit tapi sengaja buat-buat ada penyakit ni.” Aku menarik Lynn supaya berdiri. Kadang-kala Lynn memang berperangai begini. Dah masak benar aku. Kalau penyakit yang bukan penyakit tu menyerang, mesti dia nak suruh aku yang tarik dia berdiri dari kerusi. Katanya seronok buat macam tu. Di mana seronoknya, entahlah…
Sesekali aku pun nak peraktis buat macam tu jugaklah. Nak tumpang merasa keseronokan yang dia rasa tu.
“Thanks,” ucapnya dalam senyuman berbunga. Aku hanya menggelengkan kepala. Macam-macam…
Salesgirl yang setia menanti di situ, mengambil high-heel yang diserahkan oleh Lynn. Sejurus selepas itu, dia berlalu pergi. Mencari high-heel yang berpadanan dengan saiz kaki Lynn. Seketika kemudian, dia muncul semula bersama sebuah kotak. Lynn mencuba pula high-heel yang dibawa salesgirl itu.
Apabila Lynn berpuas hati, kami mengorak langkah ke arah cashier. Dua tiga orang customer sedang beratur membuat pembayaran. Lynn mengambil giliran di belakang customer yang terakhir. Aku pula berdiri di sampingnya.
“Lepas ni nak pergi mana pulak?” soalku.
“Mmm… nak pergi mana ek?” Lynn memikir.
“Makan..” ujarku.
“Dah!” Laju Lynn menyambut.
Sebelum datang membelek kasut di sini, kami sempat menjamu selera di food court. Asalnya nak pusing bershopping dulu, kemudian baru menjamu selera. Tapi apakan daya, perut yang aktif ‘berkriok’, memaksa kami ke food court terlebih dahulu. Bila dah kenyang, kami memulakan aktiviti bershopping kembali.
“Bookstore…”
“Dah!” Lynn mengangkat plastic bag berisi novel yang dibelinya di bookstore sewaktu kami mula-mula sampai. Kami saling tersenyum. Hobi yang dikongsi bersama…
“Kita pergi cari attire untuk ke office, nak? AKu nak cari baju baru.” Aku mencadangkan.
Lynn mengangguk bersetuju. Tiba gilirannya, dia mengeluarkan purse lalu membayar harga kasut yang dibelinya. Selesai segalanya, kami melangkah keluar dari shop tersebut.
“Eh, esok datang rumah. Ummi buat makan-makan sikit.” Baru aku teringat pesanan Ummi padaku semalam. Ummi berpesan agar aku tidak merancang sebarang aktiviti luar pada hari esok, hari Ahad. Menurut Ummi, Auntie Sarah akan bertandang. Dan Ummi telah merancang untuk mengadakan majlis makan-makan secara kecil-kecilan sebagai tanda menyambut kedatangan Auntie Sarah ke rumah. Along dan Kak Sofea pun menerima pesanan yang sama. Agaknya Ummi ingin memperkenalkan anak-anaknya pada kakak angkatnya itu.
“Ada occasion apa?” Lynn mengutarakan pertanyaan dengan dahi berlapis-lapis.
“Auntie Sarah, kakak angkat Ummi nak datang. Jomlah, join sekali…” Aku mengajak. “Mesti Ummi masak best,” tambahku memancing perhatiannya.
“Segan la. Auntie Sarah mesti nak jumpa korang je. Cam tak kena pulak, aku nak join sekali. Nanti aku jugak yang rasa out of place.” Lynn menolak lembut.
Segera aku memaut lengannya dan meneruskan langkah kami. “Ala… kau bukannya stranger dengan kitaorang. Bukannya kau tak biasa. Kalau dengan Auntie Sarah tu la yang kau segan, don’t you think I should feel the same way too?” Lembut nada suaraku memujuk. Aku harap sangat kedatangan Lynn esok hari. Sekurang-kurangnya, Lynn turut ada meraikan pertemuan itu nanti.
“Kata Ummi… Auntie Sarah tu ada anak lelaki, about 30 years old. Kalau dia datang, boleh kau berkenalan dengan dia…” pancingku lagi. Redup pandangan mataku meminta persetujuan Lynn. Say yes… Say yes…
Lynn ketawa. “Kau ni…” Dia menggelengkan kepala tak percaya dengan kata-kata dan reaksiku.
“Honey dear… kalau dah macam tu, bukan ke better kalau kau aje yang ‘masuk line’?” Dia menjungkitkan kedua-dua keningnya. Meminta jawapan balas. Sempat tangannya memicit hidungku. Pantas aku menepis dengan tangan kiri tanpa melepaskan pautan tanganku di lengannya.
“Orang nak offer tak nak. Jual mahal. Kau tu patutnya fikirkan hal rumahtangga sekarang. Bina keluarga. Masa study dulu, boleh la kau bagi alasan tak bersedia. Sekarang ni, benda-benda cam tu yang patut jadi keutamaan kau.” Eh, Hani, pulang paku buah keras kat orang lain nampak…
Sengaja aku ‘mencuri’ ayat-ayat yang Ummi katakan padaku tempoh hari. Sekarang, biar Lynn pulak yang terima ‘nasihat’ Ummi tu walau bukan Ummi yang menuturkannya. At least, aku menyampaikan apa yang aku dengar dan tahu.
“Erm… pelik! Kenapa aku rasa macam ada orang yang dah terkena dengan ayat tu jer?” Lynn tersenyum mengulum. Seakan tahu dari mana aku mendapat ayat berunsur nasihat orang tua-tua itu.
Aku melarikan jari telunjuk di pelipis kiri. “Weird. Aku pun ada rasa macam tu. Siapa eh? Entah-entah girls kat depan kita ni tak?” tanyaku pura-pura tidak faham sambil merujuk kepada sekumpulan gadis-gadis muda awal 20-an yang berjalan di hadapan kami.
Lynn memuntahkan tawa melihat reaksiku. “Dah kena cili pun tak terasa pedasnya lagi ke?”
Aku tersengih.
“Seriously Lynn. Datang la esok,” pintaku seolah merayu.
“Tak boleh Hani. Lagipun esok, mama ajak aku temankan dia ke rumah Uncle Yazid. I’d promised her.”
Aku mengeluh hampa. Hampa kerana Lynn tidak dapat menghadirkan diri ke rumahku esok hari…
little chit-chat :
tulis kisah Lynn n hani, teringat member eita. rumah dia x jauh sgt dr rumah eita n kami kenal since kindergarten lagi. Dia skrg kerja di island n cuma sesekali je balik rumah mak dia. tiap kali dia balik, kami mesti jumpa. eita akan pergi rumah dia n then we’ll go to Sunshine (shopping complex yg dekat ngan umah). Normally, kami keluar petang pukul 6 or mlm lepas Maghrib. N balik dr Sunshine, kami mesti singgah restoran tomyam ataupun KFC untuk makan + sembang2. actually, kami jrg nak call or sms each other. So, time2 jumpa cam ni lah, kami bukak semua kisah yg terjadi kat atas diri memasing.
Kami berdua ni ada tabiat yg x leh nak buang smpi skrg --> berjalan sambil paut lengan. Klu eita x buat, mesti dia buat. Kekdg, dlm Sunshine tu pun, kami boleh selamba badak jer buat perangai cam tu. bukannya x tau n x sedar ada org yg tgk dgn pandangan satu macam. sedar! Tp… kami dah biasa cam tu. sometimes, bila kami perasan lirik mata org yg satu mcm, we’ll stop. tapi, sedar tak sedar, lepas tu buat balik. Salah ker kalau dalam hubungan kami, ada kemesraan cam tu? kenapa bila girl+girl wat cam tu, org pandang serong? N bila girl+boy (tanpa ikatan) x der plak org nak macam sampai teruk cam tu. xkan klu wat cam tu meaning both of us ada unnormal relationship? It’s so unfair!!!
~1st time update sblm gi kerja…
~ special dedication : n3 nie khas utk my beloved n dearest sister, miso yg tgh x sihat skrg nie. Akak minta maaf klu buat adik terkejut pagi tadi. X sangka plak dlm keadaan x sihat cam tu adik sanggup dtg cari blog akak… n honestly, I felt guilty.. sorry, eh? Akak doakan adik cepat sembuh + cepat2 riuhkan balik blog akak nie.. :D muaahhh 2 u… cyg budak bucuk!
