Aku menelefon Lynn malam Isnin. Pada minggu keberangkatan aku ke Penang. Juga setelah permohonan cutiku diterima. Aku ingin mengajak dia sekali. Kalau boleh, aku ingin meluangkan masa di sana bersamanya. Sesekali bercuti begini, mesti seronok!
“Lynn, aku nak ajak kau pergi Penang, hari Jumaat ni. Nak tak?” Aku bertanya pantas setelah kami selesai menyapa satu sama lain. Sudah tidak sabar-sabar rasanya, aku nak tahu keputusan Lynn.
“Go to Penang on Friday? Kita dua orang je ker?” soalnya pula.
“Tak. Actually, Ummi yang ajak. Pergi rumah kakak angkat Ummi. Nak tak?” Aku merenung siling bilik. Haruman lavender nyata memenuhi ruang udara. Samsung ditekapkan lebih rapat ke telinga kanan.
“Jumaat ni? Kena apply cuti eh?” Lambat-lambat Lynn bertanya di sebelah sana talian.
“Kau kena sampuk ke ni? Dah nama pun hari Jumaat, kena ler apply cuti. Lain la kalau kita tinggal di Kedah atau Kelantan…” sahutku dengan tawa kecil. Lucu dengan tindakbalasnya. Nak kata ‘mamun’ lepas bangun tidur, tak jugak. Kata Lynn tadi, dia tengah check e-mail sewaktu aku telefon. Then, what’s wrong?
“Sorry ler, dear. Otak aku pick-up speed dia lambat sikit hari ni. Agaknya ‘jammed’ teruk sangat kot sebab buat costing dari pagi sampai petang. Naik blur aku dibuatnya.”
“Patutlah… cakap pun cam tak betul…” kataku seraya menarik bantal peluk di sisi.
“Back to your tempting plans. Bunyi cam hard to resist. Tapi, aku kena check planner dulu. Kau tunggu jap, okay?” pintanya.
“Take your time. But don’t be too long kalau kau tak nak aku claim duit panggilan hujung bulan nie,” selorohku bersama ugutan. Beberapa saat berlalu, aku sabar menanti dan menunggu keputusannya. Dalam hati aku berdoa agar dia free daripada meeting atau appointment pada hari Jumaat itu.
“Hani…” suara Lynn kembali terdengar di hujung sana.
“Still here.”
“Aku tak boleh pergi. Ada important meeting hari tu. So sorry to let you down, hun,” sedikit sayu nada suara Lynn memohon kemaafan. Mungkin terbit atas rasa bersalah kerana tidak mampu menunaikan harapanku.
Aku melepaskan keluhan pendek. “It’s okay. Nak buat macam mana… Maybe next time kalau Ummi nak pergi lagi, kau boleh join.”
“Insya-ALLAH.”
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
“Besok kau bertolak pukul berapa?” tanya Nor Suhana ketika waktu rehat hari Khamis. Lunch time yang masih berbaki lebih kurang 15 minit lagi, kami gunakan dengan membuka ‘kedai kopi’ sementara di dalam pejabat. Well… nak gigih buat kerja pun, tiada benda urgent yang perlu disiapkan.
“Dalam pukul 8.30 pagi,” jawabku.
“Aku cadangkan kau pergi Spice Garden. Cantik. Ada tanaman herba dan air terjun kat dalam tu. Swing pun ada. Sambil berbuai kau boleh tengok air terjun,” cadang Nor Suhana yang pernah menjejakkan kaki ke Penang baru-baru ini. Dia duduk menyandar di sofa biru dengan Berita Harian di tangan.
“Interesting suggestion! Kalau aku round island, boleh la singgah.” Aku mencapai The Star di atas coffe table di ruang membaca yang kami duduki. Di Menhir Architect, En. Rozan menyediakan satu ruang khas untuk membaca. Berbagai-bagai jenis majalah yang kebanyakan berkaitan bidang hartanah dan juga newspaper di sediakan. Untuk menambahkan pengetahuan disamping menyahut seruan kerajaan.
“Kau bukan bercuti di Penang ke?” soalnya kehairanan. Diturunkan sedikit Berita Harian yang dibacanya. Dipusatkan pandangan padaku.
“Mainland. Not island. Aku maybe stay kat Kepala Batas, coz mak Auntie Sarah tinggal kat sana.” Aku memaklumkan.
“Auntie Sarah? Siapa dia tu? Bukan kau pergi dengan family ke?” soalnya bertubi-tubi. Meluahkan segala apa yang bersarang di benaknya. Dia meletakkan Berita Harian di atas riba. Memberikan sepenuh perhatian terhadapku.
Aku tersenyum kecil sebelum membalas “Aku dan Ummi je yang pergi. Along dan Kak Sofea tak. And Auntie Sarah tu, kakak angkat Ummi. Diaorang yang rancang trip ni. Aku just ikut je,” terangku. Menerangkan duduk perkara sebenar pada dia.
“Macam tu rupanya… Ingatkan family trip…”
“Dina! Aku dengar ada orang nak menyeberang Penang Bridge esok,” suara Shahrul mencelah tiba-tiba. Mengejutkan aku dan Nor Suhana. Bagi salam pun tak. Apa pun tak. Main serbu tak pakai helmet sungguh mamat ni. Nasib baik tak ada sesiapa antara aku dan Nor Suhana yang ada heart attack…
“Chori-chori chupke-chupke betul. Pergi tak nak bagitau orang…” sampuk Nazri pula. Terpacak mereka berdua berdiri di hadapan kami. Pecah tawa kecil aku dan Nor Suhana mendengar bahasa Salman Khan yang diguna pakai oleh Nazri.
Dengan sisa tawa yang masih ada, aku meletakkan The Star di atas coffe table semula. Tiada gunanya nak concentrate membaca kalau dua orang insan ini berada di sini. Takkan berjaya. Sia-sia saja…
“In a blink jer, the news has spread… I’m amazed. Too fast too furious sungguh. Aku bukannya tak nak bagitau kat korang. Aku baru jer bercadang nak buat announcement kat CNN,” jawabku.
“Too late. News basi cam ni CNN dah tak nak terima dah.” Penuh serius Shahrul menjawab.
“CNN tak nak terima, aku jual kat BBC,” jawabku lagi. Sambil cuba berjenaka.
“Pun tak laku,” sahut Nazri pula.
“Aiseh, bukan salah aku la guys. Aku memang bercadang nak bagitau kat korang berdua. Tup-tup, korang dah tau dulu. So, there’s nothing I can do when things turn out this way… Takkan kau nak suruh aku paksa sesiapa yang jadik reporter tu, tarik balik semua kata-kata dia kot…” ujarku memancing simpati.
“Korang ni datang baling ‘bom’ cam tentera marin US,” perli Nor Suhana pada mereka berdua. Mencelah secara tak langsung perbualan kami bertiga.
Mereka tersengih sebelum duduk di sofa hadapan. “Kitaorang baling bom tangan jer. Tak sampai hati nak baling bom atom. Nanti kitaorang jugak yang tak de peluang nak import barang dari Penang…” kata Nazri.
“Aku dah agak dah. Datang bagi pendahuluan kaw-kaw cam kopi cap kapal api, and then relax jer minta Dina tolong beli barang kat korang,” ujar Nor Suhana dengan cebikan pendek. Sengaja nak memperli cara Nazri dan Shahrul yang datang secara tetiba dan kemudian ingin memesan barang setelah sesedap rasa ajinomoto diaorang ‘melaser’ aku.
Mereka ketawa kecil. Aku turut juga ketawa.
“Kau nak suruh import apa? Setakat tiny little things yang muat dalam bonnet, boleh la. Bigger than that… Hard to say – I’m sorry. Aku pun tumpang kereta orang jer,” kataku. Aku ke Penang esok hari, bukannya dengan kereta sendiri. Tetapi menumpang kereta Auntie Sarah. Pada mulanya, memang aku ingin drive sendiri. Tapi, Auntie Sarah menghalang. Katanya, lebih baik aku dan Ummi pergi sekali dengan dia. Memandangkan hanya dia dan Adelia sahaja yang akan bertolak esok.
“Aku order penang bridge, leh?”
“Aku lak nak order ferry Pulau Rawa, boleh?”
“Korang nie the owner of Penang Bridge or Penang Port ke?” Belum sempat aku menjawab, Nor Suhana bertanya.
“Lah… kalau kitaorang ownernya, buat pe nak susah-susah suruh Dina bawak balik penang bridge or ferry tu… Apa punya pemikiran la,” balas Shahrul. Nazri menyambut kata-kata Shahrul dengan ketawa mengekek. Terkekeh-kekeh mereka ketawa. Memang Nor Suhana dah terkena dulu sebelum sempat dia mengenakan mamat dua orang di hadapan kami ni. Aku hanya tersenyum memerhati tingkah mereka bertiga.
“You all berdua…”
“Irdina!” Kata-kataku tergantung apabila sepatah namaku dipanggil oleh Ezany. Dia berdiri elok di sebelah kiri Nazri bersama briefcase di tangan.
Aku mengukir senyuman buatnya. “Ada apa?”
“I dengar you off, tomorrow. Is it true?” Dia bertanya. Diletakkan briefcase di atas carpet.
Aku melepaskan tawa nipis sebelum membalas pertanyaannya. “I nak pergi Penang. Why? You pun nak order barang jugak ke?”
Tetiba jer hari ni, kecoh pasal aku nak ke Pearl of The Orient. Mula-mula Nazri dan Shahrul. Lepas tu, turn Ezany. Entah siapa pulak yang mengutarakan soalan yang sama lepas ni. Dah tak ada news lain yang lebih havoc dari kisah aku ke? Padahal, bukan menarik sangat pun kisah aku tu. Just a trip to Penang. Lain lah aku ke Korean atau Europe, logiklah nak sebarkan ke serata alam pun…
“I tak nak order apa-apa. Berapa hari you nak ke sana?”
“3 days only. Ahad dah balik.”
“I see… Have a safe journey. And take good care of yourself,” ujar Ezany penuh ikhlas.
“Thanks… Confirm you tak nak apa-apa?” tanyaku lagi meminta kepastian. Sementara aku buka offer, lebih baik dia gunakan sebaiknya. Kalau dah tutup nanti, memang dah tak ada peluang lagi dah. Namun, tak aku luahkan detikan hatiku itu.
“Rasanya, tak ada. One more thing… please make sure you’ll be back on Monday,” luahnya seraya menjinjit briefcasenya semula.
“If I won’t…” Aku memberanikan diri menduga.
“If you’re heartless enough to see me suffer, you buatlah…” Dia mengenyitkan mata. “I pergi dulu guys. Assalamualaikum,” ucapnya seraya berlalu pergi. Meninggalkan aku terpinga-pinga di sofa. Salamnya ku jawab di dalam hati.
Apa maksud dia? Aku keliru. Sekilas aku menjatuhkan pandangan pada Nazri dan Shahrul di hadapan. Mereka memandang aku semacam sahaja. Dan aku dapat mengagak maksud Ezany. Rindu?
Aku mencapai Berita Harian yang diletakkan Suhana dengan lakonan bersahaja. Bagaikan kehadiran Ezany tidak memberikan apa-apa impact. Walhal, kata-katanya tadi membuatkan dadaku berdebar dari biasa. Biarpun debaran itu hanya terasa setelah dia pergi.
“Have a safe journey. Take good care of yourself…” Shahrul mengulang semula ayat yang diucapkan Ezany. “Concern giler. Cam bagi nasihat kat bini jer…” Terasa darahku berderau ke muka mendengar ayat terakhir Shahrul.
“Korang berdua got something goin’ on, eh?” tanya Nor Suhana dengan sengihan panjang. Menyedarkan aku akan kehadirannya di sisi. Sebentar tadi, aku terlupa langsung bahawa dia juga turut bersamaku.
“Kalau kau tanya one million dollar question kau tu kat BSB, maybe you’ll get a yes. But from me… it’s a no,” jawabku dengan suara yang cuba di kawal. Tidak mahu kedengaran sumbang di pendengaran mereka bertiga. Apatah lagi, dengan debaran yang belum berkurang, dah pastilah ‘tertangkap’ dek mereka andainya tone suaraku lari dari nada yang biasa.
“Positive? Or actually you’re hiding something from us?” Tanpa berlengah, Shahrul mengemukakan soalan bonus. Aku terpana dengan anggapannya.
Baru aku nak bercakap, Nazri pula menambah “Sejak dua tiga minggu lepas, aku tengok korang rapat jer. Keluar makan sekali. Gurau-gurau. Sometimes, gaya percakapan, mengalahkan orang bercinta. Mustahil tak de apa-apa.”
Di tika dan saat ini, tiga pasang mata merenungku tajam. Menunggu jawapan balas dariku. Serba tidak kena aku jadinya. Sebetulnya, memang tiada apa antara aku dan Ezany. Takkan aku nak mereka cerita sesuatu yang sememangnya tidak pernah berlaku. Malah, tidak pernah terlintas di hatiku pun.
little chit-chat :
adoiiii… connection betul2 wat hal! X pernah2 kena menapak gi cc update blog, ari ni kena wat. tp… there’s always a first for everything, right? :( actually, eita dah 4 ari x leh online. Bila dah habis semua daya usaha, terpaksa wat report kat tmnet. N menurut operator yg ambik report tu, eita kena tggu 3 ari hingga diaorng settlekan masalah eita tu. which means minggu depan br boleh guna. itu pun lom tentu… n kalau eita terlmbt post n3 yg seterusnya ni, harap2 readers semua b’sabar ek. klu x der new n3 till the end of dis or next week, maknanya connection eita tu still ada masalah… :(
in the meantime, enjoy OST dr drama Full House <-- one one my fav song + yg satu lg lagu yg eita suka tajuk lagunya I think I by Byeol. Eita dah khatam cite Full House, beli dis week. Mmg besh giler! Seronok tgk gelagat Ji-Eun + Yeong-Jae…
