Aku melemparkan pandangan ke segenap alam. Memerhati sawah yang menghijau. Bukit-bukau yang berbalam di kaki langit. Indah. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar lembut ke pipi. Nyaman. Tenang rasanya hati dapat menghirup udara segar. Jauh dari kesesakan traffic jam dan asap-asap kenderaan yang sentiasa menyelubungi bandaraya KL. Berbaloi aku mengikut Ummi ke mari.
Hanya kami berempat – aku, Ummi, Auntie Sarah dan Adelia yang bertolak pagi tadi dari KL. Dan setelah hampir lima jam perjalanan, akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di hadapan rumah batu dua tingkat milik mak Auntie Sarah. Rumah yang di bina di atas tanah lot dan dikelilingi sawah padi. Sebaik tiba, aku terus diperkenalkan dengan keluarga Auntie Sarah yang tinggal di sini.
Suara kanak-kanak terdengar di telinga. Lalu aku menoleh ke belakang. Kelihatan empat orang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 9 dan 10 tahun, sibuk bermain guli dengan riuh rendah. Macam bermain 10 orang saja. Aku mengatur langkah mendekati mereka.
“Mat Pet, giliaq hang,” laung seorang budak lelaki berseluar pendek hitam tanpa baju pada Hafeez, anak kepada Chu. Chu adalah adik bongsu Auntie Sarah yang tinggal bersama Mak Tok. Janggl rasanya nak panggil mak Auntie Sarah dengan panggilan itu. Yelah, aku bukannya cucu dia. Tapi, memandangkan Mak Tok sendiri yang menyuruh aku menggunakan panggilan itu – sama seperti Adelia, aku cuba juga.
“Woi Yun, injak tepi sikit, aku nak tuju. Kena hang sat gi, aku tak tau,” kata Hafeez seraya mengambil tempat di garisan yang telah ditandakan di atas tanah. Sekali tengok, tak ubah seperti bermain lawnball kat track.
Budak lelaki yang dipanggil Yun itu bergerak ke sisi. Sedikit menjauh dari bulatan atas tanah yang tersusun biji guli di dalamnya. Setelah itu, Hafeez meleretkan sebiji guli di atas tanah. Dan tanpa disangka, guli itu bersentuh dengan guli-guli lain di dalam bulatan lalu terkeluar dari situ.
“Yes!!” Hafeez menjerit kegirangan. Dia berlari mengutip biji-biji guli yang terkeluar dan menyimpannya di dalam poket seluar yang semakin memberat dengan biji-biji guli. Aku yang menyaksikan mereka bermain, tersenyum kecil. Tumpang berkongsi keseronokan mereka.
“Feez, ajak Kak Hani main sekali. Dia teringin tu. Dari tadi, Kak Lia tengok dia berdiri kat situ dengan tak berkelip biji mata. Kalahkan orang tengok final match between Brazil and Jerman untuk World Cup,” usik Adelia dari atas pangkin di bawah pokok. Dia duduk tersengih di situ bersama sepiring kuih bingka ubi.
“Boleh ek, Feez?” Aku bertanya penuh minat. Permainan mereka yang rancak, terhenti.
Demi mendengarkan permintaanku, keempat-empat mereka memuntahkan tawa. Barangkali gelihati melihat ‘budak’ sebesar aku ingin turut serta bersama mereka. Aku cuba menahan diri dari ketawa. Dah lama tak melayan karenah budak-budak…
“Bagi jer Feez, kempunan Kak Hani nanti bila balik KL…” tambah Adelia lagi.
Dengan senyuman yang berbunga-bunga, Hafeez bersuara “Kak Hani tau main dak?”
“Akak tengok senang jer. Just baling je kan?” Aku meminta tunjuk ajarnya. Macam beria-ia benar nak bermain.
“Akak pi beli guli dulu. Baqu buleh main…” Yun menyampuk.
“Ala… guli korang kan banyak, jual je kat akak. Boleh tak?” pintaku dengan penuh kesungguhan.
“Kalau lagu tu, kami juai mahai sikit. Mau dak?” Yun bertanya. Yang dua orang lagi tu, diam tak berkutik. Hanya memasang telinga dan mata melihat kami bertiga menjalankan ‘urusniaga’.
Aku tersengih. “Jangan la jual mahal sangat. Akak tak mampu beli…” Aku merayu dengan mempamerkan muka kasihan. Memancing simpati mereka. Adelia di atas pangkin dah ketawa mengekek melihat aku melayan budak-budak ini.
Yun pantas menyahut. “Sebiji sekupang?” Bibirnya mengukir sengih.
Hampir terbeliak biji mataku mendengarnya. “Sekupang?” ulangku semula. “Mahalnya… Kurang la sikit, dik.” Aku cuba tawar-menawar. Budak-budak sekarang pandai bermain duit, detik hatiku. Biasalah bila dah hidup dalam zaman yang serba-serbi memerlukan duit ni. Susah nak mencari benda free sekarang.
“Akak…” Aku menoleh pada Adelia seketika. Urusan bargain kami tertangguh. “Kalau Auntie Min keluar nanti, tengok akak ber‘geng’ dengan budak-budak tu, boleh pengsan dia, kak,” Adelia bersuara diiringi tawa kecil. Aku tersenyum mengulum.
“Feez, cancel lah. Akak tak jadik main. Takut mak akak pengsan pulak nanti…” ujarku dengan senyuman nipis.
Hafeez ketawa lalu disambut tawa kawan-kawannya. “Bukan mak kak ja. Mak kami pun pengsan sama…” tambah Yun sambil ketawa mengekek. “Mai nak tuqut kami balik, tengok-tengok, kami dok main ngan oqang besaq. Tak penah lagi kat kampong ni, oqang besaq main guli ngan budak kecik.”
Sekali lagi, pecah tawa Adelia mendengar kepetahan Yun berkata-kata. Begitu juga aku. Pandai sungguh. Anak siapa la agaknya.
“Oklah. Akak tak nak kacau korang. Main la puas-puas.” Aku berjalan ke arah Adelia. Kemudian, melabuhkan punggung di sebelahnya. Mata masih dihalakan pada budak-budak yang kembali menyambung permainan yang tergendala. Aku melihat gelagat mereka.
“Akak dengan budak-budak pun menjadi,” luah Adelia.
“Sesekali, Lia. Kat KL tak ada masa nak mengacau budak-budak macam ni…” kataku dengan senyum pendek.
“Makanlah, kak,” pelawa Adelia. Disuakan sepiring bingka ubi itu padaku.
“Thanks,” ujarku seraya mencapai sepotong. Sedikit demi sedikit disuapkan ke mulut. Sedap!
“Lia bawak dari KL ke?” soalku ingin tahu.
“Tak. Mak Tok yang buat. Sedap kan?”
Aku mengangguk perlahan. Mengakui kesedapan hasil tangan Mak Tok. Buat beberapa ketika, kami terdiam tanpa kata. Khusyuk memerhatikan budak-budak bermain. Hafeez sedang sibuk mengeluarkan guli dari dalam poket. Di simpannya guli-guli itu di dalam tin Milo besar yang terselindung di balik batang pokok bunga raya.
“Once a while, bercuti cam ni, best rasanya…” ujarku mengusir kesepian yang bertandang.
“Hmm… Lia setuju. Sebab tu, tiapkali Lia tension hidup kat KL, Lia balik ke sini,” maklum Adelia padaku.
“Selalu ke?”
“Dalam setahun tu, ada la lima atau enam kali.”
Aku mengangguk lagi.
“Kampung akak di mana?” tanya Adelia pula.
“Kampung?” Aku menghentikan kata-kata seketika. Layakkah Kuala Lumpur di gelar kampung? “Ummi dan arwah ayah berasal dari Kuala Lumpur. Kira kampung ke tu?”
“Kampung-bandar, kak…” sahutnya.
Dari jauh, kelihatan sebuah Rexton berwarna hitam bergerak perlahan menyusuri jalan tar yang sedikit sempit. Pemandunya perlu berhati-hati jika tak ingin keretanya tersadai di dalam parit. Entah rumah siapa menjadi sasarannya. Tatkala tiba di persimpangan ke rumah Mak Tok, Rexton itu membelok ke kanan. Lalu berhenti di halaman rumah. Plat nombornya bermula dengan ‘W’. Dari KL kah? Siapa gerangannya? Aku tertanya-tanya. Ah, agaknya saudara-mara Mak Tok, telahku.
Pintu di sebelah pemandu terbuka. Sesusuk tubuh yang masih berpakaian pejabat melangkah keluar. Dah tentu selepas waktu kerja, dia terus ke mari, telahku. Setelah pintu ditutup, dia berpusing mengadap ke arahku dan Adelia. Dan tatkala wajah pemiliknya terlayar di hadapan mata, aku terpaku. Tergamam.
Dia?! Bagaimana dia boleh berada di sini? Dan apakah tujuannya menjejakkan kaki ke rumah Mak Tok?
little chit-chat :
connection dah ok. Alhamdulillah… anni, berkat komplen anni ker tu? hahaha
bila sweetCandy + honeyDew asyik pujuk memujuk nak baca n3 satu sama lain. Inilah hasilnya… n3 baru. yg untung sapa? Readers gak! : D hD, sian dier x leh nak cuti lelama. Habislah angan2 nak cuti dua minggu ek? x per. Lepas ni sambung balik cuti. sC pun rasa cam nak amik mc gak arr… kekeke. Err, nak cuti lagi? Hari tu kan dah cuti ke? *wat2 lupa* miso.. jgn mengamuk arrr…
Pst… anak aunty sarah dah muncul. Nak tahu sapa, tunggu next n3.. muahahaha *saja nak mendera*
