Episod 41
Dia melemparkan senyuman. Manis sekali. Terhias lesung pipit di pipi kirinya. Aku tak pernah sedar pulak, dia dikurniakan daya penarik itu. Memang aku tak pernah perasan. Sebuah senyuman turut menghiasi bibirku. Biarpun, rasa terkejut yang menimpa masih belum berkurangan. Aku benar-benar tak percaya yang dia berada di sini…
“Abang!” jeritan kecil Adelia menambahkan lagi rasa terkejutku. Abang? Biar benar. Adakah insan yang berdiri di sisiku dan insan yang berdiri di sisi Rexton itu bersaudara? Dua beradik. Fikiranku kembali mengimbas cerita Adelia dahulu. Tentang abangnya yang tua 3 tahun dariku. Yang bekerja di syarikat ayahnya. Diakah orangnya? Tak salah lagi. Aku yakin tekaanku tidak meleset. Hadif memang anak Auntie Sarah. Betapa sempitnya dunia ini…
“Kata sampai malam karang?” tanya Adelia.
“Tak jadik. Ayah ajak balik awal. Lepas sembahyang Jumaat, terus kami bertolak,” jawabnya dengan mengatur langkah menghampiri kami.
“Kenapa tetiba ayah tukar plan plak?” tanya Adelia lagi. Aku cuma pasang telinga saja. Tak mahu menyampuk. Lagipun, perkara yang diperkatakan mereka, tiada kaitan denganku.
“Ntah. Abang ikut je. Erm… Macam mana awak boleh ada kat sini?” Hadif bertanya padaku pula. Aku dah agak, lambat-laun soalan itu pasti akan dibangkitkan. Pasti dia juga ingin tahu, bagaimana aku boleh berada di rumah Mak Toknya.
“Saya ikut Lia…” jawabku ringkas tanpa menerangkan hakikat yang sebenarnya. Hakikat bahawa aku anak Ummi…
“Abang kenal Kak Hani?” celah Adelia dengan suara bagaikan tak percaya. Membuntang matanya merenung kami silih berganti.
Hadif tersenyum nipis. “Kenal cam tu aje. Nanti abang ceritakan. Now is not the right time,” balas Hadif. “Hmm… mana adik kenal kakak ni?” Nampak sangat, dia benar-benar ingin tahu apa yang menyebabkan aku ‘terdampar’ di sini.
“Dialah anak Auntie Min yang adik ceritakan kat abang…” Adelia menerangkan. Dan untuk kali ketiga, aku dilanda kejutan. Cerita apa yang Adelia sampaikan pada Hadif? Kisah apa yang dibukanya. Teringin juga aku nak tahu. Mana tahu, dia ada ceritakan kisah yang tak sepatutnya…
Tapi, bila difikirkan balik, cerita apa yang mampu Adelia ungkapkan. Sedangkan pertemuan kami hanya sekali. Itupun dirumahku dua minggu yang lalu. Mustahil dalam masa sehari itu, sudah banyak yang Adelia tahu tentang diriku. Atau mungkin Adelia hanya mengatakan bahawa aku anak Ummi. Setakat itu aje. Boleh jadik juga. Ish, kenapa aku suka berfikir lebih-lebih?
“Assalamualaikum…” seorang lelaki berumur muncul di sebalik Rexton yang terparkir. Di hadiahkan senyuman buat kami.
“Walaikummussalam…” Aku dan Adelia menjawab serentak. Ku kira lelaki itu ayah pada mereka berdua. Iras wajahnya tidak jauh berbeza dengan Adelia. Senang saja untuk mengecam.
“Uncle rasa… ini mesti Hani, kan? Anak Min? Betul tak?” uncle yang masih tidak ku tahu namanya itu menduga.
Dengan senyuman, aku mengangguk. Tepat sekali sangkaannya. Mesti banyak yang dia tahu tentang keluargaku. Dah tentulah Auntie Sarah yang banyak memainkan peranannya.
“Sampai pukul berapa tadi?” Uncle itu bertanya. Aku tak tahu soalan itu ditujukan padaku atau Adelia.
“Lebih kurang pukul 2. Uncle, duduklah…” pelawaku seraya bingkas bangun. Aku hampir terlupa yang aku tidak sepatutnya membiarkan dia terus berdiri sedangkan aku bersemayam bak puteri kayangan di atas pangkin. Tidak sopan. Walau pangkin ini muat untuk 4 orang, mungkin uncle segan untuk melabuhkan dirinya memandangkan aku turut duduk di situ. Jadi, aku harus mengalah.
“Eh, tak pelah. Hani duduklah. Uncle nak masuk dalam dulu. Nak jumpa Mak Tok. Jom, Hadif…” Dia mengajak. Tanpa menunggu lama, dia berlalu pergi. Menghala ke pintu utama rumah dua tingkat di sebelah kananku.
“Tak sangka awak rupanya anak Auntie Min. Memang kecik dunia ni…” luah Hadif sambil bergerak ke pintu passenger Rexton. Aku dan Adelia memerhatikan tingkahnya tanpa sebarang kata. Apa yang dibuatnya tu?
Dia mengeluarkan baggage dari seat belakang. Ceh, buang masa betul! Aku ingatkan apa benda yang dia nak buat. Sia-sia aku perhatikan dia macam hawk. Then, what did you expect, Hani? A dozen of white roses complete with lavenders? Soalku sendiri. Tak lah hingga ke tahap tu…
“Adik, abang jumpa Mak Tok dulu. Nanti kita borak lagi. You too, Irdina.” Dia melangkah pergi. Aku menghantar pemergiannya dengan pandangan mata.
“Irdina? Kenapa abang panggil akak dengan nama tu?” soal Adelia pelik. Segera aku melabuhkan anak mata di wajahnya. Dahinya yang putih kemerahan berkerut sejuta.
“Sebab kat office, semua orang panggil akak dengan nama tu…” jawabku dengan senyum nipis.
“Ohhh…”
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
Setengah jam berlalu. Aku dan Adelia masih lagi berteleku di atas pangkin. Berbual-bual kosong sambil menikmati keenakan bingka ubi. Angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman bertiup, menambahkan keasyikan kami berehat di bawah pohon merendang. Uncle Razlan dan Hadif masih tidak keluar setelah membawa diri ke dalam rumah. Rasa-rasaku, Hadif sedang merehatkan diri. Maklumlah, hampir sepetang dia memandu. Siapa yang tak letih? Kalau aku, pasti sedang berbaring di atas katil saat ini. Dengan mata terpejam. Mujur perjalanan tengahari tadi, aku, Ummi dan Auntie Sarah bergilir-gilir memandu. Tidak lah terasa letih sangat.
Sesaat nama Hadif hadir di fikiran, bayangnya orangnya ikut terlayar di anak mata. Dia dan Mak Tok mengorak langkah ke halaman rumah. Kemeja dan slack hitam yang di pakai waktu tiba tadi, telah bertukar ganti dengan T-shirt dan khakis. Kemas dan bersih. Rambutnya sedikit basah. Nyata, dia baru selesai mandi. Di tangannya, tergenggam sebilah parang. Tajam. Aik, dia ni… kepala siapa pulak yang nak dipancungnya? Dia nak mengamuk ke?
“Abang, nak ke mana? Siap dengan parang plak tu?” Adelia bertanya setelah Hadif tiba di depan pangkin. Berlapis-lapis dahinya. Hairan seperti aku juga.
“Nak ambik tebu? Nak ikut?”
Oh, ambik tebu… Aku ingatkan nak mengamuk macam Nasir Bilal Khan. Buat suspens jer…
“Nak. Dah lama tak makan tebu original,” sahut Adelia lalu berdiri. Keceriaan terlukis di mukanya. Tebu original? Pasti tebu fresh yang diambil dari perdu, telahku. Memang bersesuaian pun di ‘anugerahkan’ nama tu.
“Hani tak mau ikut ka?” tanya Mak Tok padaku. “Pi la skali.”
“Jomlah kak. Boleh jalan-jalan,” tambah Adelia sambil mencapai tanganku. Ditariknya aku supaya berdiri. Antara mahu dengan tidak, aku bangun juga. Kerana tidak mahu menghampakan Adelia.
Kedua-dua beradik itu mendahuluiku. Pintu pagar menjadi sasaran utama langkah kaki mereka. Laju sahaja mereka berjalan. Mereka dah tahu tempatnya di mana, dah tentulah macam bullet train saja langkahnya. Aku yang tidak tahu ini juga tertinggal di belakang. Terpaksa menempah flight kedua. Kalau masuk reality show – Amazing Race, pasti aku kalah.
Hampir 2 kaki dari jarakku dengan pintu pagar, baru aku perasan. Mak Tok tiada. Ingatkan aku yang lambat, rupanya ada yang lagi lambat dariku. Hadif dan Adelia pun satu, dah tahu Mak Tok tak secergas orang muda, masih lagi bergerak selaju bullet train. Dah tak tahu nak slow down pace diaorang tu ke? Ish!
Segera aku berpaling semula. Niat di hati, ingin berpatah balik. Ataupun menunggu di tempatku berdiri sehingga Mak Tok berjaya menyaingiku. Malangnya, kelibat Mak Tok tiada. Pelik. Tiba-tiba saja Mak Tok missing in action… Ke mana menghilangnya Mak Auntie Sarah tu? Aku mengimbas setiap ceruk ruang yang mampu dilihat olehku. Mencari-cari sesusuk tubuh Mak Tok…
“Kenapa?” suara Hadif menyapa. Bila masanya dia berpatah balik?
Dan tanpa memandang wajahnya, aku berkata “Mak Tok…”
“Kenapa dengan dia?” soalnya Hadif lagi.
Aik? Nenek dia vanished pun boleh buat tak endah…
“Mak Tok awak tak der…”
“Dia dah masuk dalam rumah.”
Saat itu juga, aku memandang Hadif. “Mak Tok awak tak ikut ke?”
“Tak. Siapa cakap dia ikut?”
Aku menjungkitkan kedua-dua bahu. Bukan ada sesiapa cakap, saya jer yang pandai-pandai buat telahan sendiri, aku menjawab dalam hati.
Kami bertiga kembali mengorak langkah. Kali ini, kami berjalan beriringan. Bertiga. Mereka berdua membawaku ke kawasan sawah padi. Aku menjangkakan, tebu-tebu itu berada di tepi jalan atau di kawasan kebun kecil. Rupanya, tidak. Untuk sampai ke kawasan tebu-tebu itu di tanam, kami bertiga terpaksa meniti batas kecil. Batas yang muat untuk sebelah tapak kaki sahaja. Masalah…
Adelia terlebih dahulu melangkah. Penuh hati-hati dia berjalan. Hadif pula sibuk melipat kaki seluar khakisnya. Barangkali takut terkena lumpur. Manakala aku masih menimbang baik-buruknya aku menjejakkan kaki di atas batas kecil itu. Kalau bernasib malang, berselut badan aku dibuatnya. Macam mana ni…
“Jalan…” Hadif sedikit mendesak. Dia bagaikan tidak sabar nak memenggal batang-batang tebu yang kekuningan di hujung sana. Nak tunjuk aksi samurai dia kot.
Akhirnya, aku melangkah ke hadapan juga. Satu-persatu tapak kaki diatur meniti batas kecil itu. Aku perlu berwaspada. Tersilap langkah, bahaya menanti. Aku tak ubah seperti sedang melakukan pertunjukan sarkas. Berjalan atas tali. Aku berusaha mengimbangi diri sebaiknya. Agaknya ada tak harapan untuk aku buat aksi ngeri tu, lepas aku ‘lulus dengan cemerlang’ meniti batas yang memanjang ni…
Dan entah bagaimana, dalam penuh kewaspadaan itu, aku tersilap langkah jua. Kaki kiriku tergelincir dari laluan yang sepatutnya. Jantungku mula berlari laju. Aku mula terawang-awang. Serentak itu, aku memejam mata, tidak sanggup melihat air di dalam petak sawah memercik ke muka. Bersama itu juga, bayangan diriku di dalam keadaan basah kuyup dan bersalut lumpur menjelma. Tidak…
Pantas aku membuka mata semula pabila lenganku dipegang seseorang. Kejap. Kukuh. Pegangannya itu menghalang aku dari terus membuat aksi terjunan-tanpa-papan-anjal ke dalam lumpur. Mujur. Aku menarik nafas lega. Kemudian, anak mataku singgah pada lima jari-jemari yang masih utuh kedudukannya di lenganku. Pemiliknya berdiri di belakang. Hadif. Kami terkaku beberapa detik. Tak berganjak.
Menyedari bahawa jari-jemarinya sudah ‘terlebih’ lama mendarat, Hadif cepat-cepat meleraikan pegangan. Juga mengembalikan aku ke alam reality. Dalam hati, aku tidak henti-henti memanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa. Pertama, kerana aku terselamat dari air lumpur itu dan yang kedua kerana Hadif memegang lenganku yang ditutupi baju berlengan panjang. Dia tidak memeluk pinggangku secara spontan. Nasib baik!!!
“Thanks…” ucapku setelah berjaya mengawal diri.
“No prob. Be a little more cautious,” nasihatnya lembut.
“Kalau awak tak pegang saya tadi, pasti saya dah terbaring kat dalam tu…” ujarku seraya menjuihkan bibir pada kotak sawah di sisi.
Dia ketawa kecil. “Saya pun tak sampai hati nak tengok awak berenang gaya backstroke dalam air coklat ni. Silap-silap, ramai audience yang datang nak tengok acara ‘live’. And if that happen, I will be the first audience. Lucky me!” Sempat dia mengenyitkan mata.
Ketawaku pecah. Pandai mengusik jugak mamat ni…
eita : : D rahsia dah terbongkar. X tahu apa reaksi readers… Harap2 x der la yg kena heart attack. Hahaha… utk semua yg x sabar nak tau sapa anak aunty Sarah tu, enjoy!!!
hD, adoi, dia update, sC pun kena update gak… x aci!!! Pst, ugut-mengugut x baik tau, x elok : P
miso, mana ada akak ngelat. Biasa rr tu cuti 2-3 ari… sedih tul dgr adik tuduh akak cam tu *sob sob* : P lain kali nak ngelat lama2 sikit…
eonni, at last, ur hadif’s back! Jgn senyum lebar2 sgt arr… *wink*