Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 42
Sunday, August 14, 2005

Suasana di ruang tamu riuh. Suara Ummi. Suara Mak Tok. Suara Auntie Sarah. Suara Chu. Berselang-seling memenuhi ruang besar yang diserikan dengan plaster ceiling. Topik yang meniti di bibir mereka, tak lain dan tak bukan, kisah-kisah berpuluh tahun yang lampau. Betapa terujanya mereka merungkai dan menyelak kembali kisah silam yang semakin luntur di mamah masa. Saling ingat-memperingati.

Tidak jauh dari dariku, Uncle Razlan, suami Auntie Sarah yang tiba bersama Hadif petang tadi dan Pak Su, rancak berbincang tentang hal mereka. Manakala, aku, Hadif dan Adelia bersembang sesama kami. Kumpulan anak-anak muda. Itu gelaran yang aku bagi. Ye lah… kami bertiga yang bagaikan 'terkial-kial' di situ. Kumpulan veteran asyik bercerita sesama mereka. Membiarkan kami sendirian.

Nak menyampuk perbualan mereka, macam tak manis saja. Malah, apa yang aku tahu tentang kisah-kisah lampau mereka? Pengetahuanku tak cukup untuk membolehkan aku 'mengacau daun'. Entah-entah, aku terpaksa jadi minah tunggul kat situ. Menjadi pemerhati tak diiktiraf dengan mata terkebil-kebil. Bukan boleh di harap sangat.

"Abang Ngah…" panggil Hafizah, adik kepada Hafeez tiba-tiba. Dia berdiri di depan tengah-tengah ruang tamu bersama sehelai kertas lukisan di tangan. Perbincangan Uncle Razlan dan Pak Su turut terhenti.

"Tolong lukeh KLCC sat, Ijah tak qeti…" Hafizah meminta seraya menghulurkan kertas lukisannya pada Hadif.

"Lukis KLCC? Tapi, abang tak terror sangat. Apa kata Ijah suruh orang yang lebih terror dari abang lukiskan?" Hadif menolak dengan senyuman nipis.

"Sapa?" Ringkas pertanyaan Hafizah.

"Ha… kalau Ijah nak tahu, Kak Hani tu, architect. Bab lukis-melukis bangunan, Ijah suruh dia. Abang cuma pandai lukis lantai dengan tiang aje," tutur Hadif bersahaja. Sekilas, dia melirik ke arahku. Melihat reaksiku, mungkin. Aku bersikap tenang.

Tipu, getus hatiku. Tak mungkin Hadif tak tahu melukis langsung. Tapi, betul jugak… Antara seorang civil engineer dengan architect, dah tentulah, architect yang lebih expert melukis bangunan berbanding civil engineer yang hanya tahu melukis column, beam atau slab di samping kepakaran mengira beban untuk setiap satunya. Agaknya, dia hanya tahu melukis orang lidi dan rumah kotak. Macam budak tadika.

Hani… bab ketawakan orang, pandai. Mana kau tahu dia tak tahu. Entah-entah dia lebih expert dari kau tapi dia saja nak simpan kepakaran dia tu. Could be…

"Architect? Hani bekerja dengan company mana?" Secara mendadak, Uncle Razlan bertanya.

"Menhir Architect," jawabku pendek.

"Kalau tak silap uncle, En. Rozan ownernya, kan?"

Aku mengangguk perlahan.

"Apa khabar dia sekarang? Dah lama uncle tak jumpa dia," soal Uncle Rozan lagi.

"Alhamdulillah, sihat. Tapi, makin sibuk sikit dia sekarang ni," kataku dengan senyuman. Rupa-rupanya, Uncle Razlan kenal dengan En. Rozan. Kecik sungguh dunia ni. Dan kecik jugak dunia property kat KL tu. Pusing kanan, pusing kiri, pasti ada yang saling mengenali. Contohnya En. Rozan dan Uncle Razlan.

"Tiga empat tahun lepas, uncle ada lantik company dia untuk beberapa projek development yang uncle buat. Bagus jugak hasil kerja company dia tu. Erm… Sekarang Menhir Architect buat design untuk syarikat mana?" Tanya Uncle Razlan lagi. Barangkali dia ingin tahu perkembangan syarikat aku bekerja sekarang.

"Mostly untuk RKL Land," balasku.

Terangkat kening Uncle Razlan mendengar nama syarikat yang aku sebutkan. Dia melabuhkan pandangan pada Hadif seketika.

"Itu bukan ex-company Hadif ke?" Dia menyoal anaknya pula.

Hadif yang memegang kertas lukisan Hafizah dari tadi, menjawab "Betul, yah."

"Then, for all those time, you'd never met Hani?" tanya Uncle Razlan lagi. Sepenuh perhatian ditumpukan pada Hadif.

Hadif tersenyum kecil. "Pernah. Twice." Hanya dua patah perkataan itu tercetus di bibirnya. Dikerlingnya aku sesaat dengan senyuman boleh aku tangkap maknanya. Di fikirannya pasti terisi dengan pertemuan pertama kami. Lantas aku menjelingnya sedetik. Bagaikan memahami maksud jelingan 'maut' aku itu, dia tidak berkata-kata lagi.

Aku menarik nafas kelegaan. Setakat bercerita pertemuan kedua kami di RKL Land, aku tak heran sangat. Tapi, kalau dia 'membebel' kisah pertemuan pertama kami dulu, mau 10 tahun aku terpaksa menebalkan kulit mukaku bila berjumpa keluarganya. Sumpah! Kalau aku tahu Hadif anak Auntie Sarah, aku tak berani 'mengaktifkan' bibirku untuk bertutur selaser itu. Arghh! Tempah bala betul!

"So, both of you pernah kenal before this?" Seketika, Uncle Razlan mengalihkan anak matanya ke arahku.

"Betul, uncle." Aku mengiakan. Hadif memandangku penuh makna…

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Aku menongkat dagu. Siku terletak tegak di atas meja bulat. Aku merenung bulan mengambang yang dipagari beribu bintang. Langit yang luas berkelipan dengan cahaya kekuningan. Indah. Cantik. Aku terpukau. Jarang sekali aku dapat menikmati keindahan malam yang sebegini.

Cengkerik galak berbunyi dari kiri dan kanan rumah. Mengisi kesepian malam. Terasa bagai hidup di alam hitam putih pula. Selalunya cerita-cerita zaman P.Ramlee acapkali diselitkan dengan bunyi serangga itu.

Bunyi derapan tapak kaki kedengaran menapak perlahan menghampiriku.

"Lia, marilah join akak tengok stars tu…" kataku tanpa mengalihkan pandangan. Yakin, Adelia pemilik derapan tapak kaki itu. Sebentar tadi, dia sudah berjanji nak menyusul aku di sini.

"Ada apa dengan bintang tu?" satu suara garau menyapa. Lelaki. Bukan Adelia seperti yang aku jangkakan. Aku tersentak.

Saat aku berpaling, wajah Hadif terbentang dalam sinaran lampu siling di patio. Dengan penuh selamba, dia melangkah mendekati railing. Dia mendongak memandang langit. Kepalanya dipusingkan ke kiri dan ke kanan. Umpama mencari sesuatu. Entah apalah yang dibeleknya kat langit tu. Perli aku ke?

"Ada muka Cinta dengan Rangga…" jawabku selamba. Jawapan yang kukira 'bertepatan' dengan soalan yang diadaptasi dari filem Ada Apa Dengan Cinta yang diutarakannya.

Dia berpaling mengadapku bersama ketawa kecil di bibirnya.

"Loyar buruk, eh," luahnya bersama tawa. Lekukan di pipi kirinya muncul. Sweet. Suka aku melihatnya.

Hani! Pandang anak teruna orang sikit-sikit sudah. Jangan nak lebih-lebih. Suara hatiku bergema. Memberi amaran. Menyedarkan aku, betapa ter'over'nya aku memerhati si dia. Cepat-cepat aku menumpahkan pandangan di dada langit. Apa kena aku ni? Ada short circuit ke.

"Dah nasib badan… nak jadik lawyer masuk court tak mampu. Jadik 'loyar' buruk pun jadilah. Janji ada title 'loyar'." Aku bersuara penuh bersahaja.

Dan sekali lagi, tawanya berderai. Aku memandangnya sekilas.

Hani… nakal ek? Kau bagi dia ketawa banyak-banyak, sebab kau nak tengok lubang kat pipi dia tu, kan? Suara hatiku berbisik. Ya ke? Agaknya…

Kami terdiam buat beberapa ketika. Melayan perasaan masing-masing. Hanya suara cengkerik yang galak 'bersembang' sesama mereka. Hadif masih lagi berdiri di tepi railing. Seperti aku, dia juga melabuhkan pandangan ke hadapan.

"Banyaknya bintang malam ni…" Lembut Hadif menutur kata. Sayup-sayup mencecah cuping telingaku yang ditutupi tudung bawal yang kupakai.

"Awak pun suka bidang astronomy jugak ke?" Laju aku bertanya.

"Rupanya awak tengok bintang-bintang tu, sebab awak suka astronomy. Hmm… saya ingatkan sebab nak layan jiwang," usiknya tanpa mengendahkan soalanku.

Sesusuk tubuhnya dari belakang menjadi tatapanku serta-merta. Cahaya lampu terbias sedikit pada badannya yang agak tinggi dan sederhana besarnya itu. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas railing. Pandai aje dia buat serkap jarang. Tuduh aku layan jiwang. Habis, takkan semua ahli astronomy kat dunia ni, over-sentimental belaka. Kalau tak ada sifat itu, tak boleh jadik astronomer? Tak layak? Perception yang tak boleh diguna pakai…

"Bulan dan bintang tu, bukan made with specialty for loving couples je. Ahli pelayaran pun gunakan bulan dan bintang untuk menunjuk arah," balasku. Sekaligus, mempertahankan diri.

"Ouch, a truth that hurts…" tuturnya seraya meletakkan jari-jemarinya di dada. Beraksi seolah-olah dadanya tertusuk pedang. Aksinya itu membuatkan aku tersenyum kecil. Ni mesti selalu melayan filem-filem epik moden. Samaada King Arthur, Kingdom of Heaven, Alexander ataupun Troy. Sampaikan terbawa-bawa ke alam realiti. Aku tersenyum.

"Untung jugak tinggal kat kampung. Apatah lagi kat kawasan sawah padi cam nie… Nampak luas jer langit tu," tambahnya.

"Ha'ah." Aku mengiakan. "Tak boleh pergi gurun Arizona, dapat tengok kat sini pun jadilah."

Hadif menjungkitkan kening. Meminta penjelasan lanjut dariku.

"Di sana, bintangnya lagi banyak. Bayangkanlah bila dah duduk dalam kawasan yang gelap tanpa sebarang cahaya… hanya ada bintang aje. Mesti best. Cantik. Kalau bernasib baik, boleh tengok shooting stars," terangku pendek.

Dia mengangguk perlahan. Dan buat kesekian kali, kami terdiam lagi. Kehilangan butir-bicara hinggalah Adelia tiba menyertai kami.



little chit-chat :
I love looking at stars… esp when the night's so clear n you could see million n million of stars above... *drooling* Hmm… take my breath away…

erk?! Mlm ni jadi jiwang ker? TIDAK!!!! NO!!!!

ada org pujuk suruh letak n3 walaupun hasrat hati sebenarnya nak letak hari rabu or khamis. Then ada orang tu pulak nak berkursus. Maybe time eita post new n3, dia x sempat baca. Kesian plak kat dia. Lastly, letak ari ni je, terawal 3 ari. ENJOY!!!

N untuk hD yg ada exam next week, good luck! All the best to you. Also untuk readers lain yg ada exam jugak… Moga berjaya.

scribbled @ 22:29 |

hD
August 14, 2005   10:58 PM PDT
 
huh, padan arr sC jiwang tetiba! rupanya dok create citer bulan & bintang hani & hadif. :p

di dada langit malam...
bertemankan bulan dan bintang...
menjadi saksi dua insan...
ada rasa yang tersimpan...
yang masih tak mampu di luahkan...

eh... alamak! sC arr nih buat org jadi jiwang tetiba... :p
birunila
August 15, 2005   09:05 AM PDT
 
:)
pinkJambu
August 15, 2005   10:35 AM PDT
 
oh..bulan mana bintang
atas pucuk kayu ara..
oh tuan mana hilang..cinta hati saya..

kekekek... betul ke? Infa /dhiya tolong sambung

p/s: shenta hati saya ? yeyeyehh..hardDisc!
Harum Jasmin
August 15, 2005   12:42 PM PDT
 
eita ahirrnye ko dgr gak eik kehkehkeh.. muah akak suka tengok kerlipan diyamonVGnanqor
kucingBLUESberblang
August 15, 2005   12:57 PM PDT
 
saya pun suka duk kat balkoni saya mlm2 sbb nak tgk bintang.. tp tak sanggup nak duk kat situ lama2, bising betul sbb ada kedai makan bukak sampai kul 1 pagi kat blkg umah, boring tul.. pas tu bnyk keta lalu lalang.. apalah nasib....

errr... saya pun suka sgt kat lekuk pipi kiri si ehem ehem tu *senyum dgn penuh malu*
anni
August 15, 2005   03:25 PM PDT
 
adeiile..berjiwang sakan..hikss...ske gak ngan owang yg ade lesung batu kat pipi...haha.opss.....
LoLa
August 15, 2005   06:21 PM PDT
 
erk...aduss..obses dgn bintang ngan ma~!!!...akak~!!..naper hadif???
pinkJambu
August 16, 2005   09:41 AM PDT
 
TG,
adakah kita menshentai org yg sama? takpe lah kakPinK rela's share ngan TG

*laga pipi*
seriadriani
August 16, 2005   01:40 PM PDT
 
hani dah terjatuh hati kat hadif ekk? nk tunggu reaksi ezany pulak..
water^lili
August 16, 2005   05:02 PM PDT
 
hurnm... isk...isk... pesal la hadif datang nyebok plak nih??? isk... sob... sob...tears..
hehhee... sedeyhnye... waaa~ ezany!! dtg slamatkan hani! hehehhe~
eita
August 20, 2005   11:41 AM PDT
 
water^lili~hehehe. Ezany x leh dtg selamatkan hani. Kaki dia kena ikat kat KL… akak ikat semlm… hiks!

kak seri~lmbt lg bab tu kak. kn tunggu…

lola~naper hadif? Dah takdir g2 agaknya… : ) welcome sis!

anni~lesung batu?! Kikiki.

miso~ :-S tmpt x strategic langsung! Pilih tmpt lain lain la dik. Pst, akak pun ada lekuk kat pipi gak. Dua2 belah lg, adik tak nak tgk ker? Yg si ehem2 tu, sebelah aje…

kak nina~eita pun teringin nak tgk kerlipan diyamonVGnangkor tu. Bila akak nak kasi kat eita?

eonni~sorang lg kena sampuk! Betul ke cinta hati eonni harddisc? Abis, yg ehem2 tu nak letak kat mana? : P

kak biru~ : D

hD~*gelak x sangka* dashyat nyer kata2 hD… lg jiwang dr sC. hahaha
rinhoneykurma
September 7, 2006   02:57 PM PDT
 
ada silap ni.. patutnya Encik Razlan..bukan En Rozan.. takkan pulak Hadif panggil ayah dia sendiri "uncle" hihihihi...
eita
September 7, 2006   11:47 PM PDT
 
rin~haha.. TQ! mmg x sedar tersilap tulis nama tuh... :D thanks...

eh, cepatnya awak baca. dah smpi bab 42 :-O dahsyat!
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive