Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 43
Wednesday, August 17, 2005

"Hani…" panggil Mak Tok. "Pi hantaq kangkong ni kat Hadif sat."

Aku meletakkan pisau yang aku gunakan untuk memotong bawang di atas cutting board. Kami sedang sibuk memasak lauk-pauk untuk makanan tengahari. Termasuk Ummi, Auntie Sarah dan Chu. Adelia telah keluar ke kedai bersama Hafeez dan Hazirah, membeli barang dapur yang dipesan oleh Mak Tok.

Aku melangkah merapati Mak Tok. "Nak buat apa dengan kangkung ni, Mak Tok?" tanyaku seraya menyambut segenggam kangkung yang dihulurkannya. Aneh. Hadif nak masak apa?

"Kalau Hani nak tau, pi bagi kat Hadif. Qasa-qasa Mak Tok dia dok kat blakang sana nu," jawabnya. Tangannya menghala pada kawasan belakang rumah.

Segera aku bergegas keluar. Sebaik tiba, aku melilaukan anak mata ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat Hadif. Mana mamat ni? Jangan katakan batang hidung, kepala dia pun tak nampak. Nak main aci nyorok ke…

"Cari apa?" sergah satu suara dari belakang dengan tiba-tiba. Aku terperanjat. Hampir nak tercabut jantung aku dibuatnya. Ketawa kecil terlepas dari bibir Hadif kemudian. Seronok agaknya dapat mengenakan aku. Aku mengurut dada perlahan. Mengurangkan rasa terkejut yang aku alami.

"Awak ni, nak bagi saya terbaring kat sini ke?" soalku dengan wajah kelat. Tidak suka dengan hadiah kejutan yang dia berikan. Hadif yang sudah beralih kedudukan ke hadapan, tersengih.

"Marah?" soalnya sepatah dengan senyuman nipis.

Apa punya soalan. "Habis, takkan muka kelat macam ni, gembira tak terkata pulak?" Aku bertanya. Wajah tetap dikelatkan.

Dia ketawa kecil. "Awak marah-marah macam ni, nampak cute." Dia mengusik.

Membulat biji mataku mendengarnya. Saja nak mengambil hati aku la tu. Bukannya aku tak tahu. Lelaki. Ayat sentiasa power. Ada aje bait-bait kata nak membeli hati dan jiwa perempuan.

Maintain coldness, arah hatiku. Aku mempamerkan muka stone.

"Kangkung tu untuk saya ke?" Dia bertanya setelah aku masih berdiam diri.

Saat itu, baru aku teringat 'hadiah' dari Mak Tok untuknya. Dan terlintas hasrat nakal untuk mengenakan dia pula. "Ha'ah. Mak Tok suruh awak masak. Kangkung goreng belacan. Pesan Mak Tok lagi, masak guna kayu api," sahutku bersahaja.

Riak mukanya berubah. Terkejut gamaknya bila disuruh memasak. Tapi untuk seketika sahaja. Senyuman kecil kembali menghiasi wajahnya.

"No problem. Saya tak kisah. As long as ada pembantu…"

"Pembantu?!" ulangku. "You're not applying that word to me, are you?" Mengecil anak mataku merenungnya.

"Kalau bukan awak orangnya, siapa lagi? Memang Mak Tok buat special delivery dengan mengepos awak ke sini, semata-mata untuk tolong saya," katanya bersungguh-sungguh.

Betul ke Mak Tok suruh dia masak kangkung, ni? Aku main-main aje tadi. Cakap ikut suka hati. Aku pun tak tahu exactly untuk apa kangkung tu. Tapi serius macam ni pulak jadinya. Ah, layan jelah…

"Eh, Mak Tok suruh awak masak sendiri. Tak de pula saya dengar dia cakap 'Hani, nanti tolong Hadif masak, ye?' "

"Awak dengan saya, siapa dulu datang sini?" tanyanya.

"Awaklah." Laju aku menyahut.

"Mana pulak saya. Time saya datang tadi, awak dah pun ada kat sini. How can you say it was me?" soalnya lagi.

Aku terkedu. Dia nak menegakkan benang yang basah…

"As far as yang saya tahu, dari pagi tadi lagi awak kat sini. If not, takkan Mak Tok suruh saya hantar benda alah ni kat awak di sini." Aku cuba membantah kata-katanya.

"Right. Tapi untuk pengetahuan awak, baru sekejap tadi, saya ke dapur. And Mak Tok yang bagitau saya, yang awak, Nur Irdina Farhani, has been appointed as my assistant untuk kerja-kerja memasak kangkung goreng belacan," tuturnya yakin.

Aku panik. Mustahil kata-kata mainan aku tadi bertukar menjadi kenyataan dalam sekelip mata. So absurd! It just can't be! Pakar sangatkah anak Auntie Sarah ni memasak hinggakan dilantik sebagai chef. Sedangkan aku yang perempuan pun, tak pulak di arah untuk memasak. Hanya sekadar di beri tugas-tugas 'ringan'. Aku berdiri kaku di tempat aku berpijak.

"Bak sini kangkung tu," pinta Hadif sambil menadah tangan. Segera aku menghulurkan kangkung tersebut. Tanpa teragak-agak.

"Saya nak ke dapur kejap. Siapkan ingredient. Sementara tu, saya nak awak bawak kayu-kayu kat hujung sana tu ke sini," arah Hadif. Tangannya diunjukkan pada selonggok kayu-kayu berdekatan tembok pagar konkrit.

Pantas aku merenung wajahnya. Tak percaya dengan kata-kata yang dia lafazkan sebentar tadi. Aku disuruh ambil kayu?

"Buat apa?" datar aku bertanya. Tidak senang dengan arahannya. Ingat aku ni minah buruh ke nak suruh usung kayu ke hulu ke hilir…

"Kata Mak Tok suruh masak guna kayu api..." Dia mengingati aku pada kata-kataku.

"Tapi kenapa saya, awak jelah yang kutip. Biar saya yang pergi ambik ingredient tu..." bantahku. Ada pulak aku yang perempuan di suruh ambik kayu. Dan dia yang lelaki pergi ke dapur ambik bahan memasak. Dunia dah terbalik ke apa?

"Sebarang surat-menyurat bantahan tidak akan dilayan." Dia bersuara lalu melangkah menghampiri reban yang tersusun di sebelah kiri rumah. Aku melihat pemergiannya dengan riak penuh hairan. Kata nak ambik ingredient. Yang dia pergi sana tu, buat apa? Kalau dia tak nak ambik, aku dengan rela hati sanggup mengambilnya. Asalkan aku tak perlu mengangkut kayu-kayu tu.

Dia membuka pintu reban lalu mengeluarkan sesuatu yang berwarna putih. Apa agaknya? Dengan rasa ingin tahu, aku mengikut jejak langkah dia. Arahannya tidak aku pedulikan. Aku terjerit kecil sesaat binatang comel itu jelas di pandanganku. Arnab! Langkah diatur lebih laju.

"Eii, comelnya!!!" Nada suaraku penuh keseronokan melihat arnab yang didukung Hadif meragut kangkung yang disuakan. Mulutnya yang kecil bergerak laju mengunyah. Matanya yang merah, bersinar-sinar. Memang cute sungguh!

"You want to hold it?" Hadif bertanya lembut bersama senyum.

Laju sahaja aku mengangguk. Senyumannya ku balas seadanya. Arnab bertukar tangan. Aku mengurut perlahan badannya yang dilitupi bulu putih. Gebu dan lembut sahaja. Membuatkan aku semakin excited.

Tiba-tiba aku menyedari sesuatu…

"Awak tipu saya…" luahku dengan pandangan mata beralih ke wajahnya. Tajam sorotan mataku itu. Tapi, tiada riak marah atau sakit hati yang terbias bersamanya. Dia dah pekena aku hidup-hidup. Nasib baik aku tak menonong pergi angkut kayu-kayu tu…

Ketawa kecil tercetus dari rekahan bibirnya. "Awak yang mulakan dulu, kan?" Lembut nada suaranya menampar cuping telinga.

Malu menatap wajahnya dan mengakui 'kenakalanku' tadi, aku menundukkan wajah. Menatap arnab ditangan. Jadi, memang kangkung pemberian Mak Tok, bukan untuk di masak. Tapi untuk arnab peliharaannya. Dah tentulah Hadif tahu kangkung itu untuk apa walaupun aku tidak mengatakannya. Ish!

Aku membelai lembut badannya. Tidak henti-henti mulut arnab comel itu mengunyah 'kangkung goreng belacan' nya.



little chit-chat:
untuk semua yg beri komen utk n3 lepas, maaf eita x sempat nak balas. Mlm ni kena kejar masa. Insya-ALLAH nanti eita balas…

scribbled @ 23:36 |

kikomon
August 18, 2005   08:26 AM PDT
 
eita muahahah bik nye nko wat n3 tuk akak :D *muke perasan* pas ni stop dolu ek.. tunggu smpai akak balik.. kalo nko sambung.. putus saudara *cekak pinggang* ingat tu.. :P
pinkJambu
August 18, 2005   11:48 AM PDT
 
eita

rasanya HANI tu tak sesuai la ngan HardDisc! tak sepadan! tapiiiiiii..kalau ngan pinkJambu! pehhhhh...cun gilak! *senyum simpul sambil pintal hujung baju* hehehe.

kakMon balik lambat lagi..uwaaa mana aciii, eita, takpe kalau putus sedara ..kita sambung balik ! ikat pakai tali rafia.
hD
August 18, 2005   07:37 PM PDT
 
*geleng kepala* dgn hani tak sesuai, dgn kak pink pun sama! NO, no, no!

dgn kita je sesuai... hD tu kan singkatan utk mrs. hardDisc! *kenyit mata*

hehehe... ala... tak dapat jadi mrs. hardDisc pun, dapat jadi arnab tu pun jadik arr... :p *nak kangkung goreng belacan gak!* :D
anni
August 18, 2005   08:40 PM PDT
 
kangkung belacan..huhu..beshh nyerk...:P sambil kunyah kuaci...* takotnye si hani terpikat ngan hadif tuh..hohoo...dup...dap..dup..dap..hehe...:)
adilia
August 19, 2005   08:42 AM PDT
 
cikgu eita...cikgu eita...mana cikgu ni? hehehhe.

TERIMA KASIH CIKGU!!! *teringat masa zaman sekolah dolu2* - siapalah aku tanpa mu

hehehehe.. tetiba pagi2 buta ni rasa teringin nak mkn kangkung goreng belacan
typicalGurlYangBAIK
August 19, 2005   12:08 PM PDT
 
salam pagi Jumaat kak eita. hmm..mesra sungguh si hani dgn hadif ye, secocok sungguh, baguslah, semoga kekal ke anak cucu..
water^lili
August 20, 2005   05:17 PM PDT
 
heehheeh... mana boleh ngan hadif... ngan ezany laa... bile die nak balik nie??? hehehhe
asik cite hadif jer... kekekke....
adilia
August 22, 2005   09:42 AM PDT
 
eita ni apahal ni mcm nak kenenkan si hani tu dgn hadif jer... ishh.. tak acilah mcm ni.. mana dia si ezany ku syg nih...
eita
August 26, 2005   09:38 PM PDT
 
adilia~cikgu ada nie… saja x menyahut. sedapnya dgr lia panggil cikgu. Hehehe. Pst. eita dah ikat kaki ezany kat KL… : D

water^lili~hani dah puas dgn ezany… bior ler dia ngan hadif lak *wink* lmbt lg arr dia nak balik KL… hehhehheh

miso~salam kamis miso! Lembut sungguh tutur katamu, mimpi apa semalam? : D

anni~nak sket kuaci… x aci arrr makan sensorang *sua tgn* anni rasa hani akn terpikat ngan hadif ke?

hD~ayooo… susah2 sgt amik harddisc pc tu je la. comel gak kan? x yah nak berebut. Semua dah ada sorang satu : P

eonni~konfem akakku dah jatuh shenta!!! : D ye ke ngan ‘HANI’ x padan?! R u sure? *wink*
tali rafia pun senang putus gak eonni, eita gi carik tali kapal eh? kuat sikit!

kak mon~hahaha… sesungguhnya eita amat takut dgn cara akak mencekak pinggang (bkn takut dgn ugutan) n bcoz of that, I’ll wait 4 ur return. Kekeke.
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive