Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 44
Tuesday, August 23, 2005

Pili air dibuka sedikit. Membasahkan pinggan-mangkuk yang bersusun di dalam sinki. Bekas sabun ditahan di bawah aliran air. Buih-buih sabun memenuhi permukaan bekas. Satu demi satu pinggan di capai. Lalu aku memulakan kerja tidak rasmiku sebagai pencuci pinggan mangkuk usai menjamah makanan tengahari.

Perbualan Ummi dan Auntie Sarah tidak kuambil perhatian. Aku tenggelam dalam duniaku sendiri. Bersama tangan yang lincah menjalankan tugas. Terkumat-kamit mulutku menyanyikan lagu Never Gone. Dah tak ada radio, terpaksalah gunakan kemahiran sendiri untuk menghiburkan hati…

"Berangan!" Nada suara Hadif menampar perlahan di tepi cuping telinga. Dia meletakkan saki-baki pinggan kotor di atas sinki.

Potong stim betul Hadif ni. Baru aku nak tarik chorus, dia dah datang. Punah cita-cita aku nak melengkapkan satu pusingan lagu kegemaranku itu tanpa 'commercial break'.

"Am I? I thought I was doing the dishes…"

"Membasuh pinggan plus berangan plus menyanyi. 3 jobs at one time. Not bad…" kata-katanya seolah-olah kagum. Kagum dalam erti kata berbaur usikan.

Oh-oh. Dia dengar aku menyanyi? Maknanya suaraku yang tak ubah bak 'buluh perindu' itu telah singgah di pendengarannya. Serta-merta kulit mukaku terasa panas membahang.

Sambil cuba menahan rasa malu yang singgah di hati, aku membalas usikannya, "You haven't seen anything yet. Lebih dari tu saya mampu buat. Anyway, thanks for your compliment." Aku memindahkan pinggan mangkuk yang sudah bersabun di sebelah kanan.

Nada tawa Hadif bergema di gegendang telinga. Bagaikan irama indah. Aku mencapai pinggan kotor yang di bawa oleh Hadif tadi. Penuh hati-hati aku meletakkan pinggan mangkuk itu di dalam sinki. Sedaya-upaya aku berusaha untuk tidak mengambil endah tentang kehadiran dia di sisi. Dalam hati terdetik juga, bila masanya dia nak pergi dari sini? Susah aku nak menumpukan perhatian pada tugasku pabila dia terus-terusan berada di tepiku. Kekok.

"Awak nak saya tolong?" Tanpa sebarang hint, dia menawarkan diri. Terus terhenti kerja-kerjaku.

Aku melarikan anak mata ke wajahnya.

"Pandai ke awak nak membasuh?" soalku. Sengaja aku bertanya begitu. Meski aku tahu, mustahil dia tak tahu membuat kerja yang mudah begini.

"Tengok kakilah…"

"Eleh, setakat kaki awak tu, letak kat muzium pun belum tentu ada yang nak tengok." Aku bersuara mengusiknya.

"Belum cuba belum tahu…" balasnya.

"Sebelum awak melingkupkan muzium-muzium kat Malaysia ni, better awak pendamkan saja hasrat awak tu…" Aku kembali menyambung kerja.

"Ya ke? Tapi selama ni, pantang saya lipat kaki seluar separas lutut, mesti ada yang ingin nak datang dekat. Nak berada dekat dengan kaki saya ni. Kadang-kadang, tak payah lipat pun, dah datang," maklum Hadif. Yakin. Aku benar-benar terkesima mendengar pengakuannya. Biar betul dia ni? Adakah selama ni dia buat kerja part-time dengan 'menjual' kakinya. Tapi apa keistimewaan kakinya tu. Perasaan ingin tahu muncul.

Hani… jangan kau gatal-gatal nak membelek kaki dia. Tak elok. Walaupun aurat lelaki setakat lutut saja, tak manis untuk kau buat macam tu, pesan hatiku sendiri. Lantas aku mengusir jauh-jauh keinginan yang datang.

"Awak tak percaya?" soalnya pula.

"Tak payahlah awak tunjuk kaki awak tu pada saya. Saya tak nak tengok…" Secepat kilat aku menyampaikan hasrat hatiku bersama suara yang sedikit bergetar. Sedikit kalut. Takut. Tak selesa. Buatnya dia lipat kaki seluar dia kat sini, naya je. Tambah pulak bila Ummi dan Auntie Sarah pun ada sama kat sini. Entah apa yang diaorang fikir nanti.

Ketawa Hadif terburai. Pantas aku menoleh memandangnya. Eh, eh, dia ni… ketawa pulak. Apa ke hal. Tak faham aku…

"Kenapa awak takut semacam ni?" tanya Hadif dalam tawa. "Don't worry. Saya pun tak terniat nak suruh awak tengok kaki saya nie. Coz yang saya maksudkan tu, lintah dengan pacat aje. Kalau orang, mati saya kena belasah…"

Aduh, dia ni… saja je pekena aku. Wajah yang telah surut warnanya kembali merona merah. Tebal je aku rasakan kulit mukaku. Dari pagi tadi, asyik aku aje yang kena…

"Ei, awak ni…" kataku seraya menjentikkan jari-jemari yang dipenuhi sabun ke mukanya. Dengan niat, biar buih-buih itu terpercik padanya. Dia tersenyum nipis sambil cuba mengelakkan diri tika melihat perbuatanku.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

"… dah 28. Calon pun tak ada lagi. Kadang-kadang akak risau jugak dengan dia tu…" luah Auntie Sarah ketika aku menarik kerusi meja makan. Pinggan-mangkuk yang sudah habis di basuh, tersusun di atas dish rack berhampiran sinki.

Nampaknya aku tersilap timing. Perbualan antara Ummi dan Auntie Sarah menjurus ke bab perkahwinan. Bab yang ingin aku jauhkan buat masa sekarang. Aku tak mahu turut 'tersangkut' dalam perkara sebegini. Kerana aku yakin, aku pasti akan menjadi topik perbualan jika aku terus bersama mereka.

Tapi, takkan aku nak blah macam tu je? Kerusi dah ditarik…

"Hani, duduklah. Berdiri pulak dia," arah Ummi. Terus menutup sebarang peluang untuk aku 'escape'. Lambat-lambat aku melabuhkan punggung di kerusi. Seakan tidak rela.

"Asyik kerja memanjang. Langsung tak fikir masa depan," sambung Auntie Sarah lagi. Aku mendengar tanpa bersuara apa-apa. Aku dapat agak, siapa yang dimaksudkannya. Pasti Hadif. Anak teruna yang seorang itu.

"Perempuan tu dah kahwin ke, kak?" Ummi bertanya.

"Dengar khabar dah. Dah ada anak sorang pun. Entah bila agaknya, Hadif nak lupakan dia sepenuhnya. Hadif tu… tengok aje dia macam happy, tapi dalam hati dia, siapa pun tak tahu…" sahut Auntie Sarah. Riak wajahnya keruh. Ada garis-garis duka. Wajah Ummi turut dihiasi riak yang sama.

Isi perbualan mereka membuatkan aku sedikit terkejut. Hadif pernah kecewa? Benarkah? Selama aku mengenali dia, aku tak perasan pulak bahawa dia pernah terluka. Aku tak pernah sekalipun melihat riak duka atau kecewa di wajahnya. Bahkan dari saat pertemuan kami semalam, wajahnya tak lekang dengan senyuman. Adakah dia berpura-pura gembira selama ini. Sesungguhnya aku tiada jawapan yang boleh memuaskan hatiku.

"Si Hani ni, bila lagi?" tiba-tiba Auntie Sarah menukar topik perbualan. Wajah keruhnya bertukar. Terhias senyuman nipis di bibirnya.

"Entah la, kak… dia dengan Hadif tu sama je. Banyak sangat alasan dia. Payah-payah sangat, kita jodohkan diaorang ajelah," seloroh Ummi. Dia tertawa kecil. Begitu juga Auntie Sarah.

Erk?! Aku terpana.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Sebaik sahaja aku menjejak anak tangga pertama menuruni tangga parquet, handset di dalam bilik menyanyikan Curtain Falls. Sayup-sayup kedengaran. Mujur ada telinga lintah, tertangkap jugak melodi yang berkumandang itu. Aku berpatah semula ke bilik yang aku tinggalkan tidak sampai seminit, seusai solat Zuhur tadi.

Aku menolak daun pintu pantas. Laju aku menerpa ke arah handset di atas dressing table. Anak mata tertancap pada tulisan kuning di skrin. Ezany.

"Assalamualaikum," sapaku setelah melekapkan handset di telinga.

"Waalaikummussalam…" lembut suaranya menutur di hujung sana. "How are you?"

"Alhamdulillah, sihat. Why? You demam ke nie?" soalku ingin tahu. Tak pernah-pernah telefon hari-hari minggu begini. Alih-alih hari ni buang tabiat. Sah, demam la tu.

Aku menarik kerusi lalu duduk. Menyelesakan diri di dalam bilik tumpanganku di rumah besar ini.

"Tak lah. I pun okey jugak. Am I disturbing you?"

"Nope. Ada hal penting ke you nak inform I?" Aku bertanya. Ezany jarang nak menelefon kalau tiada hal penting yang ingin disampaikan.

"You ingat I ni cruel sangat ke? Sampaikan you on vacation pun, I nak semakkan kepala you tu dengan works?"

"Funny. I ingat that's the reason you call I."

"I saja je call you. Nak borak. I tengah boring ni…"

"Kesian nyer. Pergilah 'jalan-jalan cari makan'…"

"Malas. Tak de mood nak keluar rumah. You balik bila?"

"Tomorrow."

"Morning? Evening? Night?"

"Tak confirm lagi. But, maybe around 2."

"Can't wait to see you on Monday."

"Why?"

"Miss you already…" luahnya tanpa segan-silu.

"Baru two days je tak jumpa. Takkan kot?" kataku dalam tawa. Ada-ada saja Ezany ni. Bosan la. Rindu la. Agaknya sebab terlampau-lampau bosan, terluah kata rindu di mulutnya.

Kalau dia betul-betul rindu macam mana? Lebih dari seorang kawan. Lebih dari seorang colleague. Lagipun, sikap dia sejak kebelakangan ini pun bagai nak menyatakan perasaan yang tumbuh di hatinya pada aku. Mustahil! Tak mungkin! Cepat-cepat aku mengusir detikan hatiku jauh dari benak. Belum tentu apa yang aku fikir dan rasa itu betul. Boleh jadi itu hanya perasaan aku sahaja. Terlebih perasan barangkali. Tak malu sungguh kau Hani…

"Eh, rindu tak kenal masa tau. Sometimes, tak jumpa for 5 minutes pun, perasaan tu dah datang," katanya.

Aku ketawa kecil. "You baru habis ambik course kejiwangan dan kesoalhatian ke? You're talking like an expert…"

"I tengah buat revision. Dah lama tak practice, dah hampir lupa pun…"

"Practice makes perfect…" Aku menyambung ayatnya. Dia tertawa kecil di sebelah sana.

"Hani…" Aku menoleh ke muka pintu. Auntie Sarah berdiri di situ dengan senyuman.

"Kejap ye, Auntie," suaraku pada Auntie Sarah. Pada Ezany, aku berkata "Got to go la. My Ummi's kakak angkat is here. See you on Monday, okay?"

"Okay. Take care…"

Aku menutup flip setelah menamatkan perbualan dengan Ezany. Kemudian, aku menghalakan anak mataku pada Auntie Sarah. Ada apa agaknya, Auntie Sarah mencari aku di bilik. Hal peribadikah?

"Kawan?" soalnya pendek. Aku hanya mengangguk tanpa suara.

Perlahan, Auntie Sarah mengorak langkah ke dalam. Dia duduk di birai katil. Berhadapan denganku. Aku membelek seketika Samsung di tangan. Melihat icon bateri yang tinggal kurang dari separuh. Kena caj dulu sebelum ada orang call. Karang tak pasal-pasal perbualan mati di tengah jalan…

"Hani pergi bersiap kejap lagi. Hadif nak bawak Hani dan Adelia ke Penang," tutur Auntie Sarah satu-persatu. Jelas.

Pantas aku mengangkat wajah. "Penang?" ulangku semula. Nak buat apa pergi island. Jalan-jalan cari makan?

Sambil tersenyum nipis, Auntie Sarah bersuara "Auntie kesian tengok Hani. Bercuti ke sini, tapi tak pergi mana-mana. Sebab tu Auntie suruh Hadif bawak Hani dan Adelia ke Penang. Bersiar-siar. Bukan selalu ke sini kan? Alang-alang dah datang tu, apa salahnya, jejakkan kaki kat island.."

Idea yang menarik. "Ummi dan Auntie?" Aku bertanya. Ingin tahu samaada mereka akan turut serta atau tidak. Takkan kami bertiga saja yang pergi. Rasa semacam je.

"Kami tak pergi. Sekali-sekala, biarlah orang muda yang berjalan." Auntie Sarah bangun. "Hani pergilah bersiap. Auntie keluar dulu."

Orang muda? Kami bertiga? Aku terdiam memikir. Akhirnya, aku mengambil keputusan mengikut sahaja. Aku perlu membeli barang-barang yang dipesan member-member office. Inilah sahaja peluang yang aku ada. Esok belum tentu lagi berkesempatan.

Aku memandang Auntie Sarah menghilang di balik pintu sebelum aku bangun dari kerusi. Menukar pakaian untuk 'aktiviti' yang akan menyusul…



little chit-chat:

Never gone, never far
In my heart is where you are
Always close, everyday
Every step along the way
Even though for now we've gotta say goodbye
I know you will be forever in my life
Never gone

I walk alone these empty streets
There is not a second you're not here with me
The love you gave, the grace you've shown
Will always give me strength and be my cornerstone

F.Y.I, lyric lagu Never Gone ditulis oleh Kevin Richardson for his late father. As a token of remembrance. Which makes me think of my own... Lirik lagu tu mmg penuh makna : D

Back to KSL, pada sesiapa yg rindukan ezany, he's back for temporary... ENJOY!!!

scribbled @ 19:56 |

pinkJambu
August 23, 2005   11:36 PM PDT
 
seiring dan sejalan..kekekek
seindah bunga di taman..kekekke

syoknyaaa..my hardDisc.

kakMon
budak kecik ni dah tunai janji manis dierrrr..meh dekat, kakpinK nak siommm..chup chuppp
anni
August 24, 2005   12:53 AM PDT
 
alahaii ayat jiwang br nk start..dhade kaco daun..adeiii..nakkene antie tuh..hiskk..sebok je kan die...adeii ezany nih lambat gerak la..hhehee...:) anni lak yg x sabo..:)
adilia
August 24, 2005   08:30 AM PDT
 
berapa lama lah nak duduk kat kg dgn hadif ni... kang lama2 kang tergoda lak....
kikomon
August 24, 2005   01:03 PM PDT
 
muah eita.. nko ni memang baghui.. pas ni blh smbung lg ek.. jgn ler lama2 sgt.. org cuci pinggan memang suka angan2 ek

eita toleh kiri toleh kanan.. nah amik bijik nangkor ni.. cepat2 masukan dlm poket.. nampak kang budak kusying tu.. mati arrr
kucingBLUESberblang
August 24, 2005   02:09 PM PDT
 
alaaa...kacau daun je si ezami, buat apa dia sibuk2 nak call? dah tak minat dah kat si ezami tu skrg, minat kat hadif je *rebut hadif dr kak pink*

ooo..kak mon bg diyamon kat kak eita sorang je ye? tak aci lah kalau camtu... uwaaaaa...
water^lili
August 24, 2005   02:09 PM PDT
 
waaaaaaa~ ezany!! baru jek muncul... xpanas agi telinga... dah kena kacau... tu nak bawak gi penang plak... nape lame sgt duk ngan hadif haa???? eeee... dah meluap nih... isk... carik la yg lain.. huhuhuhu~ waaa~! mana ezany nih... cite ezany la ... kekekke....
pinkJambu
August 25, 2005   08:22 AM PDT
 
kusyinggg..jom! kita debik si EZAMI tuh, pas tu kita g jual jer CRV dia kat kedai potong! amacam? ekekekek
hDew
August 25, 2005   02:57 PM PDT
 
sCandy... ibu pesan kalau nyanyi kat dapur dapat laki tua! :p tapi mmg hDisc tu lagi tua dari hani kan? ;)

nak itot p Penang!

psstt... org kt makmal nih... connection kat umah tak tahu arr bila nak okay... bosan giler dah nih! :(
nurfa
August 25, 2005   03:18 PM PDT
 
nak ezany dgn hani... x mo hadif..hehehhe..*buat muka manja* eita buat la hadif dgn lynn ke..baru best.. *wink*
eita
August 26, 2005   10:09 PM PDT
 
nurfa~nurrrrrfaaaaaa. Muahhhhh10x. Windu!!!!! Dah abis ker ‘berdampingan’ ngan professor tu? Kekeke. Dr last week dok tunggu bila nurfa nak muncul! At last!! Result lom kuar lg sis… so, x leh nak cakap sapa dgn sapa… : D err, nape x suka hadif ngan hani?

hDew~gi bom aje tmnet tuh!! X abis2 buat wal… hehehe… hadif mmg tua dr hani. Ezany pun…

eonni~*smbg sket* bak air memercik, kau ku usik, berdua kita bercanda… kekekeke
erk? Eonni ajak kusying gi jual CRV ezany? Baik bg kat eita jer, dah lama eita pndg2, jeling2 CRV dia tuh! : D

water^lili~*urut belakang water^lili* sabar lili, sabar! Ezany tu tak ke mana perginya… tp… hani dgn hadif sure akn ke Penang… hahahaha. *bisik* lama agi hani nk dok kat penang… jgn mengamuk eh? *dera* tahun depan, dia balik la ke KL…

miso~oi, oi. Apa rebut2 nih? Nk bg putus tgn mamat tu ker? kesian kat hadif…
*senyum lebar 24/7 tgk miso nangis x dpt diyamon*

kak mon~: ) ye ker org cuci pinggan suka berangan? Eheh.. agak nyer…
*ambik biji nangkor simpan dlm poket* thanks kak mon!! *siom pipi kakmon 10x dgn rasa gumbira* biorkan si kusying tu jeles…

adilia~lama lg lia… apa kata, kita ‘hayati’ dulu time hani ngan hadif kat penang? *wink*

anni~x per anni. Lain kali kita suruh hani kunci pintu klu ezany call. X der org yg nak kacau. Kekeke… ezany ni pun, dah jauh2 br nak ckp jiwang2… ish! Sekeh paler br tau! hiks!
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive