Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 45
Friday, August 26, 2005

Beberapa minit setelah Rexton bergerak meninggalkan perkarangan rumah, Adelia bersuara, “Abang, semalam kata nak cerita pertemuan pertama abang dengan Kak Hani.”

Aduh, Adelia ni! Kenapa soalan itu yang ditanya. Sememangnya, Adelia belum tahu lagi tentang detik-detik perkenalan kami. Dan fikirku Adelia telah melupakan hal itu. Aku menelan liur. Aku dah kuburkan detik pertemuan itu jauh di lubuk hatiku. Dah tak ingin aku ingat dan kenang lagi. Kalau diingat pun, buat malu diri sendiri saja.

“Nak tahu, suruh Kak Hani yang cerita…” Hadif menolak soalan Adelia padaku. Membulat biji mataku mendengarnya. Secepat kilat, aku menoleh memandang dia yang sedang memandu. Tidak berkelip aku merenungnya. Sorotan mataku mengatakan ‘takkan saya pulak?’. Dia nak kenakan aku ke?

“Akak, ceritalah…” pinta Adelia dari belakang. Sebenarnya, tak terlintas pun dihatiku untuk duduk di seat depan. Rasanya aku lebih selesa duduk di belakang. Tapi, Adelia beria-ia membantah apabila aku menyuarakan keinginanku. Seperti aku, dia juga tak mahu duduk di situ. Sudahnya, aku terpaksa mengalah, mengambil seat depan tanpa kerelaanku sepenuhnya. Lalu membiarkan Adelia di belakang.

Patut ke aku cerita? Bergolak jiwaku memikirkannya. Sanggup atau tak…

“Alah, tak de apa yang best sangat pun. First time akak jumpa abang pun accidentally je.” Opss. Abang?! Cakap pun dah melalut. Pipi dah terasa sedikit panas. Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap Rexton. Memandang sawah padi yang menghijau. Tak mahu menayangkan pipi merahku pada Hadif.

Serta-merta, pecah berderai tawa Hadif. Bergema! Apa la gamaknya yang lucu sangat. Dia ketawa pasal aku bahasakan diri dia abang ke? Mulut, mulut… apasal kau tak cover sikit hari ni.

Adelia menepuk kuat bahu Hadif. Barangkali tidak selesa ataupun ingin tahu perkara apa yang membuatkan Hadif ketawa begitu. Aku membatukan diri di passenger seat. Bibir diketap kuat. Janganlah dia cerita, doaku dalam hati.

“Abang ketawa kenapa? Ni mesti ada benda nak sorok dari Lia ni…” Adelia menduga. Ada nada merajuk dalam suaranya. “Akak, cerita la detail lagi. Takat tu je, mana cukup!”

Gatal sangat Hadif nak ketawa, kan Adelia dah suspect something. Nak cover line pun dah susah sekarang ni, getus hatiku. Aku nekad. Biar Hadif saja yang cerita. Aku tak mahu. Aku dah puas cover tadi, dia yang blow-off semuanya. Biar dia yang tanggung. Aku tak rela memalukan diri-sendiri.

“Abang?” pinta Adelia lagi. Tak habis-habis gadis manis itu mengeluarkan suaranya. Memujuk rayu.

“Okay, abang’ll tell. Promise, adik jangan terguling pulak kat belakang…” Hadif memberi amaran.

Ish, siap bagi amaran cam tu, lagi la berganda-ganda perasaan ingin tahu Adelia. Apa la dia ni…

“Cepatlah! Bukak fairy tales tu…” kata Adelia. Excited. Aku juga yang berdebar-debar menanti Hadif ‘memainkan’ semula detik pertemuan pertama kami.

“Adik ingat tak, hari yang kita pergi shopping dulu?” Hadif memulakan penceritaannya. Seimbas, dia melihat reaksi Adelia di belakang. Sempat juga dia mengerling ke arahku sekilas. Aku buat-buat tidak perasan.

“When? Kita pergi shopping bukannya sekali, bang…” kata Adelia tidak faham. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingati.

“Alah, hari yang abang tersilap adik dengan orang lain…” Hadif cuba mengembalikan ingatan Adelia.

“Ooo… yang abang dengan selamba badaknya peluk sorang awek tu ke? Then she’s so pissed off sampaikan dia suruh abang kahwin dengan dia. That day ke?” tanyanya lancar dengan rasa tidak sabar. Diriku seolah-olah dipanah petir tatkala butir-bicara Adelia menerobos ke gegendang telingaku.

What?! Adelia tahu tentang tu? Hadif told the entire rubbish kat dia? Biar benar dia ni! Takkan sampai chapter kahwin tu pun dia cerita sekali. Title apa yang dia ‘kalungkan’ untuk aku agaknya. Tekakku terasa kering tiba-tiba. Peluh dingin mula nak berembun.

Adelia bergerak merapatiku. Lebih rapat ke sisi kanan. “Akak nak tahu tak, abang dulu pernah terpeluk sorang perempuan kat shopping complex. Dia ingat perempuan tu, Lia. Rupa-rupanya, orang lain. Last-last, kena sembur cam tu je. Perempuan tu siap tanya, abang nak kahwin dengan dia atau tak. Nasib baik abang pandai elak. Kalau tak Lia dah dapat kakak ipar free,” panjang lebar dia bercerita sambil ketawa terkekeh-kekeh.

Sekali lagi, ketawa Hadif lepas. Panjang gelak tawanya. Masakan dia tak ketawa begitu, pabila perempuan yang dimaksudkan Adelia adalah aku. Aku pula dah tak senang duduk. Anak mata di bawa merenung dashboard. Malunya, ALLAH je yang tahu. Berbakul-bakul. Berganda-ganda. Kulit mukaku dah meregang. Dah berinci-inci tebalnya. Tak tahu nak sorok di mana. Kalau boleh lompat dari Rexton ni, dah lama aku buat aksi ngeri tu. Ya ALLAH…

Tangan aku pulak terasa ringan aje nak buat ‘cubit-cubitan’ di lengan dia. Untung aku masih waras. Masih boleh berfikir yang Hadif tu anak teruna orang. Kalau laki aku, dah lama kena gigitan scorpion…

Dan tanpa diundang, kejadian itu berulang-tayang di mindaku. Dari saat dia memeluk bahuku hinggalah dia berjalan meninggalkan aku yang terkedu dengan kata-kata balasnya. Jadi, betullah kata-katanya hari tu. Memang dia tersalah orang. Antara aku dan Adelia. Patut la dengan penuh tak tahu malunya, dia boleh buat tingkahlaku macam tu. Aduh…

“Abang, your turn. Continue with your story,” arah Adelia. Ketawanya tinggal sisa. Hadif pun sama.

“Nak cerita apalagi, adik dah tahu ceritanya, kan?” soal Hadif lembut. Tiba di simpang jalan, dia memberhentikan Rexton. Apabila dipastikan tiada kenderaan, dia membelok ke kiri.

“Adik bukan maksudkan cerita abang dengan bakal kakak ipar adik tu,” katanya dalam tawa kecil. Penuh usikan. “Abang, kalau awek tu betul-betul serius suruh abang kahwin dengan dia time tu, macam mana ha? Abang nak ke?”

Hadif mengulum senyum. Sejenak, dia memandang ke arahku. Pandangannya penuh seribu makna. Sukar untuk kutafsirkan. “Abang tak kisah…”

Eleh, tak kisah konon. Hari tu, bukan main lagi menolak. Membantah. Cakap tak serupa bikin… Aku mencebik dalam hati.

“Walaupun abang tak kenal?” Nada suara Adelia jelas tak percaya dengan pengakuan Hadif.

“Mula-mula je tak kenal. Bila dah lama nanti, kenal jugak. Macam Kak Hani…” Tajam-menikam, bisa-berbisa sungguh makna di sebalik kata-kata Hadif. Aku hampir nak pitam. Aku dah tak sanggup nak menadah cuping telinga mendengar ‘perbahasan’ mereka berdua. Cepatlah tamatkan topik mengarut nie…

“La… tak terjawab lagi soalan adik tadi. Asyik terpesong je. Macam mana abang jumpa Kak Hani?” Sekali lagi dia bertanya.

“Adik dah tahu ceritanya. Abang tak tipu,” jawab Hadif.

“Huh?!”

“Abang jumpa Kak Hani kat shopping complex tu la…”

1 saat… 2 saat… Sepi mengisi ruang apabila kami bertiga mendiamkan diri. Adelia dalam dunianya. Mungkin dia sedang cuba memahami maksud tersirat yang Hadif ingin sampaikan. Hadif pula menumpukan konsentrasinya di jalan raya.

Adelia terjerit kecil kemudian. “Oh-My-God.” Dia menuturkan satu-persatu tiga perkataan itu bersama mata yang membulat.

Senyuman memekar di wajah Hadif melihat tindakbalas adiknya. Senyuman yang terselit ucapan tahniah di dalamnya. Tapi dia tidak bersuara.

“Akak awek tu ke?” Lambat-lambat Adelia mengutarakan pertanyaannya. Sedikit takut. Sedikit malu. Dengan riak wajah yang cuba di kawal, aku berkata perlahan. “Iye..”

“Serious? No kidding?”

Aku mengangguk. Tidak mampu aku nak bersuara lagi. Tahap ketebalan mukaku sudah mencecah tahap maksimum. Mana mungkin aku mampu membuka mulut. Rasakan! Marahku pada diri sendiri. Buat permintaan mengarut-ngarut, itulah padahnya. Sekarang, siapa yang menanggung malu?

Tapi, bukan salah aku entirely. Kalau Hadif selidik dahulu, sebelum ‘bersenang-lenang’ melabuhkan lengannya di bahuku, semua ni takkan terjadi. Dia juga harus dipersalahkan.

“Abang! Teruk la abang nie!” Adelia mencubit bahu Hadif dengan wajah tak puas hati.

“Sakit la, dik!” Hadif cuba mengelak. “Ingat abang ni dough roti ke?”

“Biarla. Siapa suruh abang tak cakap awal-awal!” katanya dengan cebikan. Bibirnya dah panjang sedepa. Cuma tak sepanjang hidung Pinocchio je.

“Cakap apa?” tanya Hadif. Pura-pura tidak memahami maksud Adelia.

“Nak berlakon pulak. Bagitau yang awek tu, Kak Hani la… Abang memang nak kena!” Ditamparnya lagi bahu Hadif. “Buat malu adik jer…”

Terkeluar tawa kecil dari rekahan bibir Hadif. Adelia mengubah posisi dirinya. Hampir kepadaku.

“Akak, Lia minta maaf. Banyak-banyak…” pintanya tulus. Ikhlas Adelia memohon maaf atas keterlanjurannya berkata-kata sebentar tadi. Terdetik rasa simpati di hatiku. Ah, kalau dihitung bukan besar mana pun kesalahan dia. Dia sekadar menyatakan apa yang betul.

Aku melemparkan senyum nipis untuk tatapan Adelia. Cuba mengusir perasaan bersalah yang hadir dalam dirinya. “Bukan salah Lia.” Aku menghentikan ayatku seketika sebelum meneruskan kata-kata. Kini, giliran Hadif pula yang akan terkena. “Salah driver kita…”

“Aik?! Saya pulak yang dipersalahkan… Lia yang mengata awak,” Hadif bersuara tatkala mendengar aku menyalahkan dirinya. Dikerling aku sekali lalu.

Tahu pulak nak defend diri sendiri. “She knows nothing. Lagipun, awak yang sesuka hati peluk saya. Kenapa tak tengok muka orang dulu, before awak ‘landing’kan tangan awak tu?” Aku mengangkat kening sebelah. Seakan mencabarnya untuk membela diri.

Dia mula menggelabah. Sama seperti pertemuan pertama kami dulu. Tika dia kehilangan butir-bicara. Senyuman yang ingin terukir cuba ku tahan. Rasa lucu pulak tengok keadaan dia macam ni…

Adelia di belakang sudah ketawa gelihati. “Go, kak. Lia sokong akak 100%.” Aku tersenyum jua. Speechless kau Hadif, bisikku dalam hati. Tak sabar aku menanti dia mematahkan hujah-hujahku.

Hadif mengurut pelipisnya. Serentak itu, dia mengeluh perlahan. “2 plaintiffs vs. 1 defendant, of course saya kalah. And becoz of that, I admit defeat. Satisfied?” Ada senyuman yang ingin berbunga di bibirnya.

“Not enough. Cara you surrender tu, cam orang terpaksa. Bukannya sebab mengaku kesalahan sendiri…” Aku menolak kata-katanya. Tanpa berfikir panjang.

“Betul kata akak. Lia pun tak nak terima kata-kata abang,” sokong Adelia pula. “Cepat bang, mengaku je la yang abang bersalah.” Aku menoleh memandangnya. Lalu kami berdua berbalas senyuman. Senyuman yang penuh makna.

“Oh, komplot! Korang berdua ni nak kena tinggal kat sini ke?” Hadif mengugut. Dijegilkan matanya pada kami berdua.

“Tak heran. Sebelum abang tinggalkan kami, kami halau abang dulu…” sahut Adelia. “Lagipun, kami berdua. Abang sorang je.”

“Oklah. Saya…” Dia mematikan ayatnya. Tangan kirinya mencapai remote cd.

Aku mengangkat kedua-dua kening. Menadah telinga untuk mendengar pengakuannya. Adelia mendekatkan dirinya pada Hadif.

Hadif mengulum senyum sebelum menghabiskan saki-baki ayatnya. Remote yang di pegang, diangkat sedikit. “…nak minta izin on cd player, boleh? Bosan la asyik dengar suara korang berdua je…” tuturnya dengan ketawa nakal.

“Awak!”

“Abang!”



little chit-chat:
:D So, girl yg Hadif mistaken dgn Hani tu, bukanlah girlfriend or fiancé or wife dia... erm... wonder what's going to happen in Penang...
To readers yg rindukan ezany, *sengih* he's not going to be here anytime soon. Kisah Hani + Hadif belom berakhir... he'll be back when the right time comes. sabar2 la menanti, k?

p/s:
eita nk minta maaf andai ada readers yg rasa bosan baca citer ni coz eita tau citer ni meleret n honestly, eita sdr pun kekdg rasa bosan bila baca apa yg eita dah tulis. maybe ada yg dah x sabar2 nak tau ending. tp... eita mmg x pandai nak cut-short story :( sorry ek...


scribbled @ 22:00 |

hD
August 26, 2005   10:56 PM PDT
 
tak kira nk gelak guling2 juga! *lawan ckp hadif* lawak arr... nakal!!! kesian hani...

psssttt... kalau n3 sweet cam nih, tak yah balik KL ar hani n hadif tu... :p dok je penang tu... kawen n beranak-pinak kat sana... :))

best tak idea hD tu? *abis arr... pasni peminat ezany-headwind tu sure ngamuk marah hD*
pinkJambu
August 26, 2005   11:05 PM PDT
 
PUTEHHH,
akak sokong PUTEH...mmuah HardDisc! sukaaarr dia ngan HANI tu..ekekek, sepadan :)
anni
August 26, 2005   11:27 PM PDT
 
eita..anni ske n3 nih..senyum sampai tinger..beshh sgt..heheh....br syiokk..adeii walau pe pon..siankat ezany k..owang dh sonok2 kat sni..die dok windu sorang2 kat sane..heheh....beshh arr cite nih...eita..:P
pinkJambu
August 27, 2005   08:56 AM PDT
 
aikkk adakah kumpulan HARDDISC vs EzanY sudah bertambah ahlinyer ? *fikir2*

pUteh, tolong jwb jap ;)
typical_gurl
August 27, 2005   09:21 AM PDT
 
kak eita.... akhirnyaaaaaa.... ada gak n3.
eeee... best arrr hadif ngan hani, blh la saya ambik ezami dgn CRV dia... hik hik hik *ketawa mengekek*
dang ayang
August 27, 2005   02:03 PM PDT
 
apa yang lawak ni? kelako ker? takde pon.. citer apa ni??
eita
August 27, 2005   03:40 PM PDT
 
hD~x malu nyer dia, gelak guling2. oit bangun arrr, malu org tgk!
nak suruh hani+hadif dok penang trus? biar sC fikir dulu, tahun depan sC bgtau... : P

eonni~muaahh tuk harddisc je? utk eita x der ker? kekeke. ada group ke kat cni? *terkedu*

anni~eita pun sian gak kat ezany tu. ntah apa la yg dia buat sowang2 kat KL... :D

miso~asyik nak balas CRV je dia tu. pst. miso jatuh shenta kat ezany balik ke?

kak ayang~:-S... potong stim tul! ni bukan cite la kak. eita tulis tips, cara2 nak masak ayam masak kunyit berempah cili pedas bersalut kailan ditabur lada hitam... : P
PUTEH
August 27, 2005   05:07 PM PDT
 
kak pink... menurut tilikan saya... hmm, rasanya ezany bakal mengalami kekalahan teruk nih. dan nampaknya hadif menang majoriti... :D



psttt... TG amik arr 'ezami' headwind tu... tak heran pun! :p kita ada abang keta honda yang muka cam ako mustapha... :)) *gelak gatal sambil jeling kat eita... :p*
@risa
August 28, 2005   03:29 AM PDT
 
x kisahla.kalo cepat sgt ending pun ..x best..biar slow n steady..ehehe
pinkJambu
August 28, 2005   08:38 AM PDT
 
pUTEh..

EZAMI *tiru ejaan TG* konfemmm..jatuh di papan ke-2 *Bursa Malaysia* konfemm! *tepuk meja*

psttt..eita,
jgn terpedaya ngan si Puteh nih, mamat keta honda tu.. tu kita cari org lain je..siPuteh? ermm, dia lak kita kasi je kat benggali Karpet..ekekekek ampun cikPuteH.ekeke.
water^lili
August 28, 2005   06:14 PM PDT
 
aiyark`!!! pesal la pjg sgt nie??? eee... geram tol la... tak kira... nak marah jgak~!!! cam nak nanges je bace pasal hadif nih... sakit ati tol~!!!! aiseyh.... cepat2 la blaaah hadif~!!! erk! tahap nak meledak dah ni geram kat hadif... hai la~ rase nak stop jer bacer... tp xper... tuk tunggu ezany... sanggup tunggu... tp worry gak kang tunggu2... tetibe,, ezany yg frust~!!! waaaaa!! xmo~!!!! benci~!!!
adilia
August 29, 2005   08:39 AM PDT
 
eita ni mcm dah jatuh syok kat hadif jer? apa dah jadi nih? ;-)
adilia
August 29, 2005   01:09 PM PDT
 
eita.. x puas hati nih!! nak tanya berapa lama nak duduk kat kg dgn hadif ni... balik la cepat ezany dah rindu dah tu... UWAAAA!!!!! balik la eita.. ckp hujung minggu je cuti.. rasa-rasamya fri - sun.

Tapi ni rasa cam dah btahun jer... jomlah eita balik kl uwaaa!!!!

* sambil nangis guling-guling*
eita
August 30, 2005   09:21 PM PDT
 
adilia~erk? Eita sukakan hadif? Penulis berdiri atas pagar jer la… Haha. hani akn balik KL. Sabar la ek? Ala… x mo la nangis sampai guling2 cam ni… kesian eita tgk lia, habis kotor baju tu… bangun ek? *papah lia bangun*

water^lili~ *urut belakang water^lili* jgnlah mengamuk… jgnlah marah… takut eita tgk…. nape x suka ngan hadif?

eonni~setuju10x. kita jual cikputeh kat benggali karpet! Yeaaa… pas2 duit hasil jualan tu, kita gi melancong ke Holland. Eita nak tgk tulip… x pun kita gi korea, jumpa nurfa kat sana… hehehe

@risa~hi dik! Betul2! akak sokong. Hehehe : D

puteh~ *jeling balik kat puteh* sapa abang keta honda tu?! Eita pun nk tumpang berkenan gak! : P
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive