Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 46
Monday, August 29, 2005

Cantiknya! Hatiku berdesis. Bandaraya Georgetown dan Penang Bridge yang menjadi nadi perhubungan antara pulau dan tanah besar, kelihatan sayup-sayup di kornea mata. Selat Utara yang membiru, bercahaya di panah sinaran mentari. Sudah lama tak menjejakkan kaki ke sini. Penang Hill. Dah bertahun rasanya.

Aku tiba-tiba teringatkan perbualan Ummi dan Auntie Sarah tengahari tadi. Tentang Hadif. Hatiku meruntun-runtun ingin tahu kisah yang sebenar. Tapi, aku ragu-ragu untuk bertanya pada Adelia. Takut dikata busybody. Perlukah aku menyuarakan hasrat hatiku ini?

“Pagi tadi, akak dengar Ummi dengan Auntie Sarah bercakap tentang abang Lia.” Aku memberanikan diri memulakan perbualan. Ketika ini, Hadif tiada bersama kami. Jadi, aku berkesempatan berbicara tentang perkara yang menghuni benakku.

“Tentang abang? Hal apa kak?” tanya Adelia semula.

“Kisah silam dia…” teragak-agak aku menjawab. Di dada penuh rasa gementar. Mahukah Adelia melanjutkan perbualan kami? Lalu menceritakan kisah silam Hadif. Sesungguhnya aku ingin tahu.

“Maksud akak, kisah abang dengan Kak Yana?”

“Rasanya… tapi confirm about his past love.”

Keluhan nipis keluar dari bibir mungil Adelia. “Itu aje satu-satunya pun cinta abang. Sejak dari US, diaorang bercinta. Tapi malangnya, bila balik Malaysia, Kak Yana terpaksa kahwin dengan orang lain.”

“Paksa?” ulangku semula. Bagaikan tidak percaya. Takkan seteruk itu?

Wajah Adelia bertukar sayu. “Benar kak. Abang memang dah rancang nak kahwin dengan Kak Yana. Even masa di US lagi. Tapi, bila balik Malaysia je, parent Kak Yana tak setuju. Dengar khabarnya, diaorang dah ada pilihan sendiri. Puas abang dan Kak Yana berusaha, memujuk hati diaorang tapi sia-sia. Keputusan diaorang muktamad. Disebabkan tak mahu digelar anak derhaka, abang paksa Kak Yana turut kemahuan parent dia. Abang rela mengalah.”

Adelia berhenti menarik nafas seketika. “Lia tahu, abang tak sanggup sebenarnya nak buat keputusan tu. Sebab cinta abang pada Kak Yana terlalu dalam. Tapi, dia rela berkorban. Selama setahun lepas abang dan Kak Yana berpisah, hidup abang terumbang-ambing. Semua orang risaukan dia. Ibu dan ayah lebih-lebih lagi. Dia bagaikan hilang arah. Tapi, nasib baik lepas tu, abang dah kembali normal. Dah boleh hidup macam biasa. Boleh ketawa. Lia pun tak tahu dari mana dia dapat kekuatan tu. Entah dia saja pura-pura untuk mengaburi mata kami atau memang itu dia yang sebenarnya, Lia tak pasti.”

Ya ALLAH… hatiku benar-benar tersentuh dengan cerita Adelia. Tak pernah kusangka di sebalik senyuman dan usikan Hadif, tersimpan sebuah kisah pahit. Kisah yang terlalu perit untuk dihadapi. Bukan mudah nak melupakan orang yang dicintai. Apatah lagi, perpisahan itu bukan atas kerelaan kedua-duanya. Tetapi disebabkan pihak ketiga. Betapa pedihnya hati saat impian yang dibina, terkubur di tengah jalan. Serta-merta, aku terbayangkan Lynn. Kedukaan dan kekecewaan yang di alaminya kembali menari-nari di ruang mata. Pasti itu juga yang Hadif rasai. Malah, mungkin lebih lagi. Alangkah kasihannya dia…

“Eh, takkan nak berdiri kat sini saja?” suara Hadif menyapa tiba-tiba. Aku sedikit tersentak. Bila masanya dia berada di sini? Dia tahukah apa yang kami ceritakan?

“Abang! Mana lagi nak pergi ni?” suara Adelia bertukar ceria. Melindungi wajah keruhnya tadi.

“Kat atas sana ada lagi tempat menarik. Jomlah…” ajunya.

Aku berpaling perlahan. Melabuhkan anak mataku di wajahnya. Biarpun wajahnya seperti biasa, aku seperti dapat melihat kesakitan yang disembunyikannya. Merasai kelukaan yang tersembunyi jauh di dalam dirinya itu.

Adelia telah menapak ke hadapan. Membiarkan aku dan Hadif di sini.

“Something’s wrong ke?” soal Hadif penuh prihatin. Dipandang wajahku lama.

Sebuah senyuman hambar aku lemparkan padanya.

“Tak ada apalah,” laju aku bersuara dengan suara gembira yang dibuat-buat. Menyembunyikan perasaan simpatiku tatkala ini. Aku mengorak langkah pantas, mengikut Adelia yang sudah ke hadapan.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~


Padang Kota Baru hiruk-pikuk dengan manusia. Deretan kereta yang terparkir di sisi jalan, membayangkan betapa ramainya pengunjung yang datang. Hinggakan ruang parkir kosong begitu susah untuk ditemui. Malah, Hadif terpaksa berpusing di kawasan yang sama dua kali sebelum dia berjaya memarkirkan Rextonnya.

Angin malam begitu nyaman. Berpuput lembut menampar ke pipi. Tudungku dibuai-buai ditiupnya. Adelia di sisi, asyik memerhati gelagat manusia. Tak henti-henti dia berpusing ke kiri dan ke kanan.

“Akak, Lia masuk Gurney jap, nak beli milkshake. Thirsty la. Akak nak order apa-apa tak?” Adelia bertanya.

Aku menggeleng perlahan. Sebagai tanda aku tidak mahu apa-apa. Kekenyangan ketika makan sotong kangkung di Padang Kota Lama masih terasa. “Nak akak temankan tak?”

Adelia berdiri. Punggungnya di sapu perlahan. Membuang benda-benda asing yang mungkin terlekat. “Tak yahlah. Kejap je, kak. Kalau abang datang nanti, mesti dia risau tengok kita tak ada kat sini…”

“Okey. Tapi jangan singgah kat mana-mana tau…” Aku memberi peringatan. Aku bimbang jugak seandainya Adelia melencong dan ‘tersangkut’ di mana-mana kedai dalam Gurney tu. Dia berjalan seorang diri, hal-hal yang tak diingini boleh terjadi.

Pantas Lia mengorak langkah ke pintu utama yang terletak hanya beberapa meter dari kami. Setelah bayang tubuhnya menghilang, aku menebarkan pandangan ke segenap alam. Pada laut yang diselubungi kegelapan di depan mata. Pada manusia yang tak pernah surut. Padang Kota Baru bagaikan berpesta.

“Mana Lia?” Nada suara lelaki menerjah masuk. Hadif. Terpacak dia bersandar di planter box yang setinggi satu meter.

“Dia pergi Mc D kejap,” sahutku seraya memandang Gurney Drive yang bermandikan cahaya neon. Mencari kelibat Adelia di celahan orang yang lalu-lalang. Dah berapa lama Adelia menghilang kat dalam tu?

“Confirm pergi cari milkshake la tu…” gumam Hadif antara dengar dan tidak. Rendah benar nada suaranya. Hampir-hampir tidak tertangkap telingaku. Pandangannya di halakan pada main entrance.

“Kalau saya tanya awak some questions, ada harapan tak awak nak reply?” Aku memberanikan diri bertanya. Siap dalam bentuk soalan berbunga-bunga. Tactic nak memancing perhatian dia. Juga untuk membendung perasaan negatif yang mungkin hadir di hatinya akibat dari soalanku itu. Nak bertanya pun, perlu ada caranya…

“Depends…” sepatah jawapan balasnya.

Aku menarik nafas dalam. Menyediakan diri.

“Actually, dah lama saya tertanya-tanya tentang hal ni… Mmm… Kenapa awak resign dari RKL?” Ku luahkan akhirnya, soalan yang terpendam di benakku. Soalan yang aku dambakan jawapannya semenjak Ezany memaklumkan bahawa Hadif telah berhenti dari syarikat itu.

“Why? Awak rindukan saya ke?” duganya dalam tawa kecil.

Soalan… Tak cover langsung! “Tak lah…” kataku sedikit panik. Itu yang disangkanya. Aku pun tak menyangka itu ayat balasnya. “Cuma… yelah… dalam one day je, kita jumpa dan berpisah. Singkat sangat detik perkenalan kita… Saya ingatkan lepas hari tu, kita akan jumpa lagi. Alih-alih, saya dapat tahu awak dah resign…”

“Sebenarnya, saya bekerja kat RKL tu for temporary. And bila ayah saya dah buat announcement suruh ‘berkorban jiwa dan raga’ untuk syarikat sendiri, terpaksalah saya turut.”

Bibirku meluahkan tawa. “Berkorban jiwa dan raga? Cam paksaan jer…”

“Could be…”

“Iye?” Takkanlah kerja di syarikat sendiri pun dia tidak suka? Bukankah segala kerahan tenaga yang dia tumpahkan demi untuk masa depan syarikat keluarga dia sendiri.

Dia mendongak memandang langit gelap pekat di atas kepala. “Aneh kan takdir kita?” Tiba-tiba Hadif menukar topik perbualan.

“Meaning?” Aku tidak dapat menangkap maksudnya yang ingin dia sampaikan. Apa yang aku tahu, takdir memang begitu. Dalam sekelip mata ia mampu merubah kehidupan kita.

“Dua kali kita berjumpa, kemudian kita terpisah. Dan tanpa kita ketahui, rupanya, Ummi dan ibu kita dah saling mengenali. Honestly, I never thought that I would see you again…” tutur Hadif jujur. Aku berpaling melihatnya seimbas sebelum kembali melabuhkan pandangan pada pintu utama Gurney.

“Betul. That one day. Nope, that two days…” Aku membetulkan semula ayatku. Aku memainkan semula detik-detik bersejarah itu di layar fikiran. Ronald Mc Donald… sebegitu sekali aku memerlinya. Setelah itu, aku menjeling dia sekilas. Anak mata kami bertembung. Masing-masing melemparkan senyuman.

“Speaking of it, saya belum say thanks lagi kat awak,” beritahuku bila teringatkan betapa selama ini aku ingin bertemu dengannya. Untuk mengucapkan terima kasih atas sikap keprihatinannya pada hari perkenalan kami dahulu.

“For what?” Dia mengerutkan dahi.

“Sikap ambil berat awak waktu saya tak sihat tu,” terangku ringkas.

“Ohhh… it’s nothing. Memang patut pun, saya buat macam tu. Lagipun…” Dia mengantungkan percakapannya.

Lantas aku menjungkitkan kedua-dua kening. Meminta dia meneruskan butir-bicaranya.

“It’s part of my responsibility. As a human being…” Dia menghabiskan percakapannya dengan senyuman yang terhias di wajah. Lesung pipitnya terserlah lagi. So sweet. Aku tersenyum pendek.



little chit-chat :
Utk nurfa + along, adik angkat eita/akak - lieya kirim salam. N my dear along, lieya ni tua setahun je dr along… : D

Utk my dear lieya, akak menanti kemunculan lieya kat dunia blog : D take ur time, dear!

Malam ni nak tgk TaeGukGi… walaupun dah tgk VCD 2-3 kali, tp tetap gak nk tgk kat tv. Lgpun, first time being air on tv. Cite ni about 2 brothers yg fight dlm Korean war. How their love for each other turn to hate becoz of the war. N at the end, filled with love for his older brother, the younger brother search for his brother at the North Korean territory n fight with his own brother in order to make his brother realize that he's still alive. But the younger brother didn't realized, the moment he turn his back after convincing + believing that his brother would come back to him soon, his older brother was being shoot n dead at the same spot. For years n years, the younger brother thought that his brother's still alive n live somewhere in China until one day he got a call to confirm about bones, being buried year of years…. Bones that belong to his dear brother, whom he's been waiting to come home… Sedih gilak cite ni… uwaaa…. tp best! It's been one of my favourites…

scribbled @ 22:33 |

water^lili
August 29, 2005   11:08 PM PDT
 
hehehe... best... best~!!! erm... however, i still miss ezany... lalala... sorry la.. bukannya ape.. sesaje... kekeke... and sorry yg saya kutuk hari tuh... hehhe... hopenya xde sape yg mkn ati... especially k.eita~!!!
hD
August 30, 2005   12:00 AM PDT
 
sC!!!! *jerit kuat2* apsal menyepi ni? :-S sedih arr... *lap air mata, kak pink, tumpang bahu...*

;)) *gelak gatal* oh, my GOD! hadif ada lesung pipit... *jatuh chenta + jatuh tangga*

bahaya.. bahaya... dari simpati mengundang empati... seterusnya akan membuka pintu hati... ;) hani n hadif... sesuai sangat lah tu... kesianlah peminat ezany tu eh...
pinkJambu
August 30, 2005   09:24 AM PDT
 
puteHH,
tumpang bahu tuk air mata ok, tuk hingus ,nope! ekekeke.

cikKak,
HardDisc tu hakmilik kekal kakPinK ya, tolong sket eh.
korang memang tau! masa awal kemunculan dia *flashback sambil tongkat dagu* masa takde sapa suka Hadif dan time tu aku sensowang je yg support dia. sekarang nih alih2 ni sejak tahu dia ada lesung pipit maut tu terus minat eh..*sekeh Puteh* ..ekekekkeke
pinkJambu
August 30, 2005   09:25 AM PDT
 
kerana Taegukgi..aku tido kul 3 pagi..tapi bes gilak! huhuhuhu
pinkPANTHER
August 30, 2005   01:11 PM PDT
 
uwaaaaaa......ensemnya hero taegukgi tu... uwaaaaaaa...dia matiiiiiiii... uwaaaaaa.... sedihnya citer tuuuuuu... uwaaaaa.... sedihnya citer si hadiff tuuuuu....uwaaa... *peluk hadif sambil jeling kak pink*
adilia
August 30, 2005   02:10 PM PDT
 
uwaaa!!! eita jomlah balik KL.. lama sangat dah kat penang... esok2 mai la lagi..

sian ezany tu tinggal sengsorang...
PUTEH
August 30, 2005   03:01 PM PDT
 
kak pink, apahal sekeh pala kita nih? *sib baik abg haRdisC kita tu kasi topi keselamatan kontraktor tu kat kita* ;))

kesian kak pink, tangan dia bengkak sebab sekeh pala kita...:p

eita tak nak balik KL... dia kata udara n makanan kat penang best2... pastu ada prince charming yg temankan dia... lagi arr dia berat hati nk balik KL... hehehehe
eita
August 30, 2005   09:05 PM PDT
 
adilia~sabar sket je lagi. Diaorg dah nk balik dah tu… : D nanti balik KL, eita bg ole2 kat lia nak?

Miso~adei la pening! Dgr miso nangis je trus migrane… adei! Hero All About Eve yg mati tu hensem, tp hensem lg adik dia tu – Wo Bin :D

eonni~penyokong kuat hadif dr dulu. Yg setia di sisi. Akak mmg penshenta paling agung ahh… kalah shah jehan. Kekeke…
hahaha. 3 pg br abis? Eita kul 12.30 dah trtdo. Cite dia mmg besh! Menyayat hati tul!

hD~bukan nk menyepi… Cuma x letak n3 je. Nk carik idea sket.
Oit! Ni nk marah ni! Kan dah tau ke si Hadif tu ada lesung pipit :-S err… jatuh shenta, sC x leh nak tolong, jatuh tangga pun sC x leh nak tolong. Bangun sdr eh? *gelak kejam*


Water^lili~ *cekak pinggang* main2 eh? Ingatkan dah nak meletup masa last n3. sibbaik. Hahaha. Adik ni, buat akak risau je la. Siap bg amaran kata nk stop lak tu… ish, ish! *geleng paler* nakal ek?
Akak x makan ati la dik, akak vegetarian : D erm… cara ckp besh tu cam dah tukar ‘haluan’ je. Dah suka kat hadif lak ke? : D
anni
August 30, 2005   11:35 PM PDT
 
assalamualaikum..eita...alahaii x puas nye lah anni bce n3 nih..adeii...heheh....rase cm dh xleh tdo dah...:) bile nak balik jumpe ezany nih...
eita
August 31, 2005   12:46 AM PDT
 
anni, w'salam...

x puas baca? hehehe. takat tu je la n3 yg ada pun... sian dier x leh tdo...

derang dah nak balik KL da. tunggu lg 2-3 n3 je eh? : D
pinkJambu
August 31, 2005   10:51 PM PDT
 
alaa..kalau balik KL pun ok gak, cik PuteH kannn, umah mr rite haku tu kan kat KL juga..muahahahah. sama je la KL keee..Penang keee..ekekekke :

ampun! jgn mawahhhh..ekekek.
Infa
September 1, 2005   04:01 PM PDT
 
Eita...

akak pening paler nie...first time buat comment kat cni...cam mane ek...nk pilih REXTON ke CRV *garu paler* CRV nie klu jual balik ada value, tp klu REXTON nie..tk tau laie sbb baru kat market...walau pun akak mmg minat giler kat CRV nie tapi kan disbbkan REXTON nie tgh top..akak pun pilih REXTON la...*garu paler* ape yg telah ku lakukan...eita...maap kan daku...*lari sekuat ati*
eita
September 1, 2005   06:17 PM PDT
 
kak infa~*peluk akak kuat2* welcome n plz join the group! :D
erm? Akak pun pilih rexton... bertambah ramai la peminat dia tu. pst, eita tau nape akak sebut rexton dan bukan *****. kekeke. akak takut ada org marah eh? *jeling2 eonni sebelah mata*

eonni~dlm bercuti pun masih sempat jenguk lg ek? miss u sis! mmuahhh to u.
err, mana tau mr. rite tu dok KL :p
water^lili
September 1, 2005   08:59 PM PDT
 
adess... xde la.. mana leh berpaling tadah~!!! tuh tak setia~!!! heheh.. kter setia la.. like setia negara gituh... kena tetap.. xleh jadk mcm yg dlm let. adnan tuh... keskeskes... sajer je cakap best... ehehhe... rindu la kat ezany~ wawawawa~ erm...
nak tanye sket... citer nih ni ade kaitan ngan yg hidup ker?? and jugak ker nma watak?? hehehhe... hakhakhak~ okies.... mane n3 baru nih... tp dgn syarat jgn la hadif lagik... dah ler frust abes nih dgn mende lain... hai la~ hurnm.... e.z.a.n.y~!!!!! windunyer!!!!
eita
September 3, 2005   02:03 PM PDT
 
water^lili~setia giler nih! tabik hormat! hahaha

cite ni rekaan semata2. x der kena-mengena dgn sesape pun. n nama watak2 tu jugak, rekaan semata2...

err... ada lg 2 n3 sebelum hani balik KL, leh sabar x? : D
water^lili
September 4, 2005   11:18 PM PDT
 
ades... k.eita~ dua lagik?? mesti pjg tuh... aaaaaaaa~ ehehhe... xpe lah... demi e.z.a.n.y,,, saye tunggu... :((.... okies... hope u're in a good health k.eita~!!!! bye~!!1 thanks sbb tulis novel... wahhahaha~
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive