“Nanti mai la sini lagi,” pelawa Mak Tok keesokan harinya.
“Insya-ALLAH,” jawabku dalam kedinginan. Hari masih pagi lagi. Dalam pukul 7. Di sekeliling, kabus masih tebal. Sedikit membataskan jarak penglihatan. Namun, itu bukan halangan untuk aku menikmati keindahan dan kedamaian suasana pagi di kampung. Aku memeluk diri erat di atas pangkin. Mengelakkan diri dari terus di gigit kedinginan.
“Kalau mai Penang ka, singgah la. Tok sah malu-malu. Mak Tok dah anggap Hani macam cucu Mak Tok sendiqi. Mai na…” pesan Mak Tok sambil meletakkan tangannya di bahuku. Seakan mengharap kedatangan aku lagi ke sini. Diusapnya perlahan. Terserlah kasih sayang seorang nenek. Patut la Ummi sayang benar dengan keluarga Auntie Sarah. Sampaikan dah bertahun pun masih diingat lagi. Diaorang memang baik dan sarat dengan kasih sayang.
“Kalau Hani datang, tapi Mak Tok tak kenal macam mana?” Saja aku ingin menduga.
“Mak Tok kenai. Kalau tak ingat, bagitau la Hani anak Min. Mak Tok mesti ingat.”
Aku senyum. “Baiklah, Mak Tok.”
Di muka pintu rumah, Hadif sedang berdiri sambil bercekak pinggang. Entah apa yang dibuatnya. Nampak gaya macam ber‘exercise’. Tapi, takkanlah kat tengah-tengah pintu kot. Dah tak ada tempat lain nak buat ke? Aku tertanya-tanya.
Menyedari aku dan Mak Tok berada di atas pangkin, dia mengorak langkah menghampiri kami berdua. Mungkin mahu ikut serta mengambil angin pagi.
“Mak Tok pagi-pagi dah berdating,” ujarnya setelah berdiri depan kami. Kemudian, dia melabuhkan diri di sebelah kanan Mak Tok. Bergoyang pangkin kayu menerima hempasan badannya. Mujur tak runtuh…
“Oqhang tua macam Mak Tok mana qheti benda-benda lagu tu. Oqhang muda macam hampa ni pandai la…” Mak Tok mematahkan tuduhan Hadif.
“Hani pun tak pandai Mak Tok. Orang-di-sana tu, terror la.” Aku membela diri. Hadif kan pernah bercinta. Setakat dating-mating ni, mesti dah expert. Lain la aku ni. Dulu, sibuk nak bercinta dengan buku. Sekarang, cintaku hanya untuk tugas dan kerja di pejabat. Belum ada masa lagi untuk aku saratkan hati dan jiwa dengan perasaan tu. Perasaan yang melibatkan dua jiwa. Lelaki dan perempuan.
“Betui ka?” Mak Tok menoleh memandang Hadif.
Hadif kelihatan ragu-ragu. Was-was. Dan tanpa mengendahkan Mak Tok dia berkata, “Orang-di-sana mengata orang-di-sini, ek?” Di lentokkan badannya sedikit ke hadapan, melihat reaksiku.
“Orang-di-sini bukan mengata… Cuma berkata yang benar,” balasku penuh semangat. Aku dah tahu kisah percintaannya, tiada guna dia cuba berselindung.
Mak Tok menyimpan suara. Anak matanya yang beralih ke kiri dan kanan. Memandang kami berdua silih berganti.
“Mana orang-di-sana tahu tentang orang-di-sini?” soal Hadif. Seperti orang terkejut.
“Orang-di-sini banyak spy. Kalau orang-di-sana nak tahu, agent 007 tu salah seorang best friend orang-di-sini.” Aku cuba bergurau demi melihatkan dia terkejut mengalahkan orang kena heart attack. Relaks la, Hadif…
“Alah… agent 007 tu mesti Lia, kan?” duganya pantas. Membuatkan aku pula terkejut. Di hati, aku langsung tak terniat nak merujuk kepada sesiapa agent 007 tu. Melainkan Pierce Brosnan. Marahkah dia pada Adelia jika dia tahu Adelia telah ‘mendedahkan’ kisah silamnya padaku? Badanku mulai gementar. Takut. Bimbang.
Dan aku… aku tak sepatutnya membuka sejarah hidup dia. Telah aku ketahui bagaimana terseksa dan terlukanya dia dengan perpisahan itu. Buat apa aku mengungkit lagi? Sesungguhnya, bukan itu niatku. Aku tak sengaja. Topik yang kami bualkan terkeluar diluar kesedaranku.
“Lia bukannya first class dalam bab risik-merisik ni. Orang-di-sana dah salah teka.” Aku cuba melindungi Adelia.
Ketawa Mak Tok bergema tiba-tiba. Mengisi saluran gegendang. Lalu kami berdua menghentikan ‘perbahasan’ merangkap ‘persidangan’ tak rasmi kami. Kenapa Mak Tok ketawa? Apa yang lucunya? Aku dilanda kehairanan.
“Mak Tok qhasa macam dok tengok gambaq Tiga Abdul…” katanya dalam tawa. “Jadik sungguh laa hampa ni…” Kepalanya di gelengkan perlahan.
Aku dan Hadif tersenyum nipis. Tiga Abdul? Orang-di-sana dan orang-di-sini. Entah macam mana kami boleh terpetik kata ganti diri dari filem tu…
“Untung Mak Tok. Boleh tengok drama free,” balas Hadif sambil ketawa mengusik. Kemudian, dia bertanya aku lagi, “Then, siapa agent tu?” Nampaknya, dia benar-benar ingin tahu.
“Mana boleh cakap. Ini rahsia orang-di-sini. Orang-di-sana tu, bukan boleh di harap sangat, entah-entah mati Agent 007 tu, di soal-siasat,” kataku dengan nada risau. Seolah takut benar Hadif ‘mengerjakan’ agent aku tu, jikalau dia dapat tahu siapa orangnya.
“Cakap la… Orang-di-sini promise, will spare orang-di-sana punya life.”
Aku ketawa kecil. Macam senang je dia boleh bunuh aku. Habis, law yang berkanun-kanun tu nak dilempar kat mana? “Orang-di-sini won’t buy it,” tegasku.
“Ok. Orang-di-sana nak apa. Cakap je. Orang-di-sini akan tunaikan as long as orang-di-sana revealed siapa orangnya.”
“Mampu ke orang-di-sana nak tunaikan?”
“Belum cuba belum tahu..”
“Okay… how about a bouquet of lavenders?” pintaku bersahaja. Permintaan yang takkan dapat dia tunaikan. Ada ke lavender fresh kat Malaysia ni. I doubt it. Terguling macam Jack and Jill la Hadif nak pergi ‘korek’ bunga tu nanti. Well, top-secret do comes with a higher price. Your life, even. Either he takes it or leaves it.
“Huh?! Orang-di-sana ingat, kita kat Maditerranean Sea ke?” soalnya pelik. Keningnya terangkat sebelah.
“Tak der lavenders, tak dapatlah jawapannya…” Aku menjungkitkan bahu. Tanda tidak peduli. Keputusanku tetap.
“Menatang pa tu, Hani?” Mak Tok mencelah ingin tahu.
“Sejenis bunga. Kat Malaysia tak ada. Wangi bunga tu, Mak Tok…” terangku padanya. Mak Tok mengangguk faham dan tanpa diduga, ketawanya pecah lagi. Perlahan saja. Gelak orang-orang tua. Agaknya di berasa lucu mendengar aku dan Hadif bermain kata. Ataupun kerana Hadif dah terkena denganku.
Hadif terdiam sejenak. Dan tanpa sepatah kata, dia bingkas berdiri. Pantas dia menuju ke belakang rumah. Aik, merajuk ke? Blah cam tu je…
“Dia pergi mana tu, Mak Tok?” Aku bertanya. Dengan harapan, Mak Tok ada jawapannya.
Dengan senyuman yang masih ada, Mak Tok menyahut, “Ntah. Masuk qumah kot.”
Seketika kemudian, dia muncul kembali. Kedua-dua tangannya disorokkan di belakang. Senyum manis berbunga di mukanya. Macam ada something bad would happen je. Déjà vu. Apa rancangan dia?
“Ini… orang-di-sini nak kasi a bouquet of Malaysia’s lavenders…” Perlahan-lahan tangannya di bawa ke depan. Apa benda?
“Here… it’s for you.” Dikeluarkan terus tangannya. Beberapa batang bunga tahi ayam yang tergenggam kemas, dihulurkan padaku. Senyumannya makin melebar. Senyum perlian. “Sekarang, bagitau…”
Aku dan Mak Tok ketawa serentak. Tak sangka dia pergi mencari bunga yang paling terkenal dengan ‘keharumannya’ tu. Aku sangkakan dia dah masuk breakfast kat dalam. Hadif, hadif… kelakar la dia ni.
“Orang-di-sana ni, kalut. Orang-di-sini cuma buat wild guess je. Kan dah pecah rahsia. Tengok Mak Tok, apa yang Hani kata tu betul,” kataku akhirnya. Sekaligus membayangkan apa yang aku luahkan tadi, hanyalah gurauan dan tekaan semata. Tiada agent 007 seperti yang dia jangkakan.
Ketawa Mak Tok berderai buat kesekian kali.
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
Tiga hari dua malam. Rasa macam kejap aje. Baru datang, dah nak balik. Belum puas pun lagi stay kat Kepala Batas. Dan esok, aduh… kepala otak akan berserabut balik. Kena kerja. Kena mengadap muka-muka colleagues. Kena attend meeting. Site visit. Kalaulah boleh cuti-cuti Malaysia macam ni selalu, kan best…
Dengan hati yang berat, aku mengangkat beg pakaian keluar dari bilik. Menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Hari ini dah nak balik. Tak henti-henti aku memainkan ayat itu di kepala. Kenapa perlu cepat sangat masa berlalu? Benarlah apa yang orang selalu kata, bila gembira, masa berjalan pun tak sedar.
Tiba di ruang tamu, aku menangkap sayup-sayup suara orang bersembang di dapur. Dah tentunya kumpulan ‘ibu-ibu’ yang rancak berbual. Begitulah rutin mereka selama tiga hari di sini. Tidak jemu-jemu mereka berkumpul dan bercerita. Mereka tak pernah kehabisan topik. Kadang-kadang aku pun hairan. Banyak sangatkah perkara yang nak di kongsi? Sudah berapa ‘chapter’ peristiwa lampau yang dah dikhatam agaknya. Dan bila difikirkan semula, ku akui tempoh masa yang ada ini pun belum cukup bagi mereka untuk meluahkan segalanya. Jarak masa yang memisahkan mereka bukannya pendek. Berpuluh-puluh tahun. Tak mungkin dapat diluahkan dalam masa yang singkat.
Setibanya di halaman rumah, aku terus menuju ke Honda Stream milik Auntie Sarah. Menyimpan beg pakaianku di bahagian belakang kereta. Sebagai langkah bersiap-sedia sebelum kami bertolak. Kalau tak bersedia awal-awal, takut nanti ada barang yang tertinggal. Bukannya mudah nak berpatah balik dari Kuala Lumpur ke Penang.
“Auntie!!” jerit Hadif dari belakang. Tersentak aku dengan kenyaringan frekuensi jeritan itu.
Secepat kilat aku memusingkan badan. Melihat apa yang sedang berlaku. Dadaku diserang cemas yang menggunung bila terpandangkan tubuh Ummi terjelepuk dalam pangkuan Hadif. Ya ALLAH, apa yang terjadi? Kenapa dengan Ummi? Ku tinggalkan Stream yang terbuka pintu belakangnya. Aku membuka langkah seribu. Menerpa pantas ke arah Ummi.
little chit-chat :
*spray lavender siap2 100 botol*
Adilia, Water^lili + Anni… : D Hani lom balik KL lg… next n3 baru last n3 kat penang. Jgn mengamuk ek? Tu, eita dah spray lavender siap2. sedut banyak2 sikit tau, biar tenang sket… *wink* [err, jgn marah eh? gurau2 je tu.. :)] muahhhh to Ezany supporters!!! Without you guys, Ezany pasti ‘tenggelam’…
Erk, Ummi sakit! Teruk ke? Ummi buat last wish nk suruh hani kahwin dgn hadif ker? Ada ke? Ya ke? Betul ke? Konfem ke?
Nak tau jawapannya, tunggu next n3... :D
