Uncle Razlan, Adelia, Pak Su dan Cu berdiri di sekeliling aku, Mak Tok, Auntie Sarah dan Hadif yang duduk di sisi Ummi. Kegelisahan terbias jelas dalam suara mereka. Pelbagai soalan dan jawapan kedengaran tetapi sedikitpun tak kuambil pusing. Fikiranku lebih sarat dengan pertanyaanku sendiri.
“Ummi… Ummi… kenapa ni?” Aku mengoyangkan tubuh Ummi kuat. Kenapa dengan Ummi? Kenapa tiba-tiba jadi macam ni? Cemas dan risau menghantui diri melihatkan Ummi tak bergerak sejak beberapa minit yang lalu.
“Min..” panggil Auntie Sarah di sebelahku. Dia mencapai tangan Ummi lalu ditepuk perlahan.
“Kenapa dengan Ummi, Auntie?” soalku dalam suara menggeletar. Hampir tidak terluah soalanku itu. Aku makin dihimpit resah. Makin tertanya-tanya. Lemah terasa seluruh anggota badanku melihat Ummi begitu. Ummi… jangan takutkan Hani. Rintihku dalam hati.
“Sabar, Hani. Kita cuba sedarkan Ummi dulu,” pujuk Auntie Sarah bernada bimbang. Jelas, dia juga dihimpit rasa yang sama denganku. Tetapi diselindungkan. Pegangan tangannya terhadap Ummi masih tidak dilepaskan. Ditepuknya lagi tangan Ummi. Aku memerhati segala kelakuannya dengan perasaan tidak menentu. Tidak lepas-lepas aku merenung mata Ummi. Berharap moga kelopak mata Ummi terbuka. Ummi, please wake up…
Ketika itu, kelopak mata Ummi terbuka sedikit demi sedikit. Alhamdulillah… Ummi sedar juga akhirnya. Perasaan lega menyelinap dalam diri. Pun begitu, kerisauan tetap bergayut di hati. Aku diburu persoalan. Apa puncanya Ummi pengsan tadi? Ummi sakitkah? Sakit apa? Terukkah? Persoalan demi persoalan mengasak fikiran. Aku buntu tanpa jawapan.
“Min… Min tak apa-apa ke?” Auntie Sarah bertanya sambil cuba mendudukkan Ummi.
Tanpa bercakap walau sepatah perkataan, Ummi mengangguk perlahan.
“Ummi tak sihat ke?” soalku pula. Meluahkan kebimbangan di hati. Kalau tak sihat, apa lagi puncanya?
“Ummi tak apa-apa,” luah Ummi perlahan.
“Betul?”
Ummi mencapai jari-jemariku. Digengamnya erat. Anak matanya pula merenung dalam anak mataku. Renungannya bagai ingin menyakinkan aku, tiada apa yang perlu aku gusarkan tentang dirinya. Dilemparkan segaris senyuman. Manis dalam hambar.
“Hani jangan risau sangat. Ummi okey,” tutur Ummi mengusir perasaan risauku yang masih bertamu. Confirm ke Ummi tak ada apa-apa? Aku was-was.
Sambil dipimpin oleh aku dan Auntie Sarah, Ummi bangun berdiri. Penuh waspada. Sepenuh kekuatan aku gunakan menyokong tubuh Ummi. Aku khuatir seandainya Ummi kembali rebah. Dan setelah aku pastikan Ummi sudah cukup kuat berdiri sendiri, aku melepaskan peganganku pada tubuhnya.
“Kita bertolak sekarang,” aju Ummi dengan menumpahkan pandangan pada Auntie Sarah dan aku. Mendengar kata-kata Ummi, aku dan Auntie Sarah berpandangan. Ummi beraksi seolah tiada apa-apa yang terjadi. Padahal, baru sekejap tadi dia unconscious. Benarkah Ummi okey? Apa-apa pun, aku perlukan penjelasan. Punca-punca Ummi tidak sedarkan diri. Aku tak boleh balik dalam keadaan diriku tak tenteram.
“Ummi…”
Ummi pantas memotong percakapanku. “Kalau bertolak lambat, nanti lambat lah kita sampai KL. Esok kan nak kerja lagi? Kalau sampai awal, boleh berehat.”
“Min, sure ke okey ni?” Auntie Sarah mengulangi soalan prihatin itu.
“Okey, kak. Rasanya Min pengsan tadi sebab cahaya matahari agaknya. Terang sangat. Maklumlah kat dalam rumah, tak secerah di luar dan bila keluar je, terasa silau sangat cahaya matahari tu. Sebelum pengsan pun, Min rasa mata Min berbinar.”
Riak wajah Auntie Sarah bertukar lega. Kata-kata Ummi nyata berjaya meresap ke hatinya. Malangnya, rasa curigaku masih tidak ‘pulih’. Hanya setengah dari diriku mampu menerima kelogikan yang Ummi ‘persembahkan’. Manakala sebahagian lagi masih menuntut alasan yang lebih dari itu. Yang lebih kukuh. Yang lebih solid. Yang lebih konkrit.
Ahli keluarga Auntie Sarah telah beredar dari situ setelah berpuas hati dengan penjelasan Ummi. Meneruskan aktiviti dan tugas mereka sebelum Ummi tak sedarkan diri. Tinggal aku yang masih terduduk. Fikiranku masih sarat dengan pertanyaan. Akhirnya, aku bingkas bangun dengan rasa tidak puas hati.
“Ummi…” panggilku sedikit kuat setelah ku lihat Ummi mengorak langkah mendekati Mak Tok. Untuk bersalaman, mungkin. Sedikit pun Ummi tidak mengendahkan panggilanku. Diteruskan langkah kakinya. Ah, aku nak jawapan yang lebih dari tu…
Dengan perasaan kucar-kacir, aku membuntuti langkah Ummi. Di pertengahan jalan, Hadif berdiri terpacak macam tiang elektrik di depanku. Nak apa mamat ni? Buat roadblock tengah-tengah jalan. Orang sibuk, dia pun sibuk. Dia tak tahu ke aku ni dalam misi penting…
“Irdina… I think you should let the thing goes,” tuturnya perlahan tanpa mengalihkan dirinya. Redup sorotan matanya menjamah wajahku.
Hah? Let what thing goes? Aku tak faham. Aku hadiahkan pandangan tajam khas untuknya. Berlawanan sekali dengan cara dia memandangku. Mana mungkin dalam keadaan serius begini, aku mencurahkan pandangan redup untuknya. Di tambah lagi dia dah ‘bertukar’ menjadi JPJ dalam sekelip mata. Bertugas menghalang perjalananku. Lagi tak mungkin.
Step aside… Kalau nak bincang masalah dunia pun, nanti-nantilah. Anak hitam mataku cuba berbicara dengannya. Menghantar isyarat melalui kornea mata.
“Saya tahu awak nak bertanya 1001 soalan pada Ummi awak, kan?” duganya tepat.
Aku mengangguk. Apa masalahnya kalau aku bertanya pada Ummi?
“Irdina, bukan awak seorang yang terkejut. Semua orang kat sini pun rasa macam tu. Malah, Ummi awak pun sama. Entah-entah semangatnya dah hilang. Tak patut awak bebankan Ummi awak dengan pertanyaan buat masa ni. Dia baru je lepas pengsan. Why don’t you give her some time. Let her calm her shock or regain her spirit first?” nasihatnya lembut penuh keprihatinan. Lalu membuatkan aku berfikir semula. Menimbang di neraca otak kanan dan kiri, kewajaran nasihatnya itu.
“Saya rasa, Ummi awak pun mungkin tak sedar dan tak tahu apa yang terjadi pada dia. Kalau dia tahu, takkan dia nak rahsiakan dari awak. Awakkan anak dia? Dan kalau awak masih jugak nak bertanya, saya nasihatkan, tunggulah hingga dia pulih sepenuhnya dulu. Maybe bila dah sampai KL, lepas awak dan dia dah berehat sepuas-puasnya, awak boleh keluarkan soalan-soalan awak tu,” tambahnya lagi pabila aku mendiamkan diri. Mendengar bait-bait bicaranya dengan kedua-dua telinga. Erm… memang ada benarnya kata-kata dia. Boleh diterima pakai.
Aku melepas nafas panjang. Menyedari keterlanjuranku dan sikapku yang tak kena pada tempatnya. Aku tak sepatutnya membebankan fikiran Ummi tika ini. “Betul kata awak…” akuiku akhirnya. Pandanganku jatuh pada Ummi yang sedang berpeluk dengan Mak Tok berdekatan Honda Stream. Senyuman panjang sentiasa terlukis di wajah tuanya.
“Awak jangan risau sangat. Insya-ALLAH, Ummi awak will be fine…” tuturnya yakin. Jiwaku sedikit ‘tergoda’ mendengarnya. Lantas hatiku kembali tenang sedikit demi sedikit.
“I hope too… thanks Hadif,” ucapkan dengan senyuman kecil berbunga di bibir. Ikhlas.
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
Aku mengelap rambut yang basah selepas mandi. Terasa sugar-bugar badanku disiram air pancuran. Hilang rasa lekit yang hinggap di badan setelah 5 jam ‘bertapa’ dalam Stream. Hilang rasa kebas. Dalam perjalanan menuju dressing table, beg pakaian yang terdampar di atas katil menarik perhatianku. Argh… beg tak kemas lagi…
Segera aku melabuhkan diri di katil. Beg pakaian yang kubawa untuk percutian di Penang, ditarik rapat ke sisi. Isinya aku keluarkan. Outfit yang ingin di basuh ku lemparkan dalam basket di hujung katil. Souvenir. Bracelet berbatu jed untuk Lynn. Along dan Kak Sofea dah terima souvenir masing-masing tika aku menjejakkan kaki ke rumah petang tadi.
So, dah tak ada lagi souvenir diaorang dalam ni. Untuk bebudak ofis, dah letak siap-siap dalam kereta sekali dengan barang yang dipesan, hatiku terus-terusan berbicara.
Selesai tugasku, aku bangun memasang cd player. Alunan lagu Climbing The Walls melatari suasana. Aku kembali semula ke katil. Membaringkan diri atas bedsheet biru lembut. Aku menyilangkan tangan di belakang kepala. Sorotan mata tertancap pada siling bilik. Tenangnya boleh santai begini…
Aku tiba-tiba teringatkan peristiwa petang tadi. Sebelum kami berangkat pulang. Apa lagi kalau bukan peristiwa Ummi pengsan dengan mengejut. Dalam sihat sejahtera, Ummi boleh ‘tumbang’ begitu sahaja. Pelik dan aneh aku rasakan. Benarkah penjelasan yang Ummi berikan? Bahawa apa yang terjadi pada dirinya itu ada kaitan dengan cahaya sang mentari. Logikkah?
Secepat kilat aku bingkas dari perbaringan. Melangkah laju mencari Along di luar bilik. Aku perlu khabarkan berita kejadian itu pada Along. Dia berhak tahu. Dan mungkin Along boleh membantu mengukuhkan lagi kata-kata Hadif siang tadi – Ummi tiada apa-apa. Lalu membuang terus rasa tidak enak yang bernadi di hatiku.
Along dan isteri kesayangannya sedang sibuk bergurau-senda di ketika aku ternampak kelibat kedua-duanya dia ruang rehat. Amboi… seronoknya diaorang ketawa. Bahagia sungguh! Jealous aku tengok pasangan sehati sejiwa tu…
“Along!” Aku menyebut panggilanku untuk abang sedarah sedaging denganku itu. Terkejut dengan panggilanku itu, terus mati tawa yang bermain di bibir mereka berdua. Aku duduk di sisi Along.
“Apa hal ni? Macam serius jer?” soalnya tanpa perlu aku menyusun baris ayat dan kata untuk mukadimah. Along memang pakar dalam bab membaca hati dan perasaanku…
“Hani ada benda nak bagitau…”
“Something bad ke Hani?” tanya Kak Sofea seolah dapat menduga apa yang bakal aku luahkan.
“Tak tahu nak cakap, kak.”
“Kenapa?” soal Along setelah perkara yang ditunggu masih tidak terkeluar dari dua ulas bibirku.
“Ummi pengsan siang tadi…” luahku rendah. Takut aku nak melihat reaksi keduanya. Terkejut atau tidak?
“Pengsan?!” ulang Along dalam nada tak percaya. “Tapi Along tengok Ummi okey jer tadi.”
“Apa puncanya?” tanya Kak Sofea pula.
Aku menarik nafas dalam. “Ntahla. Kata Ummi sebab cahaya matahari. Terang sangat atau silau ke apa ntah. Something like that la. Hani belum tanya Ummi in detail lagi. Ingatkan tonight or tomorrow baru nak tanya…”
Along dan Kak Sofea saling berpandangan. Tidak tahu untuk berkata apa mungkin. Aku hanya melihat kedua mereka saling berbalas tatap. Tak dapat aku nak menangkap maksud renungan mereka.
Seketika kemudian, Along bersuara “Maybe betulla kot kata Ummi tu. Kalau Ummi sakit, mustahil kita tak tahu. Lagipun, Along tengok Ummi okey jer. Tak der tanda-tanda macam orang sakit.”
“Pasti ke, Along?”
“Insya-ALLAH… Along rasa Ummi tak apa-apa. Hani jangan fikir sangat,” tegasnya. Kak Sofea tidak bercakap apa-apa. Aku berfikir. Apa yang Along katakan, sama seperti apa yang Hadif luahkan petang tadi. Mungkinkah aku dah terlampau berfikir. Terlampau bimbang. Adakah aku berfikiran negatif, menyangkakan yang buruk sahaja. Mungkin benar kata-kata Along dan Hadif. Keadaan Ummi tak seperti yang aku sangka. Aku cuba benamkan perasaan buruk yang ‘berkubang’ di hatiku.
Aku bangun dari sofa. Ingin mengatur langkah ke bilik Ummi.
“Nak ke mana?” Kak Sofea bersuara. Mengeluarkan suaranya yang terpendam.
“Bilik Ummi.”
Tiba di depan bilik Ummi, aku menolak daun pintu perlahan. Bilik Ummi agak suram tanpa cahaya terang. Di atas katil, kelihatan sekujur tubuh Ummi senang lena dibuai mimpi. Aku melangkah ke dalam, mendekati Ummi. Penuh hati-hati aku berjalan mendekatinya. Raut wajah Ummi tenang. Seperti selalu. Langsung tiada tanda-tanda Ummi tidak sihat. Segala kerisauan dan kebimbangan aku tak berasas. Hanya mainan perasaan aku semata. Aku menarik nafas kelegaan. Berpuas hati dengan apa yang aku lihat dan juga perasaanku tika ini.
Sebelum berlalu keluar, aku mengucup perlahan pipi Ummi. Menyatakan betapa sayang dan kasihnya aku pada dirinya. Ummi, Hani sayangkan Ummi…
little chit-chat :
Rupanya Ummi x de buat permintaan cam tu… *sengih* Nasib baik… Ezany supporters boleh la tarik nafas lega… *wink*
