“Ni… barang yang kau order,” kataku sambil meletakkan paper bag besar di atas meja Nazri.
“Wah, besarnya beg. Silap-silap, orang kata aku pulak yang baru balik dari bercuti.” Nazri menarik perlahan paper bag di depannya. Di kuis-kuis isi di dalamnya sebelum dia mengeluarkan sebuah bungkusan yang diselitkan bersama barang pesanannya.
“Elok la kau pulak yang kena. Aku dah kena tadi,” sahutku dalam tawa kecil. Pagi tadi, aku ditegur oleh dua tiga orang staff kerana paper bag yang terjinjit di kedua-dua tanganku besar-besar dan sarat belaka. Walaupun hanya 3 buah beg, tapi jumlah ‘muatan’ yang melebihi had sepatutnya, mengundang teguran mereka. Aku menyambut teguran itu dengan senyuman nipis berserta penjelasan pendek, mengapa paper bag itu begitu ‘keadaannya’.
“Apa ni?” soal Nazri dengan mengangkat satu bungkusan berbalut. Dipusingkan bungkusan itu atas bawah dua tiga kali. “Kau tersilap letak kot.” Dia menyuakan bungkusan itu padaku.
Aku menggeleng kepala perlahan. “Souvenir untuk kau.”
“Ya ke?”
Aku mengangguk lagi. Kali ini dengan senyum nipis.
“Tapi kenapa berbalut? Special sangat ke?” soalnya lagi dengan dahi berlapis. Mujur kulit dia coklat. Kalau merah, pasti dah macam kuih lapis. Hani… mengata orang! Aku tersengih dalam hati.
“Aku nak bagi fair. Bila dah balut, aku dah tak tahu bentuknya macam mana. So, aku boleh terus pick jer. Tak payah susah-susah nak matching kau dengan replika tu, padan atau tak. It’s easy. And… kau pun tak boleh tuduh aku pilih kasih,” jelasku dengan usikan kecil. Memang kesemua souvenir yang merupakan replica kapal itu aku beli dalam bentuk dan saiz yang sama. Cuma rekabentuknya berlainan. Dan aku juga telah meminta salesgirl di gift shop yang aku singgah itu membalut kesemua souvenir dalam kertas pembalut yang sama corak dan warna. Adil dan saksama.
“Boleh percaya ke? Entah-entah kau dah siap tulis nama kat kertas pembalut ni tak?” soal Nazri. Anak matanya menyorot setiap inci bungkusan itu. Mencari sebaris namanya. Betul-betul ke dia fikir aku akan buat begitu? Penat jer dia scan wrapping souvenir. Aku tak buat perkara yang dia katakan tu. Nama dia takkan tercatit. Melainkan kalau tiba-tiba aku terasa nak ambik balik sourvenir tu dan tulis nama dia, mungkin anggapannya menjadi kenyataan.
“Nasib baik tak ada…” tuturnya kemudian.
“Macamlah aku ni asyik tipu kau.”
Dia tersengih. “Dekat Suhana kau dah bagi ke?” Dia memasukkan semula bungkusan itu ke dalam paper bag. Kemudian, dipindahkan paper bag ke bawah mejanya.
“Dia orang first yang dapat…” jawabku. Wajah Suhana yang bercahaya saat menerima pemberian yang tak seberapa dariku sebentar tadi, menjelma di ingatan. Seronok sangat dia dapat souvenir tu. Padahal dia bukannya tahu apa isinya pun. Dan untuk dia, aku belikan ornament yang diperbuat dari seramic. Entah dia suka atau tak…
“Ezany, Shahrul dan Farhan?” Tiga nama itu meniti di bibir Nazri.
“Shahrul, Farhan dan yang lain-lain dah. Cuma Ezany jer belum. Rasanya dia tak datang lagi kot. Eh, aku nak balik bilik. Banyak memo dan surat-surat yang tersadai kat atas meja aku tu. Busy giler la aku hari ni…” ujarku lalu bingkas bangun dari kerusi.
“Itula padahnya cuti lama-lama. Nanti lunch sekali, ek?” soal Nazri dalam sengihan tatkala aku tiba di muka pintu.
“OK.”
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
Di luar bilik Nazri, aku bertembung dengan Ezany. Kemas dan bergaya dengan sut blue black dan briefcase yang tergenggam kemas di tangannya. Serasaku, dia baru saja menjejakkan kaki ke ofis.
“There you are…” sapanya ceria. Wajah putih bersihnya berseri dengan senyuman yang berkembang mekar bak morning glory yang disirami embun. Aku membalas seadanya perlu. Di fikiran, aku diserang pertanyaan. Kenapa dia macam terlebih ceria ni? Pun begitu, aku simpan sahaja pertanyaan tanpa jawapan itu di lubuk hati.
“I pergi bilik you tadi. Tengok kosong jer. I ingat you on-leave lagi…” Dia bersuara apabila kami berhadapan.
“You cari I?” Aku bertanya pelik. Apa halnya buat mission KGB pepagi ni? Sampaikan tak menyempat jejak bilik dia dulu. Ada meeting tergempar ke. Mungkin. Aku tak berkesempatan nak membelek memo di atas meja tadi. Teruja sangat nak distribute souvenir untuk member-member…
“Yap. Nak tengok muka orang baru balik dari bercuti. Muka ‘fresh’ tanpa masalah kerja.”
Ada-ada saja Ezany ni. Fresh ke muka aku? Rasa cam tak jer. “Mana ada muka fresh lagi dah. Dah bertukar bit-by-bit jadik ‘tongkang-pecah’ sekarang ni… You tak perasan ke kertas yang bersusun atas meja I?”
Dia ketawa. Tercuit dengan omelanku agaknya. “You nak suruh I hired PA untuk you ke?”
Giliran aku pula menyambut tawanya. ‘Pemurah’ pulak Ezany hari ni. “I’m not that desperate lagi. Boleh maintain lagi kot. Tapi kalau you nak jadik my temporary PA for a week, try la apply. I’ll consider…”
“Biar I check planner dulu. Kalau kerja tak banyak, I submit resume I atas meja you before noon,” tuturnya dengan sengihan menyakat. “Tapi… once I dah submit resume tu, you kena lantik I jadik PA you. I tak suka kena reject.”
“Mau havoc satu office kalau tetiba you jadik PA I. The first person yang terkejut, dah tentu daddy you…” Dapat aku bayangkan reaksi En. Rozan andai Ezany benar-benar menjadi PA ku. Pasti dia terkaku dan terpaku, tatkala melihat anak lelakinya bertugas di sisiku. Bagaikan membayang perkara yang serupa di benak, ketawa kami bersatu mengisi ruang corridor. Nasib baik ketika ini, tiada sesiapa. Jika tidak, pasti ada yang ingin tahu apa yang kami bualkan.
“Oklah. I nak simpan ni dulu…” ujarnya meminta diri sambil mengunjukkan briefcase di tangan. Aku mengangguk.
Dan sebelum berlalu, aku bersuara “Kalau you tak busy, datang bilik I kejap lagi. I’ve got something for you…”
Dia menjungkitkan kedua-dua kening. Bertanya dengan mimik muka. Aku tersenyum pendek melihat tingkahnya. Jelas dia terkejut bercampur hairan dengan permintaanku.
“Just come…” balasku seakan berahsia. Aku menyambung langkah yang terhenti.
Aku menyelesakan diri di dalam bilik. Surat dan memo di capai. Planner di buka helaian demi helaian dengan jari-jemari kanan kukuh memegang batang pen. Terjumpa tarikh seperti yang tertera di dada kertas, aku menyalin butir-butir penting ke dalam planner. Tempat meeting, masa dan tajuk ringkas projek. Kebanyakan meeting itu di tetapkan untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan.
Beberapa minit kemudian, terdengar ketukan di muka pintu. Terjengul wajah Ezany setelah aku memberi keizinan. Daun pintu yang terkuak sedikit, makin melebar di tolak Ezany. Dia memboloskan diri ke dalam lalu menghayun langkah mendekatiku. Serentak itu juga, aku mencapai bungkusan souvenir miliknya. Lalu meletakkan bungkusan itu di atas meja.
“Where’s that ‘something’?” soalnya seraya melabuhkan diri di atas kerusi pelawat di depanku.
“Ini…” Aku menolak replica kapal yang berbalut itu ke arahnya. Dia terpaku. Di pandangnya wajahku dan bungkusan itu bersilih ganti.
“Apa benda ni… I tak de pesan apa-apa kat you, kan?”
Aku tersenyum. “Memang tak de. Tapi ni souvenir untuk you,” jawabku ikhlas. Memang aku beli khas untuk dia dan teman-teman lain. Sebagai hadiah cenderamata.
“Ingat jugak you kat I…” Bibirnya mengulum senyum. Gembira dengan hadiah yang tak disangka.
“Takkan I nak lupa…”
“You beli ni special untuk I ke?” Dia bertanya lagi. Di renungnya aku tak berkelip.
“Special untuk you dan officemate yang lain. Semua orang dapat souvenir yang sama. Yang berbeza cuma rekabentuk…”
“Oh,” katanya sepatah. Ada nada terkilan yang keluar bersama sepatah perkataan itu.
“I harap you suka,” ujarku mengharap. Aku tahu dia tak mengharapkan apa-apa dariku. Souvenir jauh sekali. Lagipun, dia mampu membeli apa sahaja yang dikehendakinya. Tapi, pemberianku ikhlas. Sebagai tanda ingatan buat teman-teman dan dia juga. Dan aku harap dia menyukainya.
“I will…” tuturnya bersama senyuman yang sedikit hambar.
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
I was in love with you
When we were younger you were mine
When I see you from time to time
I still feel like my boo
Suara Alicia Keys mendendangkan lagu My Boo masih belum berhenti. Bermakna panggilanku tak berjawab. Mana minah ni? Getus hatiku. Dan setelah suara Usher mengambil alih corong handset, aku menekan butang merah. Menamatkan panggilan. Mungkin ada sebabnya kenapa Lynn tidak menyambut panggilanku. Tengah meeting barangkali.
Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menghantar message saja. Lancar jari-jemari menekan kekunci keypad.
Lynn, I’m coming over right after work. Make sure u r home. If not, no souvenir 4 u. : P
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
Seperti yang telah dijanjikan, aku bergegas ke rumah Lynn setelah waktu kerja berakhir.
“Terima kasih, Hani,” ucap Papa dan Mama serentak. Wajah terkejut mereka tatkala menerima pemberianku tadi, makin menghilang. Lynn di sisi tersenyum panjang. Masakan tidak, dia dah terima hadiahnya terlebih dulu. Belum sempat aku menapak ke dalam rumah sewaktu tiba tadi, dia dah menyerbu ke arahku. Dipeluknya aku semahu-mahunya. Rindukan aku atau ‘rindukan’ souvenir untuk dia ke, aku pun tak pasti. Yang pastinya, rindu aku dah terubat bila wajah mereka bertiga menyapa. Lantas aku serahkan souvenir untuk Lynn setelah kami mengambil tempat masing-masing di ruang tamu. Aku jugak tak sangka yang Papa berada di rumah petang ini. Selalunya dia sibuk dengan urusan pejabat.
“Hani tak sure mama dan papa suka atau tak. Hani bukannya terror sangat pilih souvenir…” maklumku dalam senyuman. Bimbang jugak kalau-kalau souvenir tu tak memenuhi citarasa mereka.
“Lah… mama tak kisah apa-apa pun. Hani bagi ni pun dah besar rahmat. Kan pa?” soal Mama seraya mengalihkan pandangan sekilas pada Papa di sebelahnya. Sebelum dia memandangku semula. Papa menganggukkan kepalanya pendek. Bersetuju dengan kata mama.
“Hani cuti lagi ke, hari ni?” tanya Papa kemudian.
“Taklah Pa. Dah start kerja...”
“Ini… kiranya lepas habis kerja terus datang sini la?” tanya mama pula.
“Ha’ah, ma.”
“Kalau cam tu, Hani dinner kat sini jelah. Rasa mama, dah lama kita tak makan sekali,” usul Mama.
Tanpa sempat aku menyahut, Lynn menjerit pendek “Yes!” Berdengung telingaku dibuatnya. Jerit… kalahkan orang menang satu juta dalam Who Wants To Be A Millionaire.
“Yang kau excited macam nak pecah rumah ni kenapa?” Aku bertanya pada Lynn yang masih lagi tersenyum gembira. Apa lah yang dia gembira sangat?
“Sebab kau kena dinner kat sini. No excuse. Betul kata mama, dah lama kita tak makan bersama.”
Mengakui kata-kata Mama, aku bersetuju akhirnya. Keenakan masakan Mama mula membuai deria rasaku. Tak sabar-sabar nak menjamahnya. Dan setelah menelefon Ummi di rumah, mengkhabarkan yang aku akan pulang lewat, kami bertiga menuju ke dapur. Aku, Lynn dan Mama. Menyiapkan makan malam bersama-sama dengan dibantu oleh pembantu rumah Mama. Aku pulang ke rumah setelah jarum jam menginjak ke pukul 9 malam.
little chit-chat :
qisya, akak keep my promise... *wink*
Dik Iya @ water^lili, Ahada, Adilia, Gengs~ Nak bentang banner panjang mana ni, tuk celebrate kemunculan Ezany? muehehehe
Selamat Membaca!!!
