“You panggil I?” tanyaku pada Ezany sebaik melangkah masuk ke dalam biliknya. Ruang bilik yang bertona warna hitam dan putih itu menjadi sasaran anak mataku buat beberapa saat sebelum beralih kepada Ezany. Dia masih belum mendongak dari kertas-kertas pelbagai saiz di atas mejanya. Sibuk benar dia dengan kerja di depan mata.
“Have a seat, first,” arahnya perlahan dengan mata tak berganjak dari kertas yang berselerakan.
Aku menarik kerusi hitam pelawat lalu melabuhkan punggung di situ. Jam di atas meja Ezany ku lihat sekali lalu. 9.30 pagi. Masih awal. Hal penting apa yang menyebabkan Ezany memanggilku agaknya.
Masa berlalu beberapa saat. Ezany masih tetap begitu. Bagaikan aku tidak wujud di dalam biliknya.
“Ada apa you panggil I?” Aku melontarkan pertanyaan sambil mencuri pandang fail-fail yang bersusun di sebelah kanan mejanya. Banyak sangat ke kerja Ezany? Tak ubah seperti The Busiet Man Alive jer aku tengok. Fail bersusun bertindan-tindan macam kepingan-kepingan roti Gardenia. Dah sama tinggi dengan tray pulak tu. Mujur letak di sisi kanan dia. Kalau di kiri, pasti mata hazel dia jer yang menyapa sesiapa yang melangkah masuk. Terlindung hidung dan mulut. Erm, time tu dah tak boleh nak buat scene dari babak Winter Sonata lah. Kalau dia tanya - perfect tak muka I? Satu hidung, satu mulut dan dua biji mata. Aku akan jawab – Nope. Mata je yang you ada. Mulut dan hidung you hilang ‘dicuri’ makhluk-kotak-hitam..
“Before I say anything, I nak tanya dulu. Are you willing to accept my ‘offer’?” Suara Ezany membawa aku ke alam nyata semula. Hilang wajah Ezany-Young-Jun dan Aku-Ji-Woo. Dia memandangku dengan senyuman nipis di wajah. Aku terpinga-pinga dengan soalan yang diutarakannya. Dan tergamam. Dia nak offer apa kat aku? Musykil…
“I will not answer until you tell me, offer apa yang you nak buat. Mana boleh buat soalan perangkap macam tu. Buatnya you suruh I bungee-jumping dari Penang Bridge, mati heart attack I kat atas tu,” jawabku bersama dahi berlapis. Hairan. Takut pun ada. Takut dia buat tawaran yang pelik-pelik. Tak sanggup aku nak menerimanya…
Terburai ketawa dari bibirnya. Pen yang tersisip di jari-jemarinya, diletakkan perlahan di atas surat di depannya.
“You ni penakut ke?” soalnya dalam tawa yang tinggal senyuman.
Aku hanya menjungkitkan kedua-dua belah bahu. Tanda tidak pasti. Kalau tengok orang buat memang rasa takut. Tapi, kalau dah cuba sendiri mungkin rasa takut tu hilang. Entah-entah kepingin nak buat dua tiga kali. Siapa tahu. It’s possible…
“So, apa yang you nak offer?” Aku bertanya ingin tahu.
Dia menyedut udara sepenuhnya sebelum melontarkan kata-kata. Tawa yang menceriakan mukanya telah tiada. Berganti riak wajah serius yang terbit tiba-tiba. Tangannya bertaut kemas di atas meja. “First, I nak ucap thanks. Untuk replika kapal pemberian you semalam. I really like it. Seems like you know my taste…” Dia berhenti seketika. Menarik nafas sekali lagi.
Aku pula sudah terasa lain. What is he trying to say? Tadi kata nak offer something. Tapi cara bercakap dah ‘meliuk-lentuk’ semacam je.
“I know it’s not the proper way and I should choose a better place than this…” Dia menggawangkan tangan kanannya ke sekeliling. Merujuk kepada biliknya sendiri. “…But I’m desperate for an answer and I really can’t hold it back no more. I know I should’ve…”
“Straight to the point please, Ezany. You’re giving me goose-bumps all over.” Aku memintas kata-katanya dengan debaran di dada. Kenapa panjang sangat mukadimah dia ni? Macam nak berucap dalam convention. Nak buat offer pun perlukan opening speech sepanjang itu ke? Salesmen pun tak sepanjang dan sejela itu rasanya.
Ezany merenung tepat ke dalam anak mataku. Pandangannya penuh redup yang sukar untuk aku tafsirkan. Apa kena dia ni? “Will you marry me?” Lembut dan perlahan soalannya mencecah cuping telinga.
Sesaat itu juga, aku tersandar di kerusi. Terpempan. Terkaku. Membulat anak mataku merenung wajah Ezany yang sedari tadi tidak beralih arah dari wajahku. Riak wajahku berubah kosong. Tiada kata-kata yang terluah di bibir. Sesungguhnya aku terkejut dan terkesima dengan ‘offer’ yang tidak disangka-sangka itu. Dadaku serasakan mahu pecah diserang debaran yang tiada penghujung. Bagaikan tidak cukup ruang jantungku memecut. Terasa hilang darah dari muka. Hati dan perasaan rasa terbelit tiba-tiba. Biar benar Ezany ni? Takkan itu offernya… Ya ALLAH!!!
“Ezany… I… I…” Aku berusaha mencari bait-bait ayat dalam nada suara sedikit bergetar. Tergagap-gagap dan tersangkut-sangkut lontaran kataku. Tiada satu perkataan atau ayat yang mampu ku cari dalam sekelip mata itu. Otakku jammed terus. Ezany… kenapa soalan keramat itu yang you tanya.
“Would you?” soalnya lagi meminta jawapan. Terus-terusan anak mata hazelnya melekat di wajahku. Seperti wajahku ini ada daya magnet yang menarik anak matanya itu.
Aku menundukkan muka. Tidak tahan dengan renungannya yang seakan ‘menyelongkar’ seluruh isi hatiku. Bagaimana aku nak menolak ‘tawaran’ dia? Aku belum memikirkan soal itu. Dan aku juga tak pernah menganggap dia lebih dari seorang kawan dan majikan. Setakat ini, hanya dua ‘jawatan’ itu yang di sandangnya dalam hatiku. Belum terdetik pun di hatiku untuk menambah bilangan ‘jawatan’nya. Atau mengurniakan dia ‘darjat’ sebagai pengongsi hidupku. Benarlah kata bisikan hatiku dulu, bahawa Ezany memang menaruh hati padaku.
Aku buntu. Namun, aku cuba menyusun kata balas terbaik. Agar perasaannya tak terluka. “Ezany… I anggap you sebagai kawan I. Never in my heart…”
Belum sempat aku menghabiskan kata, Ezany memotong,
“You tak nak terima I?”
“Bukan I tak nak terima you. I belum bersedia untuk semua tu…” Lagipun hati I tak pernah ‘terusik’ dengan kehadiran you. Ayat yang terakhir itu aku luahkan di dalam hati. Tak sampai hati rasanya untuk aku luahkan pada dia. Terus-terusan aku menundukkan wajah. Katakanlah ini hanya satu mimpi. That I’m having a nightmare…
Ketawa Ezany memecah tiba-tiba. Tersentak aku mendengarnya. Kenapa dia ketawa? Apa yang melucukan. Aku tertanya sendiri. Tadi serius bagai nak gila…
Segera aku mendongak memandang semula wajahnya yang memerah menahan tawa.
“Kenapa you ketawa?” soalku.
“You.” Sepatah dia menjawab dalam tawa nipis.
“I?!” tanyaku semula dengan rasa tak percaya. Bila masa aku buat lawak Mr. Bean?
“Reaksi you… Muka you yang pucat. Everything…”
Aku dapat menangkap sesuatu. “You main-mainkan I?” Mencerun anak mataku menyorot ke mukanya.
“Sorry… entah kenapa tetiba je I rasa nak usik you begitu,” sahutnya dalam senyuman. “You marah, eh?”
Aku menarik muka empat belas. Tanda tidak puas hati dan tidak suka dipermainkan begitu. Nasib baik jantung aku tahan surprise. Kalau tak, Nauzubillah… dah pasti Ezany masuk penjara. Atas dakwaan second-degree murder. Dah la menyakat dalam hal yang melibatkan hati dan perasaan. Siapa yang tak ‘bertukar’ seperti aku kalau – KLCC pun tak runtuh, Penang Bridge pun tak roboh – tetiba aje di lamar begitu. Mau tak pucat lesi muka. Mau tak kecut-perut. Mau tak berselirat urat-urat saraf.
Sedikit demi sedikit, debaran di dada menjadi perlahan. Lega yang teramat aku rasakan. Mujur Ezany tidak serius nak melamar aku.
Dia merenungku lembut. “Sorry… Jangan la marah. Nanti I balik Aussie, I bagi you souvenir. Special for you.”
“Eleh… bila masanya you nak pergi Aussie? Tahun depan malam raya?” perliku dengan cebikan. Masih terasa ‘suam’nya hati aku dengan usikannya tadi. Aku mencapai paper weight. Membelek-beleknya seketika. Lebih baik aku belek paper weight ni dari ‘belek’ muka insan di hadapanku ini, getus hatiku. “Hari ni la…” katanya.
“I tak percaya. Mesti you nak mainkan I lagi…” sahutku pantas seraya mengira bebola yang terkandung di dalam paper weight di tangan.
“Irdina… this time I’m serious. Petang ni I akan bertolak,” jawabnya serius. Ada kejujuran dalam butir katanya.
Aku memandangnya sekali lalu sebelum menjatuhkan pandangan pada paper weight yang diperbuat dari kaca itu.
“Ok. Selamat pergi dan selamat pulang.” Aku meletakkan kembali paper weight di tempatnya.
“Where are you going?” soal Ezany setelah dilihatnya aku bingkas berdiri.
“To my room. I ada kerja lain nak buat.” Entah dah berapa banyak masa yang aku buang kat sini.
“Tunggu la dulu…” Ezany menahan aku dari pergi.
“I ada important things to do than sitting here and letting you ‘guna-gunakan’ I,” kataku selamba. Aku berdiri terpacak di sisi mejanya.
Mendengar kata balasku, pecah lagi tawa Ezany. “Duduk dulu. Offer yang I kata tu memang betul. Memang ada. It’s not a joke.” Tangannya mengisyaratkan supaya aku mengambil tempatku semula.
Melihatkan mukanya yang benar-benar mencerminkan kebenaran kata-katanya, aku kembali melabuhkan diri di kerusi. Sempat aku menghela nafas pendek. Kalau dia main-mainkan aku lagi, aku blah terus. Walau dia terpekik-terlolong dalam office ni pun, aku takkan patah balik. Desisku hatiku dalam perasaan curiga.
“So, cakaplah…” arahku dengan muka tak berperasaan.
“Seperti yang you tahu, I akan pergi Aussie. Dari petang ni sampai ke Sabtu minggu depan. And offer yang I nak buat tu sebenarnya…” Dia tidak menghabiskan ayatnya. Malah dia tersenyum pendek. Serentak itu, aku menjelingnya tajam. Memberi amaran. Dia ketawa kecil membalas renunganku. “I know you have a big heart. And coz of that I’m offering you my work… For you to handle.”
“Wah… indahnya bahasa yang tersusun. Offering my work… Tak kena la ‘offering’ dengan ‘work’ tu. Tak fit…” kataku mendatar. Ayat sikit punya bagus nak suruh aku handle kerja dia. Beritahu aje la yang aku kena ambil alih kerja dia sebab dia nak ke Aussie. Kan senang, mudah lagi. Ini siap buka ayat macam nak bagi company daddy dia dekat aku. Tambah pulak, aku bukannya boleh decline pun ‘offer’ dia tu. Sememangnya tiada orang lain yang boleh mengambil-alih kerja dia tu melainkan aku. Ezany sengaja nak ‘membuai’ hati aku.
Dia ketawa buat kesekian kali. “Nak minta tolong, kena la buat cam tu.”
“I boleh tolak ke ‘offer’ you tu?” soalku walau aku sudah tahu jawapannya.
“Nope.”
“Then, buat susah-susah aje you belitkan lidah construct sentences seindah tu…” ujarku selamba bersama wajah yang tetap tak berubah.
“You marahkan I lagi ke?” soalnya tersengih. Ditongkatkan dagunya di atas meja. Tepat 90O sorotan matanya dilancarkan ke wajahku. Aku melemparkan pandangan terus ke luar tingkap. Memerhati awan yang membiru di dada langit.
“I’m not angry. Just mad.”
Pecah tawa kecil dari bibirnya yang merah. “Yeah right. You’re just mad, annoyed, irritated, pissed off, furious je dengan I, kan? Am I right?” Anak mataku beralih ke wajahnya seketika. Kami bertatapan. Dia mengenyitkan mata dalam sengihan. Dia ni…
Tanpa di duga, bibirku mengukir senyum. Terusik dengan aksinya sebentar tadi.
“Dah la Ezany. I dah tak larat nak layan you. Bagi tau aje la kerja apa yang perlu I buat masa you tak ada nanti…” arahku dalam senyuman yang makin menghilang. Kalau layan dia lama-lama, panas kerusi ni jadinya. Bukan boleh di harap sangat. Sehari suntuk aku boleh bertapa kat dalam ni. Buta aje kena marah dengan En. Rozan kalau kerja aku tak settle.
“Okay…” katanya lambat-lambat seraya meleraikan tangannya yang bertongkat menahan dagu. Ditarik sehelai kertas kosong di dalam tray. Jari-jemarinya disisipkan dengan pen semula. Selepas itu, panjang lebar dia menerangkan tugas yang perlu aku lakukan sepeninggalan dia nanti.
