Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 51
Sunday, October 02, 2005

Seminggu dah berlalu semenjak aku kembali bertugas di pejabat. Makin banyak kerja yang perlu aku selesaikan. Apatah lagi, sehari selepas aku kembali bekerja, Ezany terpaksa ke Australia. Menghadiri konvensyen yang diadakan di Sydney. Aku terpaksa mengambil alih sebahagian dari tugasnya sementara menanti dia pulang. Seronoklah dia boleh makan angin sekali. Pasti setiap ceruk Sydney ‘berbekas’ dengan tapak kakinya.

Untung ada Shahrul yang sudi membantu. Sekurang-kurangnya, beban yang ditinggalkan Ezany berkurangan. Bukan senang nak handle projek yang berlambak-lambak tu. Tambah pulak, ada dua tiga projek yang dah hampir siap pembinaannya. Banyak kerja dan urusan yang perlu dilakukan.

Kata Ezany sebelum berangkat dulu, dia ke sana selama dua minggu. Dan berkemungkinan akan pulang ke Malaysia pada malam Sabtu. Ini maknanya aku perlu bersabar untuk minggu ini saja. Selepas tu, dia akan mengambil alih semula tugas-tugasnya. Alhamdulillah.

Itu baru dua minggu. Kalau dua tiga bulan Ezany ke luar negara, macam mana? Detik hatiku. Apa susah… aku suruh En. Rozan ambil staff secara kontrak. Banyak la kau punya songeh. Kalau kau jadik menantu dia ke, maybe cadangan kau tu akan dipertimbangkan. Menantu?! Teringat kembali usikan Ezany sebelum dia ke Aussie dulu. Hampir tak bernyawa aku diusiknya. Ada ke buat lawak macam tu?

Walaupun sibuk dengan konvesyen, Ezany tetap mempunyai masa untuk menelefon aku. Selang satu atau dua hari pasti akan ada call dari dia. Kadang bertanya khabar. Kadang-kadang berbincang hal syarikat atau kerja-kerja dia yang sedang aku uruskan. Mungkin dia ingin tahu tentang perkembangan projeknya.

Dengan keluarga Auntie Sarah pun, dah seminggu lebih tak bertemu. Sejak pulang dari Penang hari itu hinggalah kini. Cuma Ummi yang masih berhubung dengan Auntie Sarah melalui telefon. Kalau tak salah aku, adalah dua tiga kali. Aku hanya sekadar berkirim salam. Belum berkesempatan nak bersembang dengan Adelia ataupun Auntie Sarah. Erm… masih terasa lagi saat-saat bercuti di rumah Mak Tok. Masih ku ingat wajah tuanya. Dapatkah aku bertemu dengan Mak Tok lagi?

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~


“Ma, anak pokok keladi gajah ni nak tanam di mana?” Lynn yang berdiri di hujung taman berdekatan porch menjerit agak kuat. Mengisi suasana redup dan nyaman di petang Ahad dengan suaranya. Cuti hari minggu ini, sengaja aku meringankan kaki ke rumah Lynn. Penat dengan kerja di pejabat dan juga kerana bayangan ‘si dia’ sedikit sebanyak ‘menyumbang’ kehadiranku ke sini. Aku harus melakukan sesuatu bagi ‘meringankan’ beban dan ‘semak’ yang memenuhi fikiranku. Aku perlukan ketenangan. Dan aku tahu dengan meluangkan masa bersama Lynn, aku mampu memperolehi ketenangan yang aku inginkan. Sekaligus merehatkan mindaku dari bebanan kerja yang tidak henti-henti di pejabat.

Aku dan mama yang sibuk membasuh pasu-pasu bunga, menoleh memandangnya serentak.

“Apa pendapat Hani?” soal mama padaku seraya menjatuhkan pandangannya padaku pula.

“Erm…” Aku meliarkan mata ke sekeliling kawasan taman di hadapan rumah Lynn. Mencari tempat dan sudut yang sesuai untuk menanam pokok keladi gajah itu. Berdekatan dengan kolam ikan… nope. Tak sesuai. Samaada berdekatan gazebo ataupun berdekatan kawasan landskap tempayan dengan air yang mengalir dari buluh tu, pilihku setelah habis satu kawasan taman aku ‘jelajahi’ dengan anak mata.

“Kalau ikut Hani, ada 2 choices, ma. Dekat gazebo ataupun dekat tempayan tu,” maklumku dengan tangan dihalakan ke arah tempayan yang terletak tidak jauh dari kedudukan kami.

“Best choice?”

Aku berfikir seketika. Menimbang kedudukan yang paling sesuai dan ‘indah’ di pandangan mata.

“Dekat tempayan…” Aku membuat keputusan.

“Mama pun rasa macam tu… Kita tanam kat tepi tempayan tu je, Lynn,” kata Mama pada Lynn yang sudah tercegat di sisi kami dengan peluh merenik di dahi. Disapunya dengan belakang tangan. Seketika kemudian, dia turut duduk mencangkung melihat aku dan mama melakukan kerja.

Aik, tadi Lynn beria-ia tanya nak tanam kat mana, alih-alih ‘tersangkut’ kat sini pulak?

“Kenapa duduk kat sini? Kenapa tak tanam pokok keladi tu dulu?” Terpacul soalan itu dari bibir Mama sebelum bibirku menuturkannya. Lincah tangannya memberus bahagian dalam pasu. Membuang sisa-sisa tanah yang masih terlekat.

Lynn mengeluh. “Panas kat situ, ma. Kejap lagilah… Tunggu redup sikit lagi. Boleh jugak Lynn rest kejap.” Dia tersengih. Anak pokok keladi gajah di letakkan di sisinya sebelum dia mencapai hose getah di atas rumput.

Mama sekadar tersenyum nipis tanpa bersuara apa-apa lagi. Memahami sikap dan niat anaknya yang seorang itu. Pasu-pasu bunga yang masih berbaki, di ambil lalu diberus dan dibilas. Spontan, aku turut menyambung tugasku. Lynn tidak lupa membantu. Pasu-pasu yang siap dicuci, disimbahnya dengan air paip. Setelah habis pasu-pasu bunga itu dibasuh, kami menyusunnya satu-persatu supaya mudah untuk dikeringkan.

“Adoi… crammed pinggang Hani duduk mencangkung lama-lama.” Aku mengurut pinggang yang terasa sengal tiba-tiba. Hani, baru buat kerja sikit, dah complain! Getus hatiku. Mengalahkan orang tua! Umur baru berapa je…

Mama menepuk bahuku perlahan sambil tertawa. “Macam mana ni? Mama yang dah berumur pun tak terasa apa-apa. Hani yang muda pulak complain sakit pinggang. Jarang exercise kot?” duganya.

“ ‘Badan’ dok bercuti lagi, ma. Sayang nak ber’exercise’… Sendi pun dah macam sendi Ali Baba. Cuma tak berkeriut kuat je,” sahut Lynn sambil mencuci tangannya dengan air dari hose. Ada ketawa halus dihujung kata-katanya.

Menyakat aku la tu…

“Tak sayang mulut…”

Spontan aku cuba mencubit pinggangnya. Dia mengelak pantas. Dijauhkan dirinya dariku. Ingat boleh lari ke? Aku menghampirinya lagi. Selagi aku tak berjaya memberinya ‘hadiah’, aku takkan berpuas hati.

“Hani… kalau kau datang dekat, aku sembur dengan air ni…” ugutnya seraya menapak ke belakang. Muncung hose dihalakan ke arahku.

“Eleh, setakat air tu apalah sangat… tak mati pun kalau kena. I’m not afraid…” sahutku berani. Walhal dalam hati, ada sedikit rasa takut. Kalau Lynn nekad nak siram aku dengan air, basah kuyup aku kat sini…

Walaupun begitu, aku tetap melangkah mendekatinya. Kali ini, dia tak berganjak dari tempatnya. Dia tersengih berbaur ancaman. Reaksi wajahnya itu tak sedikitpun mematahkan keinginanku. Aku meneruskan langkah. Sehinggalah…

“Lynn!!!!!!!!!!” jeritku agak kuat setelah air pancuran dari hose hampir-hampir membasahi t-shirt yang ku pakai. Serta-merta kaki berhenti melangkah. Nampaknya, dia serius nak ‘mandikan’ aku kalau aku mendekati dia. Apa aku nak buat ni?

“Lynn sayang, gula kopi susu pekat manis…” Aku melemparkan senyuman paling manis untuknya. “Would you please dropped the hose?” pintaku selembut mungkin. Tak ubah bagai memujuk anak kecil.

Dia menggeleng kepalanya. Terbuai-buai rambutnya yang diikat ponytail. “Never!! One step you take, you’ll drop wet!”

Dalam aku berfikir-fikir tentang apa yang perlu aku lakukan…

“Kalau kamu berdua nak bergaduh sampai malam, mama tak kisah. Sampai tahun depan pun Mama tak kisah, tapi Mama nak masuk dalam. Nak minum. Dahaga pulak tekak mama ni,” sampuk Mama yang sedari tadi ketawa memerhatikan perilaku kami berdua. Baldi berisi sabun di capai lalu dia melangkah ke arah pintu utama banglo.

Minum?! Tekak terasa kering tiba-tiba. Tanpa mengendahkan Lynn yang masih dengan hose nya, aku pantas mengekori mama ke dalam rumah. ‘Pertarungan’ di biarkan berakhir begitu sahaja. Tak terasa nak memanjangkan ‘pertarungan’ itu lagi. Seketika kemudian, Lynn turut mengekori dari belakang. Dia pun dah dahaga…

“Hari tu Lynn ada cakap, Ummi pengsan masa di Penang. Kenapa Hani tak bagitau masa datang rumah last week?” Mama menyoal ketika kami sedang berehat di patio. Minuman dan juadah petang yang di bawa pembantu rumah Mama tadi, terhidang di atas meja kayu. Menunggu kami untuk menjamahnya. Lynn menuang air limau ke dalam gelas berbunga kecil.

“Hani minta maaf. Hani terlupa. Masa Lynn call hari Khamis tu, beru teringat nak cerita kat dia…” Aku menyambut huluran gelas dari Lynn lalu meneguk sedikit air limau nipis itu. Segarnya! Hilang dahaga!

“Dah bawak Ummi check di klinik? Apa sakit dia?”

Gelas diletakkan perlahan. “Tak pergi pun, ma. Ummi tak mahu pergi. Kata dia, dia tak apa-apa. Tak perlu jumpa doktor.” Ummi, memang susah kalau nak bawak ke klinik. Ada-ada saja alasan dia. Begitulah, beginilah. Akhirnya, aku juga yang terpaksa mengalah. Terpaksa mengikut kehendaknya. Lagipun selepas kejadian tu, aku lihat kesihatan Ummi tidak terganggu. Lantas aku mengambil keputusan tidak mahu memaksa Ummi ke klinik lagi.

“Sekarang ni dia dah okey? Dah sihat?” Mama terus menyoal.

“Lepas hari tu, Ummi nampak macam biasa je. Tak ada tanda-tanda dia sakit,” maklumku. Kuih popia menjadi sasaran tanganku. Kemudian disuakan ke mulut. Perlahan-lahan aku mengunyahnya.

“Ummi memang tak ada sakit apa-apa kot…” Lynn mencelah setelah habis sepotong kuih popia di telannya. “Mama jangan nak bagi Hani risau. Kesian dia. Dah lah dia sekarang pun tengah risau pasal hal lain.”

Eh… apa maksud Lynn ni? Benda apa yang aku risau? Mana dia tahu apa yang melanda aku kini? Adakah dia boleh merasakan apa yang sedang bergolak dalam diriku? Ah, tak mungkin…

Aku memandangnya dengan dahi berkerut. Dia tersengih nakal. Dan aku tahu aku bakal terkena sekejap lagi.

“Hal apa?” Mama bertanya.

“Cik abang dia ke Australia, ma. Dia tengah risaukan cik abang dia tu la….” ujarnya dalam tawa nakal.

Cik abang aku?! Did she means Ezany?!

Ehek!! Tersedak aku mendengar apa yang Lynn katakan. Nyaris tak tersembur isi-isi kuih popia ke serata alam. Segera Mama menepuk belakangku perlahan. Air limau milikku, disuakan. Lantas aku menyambut lalu menghirupnya agak rakus. Isi-isi kuih popia yang masih tersekat di kerongkong terasa laju menurun ke perut. Aku memejam mata seketika. Membiarkan keadaan diriku stabil buat beberapa waktu.

Hish! Buat gempak betul minah ni… Nasib baik aku tak mati terlekat! Nak cakap perkara sensitif macam tu pun, tengok-tengoklah waktu sama…

“Dah okey?” Aku membuka mata tatkala telingaku menangkap soalan dari Mama. Mama mengukir senyum penuh makna. Aku mengangguk perlahan. Menyatakan aku tiada apa-apa. Dah okey.

Aku merenung tajam pada Lynn yang ketawa terbahak-bahak melihat responsku terhadap usikannya. Seronok sungguh dia dapat mengenakan aku. Selamba raut wajahnya. Tiada riak-riak bersalah yang dipamerkan.

Geramnya!!!

Tahu apa yang aku sedang aku rasakan, dia tersengih pula. ‘Sorry’. Sepatah bibirnya menuturkan perkataan itu tanpa suara. Sengihan masih tersungging di bibirnya…

“Hani dah berpunya ke? Alhamdulillah…” soal Mama dalam nada teruja. “Kenapa tak beritahu Mama? Nak rahsiakan dari mama, eh? Dah berapa lama berabang-abang ni?”

Ah sudah! Bila masanya aku berjanji setia sehidup semati dengan lelaki ni? Dan hakikatnya, Ummi dan Along masih memegang taraf hak milik untuk menjaga dan ‘memiliki’ diriku. Tiada orang lain buat masa ini.

“Mana ada, ma. Lynn tu pandai-pandai aje…” sanggahku pantas. Pandai aje Lynn cakap macam tu pada Mama. Kan Mama dah terlebih menyangka? Aku langsung tak ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Menyesal aku beritahu dia Ezany ke Australia hari tu. Niat aku cuma nak mengadu tentang beban kerja yang terlampau banyak ditinggalkan Ezany padaku. Tiada niat lain. Dia pula tak habis-habis mengatakan aku bercerita pasal Ezany semata-mata untuk melempiaskan rasa rinduku pada boss ku itu. Benarkah? Aku akui rasa rindu itu ada, tetapi…

Dalam keadaan penuh kalut itu juga, ‘si dia’ hadir. Ada debaran dah kegugupan saat wajah ‘si dia’ menyapa tanpa di duga. Ada lagu rindu yang berbisik di dalam jiwa…



little chit-chat :
Oh-OOO… somebody’s falling in love... Tapi betul ke Hani dah jatuh cinta? Hmm… Oh, one more thing! Ada poll kat side section tu, kalu ‘tangan’ tu rajin, vote lah! *wink* Selagi eita tak reveal, siapa lelaki tu, the poll will be there. And rasanya lambat lg kot, rahsia tu nk terdedah… :D

scribbled @ 23:15 |

qisya
October 3, 2005   07:53 AM PDT
 
ala hani tu teringat kan si hadif sbb 'si dia' tu dah lama x call hani agaknye.
qisya
October 3, 2005   08:04 AM PDT
 
k.eita saje je dera hati hani nih... hani setialah dgn hadif...
Lily
October 3, 2005   08:54 AM PDT
 
eleh, hani mesti rindu kat hadif tu....
aHaDa
October 3, 2005   03:18 PM PDT
 
adoi kak eita.... nape smua pakat nak hadif ni??? hmm i hope ezany still get a chance to win hani heart... ehehhehe

p/s: mmg ari ni meet "ezany" live kat fc kolej... ade shooting ape ntah????
Yaya.
October 3, 2005   04:46 PM PDT
 
.....blurr...tp rasanya sidia tu....hadif kot..! meh reramai vote untuk hadif..sidia yg baik,hensem,tampan,kayo jugak..dan pernah terluka..adeh..kesiann!
eita
October 3, 2005   08:07 PM PDT
 
Qisya~erk?! Bila akak dera hati Hani? And kenapa? Hehehe… Camne Hani nak setia ngan Hadif, derang kan x bercinta? :D

Kak lily~bertuahnya hadif kalu Hani rindu kat dia… :)

Ahada~akak pun x tau nape semua nak hadif… nak tau, kena tanya Hadif FC. Pst. “ezany” tu yg mana satu eh? Akak pun pernah dgr ada org sebut nama dia kat blog akak ari tu. Tp seriously, akak mmg x kenal “ezany” yg pelakon/penyanyi(?) tu… *sengih malu sbb x tau industri filem/muzik sdr*

Yaya~hahaha. Jwpnnya, kena tunggu next n next n next n3. selamat mengundi! :D
ina
October 3, 2005   08:13 PM PDT
 
aduh.. bergelodak jiwa.. dengan siapa hani rindu...siapakah "si dia" yang dirindui itu...

aduhai cik eita.. ubatilah resah hati ini.. hu..hu..
qisya
October 4, 2005   10:43 AM PDT
 
hati hani mcm resah jer... dera lah namanye tu! k.eita ubatkan lah hati hani tu yg tgh rindu kat hadif. nxt n3 ehh. blhler pleassssssseeeee.*mmuaahh syg k.eita*
pinkPANTHER
October 4, 2005   01:54 PM PDT
 
waaarrgghhhh!!!! SAPA SI DIA TU???? NAK TAU GAK NAK TAU GAK NAK TAU GAK!!!! *letak parang tajam dekat leher kak eita*
water_lilly
October 4, 2005   08:42 PM PDT
 
what ever... sape2 jer... *xde mood*...
nih last time jenguk nih... dah ramadhan... plus nak final exam... so.... iya akan stop jenguk... :D
wish me luck~
hihihi... and..
HAPPY RAMADHAN AL-MUBARAK!!
hD
October 4, 2005   08:58 PM PDT
 
hehehe... ada rindu bertamu... ;) mesti hadif gorgeous tu... :D sukanyaaaaa... *dreaming cam hani gak*

iya... all the best! tahan ke nak stop surfing net neh? hehehe, i'm net + computer freak... so tak leh berjauhan lama2 dgn my lovely hadif neh... *pssttt... pc org nama hadif!* hikkss...

eita
October 4, 2005   09:18 PM PDT
 
ina~nak ubat kena tunggu.... :D

qisya~aduh dik! memujuk rayu tu... hehehe... next n3 pun rindu hani lom terubat... kena tunggu next n next n next n3...

miso~zapp! *pegang leher berdarah* kiok! *terbaring*
cut! *bangun balik* nak tau, tunggguuuuu!!!!

dik iya~uwaa... gonna miss you so much! good luck tuk final!! all the best! muahhhh....

hD~oit, mana hilang? dah lama x nampak? iya ada alasan kukuh nak stop surfing, maybe dia boleh tahan 'godaan'... may God bless her!

qisya
October 5, 2005   08:23 AM PDT
 
water^lili all the best 2 U 4 fin exm.
selamat berpuasa *bagi kurma kat awak utk buka posa ptg nanti*
no name
October 5, 2005   11:00 AM PDT
 
hi awk..just drop by to tanye mane awk dpt lagu stained glass tuh..leh btau tak katne nk download?lotsa thanks..stakat neh sy dah bace citer awk yg part I..part tuh br bberape epi..lotsa hw to be done..thanks in advance and keep up the good work eita =)
adilia
October 6, 2005   03:16 PM PDT
 
pengumuman bulan pose "Barang siapa yang m'vote ezany, puasanya akan lebih diberkati" *muka selambe gile*
qisya
October 7, 2005   01:19 PM PDT
 
adilia, mana punye fatwa tu?
eita
October 9, 2005   05:16 PM PDT
 
hi no name, lagu stained glass + others Korean song, eita download kt soompi forum. Tp awak kena register dulu, baru boleh ‘enter’ forum tu. Awak boleh register guna private e-mail. Klu guna free email mcm yahoo, g-mail, hotmail n so on, awak boleh masuk sekali je, pastu dah x leh masuk sebab laws baru soompi forum, semua free e-mail x diterima utk register… good luck!
thanks 4 reading my story n thanks 4 ur support… SELAMAT BERPUASA!
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive