Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 52
Sunday, October 09, 2005

Seraut wajah lelaki itu muncul lagi. Kemunculan yang tidak pernah diundang. Dipanggil jauh sekali. Redup matanya. Senyuman manisnya. Wajahnya. Segala-gala miliknya acapkali menari-nari di fikiran. Mengheret aku mengingati saat-saat yang pernah kami lalui bersama. Apa yang sedang berlaku padaku? Aku tak faham. Tak mengerti. Apa istimewanya dia hinggakan perasaanku ditarik-tarik agar terus menghadirkan dia di dalam diri…

Adakah ini tandanya aku… Suka? Admire? Adore? Dahulu pun, aku pernah juga suka pada seseorang. Suka-suka macam tu saja. Suka yang tak pernah dilafazkan. Suka yang dipendam sendiri. Maklumlah, waktu itu tiada yang lebih penting melainkan study. Tetapi, suka di waktu itu taklah sampai begini teruknya. Tak sehebat ini perasaannya. Dan yang kali ini…

Susah untuk kugambarkan perasaan sendiri. Parah… kalau aku tak memahami diriku sendiri. Tapi, itulah hakikatnya. Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasakan. Yang nyata, wajah dia seringkali muncul di fikiran sejak beberapa hari kebelakangan ini. Hampir setiap masa dan ketika. Tak kiralah apa jua yang aku lakukan, dia sentiasa ‘ada’. Membayangi setiap gerak dan lakuku. Betul-betul membuatkan aku hilang konsentrasi.

Sewaktu dia berada di sisi, tidak pula aku rasakan apa-apa yang unusual. Semuanya normal. Tidak tercuit walau secebis pun hati dan perasaanku. Dan bila dia tiada, kenapa hatiku meronta-ronta ingin menatap wajahnya. Hinggakan nama dan wajah dia saja yang berlegar di ingatan. Memenuhi hati dan jiwaku. Pelik. Ah, mustahil aku sudah…

“Orang tengok tv ker, tv yang tengok orang ni?” tegur Along tiba-tiba. Memecahkan bayangan si dia di ingatan. Apa yang tertera di depan mata kini, kaca tv yang berwarna-warni. Entah rancangan apa yang ke udara pun aku tak tahu. Dari tadi asyik menyelam perasaan sendiri. Kacau!

Along melabuhkan punggung di sofa kosong di sebelahku. Aku menghadiahkan senyuman pendek buatnya. Untuk membalas pertanyaannya yang berbaur seribu macam telahan. Tahukah Along, aku sedang berenang-renang di kolam hatiku sambil dipayungi seraut wajah si dia. Mencari-cari sebutir jawapan di dasarnya. Sedarkah Along?

“Awal balik malam ni. Dah tak busy ke?” soal Along setelah aku tetap mendiamkan diri.

“Hari ni tak de benda urgent. Sebab tu Hani balik awal. Letih la Along, asyik balik lewat selalu!” aduku secara tak langsung. Sememangnya sejak ketiadaan Ezany, aku sedikit sibuk. Minggu lepas, empat hari berturut-turut aku pulang lewat. Dari hari Rabu hinggalah ke hari Sabtu.

Dah kerja banyak, si ‘dia’ pulak asyik menganggu. Lagi bertambah penat dan letih aku dibuatnya. Mana nak fikir hal kerja, ‘hal’ dia lagi. Terseksa aku macam ni…

“Bila Ezany balik?” tanya Along yang tahu tentang pemergian Ezany ke Sydney. Aku yang maklumkan pada Along minggu lepas.

“End of this week…”

“Lepas tu boleh jadik teammate balik, kan?” Segera aku mengalihkan perhatian pada Along. Macam ada makna tersembunyi aje tu…

Along tersenyum penuh makna.

“Kitaorang teammate untuk satu projek je, Along.” Pantas aku menyahut. “Mana Kak Sofea? Dari tadi tak nampak?” soalku kemudian. Cuba menukar topik perbualan. Bahaya berbicara tentang Ezany sekarang. Aku berpura-pura menumpukan sepenuh perhatian di skrin tv.

“Eh, kan dia ada kursus kat Equatorial Hotel,” laju Along menjawab soalanku bersama kerutan di dahi.

“Ya ke? Dia tak cakap pun…”

Along merenungku dengan pandangan satu macam. Dapat aku tangkap renungannya itu dengan ekor mata. Gerun! Dia seolah tak percaya bahawa aku, merangkap adik kandungnya, yang tinggal serumah dengannya, tidak tahu isterinya sedang menghadiri kursus. Sesungguhnya memang aku tak tahu. Seingat aku, tak ada pulak Kak Sofea khabarkan padaku.

“Itu la… berangan tak habis-habis. Kan Kak Sofea bagi tau masa dinner semalam?” Along melemparkan pertanyaan.

Really?! Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Confused. Betul ke Kak Sofea dah beritahu time dinner. Atau Along sengaja nak pasang perangkap. Nak kenakan aku. Aku ragu-ragu. Ah, lebih baik tak payah buka mulut. Akhirnya aku menyimpan suara.

“Hani ingatkan siapa?” Along cuba menduga.

“Nobody…” jawabku tanpa mengalihkan perhatian dari kaca tv. Dia perasan ke?

“Serious? Takkan lah… Along tengok dari semalam asyik mengelamun jer.”

Sah! Memang Along noticed. Tapi takkan semudah itu aku nak mengaku. Rahsia hati perlu disimpan. Tak perlu dicanangkan pada seisi alam. Apatah lagi, aku masih belum dapat mengesahkan perasaan sendiri. Dan belum tentu ‘rasa’ ini akan berkekalan. Dan belum tentu jugak aku dan si ‘dia’ akan bersama. Opss! Bersama… Hani, jauhnya pasang cita-cita.

“Betul,” kataku dengan penuh keyakinan pada Along. Menidakkan dugaannya.

“Ummi pun perasan perubahan Hani.”

Aku terkejut. Ummi pun?! Ketara sangatkah perubahanku?

“Biar Along teka,” sambung Along lagi. Ya ALLAH… Along ni nak buat kuiz pulak ke? Main teka-teka. Bagaimana aku nak menyangkal kata-kata Along? Ligat otakku berfikir mencari penyelesaiannya. Memikirkan hujah-hujah konkrit yang mampu mematahkan serangan kata-kata Along.

“Ezany ke orangnya. Kan dah seminggu dia ke Aussie…” telah Along. Aku mula terasa pening…

Sedaya upaya aku cuba tidak mengambil endah kata-kata Along. Telinga yang berfungsi dengan sempurna sengaja dipekakkan.

“Atau anak Auntie Sarah yang Ummi ceritakan tu. Kata Ummi, Hani baik dengan dia…” telah Along lagi. Tahap kepeningan aku bertambah. Along please, jangan bincangkan hal ni. Hani tak nak. Rayuku dalam hati. Aku belum bersedia nak menghadapi kenyataan bahawa hatiku ini sudah pandai bermain ‘api’. Hah! Aku tahu bagaimana caranya nak menutup mulut Along… Idea muncul tiba-tiba.

“Along, Hani suka la iklan ni. Lawak. Kesian Japanese girl tu…” kataku dalam tawa kecil. Dengan harapan, Along akan mematikan segera persoalan tentang hati dan perasaanku. Di kaca tv, kelihatan seorang Japanese girl sedang berlari sambil menangis di hadapan dua jejaka Melayu. Iklan TM Net.

Along menggeleng perlahan dengan tingkahku. Tahu sangat dia dengan helahku. Pun begitu, dia tidak membangkitkan lagi persoalan tadi. Membiarkan teka-tekinya berlalu pergi tanpa jawapan pasti. Aku melepaskan nafas kelegaan kerana Along ‘melepaskan’ aku untuk malam ini.



little chit-chat :
Utk no name, soalan awak, eita dah balas dalam komen KSL 51... sorry sbb terlambat balas..

scribbled @ 16:34 |

Iya
October 9, 2005   06:57 PM PDT
 
hahahha~ iya rasa hadif tu lah gerangan yang membuatkan hani angau overboard << dlm citer hovate.. hehehe... terpengaruh...
Iya
October 9, 2005   11:21 PM PDT
 
hurnm... camner nak drop kat sini k.eita? erm.. Iya tulis kat comments ni je lah... <orchidsblooming.blogrive.com> :D
peace! V... hudus ;agi... iya xreti nak design
Yaya.
October 10, 2005   09:38 AM PDT
 
sabarlah ...yg dirindu pasti muncul next n3 kan..kan..kan...eita....plzzzz!
pink Jambu
October 10, 2005   11:11 AM PDT
 
hikhikhikkkk...*gelak malu-malu* kannnn..org dah katerrrrrrr...dah. hikhikhik..*sambung gelak*

GO HADIF GO!

mmmuah kat cekodok haku !
infa
October 10, 2005   11:52 AM PDT
 
kak pink....

akak sure ke yg si HAni tu ingatkan si HADIF kita tuu...rasa2 mcm tak jeee... ukh ukh *lap airmata kat lengan baju eita*
qisya
October 10, 2005   12:20 PM PDT
 
hadif jgnle main sorok-sorok sian hani dilanda rindu...
itikQUACK
October 10, 2005   02:34 PM PDT
 
wahahahaaha... mesti hani suka kat pak guard episod lepas2 tu... mesti betul kan kan kan...

err.. kak eita, saya pun suka iklan TM NET tu, suka tgk pompuan jepun tu berlari2.. hahaha...
eita
October 10, 2005   05:39 PM PDT
 
Dik iya~mana lak huduh. Cantik la tu. Bright n cheerful!!! Akak linkkan iya kat blog akak. Senang nak menjenguk nanti… :D betul ke hadif? Tunggu next n3…

Yaya~hadif xde dlm next n3 lg la… :D dia akan muncul bila keadaan memerlukan nanti… ;)

Kak pink~hahaha… cam kak pink lak yg sedang dilamun cinta gelak malu2 cam tu.. :P next n3, baru kita tau sape… ;) ;) ;)
Mmmuuahhhhh… windu kt akak!!!!!!

Kak infa~*tgk hingus kak infa yg meleleh dgn penuh rasa geli geleman* nah, amik tisu, lap!
akak rasa ezany ke? Hahaha.. keep on wondering! Muaaahhhh tu akak lak. Windu kt akak gak!

Qisya~la… hadif ke org tu?! Are u sure?!

itikQuack~Satu2nya jawapan yg lain dr yg lain. Itik(?) *gelak penjahat* mmg layak dpt hadiah berendam dlm pool bertaraf 1 bintang….
Errr… mmg syok kan tgk Japanese girl tu lari x tentu arah cam tu…
PUTEH
October 11, 2005   12:31 PM PDT
 
kak Pink...

Hadif kan orang nya, kan kak pink kan? *kelip2 mata kat eita...*

heheheh, mcm eita ckp... "Hadif akan muncul bila keadaan memerlukan"

bukan ke hero mmg selalu cam tu? muncul bila heroin memerlukan bantuannya... YESSS!!!

GO HADIF GO HADIF... ;)

qisya
October 11, 2005   01:00 PM PDT
 
x kisahler klu hadif x kuar nxt n3. janji hadif hero.
biruNila
October 11, 2005   03:07 PM PDT
 
eita, mungkin tak seorang tu boleh undi dua kali... takut ada orang tu *sambil jeling* asyik2 undi supaya... orang tu menang :o
Iya
October 11, 2005   06:45 PM PDT
 
ahahha.. yeyye... hadif xde next n3.. *jeling2 kat k.qisya* pose tak? hahaha
eita
October 11, 2005   08:16 PM PDT
 
puteh~itu hero cite comic book yg slalu wat cam tu... :P errr... hadif hero dr mana? final fantasy? <-- tgh dok gila cite tu skrg. :D

qisya~hahaha... good girl!

kak biru~*bisik* bukan setakat dua kali, seribu kali pun boleh. agaknya vote hadif lbh tinggi pasal org tu *jeling kt org tu gak* dok undi smpi sepuluh kali sehari pe.

iya~ :( ezany pun x de next n3...
qisya
October 12, 2005   01:09 PM PDT
 
ehhh blh undi byk kali yea? aarr lps ni nak press je poll tu x lps2. k.eita, qisya ada promote blog ni kat member2 so ramai yg vote Hadif. thx k.eita qisya always be good:)
seriadriani
October 12, 2005   01:17 PM PDT
 
hah! dah khatam setelah bcuti membaca enovel.. tahniah eita..
tapi siapa la yg hani kenang2 kan tu ekk? ezany?
eita
October 12, 2005   10:50 PM PDT
 
Qisya~Boleh…. Brp kali nak pun up 2 u. Hmm… pasni klu vote melambung tinggi, akak tahulah sapa punya vote tu. ;) errr… promote kt member2 suruh vote je ke? :P

Kak seri~tahniah dah berjaya finishedkan semua e-novel! :D klu nak tahu sape, tunggu next n3…
qisya
October 13, 2005   11:46 AM PDT
 
ale kak seri ni nape ezany... sokong le hadif.. same geng qisya.
k.eita*bisik*bila nxt n3? esok blh?
gengs
October 13, 2005   03:59 PM PDT
 
ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....ezany....

8-)
gengs
October 13, 2005   04:11 PM PDT
 
hahahahahahahahahahahahaha.... punye la lebar comment tuk k.eita...
eita
October 13, 2005   10:17 PM PDT
 
qisya~ :( sorry dear. n3 x leh post mlm ni. tp akak promised, mon morning, qisya bukak pc je, n3 konfem dah ada....

gengs~hahaha... mmg pjg lebar sungguh! gengs takut akak lupa kt ezany ke? :D
qisya
October 14, 2005   12:33 PM PDT
 
gengs, ezany xde dia gi toilet smlm mkn julap bnyk sgt ;)
nurfa
October 15, 2005   01:32 PM PDT
 
hi eita...kita dpt keja baca..huhuhu..dlm bape hari je. dasyat kan..kan kan..heheheh... nak ezany gak..tp nape x de org nak vote ezany ni??? jom geng kita vote ezany banyak222 kali..
p/s:eita...plss..jgn keciwakan daku..*ketawa terbatuk2*..hukhuk. =)
eita
October 16, 2005   12:52 AM PDT
 
nurfa! dah habis xm ke? :D seronoknya tgk nurfa ada kt cni...
mmg ekpress la boleh baca dalam brp hari je. ntah2 syifak jdk tukang cerita ape :P hahaha.
errr... hmmm... keputusan kuar n si dia pun dah terbongkar. :( sorry x dpt nak tolong.... huhuhu
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive