Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 53
Sunday, October 16, 2005

Tinggg!!!

Bunyi cawan berlaga menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. Teko kaca putih berbunga merah menjelma di layar mata. Aku melepaskan nafas berat. Membuang perasaan yang menghimpit di dada. Juga melempar jauh-jauh ingatan dan kenangan yang terlayar di minda bersamanya. Makanan pun belum berusik, aku dah ‘berlayar’ jauh. Makin parah aku ni nampaknya! Ada ubat ke untuk orang yang ‘berpenyakit’ macam ni? Entahlah…

Aku menoleh pada Ummi yang baru duduk di kerusi di sebelahku. Raut wajahnya di hiasi senyuman panjang. Mekar. Kepalanya di geleng perlahan.

“Hai… pagi-pagi dah ‘terbang’ jauh,” tegur Ummi. “Ingatkan siapa?”

Erk?! Aku menelan liur. Tak tertelan rasanya. Semalam Along bertanya, hari ini Ummi pulak. Macam berpakat aje diaorang berdua ni, telahku sendiri.

“Mana ada Ummi,” sanggahku perlahan. Suara yang keluar bagaikan tidak terdengar.

“Ummi suruh suakan apa tadi?” soal Ummi dengan senyuman yang masih tidak lekang. Seolah dia tahu apa yang sedang aku rasakan. Apa yang sedang aku cuba sembunyikan dari dirinya. Aku di buru resah. Ummi selalunya cekap membaca hati dan perasaanku.

“Suakan apa, Ummi?” soalku semula dalam suara yang tidak menentu. Antara takut dan bimbang.

Pecah ketawa Ummi. “Itu pun tak nak mengaku lagi. Kan Ummi suruh suakan nasi lemak tu tadi.” Nasi lemak yang terletak di hujung meja makan menjadi sasaran jari telunjuk Ummi. Aku terpempan. Benar ke Ummi menyuruhku tadi? Kenapa aku tidak dengar apa-apa pun? Mana nak dengar, kau tu mengelamun tak henti-henti, getus hatiku.

Aku mencapai sebungkus nasi lemak di dalam pinggan lalu menghulurkan pada Ummi.

“Auntie Sarah tak nak datang sini ke Ummi?” tanyaku seraya mencapai teko berisi air Neslo. Air berkafein dan bercoklat itu aku tuangkan ke dalam cawan. Pada waktu yang sama, aku cuba menjauhkan topik perbualan dari mencecah soal perasaan dan aktiviti yang baru tersenarai dalam kegiatan harianku – mengelamun. Atau termenung. Atau berangan. Mana-mana satu ajelah…

Dengan senyuman meleret, Ummi membalas, “Hani sebenarnya maksudkan Auntie Sarah atau Hadif?”

Nyaris tersembur air Neslo yang aku hirup. Lantas aku meletakkan cawan di atas meja. Mengeletar seluruh tubuh badanku mendengar serkap jarang Ummi. Hadif? Wajah tuan empunya nama menyapa.

Tersilap memilih topik pulak. Ingatkan aku berjaya escape dari persoalan tu. Rupanya lagi terikat aku dibuatnya. Haru-biru betul!

“Hani teringatkan Hadif, kan? Sebab tu selalu mengelamun je sejak dua tiga hari ni…” Ummi menduga. Aku benar-benar tersentak. Namun, aku cuba berlagak biasa. Aku mencapai nasi lemak. Membuka bungkusannya penuh hati-hati.

“Tak lah. Hani sebenarnya fikirkan pasal kerja. Banyak sangat yang nak kena settle.” Dalihku sebelum menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut. Debar di hati usah ditanya. Agaknya sudah mencecah 500km/j.

“Selama ni pun kerja banyak jugak. Tapi tak pernah pulak Hani jadi macam ni,” Ummi menduga lagi. Bekas air masak yang memang tersedia di atas meja di capai perlahan lalu dituang isinya ke dalam gelas kosong. Di sisipnya sedikit air kosong itu.

“Mmm.. Ha..ni…,” terkial-kial aku mencari kata balas yang sesuai. Hampa. Tiada ungkapan yang mampu dilafazkan. Aduh, apa aku nak jawab ni? Dah terang lagikan disuluh spotlight aku hampir terkantoi…

Memang tiada insan lain yang menganggu aku sejak akhir-akhir ini melainkan dia. Hadif. Sebaris nama itu berlagu di jiwa. Entah sudah berapa kali namanya meniti di hati. Ya ALLAH… Aku menarik nafas perlahan.

“Tak salah kalau Hani sukakan dia. Hani dan dia sama-sama single. Memang sesuai sangatlah. Ummi takkan bantah. Malah Ummi lagi suka. Masa kat Penang dulu pun, Ummi dah dapat rasa Hani dan Hadif macam ada sesuatu. Betul tak apa yang Ummi cakap ni?” soal Ummi sambil merenungku.

Lidahku kelu untuk berbicara buat beberapa detik dengan renungan penuh makna yang Ummi tayangkan untukku. Ummi ni…

“Ummi… kat Penang dulu tak ada apa-apa pun yang berlaku antara Hani dengan Hadif,” jelasku pada Ummi. Sememangnya waktu itu, antara aku dan Hadif tiada apa-apa. Hubungan kami hanyalah setakat hubungan biasa. Tak melebihi dari yang sepatutnya. Namun, aku tak nafikan bahawa aku cukup selesa dan senang bila bersamanya. Usikan dan senda guraunya amat menghiburkan hati. Perasaan ‘suka’ itu tak pernah menonjolkan dirinya. Cuma kini…

Aku mengeluh singkat. Baru kini aku terasa betapa kehadirannya yang sebentar itu meninggalkan kesan mendalam dalam hatiku. Beberapa hari dia tiada di sisi, raut wajahnya seringkali menemani. Datang menggamit dan merayu agar aku bertemu dengan pemiliknya.

“Dulu…” ulang Ummi sepatah. “Jadi, sekarang ni Hani dengan dia dah ada something, begitu?” Ummi bertanya.

“Still nothing la Ummi. Lagipun… Hadif tak pernah tahu pun Hani…” Aku menguis nasi lemak dengan sudu di tangan. Word apa yang sesuai nak sebut ni? Takkan nak kata – sukakan dia? Had a crush on him? Ish… I’m not gonna say those words. Bikin malu aja. “…jadi macam ni.” Kulit mukaku mula membahang.

Terlepas tawa dari Ummi. “First time Ummi tengok anak Ummi jadi macam ni…” Perlahan Ummi mencapai jari-jemari tangan kiriku. Digenggamnya erat. “Ummi nak tanya, Hani betul-betul sukakan Hadif?”

“Hani… Hani tak pasti la Ummi…” jawabku teragak-agak. Bukannya aku tak sedar dan realize dengan apa yang aku alami. Sedar. Cuma berat mulutku untuk mengakuinya.

“Pulak?! Cuba beritahu Ummi apa yang Hani rasa sebenarnya…” pinta Ummi tanpa melepaskan genggaman tangannya.

Aku tersenyum ragu-ragu. Wajarkah aku luahkan segalanya?

“Bab rasa-merasa ni, Hani tak terror nak explain. Hani bukannya Nigella Bites, Ummi,” sahutku bersahaja. Sengaja ingin berseloroh sejenak.

Ummi tergelak kecil menyambut kata-kataku. “Budak ni… sempat lagi tu. Cuba serius sikit.”

Aku tersengih nipis. “Hani selalu teringatkan dia. Itu je yang Hani ‘rasa’,” terangku perlahan. Bersama seribu satu rasa. Malu. Takut. Khuatir. Dan macam-macam lagi. Akhirnya, terluah juga perasaanku di pendengaran Ummi. Ah, mungkin ini yang terbaik. Biarlah Ummi tahu…

Ummi tersenyum meleret. “Betul la tu. Hani sukakan dia. Cuma Hani tak nak mengaku perasaan sendiri..”

Aku menatap bungkusan nasi lemak berkuah sambal ikan bilis yang masih berbaki. Sanubariku turut menggendangkan irama yang sama dengan kenyataan yang Ummi ‘dedahkan’ padaku. Aku sukakan dia…

Alah, suka aje bukan cin… Sepatah perkataan yang terlalu ‘mahal’, berganda-ganda mahalnya dari my precious a.k.a The One Ring itu terhenti begitu saja. Tak sempat di habiskan. Tak berani aku nak menyebutnya. Walau dalam hati sekali pun. Atas sebab apa, aku pun tak pasti. Macamlah bumi ni akan dihentam komet Halley kalau aku menyebutnya, getusku di sudut hati. Sah, penyakit aku dah makin serius.

“Morning!” suara ceria Along yang menuruni anak tangga menyapa. Kerusi di hujung meja ditarik lalu dia melabuhkan diri di situ. Briefcasenya di letakkan di kerusi berhadapan denganku.

“Lambat hari ni Along?” soal Ummi. Aku menjeling jam di dinding. Jarum jam hampir menginjak ke pukul 7.15 pagi. Selalunya pukul 7 dia dah mengadap breakfast. Faktor apa yang menghalang perjalanannya ke meja makan pagi ni?

“Terlewat bangun Ummi,” jelas Along sambil menuang Neslo. Dihirupnya air yang sudah tinggal suam-suam kuku itu.

“Susah nyer orang tak de wife ni. Bangun pagi pun lambat.” Aku mencelah. Niat di hati nak menyakat Along.

“Eleh, at least Along dah ada wife. Dah tak payah nak renung tv ke, dinding ke, nak ingat orang yang dekat di hati tapi jauh di mata. Lain la macam budak sorang tu, kan…” Along membidas. Ummi ketawa kecil. Aku mencebik geram. Asyik-asyik dia je yang menang. Dia je yang success mengenakan aku. Sepatah aku cakap, berpatah-patah di balasnya. Menyampah betul!

Aku mendiamkan diri. Telinga sengaja dipekakkan. Kalau jawab karang, aku jugak yang terkena. Better keep my mouth shut!

“Hani tu, bila lagi nak ber‘hubby’? Budak-budak kat ofis Along yang sebaya dengan Hani, dah berkeluarga pun.” Along melemparkan soalan pabila aku terus-terusan tak bersuara.

Berleter la pulak Along pagi ni. Buat hilang mood aku jer. Baru aku membuka mulut ingin membalas kata-kata Along,

“Tak lama lagi la tu…” Ummi menjawab bagi pihakku. Secepat kilat aku mengalih pandangan pada Ummi yang tersenyum lebar.

“Really, Ummi?” tanya Along dengan mata membuntang. Seakan tak percaya. Kemudian, sebuah sengihan kecil meniti di bibirnya. “Siapa jejaka ‘malang’ tu?”

“Takk…”

“Hadif. Anak Auntie Sarah.” Pantas Ummi memotong percakapanku. Uummmmiiii… ingin saja aku melaungkan namanya. Habis la rahsia aku…

“Erm, good choice! Nak masuk ‘line’ pun senang. Ummi kan baik dengan Auntie Sarah. Untung Hani, ada Ummi untuk back-up. Confirm la Hadif tu dalam tangan.”

“Pandai je la Along ni. Ingat Hadif tu macam Ken? Toys Mattel yang tak de perasaan tu?” soalku dengan wajah masam mencuka. Aku tak senang dengan kata-kata Along. Takkan disebabkan aku anak Ummi maka Hadif perlu sukakan aku. Melalut entah apa-apa. Perasaan mana boleh dipaksa. Mana boleh ditukar ganti.

“Insya-ALLAH… kalau ada jodoh, kahwin jugak Hani dengan Hadif nanti,” ujar Ummi dengan senyuman yang tak surut dari tadi.

ALLAH! Dah bersentuh bab kahwin pulak. Masalah! Aku baru nak sukakan seseorang, Ummi dan Along dah terlebih pantas, bukak topik kahwin. Agaknya kalau aku bukak topik nak kahwin, diorang mesti dah terlebih advance bukak topik anak-sedara-plus-cucu. Aduh! Boleh koma macam ni.

Along ketawa demi melihatkan reaksiku yang terkulat-kulat. Lawak benar la bagi dia tu! Aku merengus tak puas hati. Bibir bawah diketap. Ummi bangun dari kerusi bersama pinggan dan gelas kotor.

“Ummi dah habis makan. Hani cepat habiskan nasi tu. Along pun. Karang lambat pulak pergi kerja.” Ummi menuturkan sebelum berlalu ke dapur.

Aku meneruskan suapan yang tergendala tadi. Along ikut menjamah nasi lemaknya.

“Ummi macam suka aje Hani bercinta dengan Hadif…” Along bersuara tanpa mengangkat wajah. Nada suaranya kedengaran serius. Tiada lagi aura-aura usikan seperti awal kedatangannya.

“Bila masa Hani bercinta dengan dia…” sanggahku pantas. “Suka dengan cinta tak sama tau, Along.”

“Mula-mula memang suka s-a-h-a-j-a. Dah lama nanti, c-i-n-t-a tu pasti akan datang…”

Aku terdiam. Kehilangan kata-kata. Sepi mengisi ruang yang terbiar tanpa suara kami berdua.



little chit-chat :
POLL RESULT
Hadif = 746
Ezany = 303
Total vote = 1049

Thanks kepada semua yg vote. Rasanya semua dah tahu siapa yg menang kan and dah dpt meneka siapa sebenarnya ‘si dia’ tu… Apa2 pun, kisah belum berakhir…

scribbled @ 00:54 |

Yaya
October 16, 2005   10:55 AM PDT
 
hik...kita dah tau dah..pojaan hati kita mmg sama ngan hani...haaa..eita...trimas..tak sesia poll smpai kontot jari.ari ni senyum smpai tinga. psst..qisya..kita dah bleh start buat bunga telur tuk hani...haaa...gumbira sungguhhh ...
birunila
October 16, 2005   03:36 PM PDT
 
:):(
Iya
October 16, 2005   05:52 PM PDT
 
erm.. ok lah... *frust nonggeng*
tpkan...

along tuh... cam xske hadif jerk...
i guess... ade konflik ke pasnih?

adess.. kalo lah along tuh x bape 'berkenan' kat hadif... same la ngan Iya! yeyyee...

ish... xbaik.. meleleh hadif fc nnt..,.. ahahha.. padahal ezany fc... isk.... waaaaaa....

along!!! ezany!!!

lurve both of them!!!!
hD
October 16, 2005   10:14 PM PDT
 
HOYEEEEEEEEE....

pasnih HADIF fc kena wat banner utk kenduri kawen derang, hikss... pesta sakan neh... ;)

sayanggggggg sC banget!
eita
October 16, 2005   11:25 PM PDT
 
yaya~haha. awal lg la nak buat bunga telur... hadif pun x tau lg suka kat hani ke tak... :D

kak biru~2 ekspresi dlm satu n3? errmmm.. wonder yg sad face tu untuk ape... tuk ezany ke?

iya~*hugs iya kuat* jgn sedih dik! kita x tau lg kesudahan cite ni mcmmana... dan kalaupun ezany kalah nanti, along 5t5b akn menang, kn? ;)

hD~lurve u tooo!! hai... nmpknya semua hadif fc dah 'pasang' pelamin awal. :D
lia
October 17, 2005   08:05 AM PDT
 
to b fair 2 everyone...

Uwaaaaaaaaaaaa*hingus dah meleleh* utk ezany

horeiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!! utk hadif....
qisya
October 17, 2005   09:52 AM PDT
 
*bisik kat k.eita* hadif yg ckp kat qisya dia suka hani tapi dia tkt kecewa lagi tu sbb x luah perasaan.
yaya, kita kena pujuk hadif suruh luah kan perasaan tu x baik pendam2.
mmmh psl bunga telur tu kita kena cari color theme dulu lah... nak pink atau purple mcm bolg k.eita nih? ;)
pinKJambu
October 17, 2005   09:57 AM PDT
 
hikhikhik..hikhikhi..syoknyaaaa.
iera
October 17, 2005   03:55 PM PDT
 
yesssssss......wat mase nih,hadif menang!!!!!!!!hihihihi...good luck eitaaa.......eita......wat hadif jadik hero ek????????
iera
October 17, 2005   03:57 PM PDT
 
eita!!!!!!!!!!good luck!!!!!!!!!!cayang eita!!!!!!!!!!!
itikQUACK
October 17, 2005   04:04 PM PDT
 
suka gaya penulisan utk n3 ni..

dan of courselah suka sbb hani suka hadiff... hip hip hadif!! hip hip hadif!! yeeaaa.. lepas ni blhlah ezami menjadi milikku, dan bestnya blh ronda2 dgn kete crv nya itu *dreaming*
Yaya
October 18, 2005   09:00 AM PDT
 
hero yg sentimental mmg cenggitu qisya.. lemau lg terhegeh hegeh..hikk..hikk..~sori 2 hani~ konfem purple kaler..! pstt eita..nnti rerajinle jenguk kat umah hadif lak..adakah dia sama angau cam hani tu..uhh suspennn.....hadif-hani..hani-hadif..mmg comel!
eita
October 20, 2005   12:28 AM PDT
 
lia~:D excellent reaction!!!

Qisya~ohhh… patutlah. Masa akak tanya dia ari tu, dia x jwb pun.

Kak pink~ :D

Iera~buat masa la, insya-ALLAH… thank!!! Cyg iera jugak!!! :D

itikQ~suka kat mana tu? Erm… nak ke ezami bawak itikQ naik CRV dia… *wonder*

Yaya~eita pun x tau hadif suka hani atau tak… kita tunggu n3 akan dtg… ;)
Iya
October 20, 2005   10:55 PM PDT
 
ezany nak bawak Iya je naik CRV die... itikQ busuk... ahahha...

hehhe.. :D

>:D< k.eita and itikQ and qisya
aHaDa
October 21, 2005   06:55 PM PDT
 
salam kak eita...

lame x lepak cni...
nway ezany kalah??? x dpt terima kenyataan la.. *wink*
hopefully masih ada ruang buat ezany... ni bukan bererti x suka hadif tapi ntah la...

anything the end of the story depend on u sis... ;-)
eita
October 21, 2005   11:47 PM PDT
 
*hugs dik iya* kalau itikQ nak naik gak, kena sembur lavender 10 botol dulu :D dik iya lah tolong semburkan kalau itikQ nak naik jugak...

ahada~itu hakikatnya. lgpun ramai yg vote hadif berbanding ezany... hehehe... we'll wait n see sapa yg bakal menang...
Iya
October 22, 2005   09:22 AM PDT
 
lew.. k.eita ikut vote tuh ker??? waaa... tapi.. mesti mmg dah habis dah k.eita tulis kan?
*terfikir2*
k.itikQ kena pakai far away satu botol dulu... ahahha
eita
October 23, 2005   04:13 PM PDT
 
akak belum tulis habis lg... baru sekerat jalan akak tulis... hehehe... akak x ikut vote tu ler.... kebetulan org vote hadif lbh ramai... :D
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive