Tell it to your mind
leave it all behind
Now we will spread our wings and fly under the great skies
through the night so blue
I'm holding on to you
[Chorus:]
She came to me like an angel
when everything was torn apart
Erasing all the madness
she came and blessed a broken heart
Listen to the sound
Grace is all around
You will see
So invisible and so insane in the darkest blue
It's waiting for you
Alunan lagu Tell It To Your Heart yang perlahan memenuhi ruang bilik. Bersatu dengan haruman lavender yang dibakar di penjuru bilik tidur. Tenang dan damai. Penat setelah seharian berkejar ke sana dan ke mari siang tadi, kian berkurangan. ‘Dihambat’ pergi oleh suasana yang menyelubungiku kini.
Di saat ini, aku sedang bersandar di kepala katil dengan novel A Walk To Remember karya Nicholas Sparks di tangan. Bahagianya dapat unwind dengan cara begini. Dari zaman remaja lagi aku suka mempraktikkannya. Terasa surut sedikit beban dan masalah yang bertimbun di benak.
Bantal tempat aku menyandarkan diri terlurut jatuh ke kanan tiba-tiba. Segera aku membetulkan letak duduknya. Tatkala itu juga, telingaku menangkap ketukan di muka pintu.
“Masuk lah..” laungku dari dalam. Terjengul wajah Ummi di balik pintu.
“Hani buat apa? Membaca?” sapa Ummi sambil mengatur langkah menghampiriku.
Aku mengangguk kecil. Kaki yang terlunjur di tarik. Aku duduk bersila. Jam di atas night table, dikerling sekilas. Dah hampir 11.00 malam. Dah agak lewat. Kenapa Ummi tak tidur lagi?
Ummi melabuhkan dirinya di birai katil. Bertentangan denganku. Untuk sesaat dua, dia langsung tidak bersuara apa-apa. aku juga turut mendiamkan diri. Menanti Ummi meluahkan tujuannya datang ke bilikku malam ini. Kerana dari pengamatanku, ada sesuatu yang ingin Ummi sampaikan. Hal penting mungkin. Tapi dia kelihatan teragak-agak.
“Ummi ada benda nak bincang. Hani ada masa tak?” Akhirnya terlontar soalan itu dari celahan bibirnya.
“Hmm… ada.” Sepatah aku menjawab seraya meletakkan novel di atas night table. Bantal kecil segiempat di tarik ke dalam pelukan. Aku mengesot sedikit ke depan, berdekatan dan berhadapan dengan Ummi. Aku cuba memberikan sepenuh perhatian pada perkara yang ingin Ummi bincangkan.
“Hani sayangkan Hadif?” Terpacul sebaris soalan penuh makna itu.
Hah?! Aku tersentak bagaikan disengat scorpion mendengar soalan Ummi. Terkejut yang amat. Sayang?! Suka mungkin ya. Sayang aku tak pasti. Wujudkah sebenih perasaan suci itu dihatiku untuk dia?
“Agaknya la Ummi. Tapi… macam yang Ummi tahu, Hani sukakan dia.” Aku tanpa berselindung lagi berterus-terang pada Ummi. Sedikitpun aku tak memandangnya. Hanya cadar putih berbunga biru menjadi sasaran anak mata. Malu nak menentang anak mata ibu kandungku itu.
Ummi melepaskan nafas panjang. “Ummi sebenarnya nak bincang pasal Hani dan Hadif...”
Serentak itu, aku mendongak merenung Ummi. “Maksud Ummi?”
“Ummi ada berbincang dengan Auntie Sarah. Kami cadang nak jodohkan kamu berdua.”
Sekali lagi aku tersentak dengan usulan yang dibuat oleh Ummi. Aku tak menyangka bahawa Ummi dan Auntie Sarah sudah berbincang mengenai kami. Padahal baru dua hari lepas rahsia hatiku diketahui Ummi. Terlalu cepat mereka merancang. Atau sememangnya mereka dah lama ingin menyatukan aku dan Hadif. Sedari saat pertemuan pertama mereka dahulu lagi? Andai betul tekaanku itu, maknanya cakap-cakap kosong Ummi yang ingin menjodohkan aku dengan anak kakak angkatnya, rupanya memang berniat. Memang hasratnya. Bukan bercakap atas angin semata...
“Ummi dan Auntie Sarah bukan nak mengatur masa depan Hani dan Hadif. Kami cuma memberi cadangan. Pilihan di tangan kamu berdua. Kalau salah seorang tak setuju, kami takkan memaksa. Tapi, kalau dua-dua setuju, lagilah kami setuju. Ummi dan Auntie Sarah tumpang gembira,” tutur Ummi dalam senyuman. Bersinar ceria cahaya matanya.
“Hani... Hani... don’t know what to say...” kataku dalam dilemma. Besar sungguh harapan Ummi dan Auntie Sarah. Berat sungguh permintaan yang mereka pinta dariku. Aku harus fikir sedalam-dalamnya cadangan mereka. Apatah lagi, hal ini melibatkan masa depanku.
“Hadif macam mana?” soalku kemudian. Ingin juga ku tahu reaksi dan pendapat lelaki itu. Entah-entah mengamuk tak cukup tanah kat rumah Auntie Sarah bila dia tahu rancangan ibunya. Siapa tahu? Zaman sekarang bukannya seperti zaman dahulu. Zaman di mana perkahwinan diatur oleh orang tua. Majoriti pasangan sekarang berkahwin atas pilihan sendiri. Bucu bantal empat segi di riba menjadi mainanku kini.
“Auntie Sarah akan bincang dengan dia,” sahut Ummi seraya mencapai jari-jemariku.
Aku mengangguk faham. Menyahut kata-kata Ummi dengan isyarat kepala. Jari-jemari di dalam genggaman Ummi ku renung bersama seribu perasaan.
“Ummi nak Hani fikir baik-baik. Untuk masa depan Hani. Ummi yakin Hadif lelaki yang baik. Tak ada ruginya kalau Hani terima dia sebagai suami dan kalau Hani still tak boleh nak terima cadangan Ummi, Ummi takkan paksa.”
Ummi tak memaksa, tapi cara Ummi menyampaikan hasrat hatinya itu mengandungi harapan menggunung. Harapan untuk melihat aku dan Hadif bersatu. Sanggupkah aku terima cadangan Ummi dan menerima Hadif dalam hidupku…
“Hani fikir dulu. Ummi tak minta jawapan sekarang. Bila Hani dah buat keputusan, bagi tau Ummi,” Ummi bersuara lagi pabila aku tetap begitu. Tak bersuara. Tak berganjak walau seinci dari posisiku. Hanya wajah dan tangan yang bergerak sesekali.
“Tapi… Ummi harap sangat jawapannya positif,” luah Ummi sebelum mengucup dahiku. Dia bingkas berdiri. “Ummi tidur dulu. Hani jangan stay-up lambat sangat. Esok nak kerja.”
“Baik Ummi,” jawabku lemah. Aku masih lagi tak percaya dengan usulan yang Ummi bawakan. Pemergian Ummi ku hantar dengan pandangan mata dan setelah kelibat Ummi hilang di balik pintu, aku menghela nafas panjang. Permintaan Ummi kembali ‘berlagu riang’ di ruang minda…
little chit-chat :
Surprise! Surprise! Ada poll baru kat left-section. Seronok pulak letak poll masa penentuan ‘si dia’ dulu tu. And becoz of that, eita letak poll baru pulak. Sbnrnya poll tu adalah salah satu cara untuk eita tahu pendapat dan ramalan readers semua. So… selamat men’vote’… smile, smile n smile
