[
p/s: n3 baru ni specially dedicated to kak infazety yg akan menyambut hari lahir pada Oct 29, hari Sabtu ni ]
“Hani dah decide?” soal Along pada keesokan petangnya. Tanpa pengetahuanku, Ummi dah khabarkan dulu cadangannya dan Auntie Sarah pada Along sebelum Ummi menemuiku malam semalam. Dan pagi tadi, ketika sarapan pagi, Along ‘mencuri’ masa bertanyakan perihal itu. Dia ingin tahu samaada aku sudah tahu perancangan kedua wanita itu. Tapi tidak pula dia bertanyakan tentang jawapanku. Mungkin dia tahu aku masih belum membuat sebarang keputusan. Tahu bahawa aku perlukan masa.
Sekarang, di waktu malam semakin melabuhkan tirainya, barulah Along memberanikan diri bertanyakan keputusanku.
Aku menggeleng laju dengan pandangan dihalakan ke asphalt di luar rumah. Tiada mood untuk mengeluarkan suara ‘emas’ku.
“Still didn’t know what’s best for you?” soal Along lagi.
Aku mengangguk pula. Tak ubah seperti robot yang diprogram untuk memberan reaksi bila menerima arahan suara. Mata tetap tidak dilarikan dari dada asphalt. Entah apa yang menariknya pun aku tak pasti.
Ketawa kecil Along berirama di cuping telinga. Aku tidak mengambil endah. “Hai… since when adik Along ni tukar jadik bisu? Atau Hani dah tersampuk dengan ahli fikir? Nak main angguk-angguk, geleng-geleng aje?”
Aku tersenyum nipis, tidak lama. Sekejap sahaja. Sejak Ummi bawak khabar yang tak disangka, jawabku dalam hati. Masih tiada jawapan yang aku temui hingga kini. Accept or reject?! Aku masih di belenggu dengan persoalan itu. Hinggakan seharian ini aku bagaikan orang tidak tentu arah. Kerja apa yang aku lakukan di office pun, serasakan tidak kena. Tidak senang.
“Mmm… Hani nak Along tolong carikan jawapan?” Along menawarkan bantuan tanpa dipelawa.
Biar betul Along nie?!
“Boleh ke?” ujarku ragu-ragu. “Along nak cari kat mana?” Aku bertanya dalam fikiran yang berkecamuk.
“Cari kat Mid Valley. Tak pun dekat One Utama. Kalau nak jauh, kita cari kat Harrod di London. Or kalau nak save budget, kita search dekat night market,” sahut Along selamba. Serius wajahnya yang ku tangkap dengan hujung mata. Seolah dia terasa hati dengan soalanku tadi. Soalan yang entah apa-apa.
Hani… macam mana boleh terkeluar soalan bodoh macam tu? Omel hatiku. Biarpun begitu, aku tak dapat menahan tawa kecil dari meniti di bibir. Balasan kata Along berjaya mengundang tawaku. Terasa ringan sedikit beban yang sarat di kepala.
“Hani tak rasa gembira dengan cadangan Ummi? Maksud Along... Hani pun sukakan Hadif kan and isn’t you’re supposed to feel glad or excited about the suggestion… or feeling bahagia at least,” tuturnya penuh hati-hati.
Aku membongkokkan badan. Menongkat dagu di atas meja marmar di laman rumah. Tipu kalau aku katakan, cadangan Ummi tak membuahkan rasa bahagia atau gembira di hati. Tambahan pulak, aku menyukai dia. Tetapi rasa takut untuk mengambil risiko menghalang rasa bahagia itu dari berkembang. Takut jika kehidupan yang menanti tidak seindah yang ku harapkan. Apatah lagi aku belum mengenali dia sepenuhnya. Wajarkah aku mengambil langkah sebesar ini untuk masa depanku. Perkahwinan bukannya untuk sehari dua. Tapi untuk seumur hidup…
“Suka tak semestinya menyintai Along…” luahku bersama keluhan di bibir. Itu hakikatnya. Suka? Ya. Rindukan dia? Ada. Sayang? Puas semalaman aku menyelidik perasaan sebenarku pada dia. Dan kuakui rasa sayang itu ada. Cuma aku tidak pasti sebanyak mana. Memadaikah itu? Memadaikah dengan bersandarkan kepada itu semata-mata, aku berkongsi kehidupan bersama Hadif? Cinta? Aku tak tahu. Terlalu awal untuk mengatakan hatiku telah berputik dengan perasaan itu.
Dan Hadif sendiri... sukakah dia padaku? Atau perasaannya biasa-biasa saja. Sekadar menganggap aku sebagai anak kepada adik angkat ibunya. Juga sebagai kawan sealiran dalam bidang pekerjaan yang sama? Sukarnya untuk menduga hatinya.
“Kiranya kes Hani ni macam Shanti dan Marcel la?” Aku menoleh ke sisi. Along tersenyum.
Aku menjungkitkan kedua-dua belah kening. Meminta penjelasan lanjut.
“Hanya memuji bukan menyinta?” Aku ketawa. Serentak itu, aku mengangguk lemah. Mengiakan jawapan Along walau hakikatnya aku masih tak pasti dengan perasaan sendiri. “Tapi Along rasa feeling Hani towards him is more than that. Love maybe. Hani saja yang denied perasaan sendiri ataupun Hani sebenarnya still confused. Considering the fact that you’d never been in love.”
Penjelasan dan penerangan Along menusuk jauh ke jiwa. Adakah benar kata Along bahawa aku sedang menipu diri sendiri? Bahawa aku sedang ‘menutup’ hakikat yang aku sudah jatuh... Aduh! Aku masih tiada kekuatan untuk menyebut sepatah perkataan itu. Sekaligus membisikkan kebenaran itu di dalam kalbu.
Telefon di dalam rumah berdering tiba-tiba. Aku dan Along tidak berganjak dari kedudukan kami. Ummi dan Kak Sofea yang berada di dalam pasti akan menjawab panggilan itu. Dan sejurus kemudian, nada deringan itu berhenti.
“What’s your opinion about him?” Along merenungku dari sisi.
Aku menarik nafas pendek. “Dari apa yang Hani nampak, dia macam baik. Sometimes suka mengusik, sweet, easy to get along, caring...” Terbayang semula hari-hariku bersama Hadif di rumah Mak Tok. Senyuman menghiasi bibir secara spontan.
“Then, tak de salahnya kalau Hani accept cadangan Ummi…” kata-kata Along mematikan bayangan di minda. Lenguh duduk menongkat dagu, aku kembali duduk bersandar dan pandangan dilemparkan pula pada pokok-pokok bunga Ummi.
“Hani tak berani ambil risiko. Hani tak tahu hati budi dia…” luahku dalam nada suara yang rendah. Seakan tak terdengar.
“Along faham apa yang Hani rasa. Tapi... kalaulah Hadif tu the most wanted criminal kat Malaysia ni, takkan Auntie Sarah nak jodohkan dia dengan Hani. Takkan dia sanggup memusnahkan masa depan anak kepada adik angkat dia sendiri. Think about it.” Dalam gurauan Along, penuh makna tersirat. Ada kebenaran dalam butir-bicara yang dia luahkan.
“Bercinta sebelum kahwin pun it’s not a guarantee yang kita boleh hidup bahagia dengan orang tu. Life is always at risk. Tak kira apa keputusan yang kita ambil, risikonya tetap ada. Cuma kita perlu pandai dan bijak menangani ujian yang datang. Don’t be a pessimist. Along yakin, pilihan Ummi tepat. Ummi takkan sanggup merosakkan masa depan Hani.” Along mengeluarkan segala hujah-hujahnya dalam membantuku mencari jawapan yang aku dambakan. Perlahan-lahan, tangan Along mengusap kepalaku. Secara tak langsung, perlakuannya itu memberikan aku kekuatan dan ketenangan dalam membuat keputusan paling besar dalam hidupku.
“Along rasa Hani dan Hadif will live happily ever after?” Aku bertanya sambil tersengih merenungnya.
Along tersenyum membalas renunganku. “Happily ever after tu, dalam fairy tales jer wujud sayang. But, insya-ALLAH, kalau Hani dan Hadif kuat mempertahankan marriage tu dan sama-sama berusaha nak cipta kebahagian dalam rumahtangga, happily-ever-after will be yours…”
“Thanks Along,” ucapku ikhlas dari hati. Sedikit-sebanyak kata-kata Along membantuku.
“Hadif macam mana? Dah bagi jawapan?” tanya Along.
Aku pun tak pasti apa keputusan Hadif. Entah dia sudah beritahu keputusannya pada Auntie Sarah atau belum. Agree atau tak dia tu?
“Don’t have any idea.”
“Hani...” panggil Kak Sofea di muka pintu. Aku dan Along berpaling ke arahnya yang berdiri terpacak di situ. “Ada call.”
“Siapa, kak?” tanyaku seraya bangkit dari tempat dudukku.
“Hadif…” Kak Sofea berkata dalam senyuman berbunga. Mendengar nama si pemanggil, aku dan Along saling bertukar pandangan.
To my dearest sis, Kak Infazety…
Selamat Menyambut Hari Lahir…
Tiada kata-kata seelok bicara yang mampu ku ucapkan… hanya sekadar doa dan harapan agar kau berbahagia di hari yang penuh bermakna ini..
Terima kasih yang teramat atas salam persahabatan yang dihulurkan. I’m glad to know you and I’m blessed to have someone like you in my life. Thanks for your concern and your thought – sanggup call dr jauh semata2 to check on me :D And that day, bila eita tgh ‘blur’, akak sanggup tambah kredit hp demi untuk menolong. Walaupun sepatutnya akak tak perlu bersusah-payah macam tu… I’m deeply touched, kak! And most of all, thanks for your lurve…
Semoga akak dirahmati ALLAH selalu…
Lots of luv + hugs,
-eita-
little chit-chat :
N3 ni would be the last n3 hingga hari raya nanti... Eita jugak nak amik kesempatan ni untuk mengucapkan :
...seLamaT MenyamBut haRi raYa aiDilFitRi...
khas untuk semua...
Andai ada salah dan silap ataupun kata-kata eita yang menguris hati readers semua sepanjang kita berkenalan dan bergurau-senda di blog ni ataupun di blog masing2 ataupun di YM, eita pohon ampun dan maaf... SELAMAT HARI RAYA....
sekadar ingatan...
• PinkPANTHER • waTer^liLi • alOng • liEya • qiSya • yAyA • genGs • aHada • miSs teJa • cHii • aRisa • syiFaK • zaiRa • laiLy • aiEn • ryana • miza • hlOvate • aniS naziRah • muNi • syukRiah • NyLea • nazRa • dIya • miyuKi • dYa • afinaDz •
[adik2]
• kak pinkJambu • kak pinKlavu • kak biruNila • kak harumJasmin • kak inFa • kak iJa • kak seRi • kak liLy • kak lamPin • kak alZun • kak maR • kLena •
[kakak2]
• nuRfa • dHiya • adiLia • aNNi • ina • naDya • ieRa • adHan • rEn • elleaNur • aDie • niA • nFr • nur • zaya • layOla • ryEn • nOtie • sitinafSiah • nuR5268 • daRulIzzaH • myaRasa • aZie • nuRtaQwa • iDaa • dEE • ieJa • kinObaik • pelangi_64 • eeRa • iMan • daNia • mie • ct • tiHani • haDiraf • maman • sheqyn •
[chin gu]
• banG wawa • aunTie fasHa •