[[
Khas buat my beloved n dearest sis, kak pink, n3 ni untuk akak. SeLamaT haRi laHiR on Nov 12 ]]
Aku mengangkat gagang telefon ditepi tangga dengan debar yang bertalu. Gementar. Apa mahunya Hadif menelefon aku petang ini. Adakah dia ingin mengkhabarkan keputusannya padaku. Kenapa tak maklumkan aje pada ibunya?
Dalam waktu yang sama, aku rasa tidak sabar nak mendengar suara jejaka yang seringkali muncul di mindaku. Hampir dua minggu tak bertemu maupun mendengar suaranya membuatkan aku sentiasa mengingatinya. Cakap ajelah rindu, kan senang, getus hati kecilku.
“Assalamualaikum,” sapaku teragak-agak. Bibir seakan kelu untuk memulakan kata.
“Waalaikummusalam…” perlahan suaranya menyapa di hujung talian. Lembut. Tetap seperti dua minggu yang lalu. Tiada perubahan. Terlerai sedikit rinduku. Habis, kau ingat dua minggu tak bercakap dengan dia, suaranya dah bertukar jadi suara katak ker? Aku membebel dalam hati.
Satu saat, dua saat berlalu tanpa sebarang penyambung bicara. Kami masing-masing terdiam.
“Sihat?” soalnya pendek. Kami bagaikan dua orang asing yang tidak pernah berbual selama ini. Padahal sebelum ini, dah berpatah-patah perkataan terkeluar dari bibir kami. Aduh, apa kena ni? Janggal sungguh aku berada dalam situasi begini.
“Alhamdulillah. Awak?”
“Sihat. Buat apa tadi?”
“Sembang dengan Along,” jawabku seraya mencari-cari kelibat Along di ruang tamu. Tiada. Erm, aku ingatkan dia ikut masuk ke rumah jugak tadi.
“Lama tak berbual dengan awak. Lain macam aje rasanya,” ujarnya dalam tawa kecil. Aku tahu dia sedang membohongi dirinya sendiri. Lain macam yang dirasakannya tu bukan berpunca dari jarak masa tapi disebabkan usulan Ummi dan Auntie Sarah untuk menjodohkan kami. Dan bukan dia seorang yang merasakannya, aku juga.
“Ha’ah. Rasa janggal,” balasku sambil jari-jemariku dilarikan mengikuti tulisan nombor di keypad telefon. Mengakui jua bicaranya. Detikan hatiku tidak ku lontarkan. Biarlah apa yang aku fikirkan itu menjadi rahsia hatiku sendiri.
“Banyak kerja kat office?” Dia mengutarakan pertanyaan. Aku dilanda kehairanan. Dia telefon aku kerana nak tahu perkembangan diri aku ke? Atau ingin menyampaikan keputusannya padaku? Agaknya dia perlukan mukadimah panjang-lebar sebelum meluahkan tujuan dia menelefon aku. Mungkin juga dia sedang mengumpul kekuatan untuk meluahkannya. Biarlah… aku akan beri sebanyak mana masa yang dia perlukan.
“Banyak jugak. Ezany pun tak ada sekarang ni. Saya terpaksa ambil-alih tugas dia buat sementara waktu.”
“Dia ke mana? Holiday?”
“Dia ada convention di Sdyney. Malam esok baru balik…” Aku menjelaskan.
“I see…”
“Awak rapat dengan dia?”
Aku terpegun seketika. Apa maksudnya? Rapat yang bagaimana yang berada di mindanya. “Boleh dikatakan rapat. Lagipun projek di Gombak tu kan kami berdua yang handle.”
“Oh, sorry. I almost forgot about that. Saya tak bermaksud apa-apa dengan soalan tu..” ucapnya dalam nada serba-salah. Agaknya takut aku berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya.
“It’s okay. Saya tak ambil hati pun…” ujarku mententeramkan hatinya. Perbualan skema sungguh! Inilah jadinya kalau nak kena ‘tatang’ hati orang. Sebelum ini, tak pernah pulak kami bersembang skema macam ni. Aduh...
“Mmm…”
Ummi yang baru keluar dari dapur, tersenyum memandangku. Aku jadi malu dengan renungannya. Renungan bersalut seribu satu makna. Harapan. Usikan. Sukar untuk aku tafsirkan. Langkahnya di atur terus ke pintu utama. Ingin berbual dengan Along di luar mungkin.
Aku dan Hadif masing-masing sepi tanpa bicara lagi. Aku dah tak tahu apa yang perlu aku bicarakan dengan dia. Otakku tak dapat mencari topik-topik yang boleh kami bualkan. Mindaku kosong. Apa yang aku ingin tahu hanyalah tujuan utama dia mendail nombor telefon rumahku di waktu petang Jumaat ini.
“Bila nak datang rumah?”
Erk?! Datang rumah? Did he mean datang rumah dia as in menghantar rombongan meminang? Aku terkejut. Aku dah berpindah ke Bollywood ke?
“Pergi rumah awak untuk apa?” Aku bertanya dengan kerutan di dahi. Sedikit ragu-ragu suaraku.
“Ibu yang suruh tanya, bila nak bawak Ummi awak ke sini,” terangnya. Oh, itu sebabnya... Fuh! Nasib baik. Aku ingat dia nak suruh aku masuk meminang dia. Hani!!! Berfikir entah apa-apa. Cubalah berfikir secara logik sikit, gerutu hatiku. Macam mana nak berfikir straight dalam keadaan aku yang tak tentu arah begini... Aku betul-betul kalut dan keliru dengan panggilannya yang tak terduga ini.
Seingat aku, memang Ummi tak pernah menjejakkan kaki ke rumah Auntie Sarah. Silap aku jugak, Ummi tak berkesempatan nak ke sana. Aku yang asyik menangguhkan ajakan Ummi. Setiap kali dia mengajak, pasti ada hal lain yang perlu aku dahulukan.
“Insya-ALLAH. Kalau tak ada aral, sampailah kami nanti. Tentang harinya tu, saya tak dapat nak confirm. Sebelum pergi nanti, saya call Auntie Sarah dulu.”
“Hmm.. ok.” Sayup nada suaranya menyapa telinga. “Actually, the main reason saya call awak ni sebab saya nak tahu awak free tak hujung minggu ni.”
Oh my! Dia nak datang rumah aku ke? Bertambah pantas degupan jantungku.
“Why? Awak nak datang sini ke?” Laju aku menyoal dia di sebelah sana.
“Saya nak ajak awak keluar weekend ni,” suaranya bertukar nada. Serius. Pertanyaanku dibiarkan begitu sahaja. Tak di balasnya.
Out?! Keluar?! Berdua?! Untuk apa?!
“Awak pun tahu kan, apa cadangan ibu saya dan Ummi awak. I hope we could go out somewhere and discuss this thing together. Saya nak kita berbincang dulu sebelum kita buat apa-apa keputusan. Macam mana?” Terangnya tanpa dipinta, bagaikan memahami gelojak jiwaku.
Bernas sungguh idea Hadif. Tak pernah terlintas di fikiranku. Aku rasa itulah yang sebaiknya. Seeloknya kami berdua berbincang dahulu mengenai perkara ini sebelum memberi kata putus kepada Ummi dan ibunya.
“Rasanya tak ada masalah. Tapi… saya kena minta izin dari Ummi dulu.”
“Saya dah minta tadi. Ummi awak dah benarkan,” potongnya pantas. Aku diserang kejutan. Bila masa dia cakap dengan Ummi? Sebentar tadi la tu. Pasti Ummi dah habis bercakap dengan dia baru Kak Sofea memanggilku. Patut la Ummi tersenyum aje dari tadi. Dia dah tahu rupanya. Aiseh!
“Errr… kalau macam tu, oklah. Nak jumpa di mana?” tanyaku.
“Awak tunggu di rumah. I’ll come and fetch you. Around 2.30…”

[ nOv 12, 2005 ]
Kak pink @ kak pinkjambu @ akak lepat basi (dah lama x guna nick ni!) @ eonni…
Akak punya first tag kt tagboard eita on Apr 16,
“eita< kak PinkJambu pun ada pic kitten n ducking tu, cute betul dan termasuk lavender, tadi baru draf pasal lavender di blog..hhehe suka bau dia! ;) ”
Since then, our relationship broaden… from word-on-screen (blog to email to sms-es) to chit-chatting on phone. It’s been a wonderful relationship… Just as kak infa, I’m glad to have you in my life... You’ve done a lot for me. Your support and encouragement. Hearing me out and listen to me. And do you still remember that incident? The terrifying experience I had a few months back? Well, I still remember you’re the first to ‘comment’… :D and for all that, I’m thankful to you… HAPPY BIRTHDAY, sis! Muahhhhh…
Semoga dipelihara ALLAH selalu. Ameen.
Lots of love,
-eita @ cekodok basi @ tulip-
p/s: awal sgt ke eita wish?! :D to itikQ, akak tahu adik pun baik gak n akak lurve you as much! Klu nak stated bab ‘adik-pun-baik’, 30-50x lg pun akak x kisah :P hahaha… oh, this one goes for you too… hadiah sbb start working today… errr… bukan ada bdk tu mintak ke ari tu?